Hancur luluh hatinya…
Lembutlah jiwanya…
Tak sempat mengingati perkara yang lain…
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku dengan tuhannya…
Jika manusia mengenali tuhannya…
Keagungan tuhannya kecutlah perutnya…
Kalau manusia sentiasa sedar…
Pendengaran, penglihatan dan pengetahuan Nya…
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia…
Nescaya manusia itu tawadhuk…
Merendah diri di bumi tuhannya…
Jika manusia rasa bertuhan dihatinya…
Matilah angan-angan…
Takut pun datang menerpa di hatinya…
Manusia akan sibuk dengan dirinya…
Tak sempat memikirkan diri orang lain…
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat…
Aduh kalau tuhan sentiasa di hati…
Perasaan bertuhan mencengkam di hati…
Mengenang pula nikmat…
Nikmat tuhan yang banyak…
Bertambah perasaan cinta dan takut…
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya…
Takut kalau nikmat ditarik semula…
Kalau terbuat dosa akan diazabNya…
Begitulah kalau seseorang hamba…
Mengingati tuhannya…
Hatinya sangat sibuk dengan tuhannya…
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya…
Sekalipun dunia ditangannya…
dipetik dari 'Kenali Tuhan'...
Ya Allah, ya rabbi...bukakanlah pintu hati hamba-hamba-Mu ini...ingtkan kami andai kami terlupa dan lalai oleh kesibukan duniawi.amin.
ReplyDeleteaminn...ada masa lapang ikuti segmen kenali tuhan yg akan sy postkan. Isya'allah dalam beberapa hari lagi. sdg dlm final edit. Bhn dah dikumpul, just dlm proses memudahkan penyampaiannya..
ReplyDeleteDlm kita nk mengenali Allah, kita wajar mengenali sifat Allah. Ant sifat Alllah adalah dlm aspek mendengar dan mengakbulkan doa. apabila kita berdoa sbnarnya Allah Maha Mendengar walaupn kekdg kita merasakn Allah lmbt mengakbulkan doa kita. sebenarnya kita perlu tahu dan ingt bahawa Allah telah pn mendengar.cuma dihantarnya dlm 3 bentuk berbeza.
ReplyDeletesatu: doa terus dimakbulkan mengikut kehendak kita
dua: doa dimakbulkan mengikut kehendak Allah dan kdg2 ia menjd penghalang kpd musibah utk menimpa kita
tiga: tiap doa y diminta diberi dlm bentuk pahala dan dinilai pada hari akhirat.menjd pembantu kita utk masuk syurga.iAllah.