Thursday, October 8, 2009

Hassan Al-Banna vs Syaitan Durjana




Al-Banna berpesan
Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah dengan serta merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..waktu solat tu banyak lagi. Nanti boleh sembahyang. Siapkan la dulu kerja tu...nanti xsiap plak..

Al-Banna berpesan
Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yg baik atau berzikir. Janganlah sekali membuang masa..

Syaitan Durjana berbisik
Buat ape. Lebih baik bace majalah, comic or sewaktu dgnnya. Buang mase je...

Al-Banna berpesan
Berusahalah sedaya upaya bertutur dalam bahasa arab fusha kerana ianya salah satu syiar Islam..

Syaitan Durjana berbisik
xpayah..tak penting. Better blaja b.inggeris ke, mandarin ke, tamil ke, atau bahasa laen. lagi baek..

Al-Banna berpesan
Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun. Kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..kene berdebat. nak tegakkan kebenaran la katakan. Nanti baru org tau sape btul sape yg salah.. Hmm.. nk btulkan kslahan tu laen kali buat. Skg berdebat je. Tunjukkan kat org ramai yg ko tu betul..

Al-Banna berpesan
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..ketawa ni bagus. Lambat tua. Lagiun buat ape nak susah2 kan diri. Ketawa je. Hidup ni mesti hepy..

Al-Banna berpesan
Jangalah sentiasa bergurau kerana umat yg berjihad demi Islam sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara..

Syaitan Durjana berbisik
wei..hidup ni mesti la enjoy. Heppy. xpayah susah2. Lagi2 ko kan muda lg. Takpe keje tegakkan Islam ni dah ade org buat. Biar la mereka yg buat. Ko just jgn buat maksiat dh la..

Al-Banna berpesan
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan menyakiti si pendengar..

Syaitan Durjana berbisik
Kuat lagi. Dia xdengar tu. Tunjukkan yg ko tu kuat. Lawan je ckp die(parent). Die bukan nyer btul pun. Ko tu dh btul cume kene kuatkn suara je. Baru r diorg nk ikut..

Al-Banna berpesan
Jauhi dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan jangan bercakap melainkan perkara yg mendatangkan kebaikan..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..nanti boleh taubat. Lagipun hidup dalam masyarakat ni kene la tau hal org lain kan. Nanti org kate ko pentingkan diri pulak..

Al-Banna berpesan
Berkenalanlah dgn setiap rakan yg ditemui sekalipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita adalah berkasih sayang dan berkenalan..

Syaitan Durjana berbisik
xpayahla kenal. sape die? hal die, die la jaga. Buat ape ko nak susah2 kan diri ko. Lagipun die tu xsuke berkawan. Silap2 ko yg kene marah plak..

Al-Banna berpesan 
Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu utk memanfaatkan waktu mereka, jika berurusan maka singkatkanlah masa pelaksanaannya..

Syaitan Durjana berbisik
Takpe, takpe..banyak mase lg. besok kan ade. Alah diorg bleh tunggu. Amek mase ko.. perlahan-lahan. Diorg bleh tunggu. Diorg mane ade hal laen..

p/s: soalan2 anda sdg saya perkemaskan jwpn nyer. Just nk proofreading. Takut salah plak jwpn nyer. Nanti saya postkan. Neway kalo ade salah silap tolong tegur. Saya ni pun masih belajar..

No comments:

Post a Comment

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...