“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan gambarkanlah akhirat itu di dalam hatimu, jadikanlah mati itu di hadapan matamu, janganlah kamu lupa kedudukanmu di sisi Allah. Jadikanlah diammu itu fikir, kata-katamu itu zikir, pandanganmu mengambil peringatan.” -Imam Syafie-
Tuesday, May 25, 2010
Lelaki Gentleman Hari Ini
“Katakalah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah An Nuur: 30)
*Inilah lelaki gentle yang sebenar!, menahan pandangan mereka daripada melihat perkara mungkar, khususnya melihat golongan wanita. Malangnya, kebanyakan orang lelaki pada hari ini tidak taat dengan perintah Allah. Pantang saja melihat wanita lalu, pasti akan kedengaran bunyi tikus untuk mengorat. Melihat wanita daripada atas ke bawah. (Perempuan pun sama gak, pakailah elok2 sikit :P).
*Dan memelihara kemaluannya; hurmm. Apa yang terjadi?. Berapa banyak anak haram a.k.a anak luar nikah dilahirkan?. Berapa banyak bayi-bayi yang dibuang?. Ini kerana mereka tidak memelihara kemaluan mereka!. Inikah yang dikatakan lelaki gentle? berzina?. Merosakkan golongan wanita?.Bukan hendak salahkan,tp anda ada 9 akal..come on la..buat malu je 9 akal mcm xda akal nk rosakkan hiasan dunia..dan pd pmpuan2, jgnlah serahkn dri bulat2 je..
*Subhanallah. Cuba kita pergi ke masjid, cuba lihat di dalamnya ada siapa?. Kebanyakannya golongan tua yang hanya menunggu masa Allah menjemput. Di mana kaum muda lelaki?. Kemanakah mereka pergi?. Berapa ramai pula yang pergi solat berjemaah?. Yang hadir. boleh dikira dengan jari sahaja!. Inikah yang disebutkan gentle??.
*Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengigati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.
*Bukan sahaja dilalaikan oleh perniagaan. Bahkan mereka dilalaikan dengan teman wanita mereka. Dilalaikan dengan hiburan dunia. Dilalaikan dengan perkara-perkara mungkar. Ternyata hebatlah lelaki-lelaki yang dapat menahan gejolak nafsu dan kesempitan waktu untuk sentiasa mengigati Allah dan bertakwa kepada Allah!.
*Bertasbih kepada Allah di rumah-rumah Allah yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.
*Maka marilah kita hayati erti gentle yang sebenar, hayatilah kehebatan2 golongan terawal, golongan soleh...hayatilah perjuangan dan amalan mereka. Contohilah mereka dalam semua kehidupan. Insyaallah kita akan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Dapatkanlah kerdhaan Allah SWT.
Sambungan ayat di atas, Surah An-Nuur (24) berkenaan zina…
Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan hamba-hamba yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu membuat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu. (Surah An Nuur: 33)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An Nuur: 31)
Suka saya kongsikan satu kata-kata perangsang utk lelaki muslim yg gentle..kita mengaku dri kita umat Muhammad saw, kita tahu betapa perit Rasulullah saw berjuang nk tgakkaan islam..bginda dibaling tahi,di pulaukan,dicaci dan bermacam-macam lg hinaan ke atas bginda..ble org lukis gmbar Nabi, pndai lak kte mngamuk, tp kte sndri yg sbbkn bnd2 mcm 2 blaku..kalo kita sbgai pmuda2 yg gentle,branikah org2 kurg kefahaman mengenai Islam itu utk menghina agama kita??..so,marilah kita bgkit..biarlah org nk kte ape pon..jgn segan nk brubah..ni nk pergi msjd bila dikatakn hipokrit, kita dh down..ape ni??..x gentle beb..rasulullah lg teruk dihina drpd ape yg kita hdapi hari ini..renung2kanlah..wallahua'alam..
p/s: diforward drpd facebook…juga telah diedit dan ditambah baikan. Looking forward for any comment or correction.
No comments:
Post a Comment