Manusia tidak lari dari tanggungjawab...bahkan sentiasa dikejar oleh tanggungjawab. Suatu 'ciptaan' yg mmg wujud namun tidak mampu dilihat dgn mata kasar. Berapa beratkah tanggungjawab itu? Soalan yg mampu dijawab namun tanpa bukti yg kukuh. Seringkali aku lihat tanggungjawab dtg bersama 'stress'. Hmm...satu package. Tak boleh nak elak. Sbg student pun, stress tak dpt nk elak sebab byk tanggungjawab yg perlu ditunaikan. This time ak bukan nk cerita mengenai student life tp ttg perkara lain. Hmm..berkaitan dgn tanggungjawab jugak. Tanggungjawab yg semakin ramai manusia lupa.
Beberapa hari lepas, ak terlihat 2 ekor burung terbang dari pohon ke pohon. Tiba-tiba aku terfikir, adakah tugas burung itu hanya sekadar terbang dari pohon ke pohon. Sudah tentu jawapannya 'tidak'. Soalan yg hampir semua manusia normal mampu jawab. Burung pun ada kerja lain...misalnya cari makan. Tapi, apa yg membezakan burung dgn kita? Manusia telah diberikan tanggungjawab khas dari Yang Esa. Tp tidak kepada burung....mengapa? Sebab manusia itu istimewa, sebaik2 kejadian. Tapi, adakah manusia sudah lupa akan tanggungjawab itu. Tanggungjawab yg ak maksudkan adlh tggunngjawab sbg khalifah di muka bumi ini. Mentadbir alam ini sebaik-baiknya. Mengimarahkan dunia ini dgn amal soleh. Hampir semua org mengerti tugas ini. tp berapa ramai kah yg memandang serius perkara ini seserius mrk menjalankan tanggungjawab mrk yg lain. Misalnya, ak sbg student...selalu diamanahkan assignmnt yg ak sendiri pun xminta. Assignmnt2 tu akn ak sempurnakan sedaya yg mampu. Begitulah manusia yg ak lihat skrg (termasuk ak) terlupa akan tanggungjwb utama ini. Mungkinkah keberkatan dlm kehidupan kita sudah ditarik oleh Allah, sedikit demi sedikit menyebabkan kita dibebani dgn urusan dunia semata-mata. Akhirat kita akn ke mana?
Seseorang pernah berkata kpd ak, skrg ni agak susah nak mencari yg halal disebabkan suasana sekitar kita. Maksud dia, manusia sekarang terutama muslim...sudah tidak mengamalkan ajaran Islam yg sebenarnya. Hanya bergelar muslim pada title sahaja. Menyebabkan lebih bnyk yg haram dapat diperhatikan di sekeliling kita pada hari ini. Paling mudah, sbg lelaki...hmmm....dalam seminit entah berapa puluh kali mata ak terdedah kpd aurat wanita. Minta maaf para wanita. Namun, masih ramai muslimah yg taat pada perintah Allah, menutup aurat mereka. Kagum ak dgn mereka ini. Nk ucap terima kasih (rasanya tak pernah ada org berterima kasih pada kalian sebab kalian menutup aurat bukan?). Sebabnya, kuranglah dosa kaum lelaki seperti ak. nauzubillah...dosa yg sedia ada pun dah banyak. Tak sanggup nak tambah lagi. Terima kasih sekali lagi (mewakili kaum Adam sedunia)...Selain itu, perbualan seharian kita pun dipenuhi dgn kebesaran makhluk. Hmpir mustahil utk mendengar kebesaran Allah dlm percakapn seharian kita. Sebab itu ak lebih suka mendiamkan diri jika tiada perkara mustahak utk dibincangkan dgn rakanku...sory!!!
Tapi sampai bila? Ada beberapa blog yg ak lawati...mereka berbincang mengenai apa usaha yang boleh kita sbg student lakukan utk mengubah keadaan ini. Maksud ak keadaan yg salah...soal aurat, soal pergaulan, soal pendidikan, soal halal haram. Keputusan yg mereka capai.............nothing. Tak mampu utk ubah melalui perbuatan. Ini menunjukkan perkara ini sudah sampai tahap kronic...amat serius. tapi berapa ramai yg mempunyai pemikiran seperti mereka ini. Ak berbangga dgn mereka kerana pada zaman Nabi saw., Nabi dan para sahabat mempunyai pemikiran seperti ini. Mereka sentiasa memikirkan bagaimana hendak menyampaikan Islam kepada setiap manusia di atas muka bumi ini pada zaman itu. Kerana merekalah (asbab), hidayah Allah turun. Namun, tindakan or kesedaran ini penting dalam melahirkan generasi/zaman sepertimana zaman Nabi dan para sahabat. Berapa ramai yg inginkan zaman seperti ini? Honestly, ak pun xsure ak tahu 100% pasal zaman Nabi dan para sahabat. So, xboleh kate ak rindukan 100% zaman itu sebab ak pun xdpt nak gambarkan 100% suasana manusia pada zaman itu. Kekurangan ilmu...tidak didedahkan secara formal. Misalnya soal undang2. Ini di luar pengetahuan ak sama sekali. Mungkin sebab ini lah manusia terutama umat Islam sendiri merasakan Islam itu agama yg susah, memaksa, tiada kebebasan. Jika kita paham apa itu Islam, ini tidak akan menjadi persoalannya. Tapi, bagi ak yg serba kekurangan ini, persoalan utamanya ialah layakkah kita untk bergelar seorang Islam pada masa itu. Jika ini kita sedar, maka, usaha kita utk menegakkan kembali agama Islam (dalam diri sendiri dan org lain) akan menjadi hebat malah lebih hebat sama seperti usaha kita utk urusan dunia kita (future kita di dunia). Malah mungkin lebih hebat lagi...
Hmmm....ak harap kalian dapat mesej yg ak cuba sampaikan kali ini. Hmm...berkenaan kesedaran. Maklumlah ak br sedar dari 'lena'. Sebab ak ni selalu terlena...leka, cuai. semua sifat yg buruk itu memang lengkaplah ada dalam diri ini. Tp ak selalu berusaha dan berdoa agar Allah pelihara setiap nafas ak agar sentiasa berada dlm redhaNya. Itu yg ak terdaya lakukan. Sebab belum tentu 'esok' ada untuk kita. Dan belum terjamin 'syurga' utk kita di 'sana'. Dan paling penting, tiada siapa dapat tolong diri kita semasa kita dibicarakan. Tiada talian hayat mahupun rakan yg dapat membantu sepertimana kita (ak) dibantu ketika menyiapkan assignment. Hmmm....pedih tu. Gerun pun ada.
p/s: Luahan hati semata2. Tidak ada kaitan dgn makhluk yg hidup mahupun yg telah 'pergi'. Sebarang komen or cadangan amat2 dialukan....
salam ziarah..
ReplyDeletenice blog & post...
thanks...semoga dapat manfaat dr blog ini!
ReplyDelete