Raya pertama, ak sbg generasi muda yg bakal mggntkan generasi tua skrg kene la turun pdg. So, slpas ak dan kawan2 berjaya menumbgkan lembu yg hendak dikorbankan, lembu tu pun disembelih oleh Imam kampung ak. Thn2 sudah, tugas ak sbg penimbang xpun tukang cincang daging. ye la member kg ak kebanyakan nye xskolah tinggi. ramai dh keje...keje kilang je. so, diorg akan suruh ak. diorg ckp ni keje utk budk yg skolah tinggi. hoho..xtau la sejauh mana kebenarannye. nak xnak ak kene la jd penimbang. tp thn ni best skit sbb ak dpt tugas baru...iaitu tukang kapak. hoho...seram kan bunyik nye. ak saje je kasi seram. ak ditugaskan utk mengkapak tulang2 lembu utk diagihkan kpd petugas2. mase ni la kami berbual, bertanya cerita terkini, berjenaka. plg ak xlupa ade la sorg kwn ak. die suruh anak buah die amekn batu asah. last2 budk tu bwk batu bunga, tergelak sakan kitorg. ye la budak kecik. batu asah mane la diorg tau. yg diorg tau batu je. so, budak tu maen amek je batu yg die nampak. hahaha..
hmmm...begitulah suasana korban. dgn kate laen, suasana bergotong royong, hidup bermasyarakat. mmg best. tp ak rase kt kampung je kot, bandar mcm dh kurg je. xtau la kalo ak silap. so, kali ini yg ak nak ketengahkn bukan la pasal hidup bermasyarakat tp psl korban. sebenarnye ape pengertian korban tu ye?
Adakah sekadar dapat merasai daging korban percuma atau dapat jumpa kenalan2 lama?
Firman Allah swt:
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
Hikmah disyariatkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain. (yg mane ade bahgn dlm korban)
Tu la, yg umat pada hari ini terlepas pandang (termasuk la diri ini). berapa byk kite dh bersyukur atas nikmat2 tuhan kpd kita. Silap2 ade yg xpuas hati lg..siap mintak ape yg belum dapat lg. padahal yg sudah dpt tidak disyukuri.
Firman Allah swt lagi :-
Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.” (Surah Al-Hajj 22:34)
Adakah sama banyak pujian kite terhadap manusia dgn pujian kita terhadapNya?
Adakah sama banyak pujian kita kepadaNya dgn nikmat2 yg kita perolehi?
Adakah menzahirkan pujian kita terhadapNya begitu berat sehingga kita xdapat melakukannya?
Adakah cukup hidup kita tanpa bersyukur kepadaNya? Bukankah orang yg tidak bersyukur itu digelar org yg sombong dan kebanyakn org yg bermegah2 dan sombong adalah neraka.
Sanggupkan kite ditempatkan di neraka? nauzubillah..
ntahla. kadang2 ak rase menzahirkan kesyukuran itu tidaklah berat. cume kite, manusia sentiasa lalai dgn nikmat. sehingga lupa akan konsep bersyukur. Kesyukuran juga boleh dilihat dgn melakukan ibadah yg wajib dgn bersungguh-sunguh. xpun sentiasa ingat kepada Allah dalam setiap pekerjaan yg kita lakukan. Bukankan org yg bersyukur itu sentiasa dekat dgn tuhanNya. marilah kita menjadi golongan itu. tidak mustahil bukan? Ayuh!! mula dari saat ini. cecece...mcm nak gi perang la plak. alamak dh ngantuk ni. laen kali ak smbung isu laen plak.
wassalam..
No comments:
Post a Comment