Monday, March 15, 2010

Jgn Suka Menyalahkan Org Lain


Hadith Akhir Zaman
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ada seorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”.
H.R. Muslim
Keterangan
Imam Nawawi ketika menulis hadith ini dalam kitab Riyadhus-Solihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut:
“Larangan seperti di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram”.
“Namun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaaan cintakan agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.
“Demikian yang dijelaskan oleh para alim ulama’ dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama’ yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-thabi, dan al-Humaidi”.
Hadith ini memjadi peringatan kepada kita bahawa apabila mendengar hadith-hadith yang banyak menghuraikan tentang kemunduran umat Islam dan kemerosotan akhlak mereka, janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita sentiasa muhasabah diri kita dan jangan suka menuding jari akan kesalahan orang lain. Perbaikilah diri sendiri di samping mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Walaupun hal kerosakan akhlak umat Islam sering diketengahkan ketika ini, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat iaitu dengan perasaan penuh belas kasihan dan rasa cintakan agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah akan orang lain.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah Nya. Amiiin…

1 comment:

  1. menyalahkan org lain atas ap y ak lakukn..emm,sesuatu y kdg2 biasa ak lakukan.semata-mata mahu melarikan diri dr kesalahan...dan perkara ini teramat la ak benci.tp, ak still lakukan.ksian org2 sekitar ak...sori guys.

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...