Tuesday, September 8, 2009

Kenangan Terindah..

 
Merujuk kpd blog2 member yg berckp mengenai kenangan di Mozac. Ak pun tergerak utk menulis mengenai memori. Memori merupakan satu nikmat yg dikurniakan kpd manusia. Yang kadang2 tidak  ktia hargai. Jangan jadi seperti komputer atau alat2 elektronik lain yg mempunyai memori tetapi tidak tahu mengahargainya. Sbg manusia yg dikurniakan akal fikiran. Berfikirklah secara rasional berpandukan quran dan sunnah. Penting tu...rasional je xcukup. Kenangan ak bersama rakan2 di Mozac tidak dapat dilupakan. Sesungguhnya ak bersyukur kerana diberi peluang pada kehidupan ini utk mengenali kalian. Ak bangga berkawan dgn kalian. Banyak perkara yang ak pelajari. Mendidik ak menjadi lebih bersyukur dan banyak mendewasakan ak.
 
Banyak kontroversi yg melanda batch kami. Ak mengerti..banyak dugaaan yg dihadapi. Banyak cemuhan yg diterima. Namun, akhirnya kejayaan yg dikecapi. malah dirindui juga..hehe. Melihatkan pencapaian yg  kita kecapi. Ak berasa bangga. Jadikanlah iktibar kerana itulah 'kehidupan'. Perlu ditempuhi walaupun penuh dgn onak dan duri.  Kehidupan ini boleh diibaratkan seperti buluh. Buluh yg digunakan utk membuat pelita (cececeh...mentang2 2 minggu  lg nak raya). Hmmm...pembuat buluh akan menebang rumpun buluh yg bersesuaian saiznya...direndam...diraut...dan seterusnya. Sebelum akhirnya sebuah pelita buluh tercipta. Jika buluh boleh bersuara...sudah tentu kita akan mendengar rintihan...keluhan si buluh. Namun, si pembuat buluh terpaksa meneruskan proses2 tersebut memandangkan ingin melahirkan pelita2 buluh yg berkualiti tinggi. Begitulah manusia, manusia ibarat buluh2 itu. Kita sering mengeluh, mengaduh dan merintih tatkala berbagai dugaan yg datang. Namun, kita tidak mengerti kebaikan disebalik semua dugaan2 itu. Kerana hanya Dia yg tahu apa yg terbaik utk kita.


Dugaan itu menyediakan kita ke arah satu tahap yg lebih baik. Lebih2 lagi ganjaran yg akan dikurniakan di 'sana' bukanlah sebarangan ganjaran. Di dunia pun jika dikurniakan ganjaran...sudah begitu nikmat dirasakan. Mungkin...inilah yg batch kita alami. Diduga...dgn berbagai dugaan. Kpd mereka2 yg berkaitan...anggaplah itu semua sebagai persediaan utk anda menjadi hambaNya yg terbaik. Kesilapan2 yg dilakukan hendaklah dijadikan iktibar agar tidak diulangi. Mohon seribu maaf kerana kerana banyak perkara yang sepatutnya ak lakukan...tidak ak lakukan. Banyak halangan yg menghalang ak ketika itu. Namun, yg terbaik telah ak lakukan. Tahniah...kpd semua. Kini...kita bertebaran di dunia Tuhan ini. Sama ada di perantauan mahupun di tanah air sendiri. Meneruskan perjuangan. Semoga berjaya dunia akhirat!! Doa ku sentiasa mengiringi kalian...

p/s: Ingatlah sebuah kenangan kerana kenangan itu boleh mendatangkan seribu satu perasaan kpd kita tanpa perlu menonton movie atau sebagainya. hehe... :D

2 comments:

  1. letak a gmbr mozac skali bani..br cool..haha

    ReplyDelete
  2. tu la...niat mmg nak letak tp yg ak ade sumenye hard copy dlm album plak tu. soft copy xde.

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...