Assalamualaikum...kadang2 kite merasakan suatu keputusan itu adlh yg terbaik buat kite. begitu juga sebaliknya. namun, adakah perasaan itu benar atau adakah ia hanya andaian kite yg mahu menyedapkan hati kite pada waktu itu sahaja. Hmmm..persoalan ini bermain dalam fikiran ku semasa aku pulang ke kampung. tp jgn salah sangka bukan sbb ak pulang bercuti yg menyebabkan ak tertanya2 mengenai perkara ini. just tibe2 terbit persoalan itu semasa ak cuba melelapkan mataku yg xnak lelap.
Bile seseorg manusia itu terlalu yakin akan keputusan yg dipilihnya adalah betul. maka, apabila yg diharapkan tidak menjelma yakni berkemungkinan keputusan tersebut adalah salah maka akan timbul penyakit psikologi. Hmmm....seperti tekanan perasaan, gelisah, bimbang, sedih, hasad dengki serta putus asa. Bagi ak, penyakit2 ini disebabkan salah faham terhadap 4 perkara yakni hakikat Allah, hakikat insan, hakikat dunia dan hakikat akhirat.
Salah Faham terhadap hakikat Allah...
Beberapa contoh salah faham terhadap Allah, a) seseorg yg berusaha keras dan pasti bahawa apa yg diusahakannya membawa dirinya kpd apa yg diharapkannya. Namun, apabila gagal, dia berasa sedih dan tertekan. b) seseorg yg berasa marah apabila usaha yg dilakukannya tidak diiktiraf oleh org lain. c) seseorg yg putus kasih/cinta, menyebabkan dia putus harap. Akhirnya, menyalahkan org lain, kadang2 mereka sanggup menyalahkan Tuhan mereka sendiri. Apa yg ak pasti adalah semua contoh2 ini disebabkan jahilnya kita dgn hakikat Allah atau jauhnya kita terhadap kebergantungan kepada Allah dalam kehidupan kita.
Harus kita ingat bahawa Allah lah menentukan segala keputusan. Kita hanya sekadar merancang dan melakukan yang terbaik. Selebihnya kita perlu serahkan kpd Allah. Pada pendapat ak, dengan meyakini bahawa kita mesti dapat apa yg kita usahakan secara terus adalah sesuatu tidak rasional yg boleh menyebabkan kita tertekan serta merana.
Disinilah konsep tawakal dan kpercayaan kepada qada' dan qadar perlu diingatkan.
Bukankah Allah makbulkan doa umatnya dalam 3 bentuk. Pertama, dimakbulkan serta merta. Kedua, diberikanNya lebih baik dari apa yg kita pinta. Ketiga, dimakbulkan tetapi bukan serta merta.
Allah juga berfirman, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah: Ayat 216).
Sebab itulah kita sewajarnya bersikap ikhlas dalam setiap pekerjaan yg kita lakukan. Tanpa mengharap sesuatu balasan.
Salah Faham terhadap hakikat insan...
Contohnya, seseorg yg berikiran bahawa harta dapat menjamin kebahagiaan tetapi apabila harta sudah banyak, bukannya hati bertambah senang malah semakin tertekan. Malah, ada yg berebut kerana harta. Malah sehingga sanggup berbunuhan. Harta tidak boleh menjaga kita tetapi sebaliknya.
Jika kita mengenali siapa diri kita sebenarnya, iaitu ruh dan jasad. Kita akan mengetahui hakikat diri yg sebenarnya adalah ruh bukannya jasad. Jasad hanya kenderaan bagi ruh dan harta pula hanya sekadar memenuhi kehendak jasad. Apabila mati, jasad kita tinggalkan akan hancur tetapi roh (yg kita rujuk sbg 'ak') akan meneruskan perjalanan ke alam berikutnya.
So, faktor utama yg membahagiakan roh adalah kenal dan dekatnya ia dgn Tuhannya. Faktor ini yg ramai manusia malah umat Islam pada hari ini juga ramai yg terlupa akan ia. Sebab itu, lagi dekat kita dengan Allah, lagi bahagia kita rasakan, tetapi jika sebaliknya, bertambah sengsara kita rasakan. Segala perbuatan kita serba tak kena.
Orang kaya raya, berkedudukan tapi tidak mengamalkan ajaran Allah, rohnya sakit dan tidak akan bahagia. Hati penuh dgn tamak haloba, hasad dengki dan segala macam penyakit hati. Namun, jika rohnya sihat, hatta hidup dalam kekurangan dari segi aspek jasadiah, dia masih mampu tersenyum bahagia. Indah kan jika kita dapat tergolong dalam kelompok ini?
Salah Faham terhadap hakikat dunia...
Salah faham terhadap dunia berlaku apabila kite mengharapkan sesuatu yg bersikap duniawi akan kekal selamanya. Kasih suami isteri, kasih ibu kepada anak, kasih teruna dara, walau seutuh mana sekalipun pastinya akan berkesudahan dgn perpisahan.
Cintakan dunia akan menyeksa jiwa kita. Inilah penyakit yg ramai manusia pada hari ini alami. Samada sedar atau pun tidak. Ak tidak terkecuali. Dunia dikejar seolah2 itulah segala2 nya. sedangkan akhirat dilupakan walhal itulah yg kekal selamanya. Hmm... berjiwa muda la katakan. so, ak lebih suka menulis berkaitan cinta. Hoho... dalam hadith Rasulullah SAW ada menyebut, dalam memilih pasangan hidup, baginda menyuruh kita memilih pasangan beragama, kerana agama adalah sesuatu yg kekal. Rumah tangga yg dibina atas agama pasti lebih utuh berbanding rumah tangga yg dibina atas kecantikan dan harta yg bersifat sementara.
Salah Faham terhadap hakikat akhirat...
Salah faham ini terbit mungkin disebabkan kita menganggapnya tidak penting dek kerana leka dengan hal2 duniawi tambahan pula, akhirat seolah2 terasa jauh dari kita dan tidak nampak. Namun, sebaliknya akhirat penting kerana ia adalah destinasi terakhir dan abadi.
Memahami hakikat ini, kita sewajarnya menangis dan berasa sedih akan kealpaan kita terhadap kepentingan akhirat. Kita seharusnya tahu menyusun keutamaan dgn mendahulukan apa yg dapat menjamin kebahagiaan kita di sana. Ada 3 perkara yg perlu kita usahakan sebagai bekala di akhirat nanti. Seperti mana yg disaran Rasulullah SAW, iaitu anak soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya, ilmu yg brmanfaat dan sedekah jariah. Hmmm....buat masa sekrg berusahalah menjadi anak2 yg soleh.solehah (sesiapa yg seangkatan ak la).
Mungkin semua salah faham ini berpunca dari kejahilan kita terhadap agama. So, tuntut lah ia sementara masih berkesempatan. Dan jgn bimbang kerana sifat jahil itu bukanlah sesuatu yg kekal selamanya. Sebaliknya ilmu itu yg bersifat kekal selamanya.
wassalam..
No comments:
Post a Comment