Hadith Akhir Zaman
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan'”. Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit ‘wahan’ itu wahai Rasulullah s.a.w.?”. Nabi menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut pada mati?”.
H.R. Abu Daud
Keterangan
Subhanallah!!! Memang benar apa yang disabdakan oleh Raulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan Nabi s.a.w. Umat Islam walaupun mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1/5 (xsilap aku) dari penduduk dunia tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Saudara kita ada yang ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam.
Sebenarnya segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu penyakit ‘wahan’ yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam kembar dua iaitu ‘cinta dunia’ dan ‘takut mati’. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. ‘Cinta dunia’ bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. ‘Takut mati’ pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan nusrahNya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada kita kejayaan di dunia dan di akhirat.
apakah nasib umat Islam.mgkn kerna takut terpinggir kte mnjadi sbhagian diri mereka...untuk kesekalian kalinya, terima kasih utk ingtan ini.
ReplyDeletesama-sama, Islam boleh tertegak kembali. Bermula dgn diri kita, kemudian menjadi contoh kpd org di sekeliling kita. Doa senjata utama, ilmu bekalan tambahan, paling pentng tuhan menjadi rujukan utama...
ReplyDelete