'Nahdhatul
Hasanah' itulah nama diberi. Surau di mana ak sering menunaikan solat
tarawikh dan tadarus quran. Namun, sejak beberapa tahun ini, kesempatan
utk ak menunaikan solat tarawikh di situ terbatas dek kerana berada di
perantauan. errr...x jauh pun dlm malaysia gak just bukan di kampung ak
je. Pada 29,30 dan 31 ari bulan lalu ak berkesempatan menunaikan solat
tarawikh di situ memandangkan cuti am. Yang menarik di surau ini adalah
imamnya. Lebih dikenali sbg Ustaz Ali (nama setelah memeluk Islam).
Sudah berusia lingkungan 70an. Berpendidikan sekolah pondok. Amat ak
kagumi bacaan al-quran nye..beserta tazkirah pendek nye. Gaya
penyampaian yg jarang2 orang memilikinya. Mungkin kerana title yg
dimilikinya 'orang lama'. Namun, ketika ak tiba di rumah orang tua ku,
ak mendapat khabar berita yg kurang enak didengar. Ustaz Ali telah
kemalangan...empat kereta. Dari cerita orang, teruk jugak kereta ustaz
sampai ada yg kata baik tukar kereta baru je drpd nk repair blk.
Alhamdulillah..ustaz hanya menerima rawatan pesakit luar sahaja. Di
sini, ak dpt lihat kebesaran Allah kerana setelah ak melihat sendiri
kereta ustaz, mmg remuk habis lagi2 belah drivernye tempat. Betapa
bukan kereta yg menjamin keselamatan pemandunya, sebaliknya Allah
s.w.t. Atas kehendaknya semua perkara yg mustahil boleh berlaku dan yg
mana2 biasa berlaku pun atas kehendaknya. Subhanallah..betapa kerdilnya
manusia ini. Hanya mampu meminta pertolongan. So, waktu malam nye di
surau, jemaah sibuk memperkatakan siapa yg menggantikan ustaz Ali
memandangkan yg tinggal hanyalah org2 tua. Tipulah xde org muda..ade
tapi ak dan beberapa rakanku. Ketika waktu berbuka, ayahku telah
berpesan kpd ku "kalau xde org malam ni wan la yg kene jd imam" dalam
nada bergurau. Ak ingat itu hanya gurauan. Hakikatnya malam itu betul2
ak kene jd imam...imam muda. Pergh...berpeluh jugak ak kerana first
time ak jd imam dengan jemaah nyer rata2 org yg jauh lebih tua dari ku.
Kalau imam utk kwn2 atau keluargaku...itu biasalah. Mungkin inilah
hikmah ak balik kampung pada cuti kali ni. Tapi tujuan ak tulis cerita
ni adalah nak menasihatkan rakan2 yg sebaya ataupun sesiapa yg memegang
gelaran 'orang muda'. Persiapkanlah diri kita memandangkan kitalah
bakal pengganti imam2 surau dan masjid yg ada sekarang. Dan paling
penting imam utk keluarga kita sendiri nanti kalau dh berumah tangga.
xkanlah nak suruh isteri plak jd imam.
Ibu Bapa
Pada
hari kedua ak menunaikan solat tarawikh, ak telah berbual dgn beberapa
org kanak2. Ak ni memang suka akan kanak2. Dulu ak rase budak2 kecik ni
menyusahkan. emm...byk kerenah. Tu mase ak adalah ak yg 'dulu'. Tapi
setelah ak mengetahui yg nabi Muhammad s.a.w. sukakan kanak2. Ak pun
belajar2 lah sukakan kanak2. Berbual2 dgn mereka...mengajar mereka
mengaji...belanja makan. Alhamdulillah...skrg ak benar2 sukakan kanak2.
Bukan sbb suka mereka menggelar ak 'abang', tapi ak dapat rasekan yg
mereka bersih dari dosa. Dan dapat mengajar ak bagaimana seorang dewasa
sepatutnya bertingkah laku. Alamak..jauh plak menyimpang.
Hmmm...perbualan kami berkisar tentang mengapa mereka dtg ke surau. Ak
yg tanya soalan tu...soalan yg biasa ak tanya kpd budak2. Jawapan yg ak
dengar pd malam itu, membuatkan ak bersyukur kpd tuhan. Mereka menjawab
'mak ngan ayah yg suruh dtg'. Namun, yg menyedihkan ak kelibat orang
tua mereka tidak kelihatan. Ak pun bertanya "ayah ngan mak mane?".
Mereka menjawab "ade kat umah xdatang". Sedih ak rasa. Sepatutnya org
dewasa yg menjadi contoh kpd budak2. Memang bagus mewajibkan anak2
sembahyang, namun lebih baik bersama2 beramal. Takut nanti, budak2
kecil beramal kerana keterpaksaan, bukan kerana keikhlasan.
Bagaimanalah nak mewujudkan 'Rumahku, Syurgaku' sedangkan hanya si
kecil yg beramal manakala yg dewasa hanya menggunakan kuasa utk memaksa
si kecil beramal. xbaek berprasangka. So, ak beranggapan bahawa mak
ngan ayah diorg ada hal yg menghalang mereka drpd dtg. Kpd pembaca2
sekalian, ambillah iktibar agar apabila kalian berumahtangga dan
dikurniakan cahaya mata. Didiklah anak2 kalian sebaik-baiknya
memandangkan generasi muda skrg ramai yg rosak akhlaknya dek kelalaian
ibu bapa. Sebaik-baik cara adalah dengan menjadikan diri kalian sebagai
contoh bukan dengan menggunakan kuasa 'keibu bapaan' kalian kelak.
Cinta
akan tanah air. Cinta akan Malaysia. Ye ke...atau hanya sekadar kata2.
Pada malam 31 Ogos lalu, ak dpt melihat sendiri bagaimana generasi muda
menunjukkan rasa sayang mereka kpd tanah air ini. Mereka berkumpul
menunggukan detik 12.01 malam (31 Ogos). Hanya utk menyaksikan
pertunjukkan bunga api yg diadakan pada setiap tahun. Namun, malang
sekali kerana tahun ni tiada pertunjukkan bunga api sempena menghormati
Ramadhan. Jadi benarlah kate2 atuk2 dan nenek2 yang ak dengar bahawa
generasi muda sekarang tidak lagi menghargai kemerdekaan yg kita kecapi
sekarang. Ye la...yg lelakinya sibuk dengan motornya...lumba haram. Yg
perempuannya sibuk dengan berkasih-sayang. Alamak...ade lelaki jugak.
Nampaknya lelaki lg teruk la. Hmmm....ape-apepun yg salah tetap salah.
Bagiku kedua dua pihak bersalah. Bukan nak menangkan lelaki tetapi nak
memperbetulkan keadaan. Jagalah adik-adik kalian agar tidak tergolong
dalam mana2 kumpulan ini. Yg mana telah terjebak kembalilah ke pangkal
jalan. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas buat mereka yg
ingin bertaubat. Apa sumbangan kita kepada negara? Bagiku cukuplah
dengan menjaga kebersihan tempat di mana kita berpijak. Ramai yg
mempunyai cita2 yg tinggi namun mereka terlupa hari esok belum tentu
ada bagi kita. So, buanglah sampah di tempat yg sepatutnya bukan
dicelah2 kerusi, dicelah2 bunga dan tempat2 sewaktu dgnnya.
Insaf..insaf...insaflah. Jagalah keindahan alam semesta ini, jangan
dimusnahkan jangan dihancurkan...kerana kita adalah khalifah Nya,
sepatutnya mentadbir dunia ini sebaik-baiknya.
ni mcam blas dendam xdpat tulis blog lme sngat
ReplyDeletehaha..bleh la gak. tp reason utama xnak pendam nt meletup susah.
ReplyDelete