Monday, October 5, 2009

Soalan 1: Adakah benar kita boleh minum arak asalkan tidak mabuk?




sekadar hiasan


MINUM ARAK(KHAMAR)

Arak, ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan ''Khamar'' Berasal dari kata ''Khamara'' ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasnya ia mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah. Merujuk soalan saudara, yg sy faham mungkin tujuan minum arak yg dimaksudkan adlh bertujuan utk merasa je. Hmmm...taste. Tp utk pengetahuan saudara hukumnya still....HARAM!!! Dan boleh dikenakan hukuman SEBAT dan hendaklah bertaubat (nasuhah). Jika tidak kita berhutang dgn Allah. Dan hutang itu perlu dibayar di 'sana' dimana azab nya tidak tertanggung sepertimana hukuman sebat di dunia.





HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)


 Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah:-


Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90


HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)



Seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib r.a.:-




Rasulullah s.a.w. telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.




KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-


(i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.


Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.


Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan dan dia menyangka bahawa minuman yang  diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud ke atas orang yang meminum minuman itu.
Dengan erti lain timbul SYUBHAH.... 


Tolaklah hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan.
Seseorang yang tidak tahu bahawa arak (khamar) itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman hudud, sekalipun ia mengethaui bahawa minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh di anggap suatu perbuatan yang sengaja.


Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal ditengah-tengah masyarakat Islam, alasan itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengaja.


PEMINUM ARAK YG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN HUDUD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60 adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:


(a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara'.
(b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.
(c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
(d) Minuman itu masuk ke dalam ronga melalui mulut.


Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini adalah berdalilkan hadis Rasululah saw:-


Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. - Riwayat Bukhari dalam al-Sahih.


Mereka yang minum arak (khamar) dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman hudud ke atas mereka itu. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw:-


Allah mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.- Riwayat Tabrani dari Sanad Sahih.


Mereka yang terpaksa minum arak (khamar) seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain kecuali arak (khamar), maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka itu hukuman hudud. Ini adalah berdalilkan firman Allah:-


Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi mengasihani.* -Surah al-baqarah 173


* Fiman Allah Taala ini diturunkan ialah kerana Allah melarang orang-orang yang beriman memakan bangkai, darah, daging babi, dan bintang-binatng yang tidak disembelih dengan sembelihan syara', kecuali dalam keadaan darurat. Firman Allah Taala ini diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut, tetapi secara umum, Allah arak (khamar), kecuali dalam keadaan darurat juga. Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqih Islam) ( Perkara -perkara yang darurat itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram). Darurat ialah satu keadaan yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.


Jika arak (khamar) itu masuk ke dalam rongga melalui jalan lain selain dari mulut, seperti melalui suntikan atau ditebuk lubang dileher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan hukuman hudud keatas mereka yang melakukannya.

3 comments:

  1. assalamualaikum.Baru-baru ini kawan saya difitnah oleh sekolah yang dia meminum arak degan sengaja,tetapi sebenarnya dia dipaksa meminum arak tersebut kalau tidak dia akan dipukul.Ini membuatkan saya tidak puas hati ,saya ingin menolong rakan saya yang difitnah itu. Saya cuma ingin bertanya adakah seseorang yang dipaksa memiunm arak berdosa.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,

    Pada pandangan sy, ada 2 sudut perlu dilihat di sini. Pertama hukum meminum arak memang sudah terang HARAM.

    Kedua, bagi dalam situasi dipaksa(ugutan) ada beberapa pendapat.

    Pertama, jika dalam situasi utk mempertahankan NYAWA. Hukumnya sy tidak pasti tp ada kelonggaran.

    Dalam situasi AGAMA pula, kita wajib mepertahankan AGAMA kita melebihi NYAWA kita. Jika andai kata paksaan itu bertujuan mempermainkan agama rakan itu.

    Sy yakin di Malaysia masih ada pihak yg boleh membantu dlm kes2 jenayah, ugutan atau seumpamanya. Perlu dikongsi perkara seperti ini kepada pihak yg berkuasa bg mengelakkan berulang kpd diri rakan atau orang lain kerana si pelaku masih tidak dihukum.

    Sekadar pandangan peribadi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.... Saya ingin berkongsi sedikit cerita saya mengenai kawan saya... Saya dan dia berkawan selama berbulan bulan... Pada mulanya saya tak tahu yang dia ade minum air ketum.. .banyak kali saya pesan kt dia supaya berusaha berhenti minum... Dia ikut nasihat saya dia cuba tapi still x boleh jugak... Hingga satu tahap saya berkata kepadanya yg minum air itu boleh tapi kurangkan kadar pengambilan nya... Adakah wajar pendapat saya? Niat saya hanya kerana saya risau kan nyawa kawan saya... Harap nasihat admin boleh saya guna pakai utk teruskan menasihati dia.. Sekian

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...