Saturday, September 5, 2009

Dunia oh Dunia!!

Hmmm...mlm ni ak xtau nak tulis pasal ape. Tp tibe-tibe je terase nak tulis psl kehidupan ak skrg. Masa kecik-kecik dulu ak ingat jd org besar ni best. Nak buat ape pun ikut suka. xde sape nk kongkong. Tp sangkaan ku meleset. Memang btul xde sape nak halang..tp yg bg nasihat still ade lg. Yang payah nye mase nak buat keputusan tu...btul atau salah kene tanggung sendiri. Ak rase tu la tnaggungjawab org besar. xlari dari membuat keputusan...lg2 keputusan yg akan menetukan masa depan kite. Tempat tinggal ak skrg boleh la dikatakan bandar... Kat sini bg ak, memang betul2 mencabar diri. Yang mana intan yg mana kaca...terpulanglah kepada budi pekerti. Tak ada sebab nak salahkan keadaan, sebab keadaan xpernah bersalah.
Memang takut. Memang cemas kalau dilihat dari dalam diri kita sbg manusia, semuanya seimbang. Maksud ak...perkara baik, perkara buruk sama2 naik. Keputusan ada kat kepala masing2... Ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Memang banyak perkara yang perlu dirisaukan kat sini. Prinsip hidup kat sini ak lihat seolah-olah "engkau siapa, ak siapa". Seperkara yg ak sedar kat sini, kalau xdikawal diri, cukup mudah terpesong. Mata selalu kene jaga..jaga pun xcukup. Ikutkan hati nak je ak jalan tanpa melihat...tp that's impossible. Bertambah2 lah saham dosa ak. Maklumlah duduk dalam kawasan yg majoritinya non-muslim. err...xtau la kalo sini majoritinya org Islam. Kalo tengok dari segi pakaian memang lebih ramai bukan Islam. Ak bukan nak membenci, kadang2 itu org yg memaksa ak utk membenci mereka. Namun, selalunya perasaan benci itu akan bertukar kasihan. Ye lah xbleh salahkan diorg. Sbg manusia yg telah diberikan nikmat terbesar dan masih mempunyai kesedaran, kita sepatutnya bertindak. Tapi, mcm mana? Buatlah sekadar yg termampu. Memang sekarang zaman kerosakan ummat.
 
Ada satu kata2 yg ak masih ingat. Mungkin korg pun pernah dengar. "Kamu lihat burung itu. Terbang berpuluh batu dr sarangnya, balik pulak semula dgn selamat tanpa sesat. Siapa yg pandu arah?" emm..ak dh oute skit ayatnya. Tp lbih kurang mcm tu la bunyi nye. Pertanyaan seorg kwn kpd ak. Siapa? xperlu la tahu. hehe...rahsia. Mase ak terima soalan itu...jawapan nye mcm mudah je. tp hakikatnye susah nk jawab. "Pandanglah dengan mata dan renungkanlah dgn mata hati, bukan semua perkara dapat dilihat dgn mata tuli." Bukankah Allah yang memberi rezeki dan Dia jualah yang berhak lagi berkuasa untuk membalik2 kan hati? So, banyak2 lah beringat dan berdoa...tanpa bantuanNya, mustahil kita dapat melepasi segala dugaan di dunia ini. Bagi ku dunia ini boleh diibaratkan seperti pentas lakonan. Semuanya hanyalah lakonan, tidak kekal. Penuh dgn tipu muslihat. Siapa yg leka akan terperangkap di dalamnya.
p/s: Sesungguhnya orang beriman itu cermin bagi orang lain.

No comments:

Post a Comment

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...