Friday, August 14, 2009

Sedang Aku Kegelapan....


Pernahkah anda berada di tengah2 hutan yg tebal pada waktu org sdg nyenyak tidur? Dalam kepekatan malam itu, anda sedang mencari jalan pulang. Yg ketika itu hanya cahaya bulan sebagai teman. Yg kadang kala menyorokkan dirinya sekali sekala. Nak diceritakan...peristiwa ini berlaku ketika ak di tingkatan 5. Ak bersama beberapa rakan terpilih utk mengikuti sebuah kursus usahawan muda di sebuah hutan simpan di Pahang. Ak terpilih kerana ak adalah salah seorg ajk bg rumah bendahara (kuning). Sebanyak 3 buah sekolah asrama telah menghantar wakil utk mengikuti kursus ini termasuk sekolahku. Di sana, kami dibahagikan kpd 4 kump kecil. Dan seingat ak, kump ak terdiri drpd 4 org lelaki dan 6 org perempuan. Dan satu peristiwa yg tidak mungkin ku lupa telah berlaku . Ketika itu, kami menjalankan aktiviti "night jungle treking". Pada mulanya, ak berasa teruja kerana itu merupakn kali pertama ak ber"jungle treking" pd waktu malam. Mesti seronok...namun, semuanya tidak seindah sepertimana yg dibayangkan.

Kump ak telah terSESAT di tengah2 hutan tersebut dan hanya cahaya bulan sebagai teman. Paham2 la pokok sume besar2, so cahaya bulan tu idak le seterang cahaya lampu jalan. Kdg2 tangan sendiri pun xnampak. Torchlight plak ade dua je. Hanya sebuah 'walkie talkie' yg menghubungkan kami dgn base camp. Ketika berusaha mencari jalan keluar....seorg ahli kump ku secare tibe2 menjerit. Ak berada di belakang sekali dan si A (empunya jeritan) berada di hadapanku. Ak kaget sebentar. Otakku ligat memikirkan tindakan yg harus ku ambil...mase tu ak ingat girl depan ak ni terkene 'gangguan'! Belum sempat ak mencapai tgn die.....girl td dh paut lenganku (jgn pk laen plak). Mane le tau takut die lari nanti. xpsl2 ak kene kejar. Kalo hilang, lg susah. Dah la kump ak still sesat. Sedang si A memaut lenganku..terdengar perkataan U.L.A.R keluar dr mulut die. Makhluk itu sedang memanjat seluar hijaunye. Br je ak nk bace ayat2 yg patut utk menghalau "makhluk halus". Lega le skit bukan angkara "makhluk halus"...ak bukan nye tau sgt pun, skit2 bleh le. Nasib baek...ular. Dipendekkan cerita...dgn lafaz 'basmalah', dan dgn sedikit tenagaku, ular itu berjaya ditepis. Ye la...nk wat camne ular daun rupenye...xberbisa sgt, lg2 sebesar jari kelingking je. Tp ak sgt2 bersyukur kerana hanya ular daun ak diuji...kalo king cobra yg dtg, xtau mcm mane ak nk tepis. haa...cam mane tu?

Semua peristiwa yg berlaku...sesat sehingga trpaksa brmlm di hutan, 'cahaya' yg mengekori aku sehngga basah uniform aku dibuatnya, peristiwa U.L.A.R., dan keindahan hutan pd waktu malam, membuatkan ak terfikir betapa kerdilnya ak tanpa bantuan Dia. Mungkin ini juga dipanggil bermujahadah...tp biasenye term tu dikaitkan dgn nafsu. Kalo ak gune term tersebut utk iman boleh kot...xsalah rasenye. Oh ye..lupe nk bgtau "walkie talkie" tu mmbr ak lupe off, so mase kitorg tengah cari jln keluar, bateri die dh flat . Mcm mane kitorg keluar? Dgn kuasa Allah, setelah 9 jam 'bersiar-siar' di dlm hutan tersebut, kitorg telah bertembung dgn pasukan penyelamat. Haa...baik 9 jam, kalo 9 hari? xpsl2 ular daun td jd lauk kitorg. haha.. Kalo nk cerita btul2 xcukup 1 post. Anyway...semoga antum sume dpt ape msg yg ana nk sampaikan....

p/s : Ak hanyalah seorang insan yg dilahirkan sama seperti kalian, lemah imannya. Jom bersame2 kita tingkatkn iman...

Akal senipis ramput maka tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca maka kuatkan ia dengan iman...Wajah secantik mutiara maka hiasilah ia dengan senyuman...Senyum sokmo...jangan senyum kambing plak!!

4 comments:

  1. nice posting
    nice blog

    http://thorempire.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. macam pernah kudengar kisah ini tapi dimana ya?
    oh ya, pada sembang jumaat tahun lepas. dan kau post entri ni pada hari jumaat juga '_'

    salam bani, apa kabar ko srg? haha

    ReplyDelete
  3. hazwan ydp...ko nyer blog menarik! mengajar ak agar jgn lupe asal usul kite. Dr mane kite dtg..sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading!!

    ReplyDelete
  4. owh..ye ke ami. emm..apekan daya ak insan biase. sering terlupe. so, ni dh kire bukan luahan yg belum pernah diluahkan la..haha

    ReplyDelete

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...