Saturday, October 24, 2009

Kisah Sahabat 2: Nama Terindah



Sebenarnya kali ini kisah yg ak nk ceritakan bukanlah benar2 mengenai sahabat. Namun, ada pengajaran yg ak rasakan penting utk diceritakan pd post ak kali ini. Manusia yg ingin ak ceritakan pd kali ini adalah Halimah sa'diah. Tentu kalian sudah mengetahui cerita wanita ini. Yg merupakan ibu susuan nabi muhammad saw. Tp ramai yg melupakan pengajaran disebalik kisah ini. Sebenarnya byk pengajrannya. Just kali ini ak nk kaitkan cerita ini dgn 'nama'.

Pada zaman jahiliah, sudah menjd tradisi sesiapa yg melahirkan anak akan diserahkan anak itu kpd ibu angkat utk utk disusukan. Tradisi ini sudah berpuluh thn diamalkan. Tidak terkecuali nabi kita, nabi muhammad saw. Dlm thn gajah, terdapat 41 org bayi telah dilahirkan termasuk nabi muhammad saw. Ada yg mengatakan bhw inilah isyarat bahawa 40 org itu bakal menjd sahabat rasulullah saw. wallahualam..

Kerana keluarga rasulullah saw miskin, maka rasulullah saw hanya dibungkus dgn kain biasa sahaja sedangkan anak2 org lain yg jumlahnya 40 org dibungkus dgn kain2 sutera yg baik. Ketika rombongan bani Sa'ad dtg, kesemua anak2 ini diletkkan dikeliling Ka'bah dn diperlihatkan. Yg mana kelihatan 'cantik' akan diambil terlebih dahulu. Disebabkan dibungkus dgn kain ala kadar, tiada yg berminat utk mengambilnya. Diceritakan hingga kesemua 40 org bayi telah diambil kecuali nabi sahaja.

Namun, masih ada bani Sa'ad yg tertinggal iaitu, Halimah sa'diah. Halimah dan suaminya tertinggal dr rombongan bani Sa'ad kerana unta mereka telah tua. Mereka pergi bersama-sama namun tiba di Ka'bah tidak sama. Ketika itu, telah terlintas di fikiran Halimah bahawa beliau tidak akan mendapat anak susuan. Kalau ada pun anak2 org miskin yg tertinggal. Benarlah firasatnya, dia menemukan nabi terbungkus sederhana, tp ketika melihat wajah nabi, seolah2 bercahaya. Sejuk mata memandang. Dia gembira.

Sudah mnjd tradisi org yg mendapt anak susuan akan pergi ke Hajar Aswad terlebih dahulu bersama anak susuan sebelum kembali ke rumah. Di Hajar Aswad, batu Hajar Aswad tiba2 terangkat dr tempatnya dan pergi ke rasulullah saw (mencium rasulullah). Hasratnya utk membawa Muhammad cium Hajar Aswad namun sebaliknya yg berlaku. Hajar Aswad yg mencium nabi. subhanallah..

Setelah itu, dia pulang bersama suaminya dgn menunggang unta tua mereka. Rombongan bani Sa'ad telah lama meninggalkan mereka. Namun, satu lg keajaiban telah berlaku, unta tua itu tiba2 menjadi gagah. Unta tua itu dapat memotong semua rombongan bani sa'ad yg terlebih dahulu pulang berbanding mereka. Halimah percaya ini ada kaitan dgn anak susuan yg baru diperolehinya iaitu Muhammad.

Sepanjang dijaga Halimah, rasulullah saw tidak pernah meminta makanan mahupun meminta tambah makanan. Baginda makan apa yg diberi dan tidak meminta jika tidak diberi. Padahal anak2 Halimah yg lain berebutkan makanan. Namun, bhgn nabi tetap ada. Selain itu, susu Halimah juga bertambah byk sedangkan selama ini tidak sebegitu. Ada satu kisah bahawa nabi sudah susu sebelah dan ketika Halimah hendak memberikan sebelah lg, nabi tidak mahu dgn menutup mulutnya serapat-rapatnya. Halimah faham kerana rasulullah mengajar dia bahawa yg sebelah itu adalah utk abang susuan nya iaitu Damrah. Peristiwa ini berlaku berulangkali. masya'allah...sejak kecil Tuhan sudah masukkan keadilan pada rasullullah saw. Tidak seperti manusia skrg yg mementingkan hak diri sendiri berbanding menunaikan hak org lain.

Berbalik kpd cerita Halimah. Nabi tidak pernah menangis jika dibandingkan kanak2 seusianya. Inilah bukti kekuasaan Allah bahawa kelebihan Muhammad sbgai rasul yg terakhir iaitu penghulu segala nabi. subhanallah.. Namun, terjadi satu kisah di mana nabi tiba2 terlentang ketika bermain bersama2 abgnya, Damrah. Ketika itulah, berlakunya peristiwa dada nabi dibelah oleh malaikat jibril dan dicuci. Nabi menceritakan kesemua peristiwa itu kpd Halimah. Sehinggakan Halimah sukar mempercayainya. Tp sepanjang menjaga nabi, banyak peristiwa2 ajaib yg berlaku menyebabkan Halimah percaya akan Muhammad. Dia juga percaya bahawa Muhammad akan menjadi org yg penting pabila dewasa kelak. Bukan sebarangan manusia.

Setelah 4 thn dibwh jagaan Halimah, Muhammad diserahkan kembali kpd ibunya. Selepas itu, Halimah tidak tahu apa yg terjadi kepada Muhammad kerana pada zaman itu maklumat amat sukar utk diperolehi. (mane ade pejabat pos kan). Namun, ketika nabi berumur 40 thn, terdengarlah berita bahawa Muhammad menjadi rasul. Kerana ia menjadi perbualan hangat masyarakat arab ketika itu. Bayangkanlah perasaan Halimah apabila mengetahui anak susuan yg dijaga olehnya ketika kecil menjadi rasul. Tp utk berjumpa rasulullah sgt sukar kerana pada waktu itu, Islam bukanlah di tangan rasulullah (baru nak berkembang). Cuma satu hari pd waktu Halimah sudah tua, nabi menziarahinya. Beruntung Halimah kerana nabi akhir zaman sendiri menziarahinya. Tidak tergambar perasaan Halimah. Itulah kali terakhir Halimah berjumpa nabi.

So, apa pengajaran kisah ini?. Hmmm...byk rasenya. just ak nak kongsikan adalah "HALIMAH SA'DIAH" itu adlh nama yg sesuai dgn pengalaman hidupnya. Kenapa? sebab nama Halimah itu bermaksud lemah lembut, berkasih sayang ataupun org baik. Halimah sa'diah bererti Halimah yg bahagia, Halimah yg lemah lembut yg bahagia. Maka terbuktilah, Allah telah menetapkan bahawa Halimahlah yg menjadi ibu susuan nabi akhir zaman, nabi kita, Muhammad saw bersesuaian dgn makna namanya. Sungguh besar pahala itu. masya'allah..

Sebab itu, Islam menganjurkan memberi nama kepada anak dgn nama yg baik, itukan DOA. Moga2 anak itu membesar bersesuaian dgn makna namanya. Kpd wanita2 di luar sana, jadilah seperti Halimah sa'diah yg kasih kpd anaknya walaupun hidup dalam serba kemiskinan. Mendahulukan keluarganya berbanding diri sendiri. Yg redha dan rasa cukup dgn apa yg ada. Sudah tentu lemah lembut itu menghiasi  dirinya. Akhir kalam dari empunya blog, "Susu ibu lah yg terbaik sekali". hehe...ak xsure la apsal ak tulis slogan tu. tp jgn marah bcoz itulah kebenarannya.

4 comments:

  1. bani, ini la 1st ak menbaca mahupn mndgr cite halimah sa'diah y lengkp cm nie. subhanallah...betapa Allah sgt mnjg keksih nye...dan betapa mulia pekerti nabi sejak kecil...

    p/s: ak mmg ske kisah2 pengajaran...sng nk difahami dan mudah meresap dlm jiwa.mekaseh utk cite y indah(",)

    ReplyDelete
  2. yg baik jdkan panduan. moga Allah beri kita panduan ke arah mnjd insan yg bertakwa. menjd cermin kpd insan lain. insya'allah..

    ReplyDelete
  3. bani,adakah ini bermakna kalu ak nk jd org y baek ak msti duk dlm suasana y baek?mcm mne nk tangani dugaan di sne cnie?coz ak stay kt tmpat y byk maksiat....tiada suasana islamiah.

    ReplyDelete
  4. hoho..ade sorg kwn ak brkata, "mukmin yg benar2 takutkn tuhannya tidak akn terkesan dgn suasana. namun suasana akn terkesan dgn nye". sbb tu ak brpgang dgn kate2, "org mukmin itu mnjd cermin kpd org disekelilingnya". but it is true, kalo nk dkat dgn tuhan kene ade suasana. tp mesti bestkan kalo diri kite sendiri yg wujudkan suasana tu. :p

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...