Saturday, October 24, 2009

Jom perang...



Sahabat2 sekalian,

Lebih kurg beberapa hari lg dr skrg ak akan berperang. Ak percaya ada di antara kalian juga begitu. Hehe...berperang dgn soalan bukan dgn org. Peperangan yg sudh lali ataupun cuba2 dilalikan oleh kite semua. OMG exam dh dekat. Kejap nye..

Em..kalo nak berbicara psl belajar, rasanya setiap hari kita ada teknik tersendiri utk mengepalai kejayaan. Namun, sering kali ada antara  kita yg membandingkan diri sendiri dgn org lain. Kalau x pun pasti ada yg berkata2,

"Eh, rajinnya dia..hari2 belajar. Study mautt..xpandang kiri kanan. Pandang depan je (ceh over la plak). patut la gempak result die. xmcm ak asyik tido je."
or
"Wei, sedey arr...asal ak xlepas. Ak rase dh abes da bace buku soalan, soalan yg ak dpt pun senang2 tapi apsal nasib ak malang sgt arrr? tgk die tu, kelas slalu ponteng tp dpt result gempaq. Ape..ak kene slalu ponteng klas ke br dpt result gempaq?"

Kadang2 tu kita selalu kecewa apabila usaha yg dicurahkan tak memberi hasil yg didambakan selama ini...maka bermurunglah...berhibalah berminggu-minggu...but remember my dear friends...

"Allah answers our doa in 3 ways. He says YES and gives you what you want. He says NO and gives you something better. He says WAIT and gives you the BEST in His own time.."

Sahabat2 jgnlah terlalu meniru gaya belajar org lain kerana keadaan itu tak ubah  seperti penyeksaan yg tidak hentinya terhadap diri sendiri. Namun, jika berhasil teruskanlah. Tapi ingatlah sejak zaman Adam as lg tidak pernah ditemukan 2 org yg terlalu sama dalam satu bentuk. Kalau kembar tu xtau arr ak. Dan ingatlah anda adalah insan lain...yg belum pernah dijumpai dalam sejarah manusia. Bayangkanlah kalau ada...xke nahas. Ada Einstein ke-2 (cth). Yakinilah kekuatan dan bakat yg telah Allah berikan kpd anda.

Hiduplah kita semua sebagaimana kita diciptakan dan seperti mana adanya...jgn sesekali kita menggantikan gaya hidup kita dgn cara yg baru yg mungkin membuat jalan hidup kita jauh lebih negatif dari sebelumnya. Kalau ia dapat membaiki diri kita maka teruskanlah. Didiklah jiwa dan diri kita dgn wahyu dan as-sunnah.

Sabda Rasulullah: "Janganlah salah seorg antara kalian itu menjadi ikut-ikutan dan tiru-meniru antara satu sama lain" (hadith ini merujuk terutama sekali dalam menunaikan ibadah. tunaikan ibadah dgn ilmu bukan dgn mengikut org. INGAT!!)

Memanglah tiada salahnya kita ingin mencontohi sesuatu yg baik. Cuma kita perlu ingat kemampuan kita adalah satu bukti kekuasaan Allah swt. Sesungguhnya umat manusia diciptakan dgn pelbagai tabiat. Melainkan tabiat itu buruk maka perlulah kita perbaikinya. Jangan berputus asa dgn usaha. Ingatlah bahawa setiap dari kita ada keistimewaan yang tersendiri. Carilah dan semailah ia agar dapat berbuah dgn lebatnya. Sehingga tahap kita tak sangka diri itu diri kita.

p/s: ok gud luck evibody those who'll siting exam this coming weeks!!! :D

Soalan 4: Apakah hukum mengucapkan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu dan menghadiri rumah terbuka perayaan berkenaan ?

Salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi :


ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم :
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisa' : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”
 

Berdasarkan kenyataan ini (mengandungi ayat Quran juga), yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Menghadiri rumah terbuka mereka termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka (pandangan saya). 

p/s: sy pun ade wish kwn2 gak. kite boleh berkwn dgn sesiapa sahaja. kerana bukankah nabi menyuruh kita berkenalan antara satu sama lain, ia adalah sebahagian dr dakwah. dan jika xsilap saya, salah satu tujuan Allah menciptakan manusia dari kalangan berbagai2 puak/kaum adalah utk berkenalan antara satu dan lain. Sory kpd pegemuka2 soalan yg masih belum sy jwb soalan2 anda. sebabnye sy masih mencari jwpn dan meringkaskan seberapa boleh. hehe..lgpun skrg sy nk exam, so nampak gayanya lg lambatlah. sory lg skali. :(

Kisah Sahabat 2: Nama Terindah



Sebenarnya kali ini kisah yg ak nk ceritakan bukanlah benar2 mengenai sahabat. Namun, ada pengajaran yg ak rasakan penting utk diceritakan pd post ak kali ini. Manusia yg ingin ak ceritakan pd kali ini adalah Halimah sa'diah. Tentu kalian sudah mengetahui cerita wanita ini. Yg merupakan ibu susuan nabi muhammad saw. Tp ramai yg melupakan pengajaran disebalik kisah ini. Sebenarnya byk pengajrannya. Just kali ini ak nk kaitkan cerita ini dgn 'nama'.

Pada zaman jahiliah, sudah menjd tradisi sesiapa yg melahirkan anak akan diserahkan anak itu kpd ibu angkat utk utk disusukan. Tradisi ini sudah berpuluh thn diamalkan. Tidak terkecuali nabi kita, nabi muhammad saw. Dlm thn gajah, terdapat 41 org bayi telah dilahirkan termasuk nabi muhammad saw. Ada yg mengatakan bhw inilah isyarat bahawa 40 org itu bakal menjd sahabat rasulullah saw. wallahualam..

Kerana keluarga rasulullah saw miskin, maka rasulullah saw hanya dibungkus dgn kain biasa sahaja sedangkan anak2 org lain yg jumlahnya 40 org dibungkus dgn kain2 sutera yg baik. Ketika rombongan bani Sa'ad dtg, kesemua anak2 ini diletkkan dikeliling Ka'bah dn diperlihatkan. Yg mana kelihatan 'cantik' akan diambil terlebih dahulu. Disebabkan dibungkus dgn kain ala kadar, tiada yg berminat utk mengambilnya. Diceritakan hingga kesemua 40 org bayi telah diambil kecuali nabi sahaja.

Namun, masih ada bani Sa'ad yg tertinggal iaitu, Halimah sa'diah. Halimah dan suaminya tertinggal dr rombongan bani Sa'ad kerana unta mereka telah tua. Mereka pergi bersama-sama namun tiba di Ka'bah tidak sama. Ketika itu, telah terlintas di fikiran Halimah bahawa beliau tidak akan mendapat anak susuan. Kalau ada pun anak2 org miskin yg tertinggal. Benarlah firasatnya, dia menemukan nabi terbungkus sederhana, tp ketika melihat wajah nabi, seolah2 bercahaya. Sejuk mata memandang. Dia gembira.

Sudah mnjd tradisi org yg mendapt anak susuan akan pergi ke Hajar Aswad terlebih dahulu bersama anak susuan sebelum kembali ke rumah. Di Hajar Aswad, batu Hajar Aswad tiba2 terangkat dr tempatnya dan pergi ke rasulullah saw (mencium rasulullah). Hasratnya utk membawa Muhammad cium Hajar Aswad namun sebaliknya yg berlaku. Hajar Aswad yg mencium nabi. subhanallah..

Setelah itu, dia pulang bersama suaminya dgn menunggang unta tua mereka. Rombongan bani Sa'ad telah lama meninggalkan mereka. Namun, satu lg keajaiban telah berlaku, unta tua itu tiba2 menjadi gagah. Unta tua itu dapat memotong semua rombongan bani sa'ad yg terlebih dahulu pulang berbanding mereka. Halimah percaya ini ada kaitan dgn anak susuan yg baru diperolehinya iaitu Muhammad.

Sepanjang dijaga Halimah, rasulullah saw tidak pernah meminta makanan mahupun meminta tambah makanan. Baginda makan apa yg diberi dan tidak meminta jika tidak diberi. Padahal anak2 Halimah yg lain berebutkan makanan. Namun, bhgn nabi tetap ada. Selain itu, susu Halimah juga bertambah byk sedangkan selama ini tidak sebegitu. Ada satu kisah bahawa nabi sudah susu sebelah dan ketika Halimah hendak memberikan sebelah lg, nabi tidak mahu dgn menutup mulutnya serapat-rapatnya. Halimah faham kerana rasulullah mengajar dia bahawa yg sebelah itu adalah utk abang susuan nya iaitu Damrah. Peristiwa ini berlaku berulangkali. masya'allah...sejak kecil Tuhan sudah masukkan keadilan pada rasullullah saw. Tidak seperti manusia skrg yg mementingkan hak diri sendiri berbanding menunaikan hak org lain.

Berbalik kpd cerita Halimah. Nabi tidak pernah menangis jika dibandingkan kanak2 seusianya. Inilah bukti kekuasaan Allah bahawa kelebihan Muhammad sbgai rasul yg terakhir iaitu penghulu segala nabi. subhanallah.. Namun, terjadi satu kisah di mana nabi tiba2 terlentang ketika bermain bersama2 abgnya, Damrah. Ketika itulah, berlakunya peristiwa dada nabi dibelah oleh malaikat jibril dan dicuci. Nabi menceritakan kesemua peristiwa itu kpd Halimah. Sehinggakan Halimah sukar mempercayainya. Tp sepanjang menjaga nabi, banyak peristiwa2 ajaib yg berlaku menyebabkan Halimah percaya akan Muhammad. Dia juga percaya bahawa Muhammad akan menjadi org yg penting pabila dewasa kelak. Bukan sebarangan manusia.

Setelah 4 thn dibwh jagaan Halimah, Muhammad diserahkan kembali kpd ibunya. Selepas itu, Halimah tidak tahu apa yg terjadi kepada Muhammad kerana pada zaman itu maklumat amat sukar utk diperolehi. (mane ade pejabat pos kan). Namun, ketika nabi berumur 40 thn, terdengarlah berita bahawa Muhammad menjadi rasul. Kerana ia menjadi perbualan hangat masyarakat arab ketika itu. Bayangkanlah perasaan Halimah apabila mengetahui anak susuan yg dijaga olehnya ketika kecil menjadi rasul. Tp utk berjumpa rasulullah sgt sukar kerana pada waktu itu, Islam bukanlah di tangan rasulullah (baru nak berkembang). Cuma satu hari pd waktu Halimah sudah tua, nabi menziarahinya. Beruntung Halimah kerana nabi akhir zaman sendiri menziarahinya. Tidak tergambar perasaan Halimah. Itulah kali terakhir Halimah berjumpa nabi.

So, apa pengajaran kisah ini?. Hmmm...byk rasenya. just ak nak kongsikan adalah "HALIMAH SA'DIAH" itu adlh nama yg sesuai dgn pengalaman hidupnya. Kenapa? sebab nama Halimah itu bermaksud lemah lembut, berkasih sayang ataupun org baik. Halimah sa'diah bererti Halimah yg bahagia, Halimah yg lemah lembut yg bahagia. Maka terbuktilah, Allah telah menetapkan bahawa Halimahlah yg menjadi ibu susuan nabi akhir zaman, nabi kita, Muhammad saw bersesuaian dgn makna namanya. Sungguh besar pahala itu. masya'allah..

Sebab itu, Islam menganjurkan memberi nama kepada anak dgn nama yg baik, itukan DOA. Moga2 anak itu membesar bersesuaian dgn makna namanya. Kpd wanita2 di luar sana, jadilah seperti Halimah sa'diah yg kasih kpd anaknya walaupun hidup dalam serba kemiskinan. Mendahulukan keluarganya berbanding diri sendiri. Yg redha dan rasa cukup dgn apa yg ada. Sudah tentu lemah lembut itu menghiasi  dirinya. Akhir kalam dari empunya blog, "Susu ibu lah yg terbaik sekali". hehe...ak xsure la apsal ak tulis slogan tu. tp jgn marah bcoz itulah kebenarannya.

Thursday, October 22, 2009

Pabila Iman Di Dada

Pabila iman di dada
Kita tahu bahawa solat itu satu kewajiban utk semua umat. Yg perlu ditunaikan sebaik mungkin.
Namun
Semakin lama kita di dunia ini semakin ramailah yg mengambil mudah ttg solat. Solat umpama tidak lagi menjadi satu tanggungjawab tapi satu bebanan. Solat dilengah2 kan. Ada juga yg melupakan. nauzubillah..

Pabila iman di dada
Kita tahu ibu bapa adalah manusia yg perlu kita hormati. Keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah, kemurkaan ibu bapa adalah kemurkaan Allah.
Namun
Sekarang ramai anak2 lupa akan kasih sayang ibu bapa mereka. Kesusahan mereka membesarkan kita. Rumah org tua jd jalan penyelesaian. Tidak tahukah mereka bahawa melihat wajah ibu bapa beroleh pahala. Doa mereka mudah dimakbulkan. sedarlah..

Pabila iman di dada
Mengumpat, menghina dan seangkatan dengannya adalah satu dosa. Umpama memakan daging saudara sendiri. Dosanya lebih berat dr membunuh.
Namun
Pada hari ini, inilah satu budaya, keterbiasaan manusia. Tidak janggal utk bercerita keburukan org. Rahsia disebarkan, fitnah bertaburan. Inilah juga tanda akhir zaman. Janganlah kita yg menjadi golongan yang merealisasikan tanda akhir zaman ini. mudah-mudahan..

Pabila iman di dada
Kita akan mengerti kasih antara umat itu besar ertinya. Yg susah dibantu yg senang memberi. Mungkin terjadi nye bencana alam secara kerap adalah utk menyedarkan kita mengenai tanggungjawab ini.
Namun
Zaman moden ini, erti kasih sayang lah menjadi punca keruntuhan akhlak generasi muda. Salah mendefinisikan erti kasih dan sayang. Salah memberi kasih dan sayang. Mudah menerima kasih dan sayang. Batas2 pergaulan dilupakan. Yg susah dibiarkan yg senang mendiam diri. kembalilah kpd erti sebenar..

p/s: inilah sebab ak merasakan kita sudah jauh dari nlai2 islam sebenar. sedih sekali. kalaulah manusia itu tahu..nabi muhammad saw sangat cinta dan kasih kepada kita.

Thursday, October 15, 2009

Forward: Iman semut VS Iman manusia



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut !!!

Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

p/s: sejauh mana kebenaran cerita ini, anda sendirilah yg tentukan. Fikir2 kanlah dan Renung2 kanlah.

Forward: Ahmad Deedat

Ahmad Deedat dilahirkan di Surat, India pada tahun 1918. Beliau dapat bersama dengan ayahnya hanya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari profesionnya itu telah berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmad Deedat.

Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan, Ahmad Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun pemergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Di negeri yang asing, seorang anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris telah mula menyiapkan peranan yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.

Dengan ketekunannya dalam belajar, anak lelaki kecil tersebut tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi juga cemerlang di sekolahnya. Kegemaran dan hobi Deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pada darjah 6. Kekurangnya pembiayaan pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya dia bekerja dalam bidang retail.

Pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah menguatkan keinginan beliau yang untuk menghentikan propaganda Kristian yang salah itu.

Mempelajari Kitab Bible

Ahmad Deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bermaksud mengungkapkan kebenaran. Buku ini mengandungi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam jiwa dan diri beliau. Beliau juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.

Beberapa minggu setelah itu, Ahmad Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut kalah dalam menghadapi  Ahmad Deedat, beliau secara peribadi telah memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris untuk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.

Dakwahnya

Keberhasilan-keberhasilan ini telah memacu Ahmad Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangkan keinginannya untuk membela Islam dari para misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab.

Dengan semangat misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmad Deedat telah menyertai satu persatuan. Beliau memimpin kelas bagi mata pelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah Islam. Ahmad Deedat, bersama-sama dengan keluarganya,  mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.

Ahmad Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi Presidennya, sebuah posisi yang dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmad Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Antara perdebatan beliau yang hebat ialah perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah Injil kalam Allah?’.

Karya-karyanya

Antara karya beliau yang masyhur ialah seperti ‘The Choice Between Islam and Christianity’, ‘Is the Bible God Word?’, ‘What is His Name?’ dan ‘al-Quran, The Miracles of Miracles’.

Akhir Hayat

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmad Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menderita sakit dan lumpuh hampir 10 tahun lamanya akibat terserang strok di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban.

Ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan mengiringi jenazah beliau ke tempat  terakhirnya. Keranda yang membawa tokoh cendiakawan muslim ini ditutupi kain berwarna hijau dan diusung dari tempat kediamannya di Verulam, Afrika Selatan untuk disolatkan di Masjid Wick Street. Solat jenazah itu diikuti oleh sekitar 1000 orang jemaah dipimpin oleh ulama terkemuka asal Zambia Mufti Ismail Menk. Setelah itu jasadnya dimakamkan di tanah perkuburan umum Islam di Verulam.

Beliau dikenali sebagai pejuang dakwah. Dakwahnya berhasil meningkatkan status warga muslim di Afrika Selatan, namanya juga dikenali oleh komuniti muslim di Asia. Moga Allah menempatkan beliau di kalangan para nabi, orang-orang soleh dan syuhada.

Kisah Sahabat 1: Taubat Nasuha


 
Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kemudian ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu


Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu


Mungkin sebagian dari kita sudah sangat familiar dengan nasyid ini. Tapi, tahukah kita darimana nasyid ini berasal? Siapa pengarangnya?

Tersebutlah kisah seorang Sahabat yg baru kembali dari medan perang. Saat berada di pintu rumahnya, secara tidak sengaja tiba-tiba nampak olehnya betis seorang perempuan. Perempuan itu adalah isteri sahabatnya yg ketika itu sedang bertandang ke rumahnya. Seketika itu juga ia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya, menuju satu tempat yg sepi, selama bertahun-tahun, untuk bertaubat kepada Allah SWT atas ketidaksengajaannya. Rintihan taubatnya itulah yg sekarang sering kita dengar dalam lagu Al-I'tiraf (Raihan).

Begitu bertaqwanya Sahabat ini. Begitu takutnya ia kepada Allah atas kesilapannya, walaupun tak sengaja. Ia menyesal, mengapa sampai terjadi perkara yg hina itu padanya? Tentu ada maksud Allah. Perasaan itu membuat ia begitu takut dan malu dengan Allah, sehingga ia menghukum dirinya sendiri dan tidak mahu pulang ke rumahnya selagi dirinya belum dapat menjadi manusia yg baik, sebagaimana yg Allah kehendaki.

Sahabat yg mulia ini, adalah seorang pujangga, penyair besar di zaman Abbasiyah. Dialah Abu Nawas. Nama asalnya adalah Al Hasan bin Hani al-Hakami, hidup pada tahun 757 — 814 H. Raja Harun ar-Rasyid, raja yg memerintah di masa itu, beliau diangkat sebagai penyair kepercayaan raja.
 
Apa yg ingin ak sampaikan pd kali ini adalah, renungkanlah perihal diri kita. Yg mana tidak lepas dr melakukan kesalahan (maksiat) samada tersengaja atau tidak sengaja. Namun sejauh mana perasaan kebersalaham ada dlm diri kita. Adakah kita insaf atau paling kurang perasaan bersalah hadir dlm hati kita yg kecil itu. Jika tidak nauzubillah...fikir2kanlah. Adakah esok masih ada utk kita bertaubat. Jgn bertangguh kelak kita akan menyesal. Siapalah kita utk dibandingkan dgn Sahabat nabi. Solat pun belum tentu kita sempurna. Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan segeralah bertindak.

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Sahabat: Salam pembukaan

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Abdullah ibnu Umar ra.huma. berkata:
"Barangsiapa yang ingin meniru, hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, yaitu perjalanan para sahabat Nabi Muhammad SAW, karena mereka itu adalah sebaik-baik ummat ini, dan sebersih-bersihnya hati, sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannya penanggungan. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah dipilih Allah untuk menjadi para sahabat NabiNya SAW dan bekerja untuk menyebarkan agamanya. Karena itu, hendaklah kamu mencontohi kelakuan mereka dan ikut perjalanan mereka. Mereka itulah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berdiri di atas jalan lurus, demi Allah yang memiliki Ka'bah!"
(Hilyatul-Auliya' 1:305)

 Rasa2 lepas ni saya nak menulis pasal sahabat2 nabi, yg semakin dilupakan. Tapi bahan ni banyak dh ade dalam internet. So, harap kalian sudi la singgah baca. Mana tau boleh kite berkongsi cerita. "special thank to Macho Mozac"

Soalan 3: Di mana keadilan antara lelaki dan wanita?

Apa yg dapat sy katakan di sini adalah setiap yg diaturkan Allah itu adalah sebaik-baik pengaturan. Begitu juga manusa, ADAM dan HAWA adalah sebaik-baik kejadian. Namun, berbalik kpd persoalan anda..keadilan nye banyak. Cuma ianya sering ditutupi oleh sikap tidak bersyukur manusia itu sendiri. Yg sentiasa mengejar kepuasan hidup. Hmmm..tidak salah utk mengejar sesuatu impian namun jgn dibiarkan ianya menutup hati kita daripada melihat kebenaran yg terbentang di depan mata atau tercatat dalam Quran dan Hadith.

Lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???
 
Anak lelaki  bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat perkara tidak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN???

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun  isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Untungkan hai wanita!!!

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Kebiasaannya nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana si lelaki memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung. Hai lelaki sedarlah!!!

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.



Inilah yg menjadi punca kebanyakan wanita (Islam) pada hari mempersoalkan keadilan antara lelaki dan wanita.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

SILA AMBIL PERHATIAN!!!
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Namun kepada lelaki, INGATLAH
Seorang wanita adalah pelengkap, pemyejuk jiwa dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, LELAKI sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kita (lelaki) menjadi pemimpin. Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA bersama2 'mereka'.

p/s: rasa2  nye saya menjawab soalan saudari kan? soalan panjang sgt tu yg sy terjemahkan ikut kphmn saya. Harap maaf kalo tersasar jwpn ini. Terima kasih di atas soalan anda. Dapat kita berkongsi pengalaman...

Sunday, October 11, 2009

Soalan 2: Pentingkah utk mengetahui yg mana hadith sahih?

Hmmm...alamak soalan ini sy rase berat skit nak jawab. Agak sukar  memandangkan saya ni xmendalami ilmu hadith. just blaja skit2 je. dr adik, guru2 agama. baca je xcukup kene tanye. org dh tanye xmanis utk menolak. lg2 sy yg menawarkan soal jawab ni kan. sy cuba jawab berdasarkan ilmu yg sy ada. but it is better u ask person (utk kepastian) that more know about this matter (hadith). sy mudahkan la ye ape yg sy tau. xphm nt tanye blk. xpun tanye la sape2 yg patut. sbenanye SANGAT PENTING memandangkan hadith perlu digunakan dalam hujah atau dalil bg sesuatu hukum or amalan.

Hadith sahih
suatu hadith yg diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadith yg adil, bersambung sanad, tiada illah dan tiada syaz.

Syarat wajib hadith sahih:-
Adil: Islam, berakal, baligh, tidak fasik, adil dan tidak melakukan perkara yg aib
Dhabit: tiada perubahan ingatan jika diriwayatkan melalui lisan (tidak berubah hadith), tiada perubahan tulisan jika diriwayatkan melalui tulisan. Perawi hadith mampu memahami dan menghafaz apa yg didengar drpd guru yg siqah (yg boleh/sgt dipercayai)
Bersambung sanad: perawi menerima hadith dr sanad awal hingga sanad yg terakhir.
Tiada syaz: tiada percanggahan riwayat perawi yg siqah dgn perawi yg lebih sigah drnya.
Tiada illah pada sanad & matan: tiada percanggahan atau kecacatan yg tersembunyi dan tidak dapat dikesan dgn mudah.

cth:- drpd A, drpd B, drpd C meriwayatkan bahawa telah...

Hukum beramal dgn hadith sahih:-
menjadi hujah dan dalil syarak
tidak boleh mengingkarinya

Hadith Hassan
Hadith dimana semua syarat diatas dipenuhi namun Dhabitnya kurang sempurna (makna/pengertiannya sama)


Hukum beramal dgn hadith hassan:-
boleh dijadikan hujah dan dalil utk syarak kerana boleh diterima


Hadith dhaif
hadith yg tidak mencukupi syarat2 diatas

Antara sebabnya:-
berlaku pertambahan atau pengurangan nama perawi hadith
berlaku pertukaran ayat atau percanggahan ayat
dll

Hukum beramal dgn hadith dhaif:-
tidak boleh dijadikan hujah atau dalil utk sesuatu hukum or amalan (syarak)

Mungkin anda seorg yg mementingkan soal hadith. Bagus2x. tp sbenanye sgt sukar utk menentukan kesahihan hadith andai berdasarkan ini sahaja tanpa ilmu yg mendalam. As long hadith itu diriwayatkan perawi hadith yg benar2 saqih. memadai. namun, perlu juga dilihat dr mana source dalil itu. Adakah kite dpt secara terus dr org yg boleh dipercayai, guru2 hadith atau internet(online). Dimana kesahihan nye boleh dipersoal. Berhati2 brkenaan hadith yg berkaitan dgn amalan (amal ibadah). Tanyalah kpd yg pakar, bukan saya. sy just boleh berkongsi sedikit ilmu yg sy ada dan pandangan sy. Neway...thanks di atas soalan anda. Banyak yg sy belajar.(",)

Saturday, October 10, 2009

Satu Peringatan!

Kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali sehari:-


1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya:-

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.................

p/s: maaf kerana xdapt mengemukakan hadith utk peringatan ini kerana semua ini tercatat dlm buku catatanku. Namun ak percaya bukan mudah utk ak menulis sesuatu dalam buku catatanku jika sesuatu itu tidak sahih...

Wanita

Aku tergerak utk menulis mengenai hawa kali ini kerana ak dapati ada di antara kaum HAWA pd hari ini mengeluh kerana disebabkan mereka hawa (muslimah pulak tu). Maka, mereka terikat dgn seribu satu tugas..

Wahai hawa ketahuilah...
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wahai hawa ketahuilah...
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Wahai hawa ketahuilah...
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Wahai hawa ketahuilah...
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Wahai hawa ketahuilah...
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Wahai hawa ketahuilah...
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

Wahai hawa ketahuilah...
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Wahai hawa ketahuilah...
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Wahai hawa ketahuilah...
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Wahai hawa ketahuilah...
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Wahai hawa ketahuilah...
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Wahai hawa ketahuilah...
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

Wahai hawa ketahuilah...
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wahai hawa ketahuilah...
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Wahai hawa ketahuilah...
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wahai hawa ketahuilah...
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Wahai hawa ketahuilah...
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

Wahai hawa ketahuilah...
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

Wahai hawa ketahuilah...
Daripada Aisyah r.a., "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Wahai hawa, sesungguhnya kamu beruntung dilahirkan ke dunia ini sebagai hawa. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Janganlah banyak mengeluh kerana kamu hawa. Sesungguhnya kesenangan akan muncul kelak buat mereka yg berjaya mengharungi dugaan di dunia ini.

Forward: Bencana di Indonesia

Daripada blog member, post ini mnarik minatku utk menghebahkannya...



Bencana demi bencana menimpa Indonesia.Setelah letusan Karaktoa,sesudah tsunami yang menghanyutkan bumi Acheh,datang pula gegaran bumi di Padang..Apakah ada maksud tersirat di segala kejadian ini??wallahuallam..tetapi,aku percaya,inilah salah satu tanda hari kiamat yang semakin hampir..Apabila berlaku nya banyak bencana alam,apabila tersebarnya wabak,dan apabila ramai orang soleh meninggal.Di Acheh,ramai alim ulama yang terkorban.Hurm..adakah ini kifarah terhadap bumi Acheh atau satu cara untuk menglupuskan golongan alim ulama di sana??wallahuallam sekali lagi..

Di Padang diberitakan waktu2 gempa di indonesia : di Tasik 15:04 , di Padang(gempa pertama) 17:16 , di Padang(gempa kedua) 17:58 , gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52... cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"[15:4]

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadap perkataan(hukuman kami) kemudian kami akan binasakan sama sekali(negeri itu)"[17:16]

"Dan tidak ada di suatu negeri pn(yang durhaka penduduknya) melainkan Kami membinasakan sebelumnya Hari kiamat atau kami siksa penduduknya dengan siksa yang sangat keras.Yang demikian itu telah trtulis di Lauh Mahfuz"[17:58]

"Keadaan meraka serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang2 yang sebelum mereka .Mereka mengingkari ayat2 Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa2nya.Sungguh Allah MahaKuat dan lagi keras siksaNya"[8:52]

Hayatilah terjemahan ayat2 yang berkaitan ini..Maha Suci Allah yang ingin memberi kita peringatan.Tapi adakah kita sedar??Ataupun masih enjoy2 menikmati nikmat dunia ini??

Sepatutnya kita bersyukur kerana Malaysia masih lagi aman.Tidak ditimpa bencana2 besar seperti di negara jiran..bersyukurlah kita..Allah berfirman," Sesungguhnya jika kamu bersyukur niscaya aku akan menambahkan nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu aka pasti azabKu sangat berat"[14:7]..Jadi bersyukrlah kita..



Sekiranya ada tabung2 kebajikan,sama2 la kita membantu mangsa2 bencana di sana,wpon skang ngah kecoh,ada orang Indon nk menyerang Malaysia,dsebabkan perkara remeh temeh.Tidak mengapa..kita buat apa yang drasakan betol..Lain2,serahkan pada Allah..Allah Maha Mengetahui..

Wallahualllam

Dan tetaplah memberi peringatan memberi peringatan kerana sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin"[51:55]




Thursday, October 8, 2009

Hassan Al-Banna vs Syaitan Durjana




Al-Banna berpesan
Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah dengan serta merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..waktu solat tu banyak lagi. Nanti boleh sembahyang. Siapkan la dulu kerja tu...nanti xsiap plak..

Al-Banna berpesan
Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yg baik atau berzikir. Janganlah sekali membuang masa..

Syaitan Durjana berbisik
Buat ape. Lebih baik bace majalah, comic or sewaktu dgnnya. Buang mase je...

Al-Banna berpesan
Berusahalah sedaya upaya bertutur dalam bahasa arab fusha kerana ianya salah satu syiar Islam..

Syaitan Durjana berbisik
xpayah..tak penting. Better blaja b.inggeris ke, mandarin ke, tamil ke, atau bahasa laen. lagi baek..

Al-Banna berpesan
Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun. Kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..kene berdebat. nak tegakkan kebenaran la katakan. Nanti baru org tau sape btul sape yg salah.. Hmm.. nk btulkan kslahan tu laen kali buat. Skg berdebat je. Tunjukkan kat org ramai yg ko tu betul..

Al-Banna berpesan
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..ketawa ni bagus. Lambat tua. Lagiun buat ape nak susah2 kan diri. Ketawa je. Hidup ni mesti hepy..

Al-Banna berpesan
Jangalah sentiasa bergurau kerana umat yg berjihad demi Islam sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara..

Syaitan Durjana berbisik
wei..hidup ni mesti la enjoy. Heppy. xpayah susah2. Lagi2 ko kan muda lg. Takpe keje tegakkan Islam ni dah ade org buat. Biar la mereka yg buat. Ko just jgn buat maksiat dh la..

Al-Banna berpesan
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan menyakiti si pendengar..

Syaitan Durjana berbisik
Kuat lagi. Dia xdengar tu. Tunjukkan yg ko tu kuat. Lawan je ckp die(parent). Die bukan nyer btul pun. Ko tu dh btul cume kene kuatkn suara je. Baru r diorg nk ikut..

Al-Banna berpesan
Jauhi dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan jangan bercakap melainkan perkara yg mendatangkan kebaikan..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..nanti boleh taubat. Lagipun hidup dalam masyarakat ni kene la tau hal org lain kan. Nanti org kate ko pentingkan diri pulak..

Al-Banna berpesan
Berkenalanlah dgn setiap rakan yg ditemui sekalipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita adalah berkasih sayang dan berkenalan..

Syaitan Durjana berbisik
xpayahla kenal. sape die? hal die, die la jaga. Buat ape ko nak susah2 kan diri ko. Lagipun die tu xsuke berkawan. Silap2 ko yg kene marah plak..

Al-Banna berpesan 
Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu utk memanfaatkan waktu mereka, jika berurusan maka singkatkanlah masa pelaksanaannya..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..banyak mase lg. besok kan ade. Alah diorg bleh tunggu. Amek mase ko.. perlahan-lahan. Diorg bleh tunggu. Diorg mane ade hal laen..

p/s: soalan2 anda sdg saya perkemaskan jwpn nyer. Just nk proofreading. Takut salah plak jwpn nyer. Nanti saya postkan. Neway kalo ade salah silap tolong tegur. Saya ni pun masih belajar..

Monday, October 5, 2009

Soalan 1: Adakah benar kita boleh minum arak asalkan tidak mabuk?




sekadar hiasan


MINUM ARAK(KHAMAR)

Arak, ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan ''Khamar'' Berasal dari kata ''Khamara'' ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasnya ia mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah. Merujuk soalan saudara, yg sy faham mungkin tujuan minum arak yg dimaksudkan adlh bertujuan utk merasa je. Hmmm...taste. Tp utk pengetahuan saudara hukumnya still....HARAM!!! Dan boleh dikenakan hukuman SEBAT dan hendaklah bertaubat (nasuhah). Jika tidak kita berhutang dgn Allah. Dan hutang itu perlu dibayar di 'sana' dimana azab nya tidak tertanggung sepertimana hukuman sebat di dunia.





HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)


 Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah:-


Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90


HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)



Seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib r.a.:-




Rasulullah s.a.w. telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.




KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-


(i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.


Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.


Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan dan dia menyangka bahawa minuman yang  diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud ke atas orang yang meminum minuman itu.
Dengan erti lain timbul SYUBHAH.... 


Tolaklah hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan.
Seseorang yang tidak tahu bahawa arak (khamar) itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman hudud, sekalipun ia mengethaui bahawa minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh di anggap suatu perbuatan yang sengaja.


Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal ditengah-tengah masyarakat Islam, alasan itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengaja.


PEMINUM ARAK YG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN HUDUD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60 adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:


(a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara'.
(b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.
(c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
(d) Minuman itu masuk ke dalam ronga melalui mulut.


Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini adalah berdalilkan hadis Rasululah saw:-


Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. - Riwayat Bukhari dalam al-Sahih.


Mereka yang minum arak (khamar) dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman hudud ke atas mereka itu. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw:-


Allah mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.- Riwayat Tabrani dari Sanad Sahih.


Mereka yang terpaksa minum arak (khamar) seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain kecuali arak (khamar), maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka itu hukuman hudud. Ini adalah berdalilkan firman Allah:-


Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi mengasihani.* -Surah al-baqarah 173


* Fiman Allah Taala ini diturunkan ialah kerana Allah melarang orang-orang yang beriman memakan bangkai, darah, daging babi, dan bintang-binatng yang tidak disembelih dengan sembelihan syara', kecuali dalam keadaan darurat. Firman Allah Taala ini diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut, tetapi secara umum, Allah arak (khamar), kecuali dalam keadaan darurat juga. Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqih Islam) ( Perkara -perkara yang darurat itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram). Darurat ialah satu keadaan yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.


Jika arak (khamar) itu masuk ke dalam rongga melalui jalan lain selain dari mulut, seperti melalui suntikan atau ditebuk lubang dileher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan hukuman hudud keatas mereka yang melakukannya.

Sunday, October 4, 2009

Bala Bencana


Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. 

( al-An’aam ayat 44)

 Kita digemparkan dgn bencana yg melanda Samoa, Utara M'sia dan Padang, Indonesia. Namun, sedarkah kita akan kerosakan yg kita lakukan...kelalaian kita terhadap Yang Esa...sedarkah kita? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah!!   

p/s: Kepada yg mengalami, sudah tentu ada hikmah disebalik semua ini. Kepada yg tidak mengalami, peringatan agar sentiasa berada pada jalan kebenaran...

Pantun Raya




Pergh..lama gak ak menghilang. Raya la katakan. So, sempena sekembalinye ak dr raya. Ak nak share la pantun2 raya yg ak dpt dr kwn2 sempena raya ni. Hmmm...dh brape kali raye ek!! entah la kalo kire umur..dh 20 kali raye la. Kejap je rasenye!! Kepada kwn2 yg mengirim pantun2 ni...thanks n satu je ak nk ucapkan mmg menarik pantun2 tu sume. tu yg ak simpan tu. hehe...xtau la keoriginalan nyer.. tu belakang citer. hehehe...

Kura-kura berjalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Kad raya nak hantar takut tak sempat
Cara SMS pun dah kira selamat


Masak lemang sambil berdiri
Hendak makan di Aidilfitri
Nak hantar kad posmen dah cuti
SMS saja dapat diberi


Anak siput jalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Nak hantar kad takut tak sempat
Baik SMS lagi selamat


Anak kucing curi ketupat
Kera pun terlompat-lompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Hanya SMS la yang paling cepat


Tangan ku hulur tak kesampaian
Senyum ku ukir tak kelihatan
SMS ku kirim tanda ingatan
Di Aidilfitri kita bermaafan


Pelita diletak di atas paha
Hendak dinyalakan di tepi perigi
SMS dihantar pengganti kad raya
Tanda ingatan di Aidilfitri


Takbir bergema memecah kesunyian di pagi hari
SMS pengganti kad raya dan diri
Bukan lupakan tradisi
Tapi ikut teknologi dihujung jari


Salamku kirim beriring doa
Menyambut Syawal menjelang tiba
Maaf bermaafan sesama kita
Keredhaan Ilahi penentu segalanya


Sesaat pertemuan menitik persahabatan
Seminit perkenalan menerbit kemesraan
Sejam kemesraan mengukuhkan persahabatan
Sehari persahabatan selamanya dalam ingatan


Walau jauh bukan halangan
SMS dihantar tanda persahabatan
Ku pohon maaf selama berkawan
Salam Aidilfitri tanda ingatan


Lungo bodho gone rondho
Rondo kempling duitey akeh
Kito saiki wes arek bodho
Jalok ngapuro seng akeh-akeh

Katak kenyang lalu tertidur
Gajah pitam lantas terjatuh
Andai tak sempat tanganku hulur
Ku pohon ampun dari jauh


Sememangnya...Aidilfitri dpt mendekatkan hubungan silaturrahim. Namun yg tiada jgn dilupa. Rajin2 lah ziarah pusara mereka. Bersihkan ape yg patut. Yg plg penting senantiasa panjatkan doa utk mereka kerna...hanya doa anak2 yg soleh/solehah dpt membantu mereka di 'sana'....

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...