Wednesday, November 10, 2010

Rehat sebentar setelah penat study..

Di saat dahi menyentuh sejadah,
Di manakah hati engkau?
Amat sedih sekali andai di saat ini,
Hati engkau tidak ikut serta sujud.

Di kala engkau berdiri sembahyang,
Terasakah engkau berdiri di hadapan Tuhan?
Terasakah engaku bahawa Tuhan itu sedang
melihat malah mendengar isi hatimu?

Andai...
Di waktu itu engkau malu kepada-Nya,
Akan terpakulah hati dan fikiran engkau kepadaNya,
tidak sempat engkau mengingati perkara-perkara lain.

Andai...
Di ketika itu kebesaran Tuhan sahaja yang engkau rasa,
Amat kerdil diri ini di sisiNya.
Amat hina diri ini di sisiNya.
Yang sentiasa sombong, malah ingkar arahanNya.

Kalau di waktu berdiri tidak terasa apa-apa terhadap Tuhan.
Mengapa engkau berdiri?
Untuk apa engkau berdiri?
Seolah-olah engkau berdiri kerana terpaksa!

Berdiri tidak punyai erti apa-apa!
Kalau sepanjang masa engkau bersembahyang begitu rupa.
Rupanya selama ini engkau bersenam,
bersenam dengan rupa orang bersembahyang.

Kerana itulah sembahyang engkau tidak merubah perangai,
tidak membawa apa2 erti, sia2 belaka.
Sama seperti orang yang tidak bersembahyang.
Hakikatnya zahir batinmu belum bersembahyang.

Tuhan!
Bagaimanalah tidak aku menyembah-Mu.
Sedangkan aku hamba-Mu.
Sedangkan kewujudanku tanpa dipinta.
Ia adalah dengan iradah-Mu yang penuh hikmah.

Bagaimana aku tidak mengagungkan dan membesarkan-Mu.
Segala yang aku lihat menggambarkan kebesaran-Mu.
Bagaimana aku boleh melupakan-Mu,
kasih sayang-Mu dapat ku rasa,
Bahkan setiap hembusan nafasku itu buktinya.

Tuhan!
Bagaimanapun aku adalah hamba.
Di antara-antara sifat-sifat hamba itu terlalai dan terlupa.
Cuai dan terleka....
Kerana itulah aku selalu sahaja memohon ampun kepada-Mu.

Cuai dan lalai pasti berlaku kepadaku.
Lupa dan leka terjadi selalu.
Di sinilah diharapkan dengan rahmat-Mu,
Janganlah Engkau bertindak ke atasku.

Bimbinglah aku hingga ke akhir usiaku....

Kita harus berasa bangga kerana dilahirkan daripada keluarga Islam, nama sudah pun direkodkan sebagai Islam, dan pasti kalau mati pula akan dikebumikan secara Islam di tanah perkuburan Islam. Dan kita juga harus bersyukur kerana sebaik sahaja kita boleh mendengar dan bercakap kita... sudah dibiasakan dengan perkataan Allah.

Kita tidak susah untuk mencari Islam kerana semuanya sudah tersedia buat kita. Sedangkan kawan-kawan kita ada yang terpaksa bersusah payah mencari Islam, dan dalam pada itu mereka dihalang dan dihina malah disisihkan keluarga. Namun mereka tetap bersyukur kerana telah diberi hidayah walaupun sudah agak terlambat daripada kita.

Walau bagaimanapun, kedudukan kawan kita itu kadang-kadang lebih baik daripada kita yang sudah lama beragama Islam. Kita hanya boleh berbangga dengan keislaman yang kita milik, tetapi kita tiada upaya menjaga iman dan agama kita. Kita belum bebas dan terselamat daripada gangguan syaitan yang tugasnya untuk menyesatkan kita.

Buktinya dapat kita rasakan sendiri. Meskipun sedikit sebanyak kita sudah melakukan  ibadah-ibadah seperti solat fardhu, solat sunat, puasa , zakat, haji, belajar ilmu-ilmu agama bahkan mengajar orang lain menutup aurat, berdakwah dan lain-lain, tetapi kita masih lalai dari mengingati Allah dan tidak cinta pada-Nya, tidak ada rasa takut dengan kehebatan Allah. Tidak sabar berhadapan dengan ujian, tidak merasakan kuasa itu ditangan Allah, tidak merasa diri berdosa. 

Malah masih suka mengumpat, hasad dengki, cinta dunia, tidak ada rasa belas kasihan, tidak berlapang dada bila berhadapan dengan manusia yang bermacam ragam. Sombong, pemarah, pendendam, buruk sangka, serakah, keras kepala, keluh kesah, putus asa, tidak redha dengan takdir, tidak bimbang dengan hari Hisab, tidak takut Neraka, tidak rasa rindu dengan Syurga yang penuh kenikmatan. 

Seorang munafiq, mereka ini akan diazab dalam neraka jahanam pada bahagian bawah sekali. Entah berapa lama mereka akan disimpan di situ. Kalaupun mereka ada peluang ke syurga (bergantung kepada syahadahnya kalau masih ada, tentu ada peluangnya, tapi kalau tiada, melepaslah) tentulah mereka itu orang yang paling akhir masuk syurga. Mahukah begitu, orang lain sudah bersenang hati menikmati syurga, anda baru hendak bermula.

Seorang musyrik pula, Allah memberi jaminan bahawa dosanya tidak akan diampunkan. Dosa lain boleh ampunkan tetapi dosa syirik tidak boleh diampunkan begitu sahaja. Hal ini kerana syahadahnya sudah terbatal, maka perlu diulangi syahadah yang baru. Bagaimana kalau anda mati sebelum mengucap syahadah? Kadang-kadang kita mati mengejut, tidak sempat hendak bertaubat? Apakah masih ada jaminan ke syurga? Jadi, insaflah segera.

Mungkin kita boleh menilai diri sendiri, adakah ketika kita berbuat dosa, hati kita boleh tersentak apabila diingatkan kawan atau sahabat bahawa Allah sedang memerhatikan perbuatan kita? Barangkali kita boleh tersentak apabila diberitahu bahawa polis ada membuat sekatan jalan raya, tatkala lesen kereta kita sudah tamat tempoh. Kalau begitulah keadaannyaa, taraf mukmin anda masih rendah.

Aku tertarik utk membincangkan persoalan yg diutarakan oleh seorang junior ak kepada seorang sahabatku. Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad s.a.w.”


Maka, menjadi tanggungjawab kita utk tegur menegur, ingat meningati antara kita. Bahkan itulah tugas kita di muka bumi ini sebagai umat Muhammad. Janganlah kita malu utk melakukannya kerana Allah s.w.t. menyukai orang yg berpegang teguh pada taliNya yakni Islam. Andai kebenaran itu pahit utk ditegakkan, perjuangkanlah ia sehingga ke akhirnya kerana ganjaran bagi orang2 yg menegakkan kebenaran itu amat besar menanti di 'sana'. Dan janganlah mengharapkan bantuan manusia semata2. Sebaliknya berasa tenanglah kerana Allah s.w.t. sentiasa bersama2 org yg menegakkan kebenaran (agamaNya).
Wassalam...

p/s: exam3x...xsabar nak habis. hoho..

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...