Sunday, October 11, 2009

Soalan 2: Pentingkah utk mengetahui yg mana hadith sahih?

Hmmm...alamak soalan ini sy rase berat skit nak jawab. Agak sukar  memandangkan saya ni xmendalami ilmu hadith. just blaja skit2 je. dr adik, guru2 agama. baca je xcukup kene tanye. org dh tanye xmanis utk menolak. lg2 sy yg menawarkan soal jawab ni kan. sy cuba jawab berdasarkan ilmu yg sy ada. but it is better u ask person (utk kepastian) that more know about this matter (hadith). sy mudahkan la ye ape yg sy tau. xphm nt tanye blk. xpun tanye la sape2 yg patut. sbenanye SANGAT PENTING memandangkan hadith perlu digunakan dalam hujah atau dalil bg sesuatu hukum or amalan.

Hadith sahih
suatu hadith yg diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadith yg adil, bersambung sanad, tiada illah dan tiada syaz.

Syarat wajib hadith sahih:-
Adil: Islam, berakal, baligh, tidak fasik, adil dan tidak melakukan perkara yg aib
Dhabit: tiada perubahan ingatan jika diriwayatkan melalui lisan (tidak berubah hadith), tiada perubahan tulisan jika diriwayatkan melalui tulisan. Perawi hadith mampu memahami dan menghafaz apa yg didengar drpd guru yg siqah (yg boleh/sgt dipercayai)
Bersambung sanad: perawi menerima hadith dr sanad awal hingga sanad yg terakhir.
Tiada syaz: tiada percanggahan riwayat perawi yg siqah dgn perawi yg lebih sigah drnya.
Tiada illah pada sanad & matan: tiada percanggahan atau kecacatan yg tersembunyi dan tidak dapat dikesan dgn mudah.

cth:- drpd A, drpd B, drpd C meriwayatkan bahawa telah...

Hukum beramal dgn hadith sahih:-
menjadi hujah dan dalil syarak
tidak boleh mengingkarinya

Hadith Hassan
Hadith dimana semua syarat diatas dipenuhi namun Dhabitnya kurang sempurna (makna/pengertiannya sama)


Hukum beramal dgn hadith hassan:-
boleh dijadikan hujah dan dalil utk syarak kerana boleh diterima


Hadith dhaif
hadith yg tidak mencukupi syarat2 diatas

Antara sebabnya:-
berlaku pertambahan atau pengurangan nama perawi hadith
berlaku pertukaran ayat atau percanggahan ayat
dll

Hukum beramal dgn hadith dhaif:-
tidak boleh dijadikan hujah atau dalil utk sesuatu hukum or amalan (syarak)

Mungkin anda seorg yg mementingkan soal hadith. Bagus2x. tp sbenanye sgt sukar utk menentukan kesahihan hadith andai berdasarkan ini sahaja tanpa ilmu yg mendalam. As long hadith itu diriwayatkan perawi hadith yg benar2 saqih. memadai. namun, perlu juga dilihat dr mana source dalil itu. Adakah kite dpt secara terus dr org yg boleh dipercayai, guru2 hadith atau internet(online). Dimana kesahihan nye boleh dipersoal. Berhati2 brkenaan hadith yg berkaitan dgn amalan (amal ibadah). Tanyalah kpd yg pakar, bukan saya. sy just boleh berkongsi sedikit ilmu yg sy ada dan pandangan sy. Neway...thanks di atas soalan anda. Banyak yg sy belajar.(",)

2 comments:

  1. btol...ak menyokong ap y bani ckp.soal hadith nie perlu kn ilmu lbh utk mendalami..namun, sbg umat islam kte perlu jgk menetahui sdikit sbyk ttg nye...hadith 40 adalah antara koleksi hadith sahih yg boleh dibaca....

    ReplyDelete
  2. yup...hadith 40. example hadth sahih. but there are many more.

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...