Friday, May 21, 2010

Milik Siapa Hati Ini


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
( Al-A’raf [7:179] )

Allah s.w.t. telah memberikan petunjuk kpd hamba2 nya yg beriman..iaitu al-Quran. Namun sejauh manakah kita memanfaatkannya. Tapi persoalan yg ingin ak ketengahkan kali ini adalah mengapa al-Quran itu tidak dihayati sepenuhnya? Adakah kita lupa? Atau kita disibukkan dgn buku2 lain yg lebih tebal? Atau kita leka dgn dunia tanpa sempadan? Hmmm...tiada jawapan yg tepat namun bagi diri ini yg serba jahil, mungkinkah ini petanda menunjukkan iman kita pada hari ini begitu lemah...begitu ampuh. Manusia begitu mudah lalai, terpesona dan leka dgn dunia. Atau mungkinkah kita tidak menghayati nikmat iman itu sebenarnya.

Hari ini ak diajukan satu persoalan yg sgt menarik. Yg hampir2 ak terkaku, terdiam tanpa jawapan yg pasti. Soalan itu berbunyi "Apakah perbezaan org yg mendapat nikmat iman dgn org biasa?" Mudahkan jawapannya bagi kalian.... tapi bagiku agak sukar utk dijelaskan. Sebab kali ini, persoalan itu diajukan oleh org yg lebih ilmunya dr ak. Ada makna tersirat dr soalan itu. Hmm...belum sempat ak mnjwb. Ak sudah dihidangkan jawapannya. Nikmat iman itu adalah jaminan utk kehidupan kita di kehidupan akan dtg. Namun, mengapa kita? Boleh saja nikmat itu diberikan kpd manusia lain yg berada di atas muka bumi ini. Adilkah Tuhan? Layakkah kita? Jawapanku: Sesungguhnya semua itu adalah hak mutlak Allah. Dan yg pasti, keputusan Allah adalah sebaik2 keputusan. Tak boleh disangkal lg.

Nikmat iman yg diberikan jika tidak dipelihara dan dijaga dgn sebaik2nya, ia boleh lari dari kita. Ingatlah godaan syaitan tetap hadir walaupun di saat nyawa dipenghujung badan. Maka, org yg beruntung adalah org yg mana matinya dalam beriman. Bukan org yg hanya hidupnya saja beriman namun mati dalam kekufuran. Bagi mereka yg tidak dikurniakan nikmat iman pada ketika ini, disaat ini, ingatlah mungkin merekalah yg akan diberikan hidayah oleh Allah kelak. Dan sesungguhnya beruntunglah org yg beroleh hidayah Allah dalam hidupnya. Di sinilah keadilan Allah, tidak perlu dipertikaikan lg. Mungkin yg boleh dipertikaikan adalah...layakkah kita? Kerana semakin hari kita semakin jauh dari agama. Hanya tingal nama sahaja (actually not us but me). Hmmm...tidak cukup dgn mengeluh, merenung jika tidak disertakan dgn usah utk berubah, berhijrah, meningkatkn iman.

Berapa banyak air mata kita mengalir kerana takutkan Tuhan...kerana rindukan Nabi saw....kerana atas dosa2 yg telah kita lakukan. Adakah sebanyak gelak tawa kita. Atau sebanyak wang simpanan kita di bank. Atau sebanyak buih2 di lautan. Mungkin tidak boleh dibandingkan dua benda yg berbeza namun kita boleh mengetahui diri kita masing2. Persoalannya, beranikah kita utk mengakui nya. Beranikah kita? Berani di sini merujuk kepada kesediaan kita utk berhijrah. Mungkin ada yg tewas di permulaan langkah, atau di pertengahan langkahan...atau di penghujung langkahan itu. Beruntunglah org yg berjaya. Namun mesti diingat, Allah memandang seseorang pada takwa, tapi pada usaha utk berhijrah,  usaha mengajak ke arah kebaikan mencegah kemungkaran...bukan pada kejayaan semata2. Jika tidak sudah ramai para nabi tewas di pertengahan jalan mereka. Wahai Allah, golongkanlah kami dalam golongan org yg sentiasa memanjatkan kesyukuran atas nikmatmu, atas sifat pemurahmu, atas sifat penyayangmu. Engkaulah satu2nya tuhan yg layak disembah.

Tips: Umat Islam diberikan senjata yg tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia iaitu doa. Manfaatkan lah ia, hubungan umat Islam  dgn Allah (agama) membolehkan kita meminta padaNya pada bila2 masa. Tidak seperti manusia yg tidak berpegang pada tali Allah, boleh meminta tapi sudah pasti tidak dipedulikanNya melainkan mereka yg dianiaya. Manfatkan ia, jangan jadi manusia yg sombong dgn Tuhannya sendiri. SedangkanTuhan nya itulah yg menjadikan ia, Tuhan nya itulah yg tahu apa kesukaannya, Tuhan nya itulah yg tahu apa yg terbaik utk nya...

Peringatan ini ditujukan kepada semua lapisan masyarakat tidak ada sesiapa yg terkecuali lebih lebih lagi...diri sendiri. Alhamdulillah...dapat menghirup oksigen sehingga ke masa ini. Jika tak keberatan silalah jenguk website ini: http://abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/  (Ilmu utk dikongsikan bersama)

2 comments:

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...