Wednesday, September 16, 2009

Antara Sahabat dan Ikhwan...

Beruntungkah kita dilahirkan dlm zaman dimana digelar umat akhir zaman. Di mana maksiat berleluasa...yg lemah ditindas...yg kaya semakin kaya...yg miskin semakin miskin. Di mana kesalahan menjadi satu kebenaran...kebenaran menjadi satu kejanggalan. Beruntungkah kita? Kali ini ak tergerak utk menceritakan satu perbualan antara nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat2 baginda.
Nabi berkata "Wahai Abu Bakar, ak rindu hendak bertemu dgn saudara2 ku"
"Wahai rasulullah, bukankah kami ini teman2 mu?" jawab Saidinia Abu Bakar.
"Bukan" jawab Nabi.
"Kamu adalah sahabat2ku" lalu baginda menerangkan, "Ikhwan adalah saudara2ku. Mereka belum pernah melihat ku, tp mereka beriman dgnku sbg rasulullah dan mereka mencintaiku lebih dr keluarga mereka sndiri."
Bertambah hairan sahabat menyebabkan timbul pertanyaan "Bukankah kami ini ikhwan mu, wahai rasulullah?"
"Kamu adalah sahabat2 ku" jawab nabi sekali lg.
Lalu, baginda menjelaskan lg, "Ikhwan adalah mereka yg lahir sesudah wafatnya ak. Mereka beriman dgn Allah dan Rasul2nya walaupun mereka tidak pernah ketemu. Mereka membaca Quran dan hadith dan mengamalkannya kerana cinta mereka kpd Allah dan ak sbg nabi penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat2 ku yg berjuang mengakkan Islam."
Nabi juga pernah bersabda "Makhluk yg paling ajaib imannya adalah mereka yg hidup sesudahku. Mereka membaca Quran dan beriman dgn isinya."
Nabi juga pernah bersabda "" Berbahagialah org2 yg dapat berjumpa dan beriman dgnkku. Dan berbahagialah tujuh kali org2 yg beriman dgnku tp tidak pernah berjumpa dgnku."
Tanpa kita sedari, kitalah umat yg paling beruntung. Cuma keberuntungan itu tidak akan kita kecapi jika kita lalai dan leka dgn nikmat dunia. Di sini, ingin ak tegaskan bahawa keyakinan merupakan perkara terpenting dlm satu kepercayaan. Bukanlah fikiran rasional...kerana pada waktu skrg, ak dapati ramai org lbih menggunakan logik utk menerima sesuatu kebenaran. Hmmm...tidak salah tetapi jika perkara tersebut dtg dr Quran dan Nabi sudah tentu kebenarannya terbukti. Tidak perlu bukti atau kajian2 saintifik utk membenarkannya. Namun, semua ini hanyalah sbg penambah kpd keyakinan kita. Semoga keimanan kita tidak goyah. keran dugaan dajjal sgt sukar ditepis tanpa iman yg cukup kuat. Sampai ade yg mengatakan baragsiapa dilahirkan pada zaman dajjal berkuasa, dan berjumpa denga dajjal maka akan terpedayalah org itu dgn tipu daya dajjal. Nauzubillah...semoga kita dijauhkan..
Lakukanlah kebaikan walaupun semua org disekelilingmu membencinya. Tinggalkanlah kemungkaran walaupun org disekelilingmu melakukannya. Kerana belum tentu hari esok ada bg kita utk kita bertaubat.

Sunday, September 13, 2009

Malay...malay!!

 
Beberapa hari lalu, seorg pak syeikh (member iran) bertanya kpd ku..."what is Malaysia?" Hmm...terkesima ak. xterlintas di fikiranku soalan itu...kalo nk tanye tempat tu bisase la. so...ligat otak aku berputar memikirkn jwpn nye...mcm mane nk jwb ek? Ntah mcm mane...terkeluar dr mulut ku "its about multi cultural, multi race, emm..can be said that all of us were under one rule which is Islamic ruler". Sengaja ak kate Islamic ruler merujuk kpd PM2 Malaysia yg beragama Islam. Kalo ak jwb Islamic rule...Malaysia belum sampai lg kot coz ade lg yg belum dipraktikan spt hukum hudud. Tp ak still bersyukur sbb dilahirkan sbg seorg rakyat Malaysia di mana mudah utk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam. Pasal hukum hudud tu ak diberitahu Malaysia belum boleh praktikan lg coz belum cukup pakar2 dalam bidng tersebut...tp usaha ke arah itu telah lama dimulakan. Btul atau x tu ak xsure. Just halangan terbesar adalah dari parti2 yg tidak bersetuju hukum itu dikuatkuasakan. Hmmm....berbalik kpd pertanyaan pak syeikh td. Dia jwb "owh...ok. I noticed that".

Tp lpas tu ak dapat la plak satu soalan susulan yg ak rase lg susah nk ak jwb berbanding soalan td.  Soalan nye berbunyi mcm ni "What is Malays? I didn't see the significance of Malays to Malaysia. See here, most of them are Chinese." Mungkin sbb ak Malay kot n kat area ni majoriti  die Chinese (kereta2 mewah mostly dipandu Chinese) mnjd penyebab die tanye soalan ni...fikir ak la. Pedih soalan pak syeikh ni...sakit gak telinga ak. So, terpaksa gak la ak memikirkan jwpn kpd soalan die ni. Pk2 punye pk ade btul gak statement pak syeikh ni. Tp sbb ak ni Malay mane boleh mengaku kalah ye tak. So, first jwpn ak...well when we look at Malaysia history, we'll see Malays contribution to this country. It is very significant u know. Because of  Malays, Malaya got its independence. Then, there are many Malays leader that had led Malaysia untill its form today. U know Dr. M. Nasib baik la pak syeikh ni jwb yes. Kalo x, xtau la ak nk bg example sape lg. hehe...selamat ak.

Tp sbenanye bukan tu main point ak. Yg ak nk jwb sbenanye. "Hmmm...you know ****** (name pak syeikh), Malaysia is well-known as an Islamic country...this is because of Malays(muslim) leaders. Here, I can said there are still many people that do 'dakwah' and most of them are Malays. Without them, I don't know what'll happen to title 'Islamic country' that Malaysia hold right now. But actually I hope that one day all Malaysians are muslim". Fuhh..rase2 nye berjaya gak ak jwb soalan pak syeikh. Btul atau salah terpulanglah kpd die utk menilai.

Tp...sbg seorg bangsa Melayu, ak kdg2 rase sedih gak dgn majoriti generasi muda Melayu skrg ni. Sbb bile kate dadah, penyangak jalanan, bohsia, bohjan ke...mesti perkataan Malay menjadi jwpn nye. Sampai bile la Malay mampu bertahan dgn menggunakan kejayaan pemimpin Malay terdahulu sedangkan bangsa lain telah jauh mengorak langkah ke depan seiring selangkah. Kalo nk ckp org Malay ni menumpukan akhirat...idak le jugak coz bulan puasa je...masjid2, surau2 sikit je jemaahnye hanya dipenuhi dgn org lame...dewasa ade gak. But...generasi muda Malay mane? hmmm...nk tunggu dpt title org lame or maybe tmpat2 yg ak pegi je kot.jemaahnye sikit. Jgnlah kerana perbuatan kita Malay diperlekehkan, dipandang rendah. Bantulah rakan2 yg lain agar Malay dpt berdiri sama tinggi duduk sama rendah dgn bangsa laen..kalo tinggi skit lg baek. hehe...mungkin satu hari nanti. Tp possible kah? Jwpn tu ade dlm diri kite. Renung2..fikir2 kan lah!!

p/s: sory r pak syeikh...terpaksa mendedahkan berbualan kite..hehe!! n kpd kwn2 (samada yg dlm gambar di atas atau yg pernah ak knal) teruskan perjuangan. Di bahu kite terletak satu tnggungjwb yg cukup besar sama ada kite sedar atau x. Semuanya utk diri, keluarga, bangsa, negara dan paling pnting utk agama kite..

Tuesday, September 8, 2009

Kenangan Terindah..

 
Merujuk kpd blog2 member yg berckp mengenai kenangan di Mozac. Ak pun tergerak utk menulis mengenai memori. Memori merupakan satu nikmat yg dikurniakan kpd manusia. Yang kadang2 tidak  ktia hargai. Jangan jadi seperti komputer atau alat2 elektronik lain yg mempunyai memori tetapi tidak tahu mengahargainya. Sbg manusia yg dikurniakan akal fikiran. Berfikirklah secara rasional berpandukan quran dan sunnah. Penting tu...rasional je xcukup. Kenangan ak bersama rakan2 di Mozac tidak dapat dilupakan. Sesungguhnya ak bersyukur kerana diberi peluang pada kehidupan ini utk mengenali kalian. Ak bangga berkawan dgn kalian. Banyak perkara yang ak pelajari. Mendidik ak menjadi lebih bersyukur dan banyak mendewasakan ak.
 
Banyak kontroversi yg melanda batch kami. Ak mengerti..banyak dugaaan yg dihadapi. Banyak cemuhan yg diterima. Namun, akhirnya kejayaan yg dikecapi. malah dirindui juga..hehe. Melihatkan pencapaian yg  kita kecapi. Ak berasa bangga. Jadikanlah iktibar kerana itulah 'kehidupan'. Perlu ditempuhi walaupun penuh dgn onak dan duri.  Kehidupan ini boleh diibaratkan seperti buluh. Buluh yg digunakan utk membuat pelita (cececeh...mentang2 2 minggu  lg nak raya). Hmmm...pembuat buluh akan menebang rumpun buluh yg bersesuaian saiznya...direndam...diraut...dan seterusnya. Sebelum akhirnya sebuah pelita buluh tercipta. Jika buluh boleh bersuara...sudah tentu kita akan mendengar rintihan...keluhan si buluh. Namun, si pembuat buluh terpaksa meneruskan proses2 tersebut memandangkan ingin melahirkan pelita2 buluh yg berkualiti tinggi. Begitulah manusia, manusia ibarat buluh2 itu. Kita sering mengeluh, mengaduh dan merintih tatkala berbagai dugaan yg datang. Namun, kita tidak mengerti kebaikan disebalik semua dugaan2 itu. Kerana hanya Dia yg tahu apa yg terbaik utk kita.


Dugaan itu menyediakan kita ke arah satu tahap yg lebih baik. Lebih2 lagi ganjaran yg akan dikurniakan di 'sana' bukanlah sebarangan ganjaran. Di dunia pun jika dikurniakan ganjaran...sudah begitu nikmat dirasakan. Mungkin...inilah yg batch kita alami. Diduga...dgn berbagai dugaan. Kpd mereka2 yg berkaitan...anggaplah itu semua sebagai persediaan utk anda menjadi hambaNya yg terbaik. Kesilapan2 yg dilakukan hendaklah dijadikan iktibar agar tidak diulangi. Mohon seribu maaf kerana kerana banyak perkara yang sepatutnya ak lakukan...tidak ak lakukan. Banyak halangan yg menghalang ak ketika itu. Namun, yg terbaik telah ak lakukan. Tahniah...kpd semua. Kini...kita bertebaran di dunia Tuhan ini. Sama ada di perantauan mahupun di tanah air sendiri. Meneruskan perjuangan. Semoga berjaya dunia akhirat!! Doa ku sentiasa mengiringi kalian...

p/s: Ingatlah sebuah kenangan kerana kenangan itu boleh mendatangkan seribu satu perasaan kpd kita tanpa perlu menonton movie atau sebagainya. hehe... :D

Saturday, September 5, 2009

Dunia oh Dunia!!

Hmmm...mlm ni ak xtau nak tulis pasal ape. Tp tibe-tibe je terase nak tulis psl kehidupan ak skrg. Masa kecik-kecik dulu ak ingat jd org besar ni best. Nak buat ape pun ikut suka. xde sape nk kongkong. Tp sangkaan ku meleset. Memang btul xde sape nak halang..tp yg bg nasihat still ade lg. Yang payah nye mase nak buat keputusan tu...btul atau salah kene tanggung sendiri. Ak rase tu la tnaggungjawab org besar. xlari dari membuat keputusan...lg2 keputusan yg akan menetukan masa depan kite. Tempat tinggal ak skrg boleh la dikatakan bandar... Kat sini bg ak, memang betul2 mencabar diri. Yang mana intan yg mana kaca...terpulanglah kepada budi pekerti. Tak ada sebab nak salahkan keadaan, sebab keadaan xpernah bersalah.
Memang takut. Memang cemas kalau dilihat dari dalam diri kita sbg manusia, semuanya seimbang. Maksud ak...perkara baik, perkara buruk sama2 naik. Keputusan ada kat kepala masing2... Ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Memang banyak perkara yang perlu dirisaukan kat sini. Prinsip hidup kat sini ak lihat seolah-olah "engkau siapa, ak siapa". Seperkara yg ak sedar kat sini, kalau xdikawal diri, cukup mudah terpesong. Mata selalu kene jaga..jaga pun xcukup. Ikutkan hati nak je ak jalan tanpa melihat...tp that's impossible. Bertambah2 lah saham dosa ak. Maklumlah duduk dalam kawasan yg majoritinya non-muslim. err...xtau la kalo sini majoritinya org Islam. Kalo tengok dari segi pakaian memang lebih ramai bukan Islam. Ak bukan nak membenci, kadang2 itu org yg memaksa ak utk membenci mereka. Namun, selalunya perasaan benci itu akan bertukar kasihan. Ye lah xbleh salahkan diorg. Sbg manusia yg telah diberikan nikmat terbesar dan masih mempunyai kesedaran, kita sepatutnya bertindak. Tapi, mcm mana? Buatlah sekadar yg termampu. Memang sekarang zaman kerosakan ummat.
 
Ada satu kata2 yg ak masih ingat. Mungkin korg pun pernah dengar. "Kamu lihat burung itu. Terbang berpuluh batu dr sarangnya, balik pulak semula dgn selamat tanpa sesat. Siapa yg pandu arah?" emm..ak dh oute skit ayatnya. Tp lbih kurang mcm tu la bunyi nye. Pertanyaan seorg kwn kpd ak. Siapa? xperlu la tahu. hehe...rahsia. Mase ak terima soalan itu...jawapan nye mcm mudah je. tp hakikatnye susah nk jawab. "Pandanglah dengan mata dan renungkanlah dgn mata hati, bukan semua perkara dapat dilihat dgn mata tuli." Bukankah Allah yang memberi rezeki dan Dia jualah yang berhak lagi berkuasa untuk membalik2 kan hati? So, banyak2 lah beringat dan berdoa...tanpa bantuanNya, mustahil kita dapat melepasi segala dugaan di dunia ini. Bagi ku dunia ini boleh diibaratkan seperti pentas lakonan. Semuanya hanyalah lakonan, tidak kekal. Penuh dgn tipu muslihat. Siapa yg leka akan terperangkap di dalamnya.
p/s: Sesungguhnya orang beriman itu cermin bagi orang lain.

Thursday, September 3, 2009

3 In 1

Imam Tarawikh
'Nahdhatul Hasanah' itulah nama diberi. Surau di mana ak sering menunaikan solat tarawikh dan tadarus quran. Namun, sejak beberapa tahun ini, kesempatan utk ak menunaikan solat tarawikh di situ terbatas dek kerana berada di perantauan. errr...x jauh pun dlm malaysia gak just bukan di kampung ak je. Pada 29,30 dan 31 ari bulan lalu ak berkesempatan menunaikan solat tarawikh di situ memandangkan cuti am. Yang menarik di surau ini adalah imamnya. Lebih dikenali sbg Ustaz Ali (nama setelah memeluk Islam). Sudah berusia lingkungan 70an. Berpendidikan sekolah pondok. Amat ak kagumi bacaan al-quran nye..beserta tazkirah pendek nye. Gaya penyampaian yg jarang2 orang memilikinya. Mungkin kerana title yg dimilikinya 'orang lama'. Namun, ketika ak tiba di rumah orang tua ku, ak mendapat khabar berita yg kurang enak didengar. Ustaz Ali telah kemalangan...empat kereta. Dari cerita orang, teruk jugak kereta ustaz sampai ada yg kata baik tukar kereta baru je drpd nk repair blk. Alhamdulillah..ustaz hanya menerima rawatan pesakit luar sahaja. Di sini, ak dpt lihat kebesaran Allah kerana setelah ak melihat sendiri kereta ustaz, mmg remuk habis lagi2 belah drivernye tempat. Betapa bukan kereta yg menjamin keselamatan pemandunya, sebaliknya Allah s.w.t. Atas kehendaknya semua perkara yg mustahil boleh berlaku dan yg mana2 biasa berlaku pun atas kehendaknya. Subhanallah..betapa kerdilnya manusia ini. Hanya mampu meminta pertolongan. So, waktu malam nye di surau, jemaah sibuk memperkatakan siapa yg menggantikan ustaz Ali memandangkan yg tinggal hanyalah org2 tua. Tipulah xde org muda..ade tapi ak dan beberapa rakanku. Ketika waktu berbuka, ayahku telah berpesan kpd ku "kalau xde org malam ni wan la yg kene jd imam" dalam nada bergurau. Ak ingat itu hanya gurauan. Hakikatnya malam itu betul2 ak kene jd imam...imam muda. Pergh...berpeluh jugak ak kerana first time ak jd imam dengan jemaah nyer rata2 org yg jauh lebih tua dari ku. Kalau imam utk kwn2 atau keluargaku...itu biasalah. Mungkin inilah hikmah ak balik kampung pada cuti kali ni. Tapi tujuan ak tulis cerita ni adalah nak menasihatkan rakan2 yg sebaya ataupun sesiapa yg memegang gelaran 'orang muda'. Persiapkanlah diri kita memandangkan kitalah bakal pengganti imam2 surau dan masjid yg ada sekarang. Dan paling penting imam utk keluarga kita sendiri nanti kalau dh berumah tangga. xkanlah nak suruh isteri plak jd imam.


Ibu Bapa
Pada hari kedua ak menunaikan solat tarawikh, ak telah berbual dgn beberapa org kanak2. Ak ni memang suka akan kanak2. Dulu ak rase budak2 kecik ni menyusahkan. emm...byk kerenah. Tu mase ak adalah ak yg 'dulu'. Tapi setelah ak mengetahui yg nabi Muhammad s.a.w. sukakan kanak2. Ak pun belajar2 lah sukakan kanak2. Berbual2 dgn mereka...mengajar mereka mengaji...belanja makan. Alhamdulillah...skrg ak benar2 sukakan kanak2. Bukan sbb suka mereka menggelar ak 'abang', tapi ak dapat rasekan yg mereka bersih dari dosa. Dan dapat mengajar ak bagaimana seorang dewasa sepatutnya bertingkah laku. Alamak..jauh plak menyimpang. Hmmm...perbualan kami berkisar tentang mengapa mereka dtg ke surau. Ak yg tanya soalan tu...soalan yg biasa ak tanya kpd budak2. Jawapan yg ak dengar pd malam itu, membuatkan ak bersyukur kpd tuhan. Mereka menjawab 'mak ngan ayah yg suruh dtg'. Namun, yg menyedihkan ak kelibat orang tua mereka tidak kelihatan. Ak pun bertanya "ayah ngan mak mane?". Mereka menjawab "ade kat umah xdatang". Sedih ak rasa. Sepatutnya org dewasa yg menjadi contoh kpd budak2. Memang bagus mewajibkan anak2 sembahyang, namun lebih baik bersama2 beramal. Takut nanti, budak2 kecil beramal kerana keterpaksaan, bukan kerana keikhlasan. Bagaimanalah nak mewujudkan 'Rumahku, Syurgaku' sedangkan hanya si kecil yg beramal manakala yg dewasa hanya menggunakan kuasa utk memaksa si kecil beramal. xbaek berprasangka. So, ak beranggapan bahawa mak ngan ayah diorg ada hal yg menghalang mereka drpd dtg. Kpd pembaca2 sekalian, ambillah iktibar agar apabila kalian berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Didiklah anak2 kalian sebaik-baiknya memandangkan generasi muda skrg ramai yg rosak akhlaknya dek kelalaian ibu bapa. Sebaik-baik cara adalah dengan menjadikan diri kalian sebagai contoh bukan dengan menggunakan kuasa 'keibu bapaan' kalian kelak.
Merdeka
Cinta akan tanah air. Cinta akan Malaysia. Ye ke...atau hanya sekadar kata2. Pada malam 31 Ogos lalu, ak dpt melihat sendiri bagaimana generasi muda menunjukkan rasa sayang mereka kpd tanah air ini. Mereka berkumpul menunggukan detik 12.01 malam (31 Ogos). Hanya utk menyaksikan pertunjukkan bunga api yg diadakan pada setiap tahun. Namun, malang sekali kerana tahun ni tiada pertunjukkan bunga api sempena menghormati Ramadhan. Jadi benarlah kate2 atuk2 dan nenek2 yang ak dengar bahawa generasi muda sekarang tidak lagi menghargai kemerdekaan yg kita kecapi sekarang. Ye la...yg lelakinya sibuk dengan motornya...lumba haram. Yg perempuannya sibuk dengan berkasih-sayang. Alamak...ade lelaki jugak. Nampaknya lelaki lg teruk la. Hmmm....ape-apepun yg salah tetap salah. Bagiku kedua dua pihak bersalah. Bukan nak menangkan lelaki tetapi nak memperbetulkan keadaan. Jagalah adik-adik kalian agar tidak tergolong dalam mana2 kumpulan ini. Yg mana telah terjebak kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas buat mereka yg ingin bertaubat. Apa sumbangan kita kepada negara? Bagiku cukuplah dengan menjaga kebersihan tempat di mana kita berpijak. Ramai yg mempunyai cita2 yg tinggi namun mereka terlupa hari esok belum tentu ada bagi kita. So, buanglah sampah di tempat yg sepatutnya bukan dicelah2 kerusi, dicelah2 bunga dan tempat2 sewaktu dgnnya. Insaf..insaf...insaflah. Jagalah keindahan alam semesta ini, jangan dimusnahkan jangan dihancurkan...kerana kita adalah khalifah Nya, sepatutnya mentadbir dunia ini sebaik-baiknya.

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...