Thursday, October 22, 2009

Pabila Iman Di Dada

Pabila iman di dada
Kita tahu bahawa solat itu satu kewajiban utk semua umat. Yg perlu ditunaikan sebaik mungkin.
Namun
Semakin lama kita di dunia ini semakin ramailah yg mengambil mudah ttg solat. Solat umpama tidak lagi menjadi satu tanggungjawab tapi satu bebanan. Solat dilengah2 kan. Ada juga yg melupakan. nauzubillah..

Pabila iman di dada
Kita tahu ibu bapa adalah manusia yg perlu kita hormati. Keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah, kemurkaan ibu bapa adalah kemurkaan Allah.
Namun
Sekarang ramai anak2 lupa akan kasih sayang ibu bapa mereka. Kesusahan mereka membesarkan kita. Rumah org tua jd jalan penyelesaian. Tidak tahukah mereka bahawa melihat wajah ibu bapa beroleh pahala. Doa mereka mudah dimakbulkan. sedarlah..

Pabila iman di dada
Mengumpat, menghina dan seangkatan dengannya adalah satu dosa. Umpama memakan daging saudara sendiri. Dosanya lebih berat dr membunuh.
Namun
Pada hari ini, inilah satu budaya, keterbiasaan manusia. Tidak janggal utk bercerita keburukan org. Rahsia disebarkan, fitnah bertaburan. Inilah juga tanda akhir zaman. Janganlah kita yg menjadi golongan yang merealisasikan tanda akhir zaman ini. mudah-mudahan..

Pabila iman di dada
Kita akan mengerti kasih antara umat itu besar ertinya. Yg susah dibantu yg senang memberi. Mungkin terjadi nye bencana alam secara kerap adalah utk menyedarkan kita mengenai tanggungjawab ini.
Namun
Zaman moden ini, erti kasih sayang lah menjadi punca keruntuhan akhlak generasi muda. Salah mendefinisikan erti kasih dan sayang. Salah memberi kasih dan sayang. Mudah menerima kasih dan sayang. Batas2 pergaulan dilupakan. Yg susah dibiarkan yg senang mendiam diri. kembalilah kpd erti sebenar..

p/s: inilah sebab ak merasakan kita sudah jauh dari nlai2 islam sebenar. sedih sekali. kalaulah manusia itu tahu..nabi muhammad saw sangat cinta dan kasih kepada kita.

2 comments:

  1. bani...knp ak tau nabi ckup syg dan kasih kpd aku dan saudara seislam aku tp ibadat ak masih xmenunjukn ak syg dan kasih sme cm Nabi syg ak??...adakah nie tanda2 hati ak da berkarat dgn dosa2?....moga2 ak masih diberi keampunan...

    ReplyDelete
  2. eh...alhamdulilah la. ko dh ade kesedaran (hidayah). bukan sume org dpt. cume perlu tambah kesungguhan utk berhijrah ke arah yg lbih baik. kptusan yg TERBAIK utk diri kita hanya kita sndiri yg tentukan. dn ia memerlukan kesungguhan, keteguhan serta kesabaran. byk2kn berdoa. Allah tidak melhat pd hasil semata2 namun usaha yg dinilai. jika tidak ramai nabi telah tewas. thanks 4 ziarah blog xseberapa ini. :D

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...