Monday, May 17, 2010

Orang Meminum Khamar Dan Menamakannya Bukan Khamar


Hadith Akhir Zaman
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka minum) sambil dialunkan dengan muzik dan suara artis-artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t. akan meroboh mereka menjadi kera atau babi”.
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’.
Kemudian, menjadi kelaziman pula suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.
Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh mereka diubah menjadi kepada bentuk kera atau babi.
Sangat benar sabdaan Nabi s.a.w. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah s.w.t. dan jikalau golongan ini belum sampai ke peringkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera atau babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.
Janganlah kita tergolong dalam golongan di atas. Sesungguhnya azab Allah s.w.t. adalah suatu kepastian dan ianya sangat pedih dan keras. Tidak tertanggung akan kita seksanya. Nauzubillah…

No comments:

Post a Comment

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...