Dari Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku dari kedukaan dan kesedihan. (HR al-Thabrani)
Namun ada yg mengatakan hadith ini merupakan hadith dhaif...
Dari
Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya baginda
menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian melalukannya atas
mukanya sampai ke janggutnya. (HR Abu Nu'im)
Namun, ada yg mengatakan hadith ini merupakan hadith maudhu'...
So, jika benar dakwaan itu, maka, kedua2 hadith ini tidak boleh diamalkan.
Petikan
daripada
kitab Mustika Hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Jilid
ke-2, terbitan JAKIM, edisi Jawi mukasurat 187-188 , manakala edisi
Rumi
mukasurat 185 – 186.
.….. perkara pertama yang disunatkan melakukan sesudah memberi salam ialah menyapu kepala dengan tangan kanan sambil membaca:
اللهم اذهب عني الهم والحزن بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku, kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.” (HR Tabarani)

Menurut
hadith riwayat ibn al-Sunni dari Anas radiyallahu ‘anhu lafaz doa itu seperti
berikut:
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
Maksudnya: “Aku naik saksi (menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa
sesungguhnya tiada Tihan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Ya Tuhanku, hapuslah daripadaku,
kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.”
Menurut
hadith yang pertama (riwayat Tabarani), Baginda, “Menyapu kepalanya” dengan
tangan kananya sambil membaca doa yang pertama itu. Menurut hadith yang kedua
(riwayat Ibn Sunni), baginda “Menyapu dahinya” dengan tangan kanannya sambil
membaca doa yang kedua. Kita boleh memilih salah satunya, iaitu: “Menyapu kepala” sambil membaca doa
yang pertama, atau “Menyapu dahi” sambil membaca doa kedua, kerana kedua-dua
cara itu pernah dilakukan oleh Baginda.
Selain itu,
sepertimana yang tersebut pula dalam kitab Bughayatul Murtasyidin fi talkhishi
fatawa ba’dil aimmati minal ulama’il muta’akhirrin, himpunan Sayyid Abdurrahman
bin Muhammad bin Hussin bin Umar al Masyhur Ba’alawi, Mufti Hadralmaut [hal:49]
sebagai berikut:
“Telah diriwayatkan oleh Ibnu Munshur, bahawasanya Nabi saw adalah beliau apabila telah selesai solatnya, menyapulah ia akan dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian dilalukannya diatas wajahnya, sehingga menyampaikannya atas janggutnya, seraya diucapkannya :
بسم الله الذي لا إله إلا هوعالم الغيب والشهادةالرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن والغم . اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت اعوذبك من شرما افترفت واعوذبك من جهد بلاء الدنيا وعذاب الاخرة
Dan diriwayatkan dalam kitab Ibn Sunni, dari Anas radiyallahu ’anhu katanya: Apabila Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah selesai daripada solatnya, ia sapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian ia membaca:

Maka,
berdasarkan pengetahuan saya, ia merupakan sunnah. Namun, pastikan anda
tidak terikut2 dgn org lain. Nasihat saya, beramallah dgn ilmu yg ada
dan lebih elok kite menekankan kesempurnaan rukun solat kite berbanding
hal ini. Memandangkan belum tentu bacaan2 dalam solat kite sudah 100%
perfect.
Hmmm...soalan
kedua pula, apa yg saya tahu, memang benar wajib bg kite menjawab salam
namun ianya jatuh wajib jika salam itu khas ditujukan kpd kite sama ada
secara org perseorangan atau berkumpulan. Berbalik kpd soalan kedua,
memberi salam (rukun solat) itu jika xsilap saya ia ditujukan kpd
penjaga kite yakni malaikat yg mencatit dosa pahala (atid dan rakib).
So, hukumnya tidak wajib.
p/s:
saya baru perasan yg doa di ats terbalik. maybe disebabkan sy 'copy
paste' semasa sy menaip. so, minta maaf. harap maklum... thanks 4 da
questions. aneway dulu sy pun tertanya2 gak psl menyapu muka tu.
No comments:
Post a Comment