Wednesday, November 11, 2009

Kisah Sahabat 3: Iman dan Islam


Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali): "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau bergembira, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiamana keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan". 

Imam al-Ghazali pula berkata, "Jangan terpesona, terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran, karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan. Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan, lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat terakhir hayatnya". 


Nampaknye hari ni, byk yg akan ak post. hehe...ingat nk kuar but sakit kepala plak. rase mcm nk demam je. maybe..kene ujan kot lpas exam chem ari tu. hmmm..post kali ni ak nk ceritakan mengenai kisah seorg wali Allah yg memg terkenal. rasenye kalian lebih mengeatahui drpd ak. wali Allah tersebut adalah Rabi'atul Adawiyah. Kenal kan?  

Rabiatul Adawiyah, seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah sepanjang hayatnya. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

 
Pada zaman di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama ditutup, ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama (pd asalnya) tapi terpaksa menjadi  pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya, dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia, dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu, seorang lelaki membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya, beliau insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Beliau sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Beliau juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat beliau sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun  tidak diberi makan beliau tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah.


Dipendekkan  cerita, Rabi'atul Adawiyah dilepaskan setelah tempoh berkhidmat dgn raja tamat. Beliau berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. 
Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah. Lalu dia merasa kecewa. Diceritakan ketika si pencuri mahu meninggalkan rumah, Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Dengan kuasa Allah, pada waktu itu, Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak sbg balasan berkhidmat utknya. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta. 
Suatu kisah yg ak kagumi, diceritakan satu hari beliau didatangi beberapa org lelaki. Lelaki2 itu mahu berhujah dgn Rabia'tul Adawiyah. Salah seorg dr mereka berkata bahawa darjat kaum lelaki itu lebih mulia dari wanita kerana semua nabi dan rasul dijadikan drpd kaum lelaki.  Bangsawan2 juga drpd kaum lelaki (pd masa itu). Adilkah tuhanmu? Jawab Rabi'atul Adawiyah senang sahaja, jika begitu kaum lelaki jugalah paling hina kerana berasa bangga dgn kejayaan org lain dan Qarun, Namrud itu juga adalah lelaki. Maka, kalah lah kumpulan lelaki itu.

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Berdasarkan kisah2 beliaulah, ak lebih mempercayai bahawa pertolongan Allah utk hamba2 yg taat dan bersyukur sgt besar sehinggakan mereka yg menerimanya begitu rendah diri dan lebih taat kpdNya. Marilah kite tingkatkan kesyukuran kerana kita terpilih utk menerima nikmat Islam dan Iman. Sedarlah bukan semua makhluk mendapat peluang seperti kita. Kita amat amat BERTUAH!! peiharalah ia kerana bila2 masa ia boleh ditarik atas sebab kufur nikmat. nauzubillah..



No comments:

Post a Comment

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...