sekadar hiasan
MINUM ARAK(KHAMAR)
Arak, ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa
Arab dinamakan ''Khamar'' Berasal dari kata ''Khamara'' ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasnya ia mabuk,
hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan
lupakan Allah. Merujuk soalan saudara, yg sy faham mungkin tujuan minum arak yg dimaksudkan adlh bertujuan utk merasa je. Hmmm...taste. Tp utk pengetahuan saudara hukumnya still....HARAM!!! Dan boleh dikenakan hukuman SEBAT dan hendaklah bertaubat (nasuhah). Jika tidak kita berhutang dgn Allah. Dan hutang itu perlu dibayar di 'sana' dimana azab nya tidak tertanggung sepertimana hukuman sebat di dunia.
HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)
Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit
atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis
ainnya. Firman Allah:-
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan
judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90
HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)
Seseorang yang telah sabit
kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk
atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali
sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah
berdalilkan hadis rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib r.a.:-
Rasulullah s.a.w. telah menyebatkan orang yang minum arak
sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak
empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali
sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. -
Riwayat Muslim.
KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar)
adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-
(i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman
yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman
yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang
memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan
ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak
boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun
dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.
Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan dan dia
menyangka bahawa minuman yang diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan
tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud ke atas orang yang meminum minuman itu.
Dengan erti lain timbul SYUBHAH....
Tolaklah hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang
menimbulkan keraguan.
Seseorang yang tidak tahu bahawa arak (khamar) itu haram,
seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat
tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman hudud, sekalipun ia
mengethaui bahawa minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana
perbuatan mereka itu tidak boleh di anggap suatu perbuatan yang sengaja.
Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang
haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal ditengah-tengah masyarakat Islam, alasan itu tidak boleh
diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan
yang disengaja.
PEMINUM ARAK YG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN HUDUD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar)
yang wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60
adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:
(a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara'.
(b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang
sempurna dan waras.
(c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
(d) Minuman itu masuk ke dalam ronga melalui mulut.
Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang
minum arak(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana
perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini adalah berdalilkan
hadis Rasululah saw:-
Allah tidak menyiksa tiga golongan
manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia
bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. -
Riwayat Bukhari dalam al-Sahih.
Mereka yang minum arak (khamar) dengan dipaksa oleh
seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman hudud ke atas mereka itu. Ini
adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw:-
Allah mengangkat (menghapuskan) dosa
umatku yang terlupa dan tersalah dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu
kesalahan.- Riwayat Tabrani dari Sanad Sahih.
Mereka yang terpaksa minum arak (khamar)
seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau
menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain
kecuali arak (khamar), maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka
itu hukuman hudud. Ini adalah berdalilkan firman Allah:-
Maka sesiapa terpaksa (memakannya
kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampui batas (pada
kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat
pengampun, lagi mengasihani.* -Surah al-baqarah 173
* Fiman Allah Taala
ini diturunkan ialah kerana Allah melarang orang-orang yang beriman memakan
bangkai, darah, daging babi, dan bintang-binatng yang tidak disembelih dengan
sembelihan syara', kecuali dalam keadaan darurat. Firman Allah Taala ini
diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut,
tetapi secara umum, Allah arak (khamar), kecuali dalam keadaan darurat juga.
Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqih Islam) ( Perkara -perkara yang darurat
itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram). Darurat ialah satu keadaan
yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak
harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.
Jika arak (khamar) itu masuk ke
dalam rongga melalui jalan lain selain dari mulut, seperti melalui suntikan atau
ditebuk lubang dileher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan
hukuman hudud keatas mereka yang melakukannya.