Pergh..lama gak ak menghilang. Raya la katakan. So, sempena sekembalinye ak dr raya. Ak nak share la pantun2 raya yg ak dpt dr kwn2 sempena raya ni. Hmmm...dh brape kali raye ek!! entah la kalo kire umur..dh 20 kali raye la. Kejap je rasenye!! Kepada kwn2 yg mengirim pantun2 ni...thanks n satu je ak nk ucapkan mmg menarik pantun2 tu sume. tu yg ak simpan tu. hehe...xtau la keoriginalan nyer.. tu belakang citer. hehehe...
Kura-kura berjalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Kad raya nak hantar takut tak sempat
Cara SMS pun dah kira selamat
Masak lemang sambil berdiri
Hendak makan di Aidilfitri
Nak hantar kad posmen dah cuti
SMS saja dapat diberi
Anak siput jalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Nak hantar kad takut tak sempat
Baik SMS lagi selamat
Anak kucing curi ketupat
Kera pun terlompat-lompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Hanya SMS la yang paling cepat
Tangan ku hulur tak kesampaian
Senyum ku ukir tak kelihatan
SMS ku kirim tanda ingatan
Di Aidilfitri kita bermaafan
Pelita diletak di atas paha
Hendak dinyalakan di tepi perigi
SMS dihantar pengganti kad raya
Tanda ingatan di Aidilfitri
Takbir bergema memecah kesunyian di pagi hari
SMS pengganti kad raya dan diri
Bukan lupakan tradisi
Tapi ikut teknologi dihujung jari
Salamku kirim beriring doa
Menyambut Syawal menjelang tiba
Maaf bermaafan sesama kita
Keredhaan Ilahi penentu segalanya
Sesaat pertemuan menitik persahabatan
Seminit perkenalan menerbit kemesraan
Sejam kemesraan mengukuhkan persahabatan
Sehari persahabatan selamanya dalam ingatan
Walau jauh bukan halangan
SMS dihantar tanda persahabatan
Ku pohon maaf selama berkawan
Salam Aidilfitri tanda ingatan
Lungo bodho gone rondho
Rondo kempling duitey akeh
Kito saiki wes arek bodho
Jalok ngapuro seng akeh-akeh
Katak kenyang lalu tertidur
Gajah pitam lantas terjatuh
Andai tak sempat tanganku hulur
Ku pohon ampun dari jauh
Sememangnya...Aidilfitri dpt mendekatkan hubungan silaturrahim. Namun yg tiada jgn dilupa. Rajin2 lah ziarah pusara mereka. Bersihkan ape yg patut. Yg plg penting senantiasa panjatkan doa utk mereka kerna...hanya doa anak2 yg soleh/solehah dpt membantu mereka di 'sana'....
No comments:
Post a Comment