Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menulis kembali dalam ruangan blog aku ini. Hampir 2 bulan aku tak dapat menulis memandangkan aku bercuti, tambahan pula aku kini sudah berpindah ke rumah baru. Baru malam ni, dapat online. So, sepanjang 2 bulan ini banyak komen2 dan cadangan2 yang aku terima dari pembaca/pengunjung blog aku. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana saudara/saudari sudi berkongsi pengalaman, pandangan dan pendapat dalam blog aku ini. Harapan aku untuk blog ini bukanlah sekadar untuk meluahkan luahan hati aku tapi untuk kita bersama-sama berfikir, bermuhasabah dan berhijrah ke arah keadaan yang lebih baik. Insya'allah...
Ada antara komen kalian yang aku rasakan menarik, dan insya'allah andai tiada kekangan aku akan cuba laksanakan. Antaranya cadangan yang aku fikirkan sesuai untuk dimuatkan dalam ruangan blog aku ini adalah potongan hadith, perbincangan isu semasa dan perkongsian ilmu antara kita. Untuk potongan hadith, aku telah cuba mencari beberapa hadith yang bersangkut paut dengan akhir zaman. Insya'allah... mungkin selepas ini aku sudah 'post' kan. Bagi perkongsian ilmu, aku amat tertarik untuk memulakan dengan berbincang mengenai tuhan-apa sifat2 tuhan. Bagi yang terakhir sekali mengenai isu semasa, insya'allah..ada beberapa isu yang aku rasakan boleh kita bincangkan di alam maya ini.
Di sini, aku pun nak cerita sedikit apa yang aku buat masa cuti lepas. Hmm...banyak projek aku tapi yang paling best bagi aku adalah menternak ayam. Sekarang, di belakang rumah aku dah ada bermacam2 ayam, ada ayam belanda (hitam, putih, coklat), ayam selasih, ayam burung, ayam bulu terbalik, ayam kepala botak. ayam denak dan ayam kampung. Menternak ni kan pekerjaan rasulullah s.a.w. awal-awal lagi. Penat lelah bekerja di bawak matahari, memang penat tapi bila dapat tengok ayam2 ni makan, aku rasa terhibur. Rasa bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran. Saat paling penat masa nak jaga anak2 ayam yang baru menetas. Ada yang mati, kadang2 takut juga aku sebab takut anak2 ayam ni mati sebab kecuaian aku. Nanti tak pasal2 diorang balas masa kita semua dibangkitkan semula nanti. Mintak2 dijauhkan...
So, kepada sesiapa yang nak menceburi bidang penternakan ni memang aku galakkan. Memang best... Ni ada beberapa potong gambar ayam2 aku. Hmm...ntah macam mana la ayam2 ni skrg. hmmm....
wah..cukup hebat ko bani..comel ayam2 nie.he.
ReplyDeletetq. tp xlah hebat. ak tk layak utk digelar begitu. hmmm...comel ke ayam2 ni? hehe...ak blum mampu sampai thap tu. mampu menilai tahap kecomelan ayam. aku just bela je. so, tahniah la sbb jadi juri bhgn kcomelan utk aym2 aku. baru ak tau aym2 aku ni comel. hehe...
ReplyDeleteasal bela ayam?mcm2 jnis lak tue?nape xkambing ke?lembu ker?bleh jual time korban.kih2.untung byk....
ReplyDeletehmm...kambing ngan lembu tu besar r. xcukup tanah nak bela. lgpun 'diorg' mkn byk n tahi pun busuk juga coz saiz bdn dh besar maka automatik saiz bhn buangan pun besar. ayah ak slalu pesan hidup berjiran jgn susahkan jiran. sbenanya mula2 ayah ak bela itik tp itik busuk sgt. sbb suka main air. phm2 r kalau air + tnh + bau itik = busuk bangat seh. so, last skali ayah ak sembelih semua.bukan semua la, ada yg jual, ada bg jiran. hehe...tu semua p'ngalaman. eh, ni sape ye? mcm kenal, tp xsure la...
ReplyDeleteoooo..oh.mcm knl aje kn?mmm..maybe@may not.kih3.just forget it....
ReplyDelete