Hidup di dunia ini memang sekejap sahaja..Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun bersilih tahun. Ramai manusia yang bergembira apabila tibanya hari lahir mereka. Meraikan dengan penuh kemeriahan, tapi mereka lupa usia mereka semakin hari semakin suntuk untuk menemui Allah s.w.t. 20 tahun yang diisi dengan sia-sia, dengan dosa dan maksiat. Ibadah wajib dilakukan dgn tidak bersungguh. malah ada yg tertinggal. nauzubillah.. Islah yang dilakukan untuk diri hanyalah teramat sedikit. Dakwah yang dilakukan hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. malah, di buat tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w. Waktu dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah.
“ Mati itu pasti, sejauh manapun kamu lari, ia tetap akan dapat mengejar kamu…”
“ Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. ”
Namun yang hidup itu harus berbakti

Menilai kembali 20 tahun aku hidup di dunia, tiada apa jasa untuk Islam yang besar. Sultan Muhammad Al-Fateh ketika umurnya 20 tahun sudah berjaya menakluk Constantinople bersama para angkatan tenteranya. Empayar Rom Timur yang ampuh itu berjaya ditembusi berbekalkan iman kepada Allah yang amiq dan strategi yang tersusun. Semua itu tidak akan terhasil tanpa bantuan Allah s.w.t. Dalam usia semuda itu beliau sudah mencipta sejarah yang menggegarkan dunia hingga sampai sekarang ia dikenang.
Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Okhtar, seorang pemikir dan penulis yang terkenal dengan penentangannya terhadap teori evolusi ciptaan Charles Darwin, mula membuat kajian dan menyebarkan pemikiran bermula semenjak beliau memasuki Universiti Mimar Sinan lagi. Atau dalam kata lain sekitar umurnya 20-an. Hasil pemikiran dan keyakinan bahawa Allahlah yang berkuasa atas segala sesuatu dan Allahlah yang menciptakan, beliau berjaya mempengaruhi ramai anak muda ketika itu. Walaupun pelbagai dugaan dan halangan terpaksa diterima contohnya tentangan dari gerakan Freemason yang merasakan kegiatan mereka selama ini diancam dengan pembongkaran kegiatan mereka, beliau tetap tekad dan meneruskan misi menyebarkan Islam melalui penulisan, perdebatan saintifik dan pelabagai cara lagi. Akhirnya beliau berjaya menubuhkan Science Research Foundation untuk meneruskan kajian mengenai sains dan Islam.
Dan hasilnya, hari ini ramai saintis bukan Islam yang menentang teori evolusi… Hebat. Itulah wajah-wajah mereka yang telah berjaya mencipta kejayaan untuk Islam pada usia yang muda. Sesungguhnya kemuliaan seseorang itu terletak hanya pada Allah, seperti mana firman Allah dalam surah Al-Munafiqun:8;
“ Dan kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang beriman.”

Bagi yang masih muda, teruskan berusaha dengan sehabis mungkin kerana inilah matlamat hidup kita. Sama-sama kita mengislah diri dan berusaha kea rah yang lebih baik.
So, cuti yg ada ni gunakanlah sebaik mungkin. Manfaatkan sebaik mungkin. Kerja sambilan, keje jugak. Islam jgn dilupakan. hehe...peringatan utk diri sendiri dan pembaca yg dikasihi sekalian.
Wassalam..