Sunday, August 23, 2009

NikmatNya...

Hari ini merupakan hari kedua umat islam perpuasa...dan hari ini juga sebuah peristiwa telah menyentuh hati kecil ku. Peristiwa ini berlaku di stesen KTM ketika ak menunggu komuter utk pulang ke Subang Jaya. Jam menunjukkan pukul 7.20 pm. Waktu berbuka hampir tiba. Ak telah bersedia dgn sebotol air mineral, cukuplah sbg syarat berbuka. Laungan azan pun berkumandangan. Ak pun meneguk air mineral tersebut selepas doa dibaca. Ketika itu lah ak terdengar 2 org pemuda, gayanya mcm org seberang, berkata "oh dah buka dh" tapi ak tidak nampak ape2 makanan di tangan mereka. Ak pun bertanya kpd mereka "nk buka ke bang?". Dipendekkan cerita, ak pun berkongsi air mineral ngan diorg...rupenye diorg xsempat nk beli mknn utk buka puase sbb br balik keje.

Tp yg ak nak cerita bukan psl kerja 2 org mamat tu. Yg nk ak ceritakan adalah ape yg ak dpt setelah berkongsi air dgn diorg. Maybe asbab ak kongsi air ngan diorg, hari ni ak berbuka just sekadar 2 teguk air mineral tadi tu je. Ak still kenyang sampai sekarg. Itulah yg menyebabkan ak terase kerdil sgt sbb biasenye kene makan sepinggan nasi barulah kenyang. Ni lah first time ak berbuka dgn air mineral je dh kenyanyg. Alhamdulillah...kan nikmat kenyang itu dtg dr Allah bukan dr sepinggan nasi. Mungkin bende ni kecik je di mata sesetengah manusia. Tapi bg manusia yg benar2 meyakini kuasa Tuhan, inilah sebab mengapa kite perlu sentiasa bersyukur kpdNya. Sebab sekecik-kecik nikmat, nikmat itulah yg menentukan kite ni bahagia or sengsara. Ramai yg lupe bersyukur atas nikmat dariNya. Maybe inilah yg dikatakan buta hati. Buta hati, merbahaya..buta hati, xnampak kebenaran...buta hati, mudah dipengaruhi nafsu dan syaitan...

p/s: so lepas ni jgn kedekut nak kongsi juadah buka puasa dgn rakan2...hehe!

Apabila kita bergantung kpd manusia, kita akan takut kehilangan
pergantungan kita...

Maka, cukuplah sekadar ALLAH yg menjadi sandaran kita kerana
Dia tidak akan mengecewakan sesiapa pun yg bergantung kpdNya...

Cuma ramai yg berpaling dariNya disebabkan sifat tidak sabar...

5 comments:

  1. bani ,pasni belanja aku iftar a..pe lg..haha

    ReplyDelete
  2. subhanallah.
    ya buta mata hati itu berbahaya

    ps: rindu utk terawikh bersama ko dan asip '-'

    ReplyDelete
  3. haha..iftar bleh je tp tempat memisahkan kite

    ReplyDelete
  4. ak pun rindu gak...tp apekan daya tempat memisahkan kite. Asip pun sept ni nk fly gi jakarta. Tinggallah ak sorg2 kt bumi Malaysia ni. haha

    ReplyDelete
  5. ey, aku tak jadi pegi jakarta la..

    ReplyDelete

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...