Tuesday, May 24, 2011

Forward: Aurat Wanita (From Blognizamlah)

SAIDATINA AISYAH RA PERNAH BERPESAN..

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Di manakah kesilapan menutup aurat wanita hari ini? 


Kesalahan Pertama :Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan Kedua :
Bertudung tetapi memakai baju berlengan pendek.

Kesalahan Ketiga :
Bertudung tetapi kain bajunya terbelah dan menampakkan betis.

Kesalahan Keempat:
Bertudung tetapi bajunya sendat, ketet dan nipis lalu menayang bentuk kawasan-kawasan yang menggoda.

Kesalahan Kelima:
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam:
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja,tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

Kesalahan Ketujuh:
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,maka terdedahlah dada.

Kesalahan Kelapan:
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dada.


p/s: cantiknya seseorg bukan terletak pd paras rupa, tapi pada hati....(tapi jangan sampai x jge penampilan pulak..;p)

Monday, May 2, 2011

Wanita

"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Ingatlah wahai kaum wanita, dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga andai seorang wanita itu bertudung masih belum cukup untuk menutup auratnya. Dan pada kaum lelaki, jagalah matamu, jangan curi-curi melihat wanita muslimah yang bukan mahram bagimu, kerana ia dilarang.

Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur
Rajin pasangannya malas, lelaki pasangannya perempuan
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki
Maka ALLAH telah menciptakan wanita itu dapat memikat lelaki

Bila berkata tentang terpikat
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu
Jika ada hubungkait dengan nafsu, maka
Ada hubungan pula dengan bisikan syaitan

Nafsu dan bisikan syaitan mestilah dikawal dengan iman
Iman, mestilah menurut perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya

Mata lelaki selalu menjalar
Apabila terlihat seorang perempuan
Setiap bentuk badan seorang perempuan
Ketahuilah, boleh dihayati oleh seorang lelaki

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan
Pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan
Maka akan ditafsirlah akan rambut wanita berkenaan
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
Mata lelaki akan turun ke bawah
Melihat bentuk lehernya
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
Melihat bentuk payu daranya
Maka wanita itu wajiblah menutupnya
Dengan melabuhkan tudungnya

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi
Melihat betapa ramping pinggangnya
Maka labuhkanlah pakaian supaya
Tidak ternampak bentuk pinggang kamu

Namun mata lelaki itu akan tetap turun
Melihat bentuk punggung wanita itu
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
Agar bentuk punggung tidak kelihatan

Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai seluar
Seluar yang ketat sehingga terlihat bentuk peha
Namun bersederhanalah dalam pemakaian kamu

Mata lelaki ini nakal, maka akan dilihatlah pula akan kakinya
Maka wajiblah wanita itu untuk menjauhkan lelaki itu dari dosa
Menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking
Yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas
Akan melihat pula bentuk tangan wanita itu
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung
Menutupi bentuk tanganmu yang indah pada pandangan lelaki

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya
Kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
Kamu wahai lelaki, ingin meminangnya
Jika wanita itu cukup soleh, berpurdahlah

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat!
Sekilau-kilau berlian adalah paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Wanita! Kamu dikurniakan Ilahi dengan seribu satu kelebihan
Sama ada kamu sedar atau tidak, syukurilah ia
Dengan meletakkan sesuatu itu di tempatnya…wassalam.

Sunday, May 1, 2011

Orang Bertaqwa...


Orang bertaqwa itu dalam keadaan hati mereka rindu dan takut kepada Allah, mereka bertaburan di tengah-tengah manusia di seluruh dunia untuk mengubah dunia dari jahiliah kepada Islam. Dari undang-undang taghut kepada kalimah Allah. Dari kekotoran najis dosa kepada kemurnian hati yang bertaqwa. Dari peperangan dan kezaliman kepada keamanan, keadilan dan kemakmuran supaya manusia semua mahu sujud kepada Allah, Tuhan yang menciptakannya dan yang akan mematikannya.

Orang bertaqwa itu pada waktu malam yang sunyi sepi, mereka menyembah, memuja dan memuji ALLAH. Mereka mengadu, merintih dan meminta ampun dari ALLAH. Mereka memohon petunjuk, pimpinan dan bantuan ALLAH. Pada siangnya pula mereka berbakti kepada sesama manusia dan berbuat sebanyak-banyak kebajikan dan amalan taqwa.

Orang bertaqwa itu, hiburannya adalah iman, ibadah, zikrullah atau apa sahaja pekerjaan yang akan membawa kepada keredhaan dan kasih sayang ALLAH. Hatinya tenang dan tenteram. Jiwanya sentiasa hidup dan segar. Zikrullah itu luas pengertiannya. Ia bukan setakat menyebut puji-pujian, istighfar, selawat, takbir, tasbih dan tahmid di lidah. Zikrullah adalah kerja-kerja hati iaitu mengenal ALLAH dengan hati, rasa bertuhan, rasa cinta dan takut ALLAH, rasa kehambaan yang mendalam, rintihan dan munajat, syukur, sabar, redha dan sebagainya.

Orang bertaqwa itu, jiwanya hidup. Dia terlalu sensitif dengan Tuhan. Takut melakukan dosa, malah sentiasa merasakan dia berdosa. Dia merasakan bahawa dirinyalah yang paling jahat, berdosa, hina, tidak berguna, rasa serba-serbi dhaif, lemah, lalai dan leka di sisi Allah. Justeru itu, dia tidak putus-putus meminta ampun dan bertaubat dengan Tuhan.

Orang bertaqwa itu, kalau dia pemimpin dan berkuasa, dia tidak rasa bahawa kuasa itu adalah kekuasaan dirinya tetapi kekuasaan ALLAH. Orang bertaqwa, semakin tinggi taqwanya, semakin dia rasa berdosa. Walaupun dia kaya, dia merasa tidak punya apa-apa. Orang bertaqwa merasakan dirinya hamba walaupun dia berpangkat besar. Kalau dia dihina, dia mudah menerimanya kerana hakikatnya dia memang hina. Yang mulia itu ALLAH.

Orang bertaqwa, walau bagaimana pun hebatnya, dia tenggelam dalam kehebatan ALLAH. Dialah orang yang paling bebas kerana dia paling kuat terikat dengan Allah. Orang bertaqwa tidak takut dengan makhluk bahkan makhluk takut kepadanya.

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...