Wednesday, August 26, 2009

Syurga Cinta...


Cinta agung adalah cinta seorang hamba kpd Tuhannya. Rasenya tidak perlu diceritakan lagi kerana semua umat Islam mengerti namun sejauh mane dipraktikkan itulah menjadi persolannya. Kali ini ak ingin berkongsi ape yg ak tau mengenai cinta...bukan cinta agung tetapi cinta sesame manusia. Apa itu cinta? Adakah ianya soal hati? atau soalnya siapa? Dari seorang kawan menjadi seorang kekasih. Adakah ini cinta? Dari sepasang kekasih menjadi sepasang suami isteri. Adakah ini yang dikatakan jodoh? Sbenarnya ak pun tidak tahu adakah ianya layak digelar begitu. Selalu kite dengar ungkapan "kalau dah jodoh x ke mana" ataupun "ajal maut, jodoh pertemuan sudah ditentukan". Sejauh manakah kebenarannya? Tapi bukan itu yg ak ingin ketengahkan...yg ak ingin tekankan di sini adalah sejauh mana kite meyakininya.

Kadang2 Allah sembunyikan matahari...
Dia datangkan petir dan kilat...(skrg kan selalu hujan)
Kita tertanya-tanya...
Ke mana hilangnya matahari...
Rupa-rupanya, Allah memberi kite pelangi...

Paham-pahamlah sendiri ye. Ketentuan Allah itu pasti malah ia adalah sebaik-baik keputusan. Hanya kite yg selalu menyalahtafsir nye. Maklum lah manusia...sering lupa dan mudah hilang sabar. Namun, yakinlah dan redhalah segala ketentuanNya kerana itulah yg terbaik utk kita. Dari segi jodoh...jika 'Dia' ditakdirkan sbg pasangan hidup kite, maka terimalah dengan seadanya kerana 'Dia' adalah anugerah dari Yang Esa. Yang perlu kite jage sebaik-baiknya. Jika kita ragu2, panjatkanlah doa dan bertawakal lah kpd Allah. Moga Allah memberi petunjuk. Hanya Allah, sebaik-baik tempat bergantung harap.

p/s: kpd mereka2 yg berkenaan, semoga bahagia hingga ke anak cucu. Yg sdg bertunang tu...nt jemputlah ak...jgn lupe. Bukan senang nk makan nasi minyak free...hehe

Jodoh dari syaitan
Kamu berdua berkenalan...
Berpegangan tangan...
Terus buat maksiat...
Barulah kamu bernikah...

Jodoh dari jin
Kamu berdua berkenalan...
Kamu sukakan si dia...
Tapi dia tidak sudi...
Kamu bomoh/sihirkan si dia...
Barulah kamu bernikah...

Jodoh dari Allah...
Kamu berdua berpandangan...
Terus menusuk ke dalam kalbu...
Si lelaki terus meminang...
Dan si perempuan terima pinangan kamu...
Insya'allah berkekalan hingga ke anak cucu...

Monday, August 24, 2009

Sabarlah Wahai Manusia..

Bulan Ramadhan sering kali dikaitkan dgn kesabaran. Dan tidak ak nafikan di bulan inilah diri kita diuji dgn berbagai-bagai ujian sama ada dari segi zahir mahupun batin. Bercakap mengenai sabar, kali ini ingin ak ceritakan sebuah kisah berkaitan sabar. Suatu ketika dahulu, ak mempunyai seorg sepupu. Seingat ak ketika itu dia berumur 4 thn. Dari segi zahir, dia dilahirkan sempurna, cukup anggota badan namun dia ditakdirkan mengidap penyakit kanser darah. Di mana darahnya perlu diisi mengikut tarikh yg ditetapkan kerana kanser itu membunuh cell haemoglobin nye. Disebabkan kanser itu, dia tidak dapat berkata-kata seperti mana budak sebaya nye mampu. Comel budaknye. Suka tersenyum. Disebalik senyuman tersimpan seribu satu kesakitan yg hanya Tuhan saje tahu. Kadang kala aku dapat lihat riak wajahnye menahan sakit. Mungkin sebab inilah dia ditakdirkan tidak berkata-kata. Jika tidak sudah tentu keluarganya sebak setiap kali dia mengadu sakit. Jika ak mempunyai masa lapang yakni cuti sekolah, ak selalu pergi ke rumahnya...ziarah dan menolong ape yg patut.

Namun, takdir Tuhan tiada sape dapat menduga. Ketika ramai memberi perhatian kpdnya, ibunya (mak cik ak) telah jatuh sakit dan selang beberapa hari dia pergi meninggalkan dunia ini selama-lamenye. Pada suatu malam, (ketika majlis bacaan yaasin diadakn utk arwah mak cik ak) ak duduk disebelahnya. Ketika ak sdg membaca yaasin, sepupuku itu telah meminta air yaasin yg berada di tengah. Ak tidak mengendahkan kerana ayahnya telah memberikan segelas air suam kpdnya. Namun, dia tidak mahu. Sebagai manusia biasa, ak ketika itu ade timbul perasaan marah dek karenah die ketika itu. Akhirnya, ak memberinye segelas air yassin permintaannya. Die pun meminum air itu. Pada mulanya ak hairan kerana jarang budak kecil berperangai seperti itu. Namun kata hatiku, mungkin kebetulan saja. Malam itu, ak tidak dpt melelapkan mata. Hairan...biasenye ak mudah utk tidur, tambahan pula jam sudah menunjukkan pukul 2 pg. Tiba2 telefon rumahku berdering, so ak lah yg jawab deringan itu. Ak tergamam seketika kerana melalui panggilan itu, ak dikhabarkan bahawa sepupuku telah pergi mengikuti ibunya. Barulah ak mengerti, mungkin permintaan segelas air yaasin td itulah isyarat yg dia akan pergi buat selama-lamanya.

Apa yg nak ak sampaikan di sini adalah sebagai manusia byk perkara yg boleh mendatangkan kemarahan kita sama ada kite sedar atau tidak. Berwaspadalah...jika kisah sepupu ku ini dapat dijadikan iktibar. Ak bersyukur. Disebabkan peristiwa inilah, ak dapat mengawal kemarahanku...sehingga ada rakanku bertanya mengapa mereka tidak pernah nampak ak marah hatta meninggikan suara sekali pun. Sebenanya ak ade care ak tersendiri utk menegur bukan melalui kemarahan. Selain itu, bersyukurlah kerana kita dilahirkan dengan sempurna tanpa kecacatan atau pun penyakit. Masih mempunyai ibu bapa. Namun kpd yg sudah tiada...sentiasalah mendoakan mereka. Jadilah anak yg soleh/solehah yg dpt membantu mereka di 'sana'. Sedekahkanlah al-fatihah utk mereka berdua (sepupuku n mak cik ku)...thanks!

p/s: Kpd yg bg ak surat/bertanya secara lisan mengapa ak tidak pernah marah...inilah sebabnya. Terlalu panjang utk diceritkan. Namun marah ade tempatnya. Lebih tepat ketegasan...bukan marah membuta tuli. Marah yg melampaui batas itu mendekatkan kite dgn syaitan...

Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati. Dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit....

Alangkah mudahnya berfikir tentang sabar, sedangkan nabi berpesan sabar itu adalah permulaan musibah. Begitu juga begitu mudah berfikir tentang syukur sedangkan syukur itu adalah membelanjakan nikmat di tempat yang hak...

Sunday, August 23, 2009

NikmatNya...

Hari ini merupakan hari kedua umat islam perpuasa...dan hari ini juga sebuah peristiwa telah menyentuh hati kecil ku. Peristiwa ini berlaku di stesen KTM ketika ak menunggu komuter utk pulang ke Subang Jaya. Jam menunjukkan pukul 7.20 pm. Waktu berbuka hampir tiba. Ak telah bersedia dgn sebotol air mineral, cukuplah sbg syarat berbuka. Laungan azan pun berkumandangan. Ak pun meneguk air mineral tersebut selepas doa dibaca. Ketika itu lah ak terdengar 2 org pemuda, gayanya mcm org seberang, berkata "oh dah buka dh" tapi ak tidak nampak ape2 makanan di tangan mereka. Ak pun bertanya kpd mereka "nk buka ke bang?". Dipendekkan cerita, ak pun berkongsi air mineral ngan diorg...rupenye diorg xsempat nk beli mknn utk buka puase sbb br balik keje.

Tp yg ak nak cerita bukan psl kerja 2 org mamat tu. Yg nk ak ceritakan adalah ape yg ak dpt setelah berkongsi air dgn diorg. Maybe asbab ak kongsi air ngan diorg, hari ni ak berbuka just sekadar 2 teguk air mineral tadi tu je. Ak still kenyang sampai sekarg. Itulah yg menyebabkan ak terase kerdil sgt sbb biasenye kene makan sepinggan nasi barulah kenyang. Ni lah first time ak berbuka dgn air mineral je dh kenyanyg. Alhamdulillah...kan nikmat kenyang itu dtg dr Allah bukan dr sepinggan nasi. Mungkin bende ni kecik je di mata sesetengah manusia. Tapi bg manusia yg benar2 meyakini kuasa Tuhan, inilah sebab mengapa kite perlu sentiasa bersyukur kpdNya. Sebab sekecik-kecik nikmat, nikmat itulah yg menentukan kite ni bahagia or sengsara. Ramai yg lupe bersyukur atas nikmat dariNya. Maybe inilah yg dikatakan buta hati. Buta hati, merbahaya..buta hati, xnampak kebenaran...buta hati, mudah dipengaruhi nafsu dan syaitan...

p/s: so lepas ni jgn kedekut nak kongsi juadah buka puasa dgn rakan2...hehe!

Apabila kita bergantung kpd manusia, kita akan takut kehilangan
pergantungan kita...

Maka, cukuplah sekadar ALLAH yg menjadi sandaran kita kerana
Dia tidak akan mengecewakan sesiapa pun yg bergantung kpdNya...

Cuma ramai yg berpaling dariNya disebabkan sifat tidak sabar...

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan...

Begitu pantas masa berlau...kini kau datang lagi!! Bersediakah ak?? Dengan rahamat dan kasihMu ak berpeluang sekali lg utk berjumpa Ramadhan...mungkin ini kali terakhir ak? Siapa tahu...ajal di tangan tuhan. Kita tidak mampu mengubah...yg penting gunakanlah peluang yg ada sebaik mungkin. Tingkatkan amal...kurangkan tidur...banyakan bangun malam...kurangkan kata2....banyakan berzikir....muhasabah diri!! Moga2 ketemu sebaik2 malam "lailatul qadar"!! hanya utk org yg benar2 berusaha...Doakan utk semua ummah agar selamat dunia dan akhirat!!
Wassalam...salam ramadhan.

Ya tuhanku, sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untukmu, hidupkanlah daku di bawah panji keimanan, matikanlah daku dalam dakapan kalimah syahadah, himpunkanlah daku di bawah lindunganMu pada saat tiada lindungan selain dariMu...

Tuesday, August 18, 2009

Tuhan Lebih Sayang...

Pernahkah anda kehilangan orang tersayang...tentu pedih untuk menerima kenyataan bahawa orang yang dekat dengan kite pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya!! Terasa begitu singkat masa berlalu. Seolah-olah baru semalam bersama...namun itulah yg dikatakan ajal di tangan tuhan. Sebagai hambanya kite harus menerima ketentuan itu dgn hati yg redha...Kali ini ak ingin berkongsi cerita, mengenai insan yg tiada lagi di pandanganku namun sentiasa dihatiku...

Abdul Jalil b. Baba (datuk)...itulah antara insan yg telah pergi meninggalkan ak selamanya. Pemergian yg sukar dicari ganti. Beliau byk mengajar ak erti bersyukur...kasih sayang... dan pengorbanan. Dan juga tanpa beliau, tiadalah ak...dlm maksudnye!! Beliau merupakan seorg pesara tentera di zaman komunis. Byk cerita yg dikongsikannya dgn ak. Dan sesekali itulah air matanya jatuh berderai. Arwah selalu berpesan kpdku agar sentiasa bersyukur dgn kesenangan yg ada dan jgn meminta berlebihan. Mungkin nasihat ini diluahkan berdasarkan kisah hidupnya di zaman kesusahan dahulu. Arwah adalah salah seorg yg hidup pada zaman di mana ubi kayu menjadi menu utama. Oleh itu, tidak hairanlah makanan favourite arwah adalah durian. Pelik? Kenape x ubi kayu? Kerana...disebabkan jemu dgn ubi kayu....apabila musim durian, buah durian lah yg dijadikan lauk. Pada mulanya ak juga xpercaya tetapi melihat sendiri arwah makan dgn hanya berlaukn durian...ak percaya. Mungkin sebab ini juga datuk ku sayang akan dusun durian nya. Selalu jugak ak menolongnya membersihkan dusun tersebut ketika dia masih hidup. Setelah penat...kami akan mandi di sungai. Terasa baru sebentar ak bergelak ketawa dgn arwah. Rase mcm nk mandi sungai la plak tp sungai tu dh kotor...angkara manusia yg tidak tahu menghargai nikmat Yang Esa!!

Datuk ku juga pernah menceritakan detik2 cemas dimana beliau bersama beberapa askar melayu diserang komunis. Ketika itu, mereka dihujani dgn peluru. xdpt ak bayang kan mcm mane hujan peluru...mungkin seperti hujan biase....cume yg membezakn hujan biasa-horizontal...hujan peluru-vertical!! Beberapa rakan nya terkorban di medan perang. Manakala datuk terselamat...bersama rakan2nya yg lain. Ketika inilah air mata beliau ak lihat berlinangan...maybe terkenang kan rakan2 nya yg terkorban. Tetapi jangkaan ku meleset... kerana air tangisan itu jatuh kerana datuk ku sedih melihat generasi muda yg tidak mengalami zaman sepertinya yg tidak menghargai nikmat yg dikecapi sekarang. Maklum sajelah...mase tu dadah menjadi2...lebih2 lg org lelaki!! Kampung ku tidak terkecuali... Ak sedikit sebanyak mengerti...bahawa kesusahan itu banyak mengajar seseorg menjadi lebih bersyukur. Namun...ade juga yg lupa diri apabila kesenangan menjelma!!

Masih terngiang-ngiang di telingaku pesanan arwah kpd ku "belajar pandai2, atuk xdpt. Dulu mak bapak atuk susah. Dah besar nanti jadi orang yg berguna. Jgn buat mak ayah susah hati!!". Itulah yg menjadi pegangan ku hingga skrg. Ak tidaklah berharap utk menjadi pelajar trpandai...just cukuplah dpt menjadi seorg yg boleh menolong mak ayah ku ketika mereka memerlukan...semoga roh datukku ditempatkan bersama orang yg beriman!!! TERIMA KASIH, ATUK!!

p/s: Setiap yg hidup pasti mati...namun setiap perbuatan baik pasti dikenang. Panjatkan doa, semoga roh mereka yg telah pergi sebelum kita akan ditempatkan bersama2 org yg dijanjikan syurga. Insya'allah!!

Sesaat matamu berkerdip, Ingatkah Allah...
Sedetik jantungmu berdegup, Ingatlah Allah...
Sehalus budimu ditabur, Ingatlah Allah...
Seikhlas hatimu ditaut, Ingatlah Allah...
Dan Ingatlah juga orang tersayang..

Sunday, August 16, 2009

Aku, Cinta, Kamu...


Salam...disebabkan ak xboleh tido, so, ak amek kesempatan ini utk meluahkan sesuatu yg telah lame ak pendam..nk tau ape die kene le bace sampai abes post ni!!!

I halt even as I walk, I'm lost in thoughts even as I sit somewhere, I slapse into silence even as I speak...Is this what love is all about?" In love, you are neither asleep nor awake and... You never know when and how you will meet your mate....(death pun bleh gak)

Anyway...dlm hidup manusia tidak lari dari perkataan cinta. Mcm2 cinta ade. Cinta monyet...cinta harta...cinta dunia...hinggakan bunga cinta lestari pun ade. tp bukan bunga cinta lestari yg ak nk cerita. Yg ak nk cerita kali ni adalah pasal cinta dan ak. Emm..bukan manusia bername cinta...just pure cinta. Ak juga seorg manusia biase yg tidak lari dari dunia cinta. Bagiku cinta ni boleh diertikan minat or kasih sayang...yg boleh berubah. So, ak juga xlari dr diminati or meminati!! Eh...ade ke? Sape? Biarlah rahsia. Tp ketika umurku br setahun jagung...xbleh la bgtau exact umur.. Nt kantoi!! Ak ade menerima beberape pucuk surat...bukan surat layang tp paham2 je la ye! Dr sape? Lg skali ku kate...Biarlah rahsia!! Yg pasti lbih dr satu...tp pada mase tu ak tidak mengerti ape erti semua ini. Maybe bab2 ni ak lambat paham sikit. Seribu kemaafan ku pohon wahai tuan empunya surat2 kerana terpakse menolak!! Apabila ak menyedari makna sebenar disebalik tulisan kalian...ak sentiasa berdoa semoga antum semua akn nampak keburukan2 diri ini agar tidak wujud perasaan seperti itu lagi..dan kalian semua akan lebih dekat dgn tuhan kerana itulah cinta yg sebenarnye. Yg sentiase kabur di mate kita. Maybe dikaburkan oleh nafsu atau syaitan durjana. Dan sengaja kite lupekan...walaupun pada hakikatnye kite mengerti!! Isya'allah....lbih dekat diri seorg manusia dgn penciptanya maka akan dipermudahkan segala urusan hidupnya. (termasuk pasangan hidup)

Semoga kalian semua bertemu pasangan yg lebih baik dari diri ini...yg serba kekurangan. Dan sesugguhnya org yg berusaha untuk sesuatu perkara yg baik pasti diberkati...just mestilah bersesuaian dengan mase dan keadaan. Sbenarnye mcm2 jenis surat ak terima...mungkin lain kali akn ak ceritakan...

p/s : Surat2 kalian masih dlm keadaan baik!! Akan ku simpan sbg kenangan hdupku. Sesungguhnya ak beruntung mempunyai kwn2 seperti kalian..mungkin kite hanya ditakdirkan sbg kwn!! Tp kalau jodoh tidak ke mana. Same2 lah kite kejar cinta Yg Agung...

Bg mereka yg insaf dan ingin bertaubat!!
Bangunlah ditengah malam...
Pohonlah kasih sayangNya...
Yg tidak terhitung banyaknya...
Yg paling besar nikmatnya...
Nescaya terjamin dunia dan akhirat...

Friday, August 14, 2009

Sedang Aku Kegelapan....


Pernahkah anda berada di tengah2 hutan yg tebal pada waktu org sdg nyenyak tidur? Dalam kepekatan malam itu, anda sedang mencari jalan pulang. Yg ketika itu hanya cahaya bulan sebagai teman. Yg kadang kala menyorokkan dirinya sekali sekala. Nak diceritakan...peristiwa ini berlaku ketika ak di tingkatan 5. Ak bersama beberapa rakan terpilih utk mengikuti sebuah kursus usahawan muda di sebuah hutan simpan di Pahang. Ak terpilih kerana ak adalah salah seorg ajk bg rumah bendahara (kuning). Sebanyak 3 buah sekolah asrama telah menghantar wakil utk mengikuti kursus ini termasuk sekolahku. Di sana, kami dibahagikan kpd 4 kump kecil. Dan seingat ak, kump ak terdiri drpd 4 org lelaki dan 6 org perempuan. Dan satu peristiwa yg tidak mungkin ku lupa telah berlaku . Ketika itu, kami menjalankan aktiviti "night jungle treking". Pada mulanya, ak berasa teruja kerana itu merupakn kali pertama ak ber"jungle treking" pd waktu malam. Mesti seronok...namun, semuanya tidak seindah sepertimana yg dibayangkan.

Kump ak telah terSESAT di tengah2 hutan tersebut dan hanya cahaya bulan sebagai teman. Paham2 la pokok sume besar2, so cahaya bulan tu idak le seterang cahaya lampu jalan. Kdg2 tangan sendiri pun xnampak. Torchlight plak ade dua je. Hanya sebuah 'walkie talkie' yg menghubungkan kami dgn base camp. Ketika berusaha mencari jalan keluar....seorg ahli kump ku secare tibe2 menjerit. Ak berada di belakang sekali dan si A (empunya jeritan) berada di hadapanku. Ak kaget sebentar. Otakku ligat memikirkan tindakan yg harus ku ambil...mase tu ak ingat girl depan ak ni terkene 'gangguan'! Belum sempat ak mencapai tgn die.....girl td dh paut lenganku (jgn pk laen plak). Mane le tau takut die lari nanti. xpsl2 ak kene kejar. Kalo hilang, lg susah. Dah la kump ak still sesat. Sedang si A memaut lenganku..terdengar perkataan U.L.A.R keluar dr mulut die. Makhluk itu sedang memanjat seluar hijaunye. Br je ak nk bace ayat2 yg patut utk menghalau "makhluk halus". Lega le skit bukan angkara "makhluk halus"...ak bukan nye tau sgt pun, skit2 bleh le. Nasib baek...ular. Dipendekkan cerita...dgn lafaz 'basmalah', dan dgn sedikit tenagaku, ular itu berjaya ditepis. Ye la...nk wat camne ular daun rupenye...xberbisa sgt, lg2 sebesar jari kelingking je. Tp ak sgt2 bersyukur kerana hanya ular daun ak diuji...kalo king cobra yg dtg, xtau mcm mane ak nk tepis. haa...cam mane tu?

Semua peristiwa yg berlaku...sesat sehingga trpaksa brmlm di hutan, 'cahaya' yg mengekori aku sehngga basah uniform aku dibuatnya, peristiwa U.L.A.R., dan keindahan hutan pd waktu malam, membuatkan ak terfikir betapa kerdilnya ak tanpa bantuan Dia. Mungkin ini juga dipanggil bermujahadah...tp biasenye term tu dikaitkan dgn nafsu. Kalo ak gune term tersebut utk iman boleh kot...xsalah rasenye. Oh ye..lupe nk bgtau "walkie talkie" tu mmbr ak lupe off, so mase kitorg tengah cari jln keluar, bateri die dh flat . Mcm mane kitorg keluar? Dgn kuasa Allah, setelah 9 jam 'bersiar-siar' di dlm hutan tersebut, kitorg telah bertembung dgn pasukan penyelamat. Haa...baik 9 jam, kalo 9 hari? xpsl2 ular daun td jd lauk kitorg. haha.. Kalo nk cerita btul2 xcukup 1 post. Anyway...semoga antum sume dpt ape msg yg ana nk sampaikan....

p/s : Ak hanyalah seorang insan yg dilahirkan sama seperti kalian, lemah imannya. Jom bersame2 kita tingkatkn iman...

Akal senipis ramput maka tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca maka kuatkan ia dengan iman...Wajah secantik mutiara maka hiasilah ia dengan senyuman...Senyum sokmo...jangan senyum kambing plak!!

Thursday, August 13, 2009

Ketika Dia Menghampiri...


Mungkin kita pernah merasakan kesunyian, kegelisahan atau suatu perasaan ganjil yg membuatkan diri kita serba tidak kena. Yg ketika itu terjadi, kita merasa diri kita ini amat tidak selesa, fikiran seakan hilang entah ke mana atau melayang jauh ke mana. Hati terasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Kadang2 terbawa hingga ke siang. Seolah-olah ada yang tidak kena dengan diri kita. Sakitkah kita? Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi gundah gulana atau berkongsi rasa. Walaupun ada yang meluahkan kepada insan tersayang. Namun, tidak banyak membantu. Hidup akan terasa semakin terseksa sehingga tidak lagi bermaya..

Bila itu kita rasakan. Mungkin ada yang selama ini kita lupakan, bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan terpegun seketika, di saat itu sebenarnya Allah ada. Dia selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu mendalam. Dibekalnya oksigen secukupnya tanpa dipinta. Dia selalu mengiringi tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini. Namun, hal ini hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar2 ada dan tentunya namaNya terpahat di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintaiNya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita mengalami keadaan ini?

Nikmat Allah begitu banyak sehingga manusia terleka dengan nikmat2 itu. Malah kita (termasuk empunya blog) seringkali terlupa bahawa Allah telah membuat hati yg muram menjadi ceria, yg suram menjadi bercahaya malah yg lemah menjadi bertenaga. Kita lupa bahawa Allah boleh menganugerahkan pelbagai rasa dalam diri kita untuk menguji betapa kuat cinta kita padaNya. Semoga dengan perasaan itu kita mampu berada lebih dekat denganNya.

Sabda rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya org mukmin itu adalh org yg luarbiasa. Seluruh perkara dalam hidupnya bernilai positif baginya. Ketika mendapat kemudahan maka dia bersyukur. Sesungguhnya itu baik untuknya. Dan ketika mendapat kesulitan maka dia bersabar dan itupun baik baginya."

p/s : next time ak akn ceritakn peristiwa ak n kwn2 sesat dlm hutan di Pahang yg byk mengajar ak erti bergantung harap pdNya...

"Ya Allah, perbaikilah agamaku yg memelihara urusan hidupku, perbaikilah duniaku yg padanya ak menjalani kehidupanku, dan perbaikilah akhiratku yg pdnya menjadi tempat kembaliku..."

Tuesday, August 11, 2009

Harapan Seorg Blogger...


Di era siber ini, ak sering kali terdngr perkataan blog. Pada mulanya ak tidak ambil kisah kerana fikirkan blog ini adalah tempat untuk melepaskan kritikan dan seangkatan dgnnya. Lagi2 ak buknlah seorang mat siber. Facebook pun ak xreti. Dan ak bukanlah jenis yang suka mengkritik secara terbuka tetapi lebih suka untuk berdepan face to face kalo xsetuju or xpuashati ngan seseorang atau pun sesebuah organisasi. But, baru-baru ni ak sedar yg blog ni boleh dijadikan ruang utk aku meluahkan ape yg terbuku di kotak kecil hatiku...

Nak diceritakan teruja jugak apabila ak melayari blog-blog kawan dan jugak individu2 yg tidak pernah ku kenali. Ade jugak yg aku tidak puas hati. Walaupun ak mmg meminati karya2 penulisan tapi tidak le sampai nk jd penulis...just meminati. Haha..nk tulis lab report pun still terkial-kial inikan nk tulis sebuah cerita. Nk dibongkarkn kebenaran, bende yg plg ak minat adalah kata-kata hikmah yg menarik hatiku. emmm...ak skrg pun ade koleksi kata-kata hikmah. Kdg2 bile ade mase, ak suke bukak blk 'buku catatan khas' yg tertulis di celah2 helaian kertasnya koleksi kata2 hikmahku. Ada 2 jenis kata2 hikmah dlm buku khas ak itu, pertama, kata2 yg ak reka sndiri. Selalunye bile ak bace blk kate2 hikmah yg ak reka sndiri ak tergelak coz ade yg klakar n ade gak yg ak sndiri xphm. Maybe mase ak reka kata2 tu ak dlm keadaan tanpa sedar. Hinggakn struktur ayatnya tidk mudh utk difahami. Ceh..buat penat je reka pastu bace xphm. Kedua, kata2 yg aku terjumpe, or terdengar. Yg ak dpt dr parent, kwn2, majalh, radio n sumber2 laen yg bleh dipercayai. Kata2 inilah yg sering membuatkn ak termenung memikirkn mksudnye. Kdg2 memakan mase 1 hari. Dah mcm org putus cinta plak..hehe. Tp ak xpernah bercinta!..hampir2 bercinta pernah la! Yaa..lagi satu kebenran terbongkar.

Ak hrp lepas ak bergelar blogger ni, ak xkan lupe diri...sbb almaklumlah manusia ni mmg xtetap pendirian. Mudah dipengaruhi dan jugak mempengaruhi. Tp yang pasti ak adalah ak. Ak bukanlah kamu. Dan kamu bukanlah ak. Yang pasti same adalah kite datang dr Dia dan jugak kembali kepada Dia.

p/s: gambar kedua tu bukan gambar ak. jgn salah anggap plak. hehe..

"Setiap jiwa yg dilahirkan telah tertanam dgn benih untuk mencapai keunggulan hidup, tapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian. Majulah kehadapan. Malaysia Boleh! Yakin Boleh!"

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...