Monday, December 23, 2013

Bangkit bersama hidayahNya

Ujian dalam kehidupan itu bukanlah untuk menguji kekuatan zahir dan batin semata-mata, tetapi ia juga menguji kekuatan kebergantungan seorg hamba pada Allah swt serta sejauh mana kesungguhan seorg hamba meminta pertolongan daripada Allah swt. Allahuakbar...

Tuturkatanya berubah. Tingkah lakunya tidak semacam dulu. Cakap tingginya telah merendah. Dia berubah. Begitu ajaib kuasa Allah swt – Tuhan yang pernah merubah Umar, Hamzah dan Ikrimah. Mampukah kita menjadi ‘org yg beruntung’ itu? Kita juga mampu, asalkan kena sentuhannya, cara dan hidayahnya. Umar yang asalnya penumpah darah, Hamzah yang pemarah, Ikrimah yang ego segalanya ‘lebur’ dan ‘luntur’ di persada hidayah. Subhanallah...

Andai sudah berhijrah, ingatlah kita beribadah bukan untuk mengejar fadilat (walaupun itu tidak salah), tetapi yang lebih penting ialah untuk membina sifat ubudiyah (kehambaan) kepada Allah swt. Jika tidak, semakin banyak kita beribadah, kita akan jadi semakin angkuh dan jauh daripada Allah swt. Atas sifat kehambaan itu kita akan merasakan banyak hutang kita dengan Allah. Banyaknya nikmat Allah swt yg kita dustakan. Masya'allah...

Insya'allah, di hujung nanti org beruntung itu akan tersenyum bahagia. Alhamdulillah!

p/s: jari jemari menari buat terakhir kalinya

Saturday, December 21, 2013

Frwd: Pemuda pemudi

Kalau dulu,
tatkala kau mula melihat dunia,
kau cuma mampu menangis dan ketawa,
kau hanya tahu lapar dan dahaga,
kerna kau hanya bayi tak berdosa.

tapi kini,
segalanya berbeza..

Kalau dulu,
tatkala kau mula pandai mengira,
kau sudah tahu menilai perkara,
kau merasa segalanya mudah belaka,
kerna kau hanya kanak-kanak mentah sahaja.

tapi kini,
segalanya berbeza..

Kalau dulu,
tatkala kau mula meningkat remaja,
kau mula berazam untuk berjaya,
kau hanya fikir, belajar capai cita-cita,
kerna kau masih orang muda.

tapi kini,
segalanya berbeza..

kerna, kini..
kau sudah meningkat dewasa,
kau mula berfikir tentang kerjaya,
kau mula mencari harta,
beban di bahu semakin berat terasa.

Kerna, kini..
kau kan punyai keluarga,
dalam masyarakat kau kan menyumbang jasa,
buat agama kau kan mengerah segala tenaga,
juga peranan untuk negara tercinta.

Kerna inilah episod kehidupan,
tempuhlah dengan jiwa seorang pemuda,
berfikir secara dewasa,
kelak, tua mu kan bahagia.

Sepertiga kehidupan ku telah pergi,
pergi ditelan masa dan waktu,
amal dakwi ku masih belum mengisi,
sedang maut ku semakin menghampiri.

Wednesday, December 18, 2013

Ada apa dengan cinta?

Untuk apa kita bercinta? Untuk menjawabnya, mari kita fikirkan satu analogi, analogi cinta. Fikirkan tentang sebatang pena. Pena dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah pena itu berada dalam keadaan selamat dan berguna. Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak. Mengapa?

Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. Ia diciptakan untuk menulis, bukan mengetuk atau mencucuk. Pena yang disalahgunakan akan rosak. Apabila rosak, ia akan dibuang ke dalam tong sampah. Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi. Ia dinamakan sampah!

Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.

Ketika itu hiduplah kedua-duanya (suami dan isteri) dengan perasaan yang hambar dan tawar. Tanpa cinta, manusia akan “bertukar” sama ada menjadi haiwan ataupun robot yang tidak punya rasa kemanisan lagi – bukan sifat-sifat luarannya, tetapi sifat-sifat dalamannya. Hidup berumah tangga tanpa cinta umpama kapal yang belayar tanpa angin. Keserasiannya mudah retak. Hanya kerana kesalahan yang sedikit, perbalahan dan krisis mudah berlaku. Keadaan rumah tangga pada waktu itu boleh diumpamakan sebagai “hidup segan, mati tak mahu”.

Monday, December 9, 2013

Kita adalah kita...

Rumah, pejabat bahkan hotel sekalipun menjadi musolla bagi kita. Tempat kita berpijak, meja kerja, hamparan sejadah bagi kita....kalau kita bicara,biarlah bicara dakwah...kalau kita berdiam, diam kita zikir...nafas kita adalah tasbih, mata kita penuh rahmat Allah penuh kasih sayang...telinga kita terjaga, fikiran kita baik sangka..tidak sinis,tidak pesimis dan tidak suka membonis...hati kita ..diam-diam berdoa..tangan kita bersedekah, kaki kita berjihad ia tidak mahu melangkah dengan sia-sia. Kekuatan kita silaturrahim, kerinduan kita tegaknya syariat Allah kalau memang hak tujuan, sabar dan kasih sayang strategi kita...asma amanina cita-cita tertinggi, syahid dijalannya...dan yang paling menarik kita hanya asyik memperbaiki diri sendiri tidak tertarik mencari aib orang lain..semoga 'kita' adalah kita...

Mudahkan jangan susahkan...sebaik-baik manusia adalah orang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang berjaya bukan orang yang hanya mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat kepada orang lain.Kebahagiaannya bukan hanya mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga tetapi mampu juga memberikan kebahagiannya kepada orang lain.Ini adalah muslim yang baik.Ingatlah kejayaan yang kita perolehi bukan usaha kita semata-mata.Kejayaan kita adalah kerana bantuan orang lain.Guru contohnya,Ibu Bapa,rakan sekuliah atau rakan sekerja yang selalu bersama-sama kita . Dan kejayaan itu hakikatnya adalah pertolongan daripada Allah.

Sekiranya kini kita mempunyai rezeki dan ilmu yang cukup, rancanglah sesuatu bagi menggabungkan keduanya bagi membantu orang lain. Bermula dengan adik-beradik dan saudara terdekat atau rakan kita. Kemudian membuat perancangan membantu masyarakat @ orang lain.

Saturday, December 7, 2013

:. Dunia Baru Islam .:

masih basah kenangan indah
zaman cemerlang era gemilang
ketika Rasul ada di sisi
para sahabat mentadbir bumi

zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
menerangi teman dan juga sahabat
bahang panas yang membakar lawan

di celah itulah kami mengatur langkah
membina sebuah thoifah
di sini bahang tak pernah padam
digenggam kukuh sebuah azam

ayuhlah para mujahid
ayuhlah para mujahidah
kita tinggalkan zaman fitnah
agar tertegak kalimah Allah

agar terbangun dunia baru Islam..

Thursday, November 21, 2013

Lelaki yang ditarik ke Neraka

EMPAT Lelaki yang ditarik ke Neraka;

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar, tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri.. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas. Wallahualam ~

Tuesday, November 19, 2013

Nikmat yg dilupakan...

Adakalanya nikmat itu di tutupi dengan kedukaan,kesedihan dan kepiluan,kita merasakan ujian Allah itu amat memeritkan,namun bila kita sedari adanya ganjaran,adanya keampunan dan adanya keberkatan,maka ujian itu lebih bermakna dari harapan dan impian kita yg mengharapkan kesenangan dan kegembiraan yg berpanjangan..

Monday, November 18, 2013

Bila ku rapuh

"Terkadang, kesulitan harus kamu rasakan terlebih dulu sebelum kebahagiaan yang sempurna datang kepadamu. Justeru itu bersabarlah wahai hati kerana sesungguhnya tiap tiap yang sulit itu tersembunyi nikmat2 yang besar yang tidak kamu ketahui"

Pengorbanan itu satu perkara yg memerlukan keikhlasan...
Untuk mendapatkan madu perlu disengat lebah dahulu...
Harapan hari ini masih ada untuk esok...

Moga senyuman terukir di wajah yang tersayang...
Moga masih ada kesempatan untuk terus berjuang...
Hanya padaMu tempat berserah.

Monday, November 4, 2013

Tutup sebelah mata...mata siapa?

Alhamdulillah isu yg makin sunyi...harap2 begitu juga dengan pelakunya... Atau hanya disebabkan ada isu lain yg lebih HOT. Tapi ketahuilah...betapa HOTnye neraka Allah swt utk mereka yg melakukan zina. Nauzubillah...

Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.
1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?

2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?

3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai?
Dan sekarang anda memilih kaedah mana untuk menentukan tahap kerosakan masyarakat kita yakni mereka yang ‘terlanjur’? Ya, memang tidak munasabah untuk menggunakan mana-mana kaedah, malah jika kita menggabungkan kesemua kaedah-kaedah tersebut pun belum tentu untuk mencapai bilangan sebenar jumlah mereka yang ‘terlanjur’. Malah, mana mungkin dapat mewakili 5% daripada mereka yang 'terlanjur'? Itu baru sahaja mereka yang ‘terlanjur’, bagaimana pula dengan mereka yang hanya berjinak dengan aksi ‘ringan-ringan’? Astagfirullah, memang tidak dapat digambarkan betapa sudah rosak masyarakat pada hari ini. 

Couple penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?

Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan? Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin. Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’sms’, ber’yahoomessenger’ atau/dan ber’facebook’ untuk memenuhi perasaan rindu yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, couple-putus, couple-putus, couple-putus, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin. 

Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa' yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu. Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu tidak lain adalah kaum hawa. 

Wahai kaum muslimah, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’, yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.
Allah telah berfirman, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur :26)
Sebagai penutup kata, perihal mengenai buang bayi tidak akan sampai ke penghujung jika kita masih tidak sedar akan pangkal asalnya. Alangkah lebih baik jika kita mencegah daripada merawat. Seringkali kita melontar kekecewaan terhadap mereka yang membuang bayi sedangkan kita sedang diseliputi budaya yang menjurus kepada pembuangan bayi tersebut. Selagi kita duduk mempertahankan budaya ini, selagi itulah berita-berita menyentuh jiwa ini tersebar meluas. Tidak cukupkah lagi dengan komentar para ustaz mahupon ilmuan tempatan yang mengulas mengenai isu ini? Mereka yang mempertahankan couple sering berselindung di atas hujah seorang yang dipanggil 'ustaz' sedangkan jumhur yang lain berkata sebaliknya. Mengapakah tidak mengikut jalan majoriti tetapi mengikut jalan minoriti ibarat bertanyakan hukum merokok daripada 'ustaz' yang merokok? Jangankan bila sudah tertanam benih yang haram baru hendak bertaubat. Nauzubillah… sesungguhnya kita sudah berada pada penghujung zaman seperti yang diperkatakan nabi.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. ( Hadis Riwayat Muslim)

Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung. Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka. Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple' bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui bakal 'tak sengaja melanjur'? Tepuk dada, tanya iman. Sekian. 

p/s: Istilah ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’ pada artikel di atas hanyalah retoris kritis semata-mata. Untuk penggunaan istilah yang tepat, sila rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thursday, October 31, 2013

Renungkan

Barangsiapa yang bangun di pagi hari & hanya memikirkan dunia, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 p...enyakit: 1. kebingungan yang tidak putus-putus, 2. kesibukan yang tiada hujungnya, 3. keperluan yang tidak pernah dipenuhi, 4. khayalan yang tidak berhujung. 
(HR. Imam Thabrani)

Daripada Uthman bin Affan r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang belajar al-Quran dan mengajarnya." 
(Riwayat al-Bukhari)

Ada seorang lelaki menemui Nabi Muhammad SAW., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Rasulullah SAW menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu."
(HR. Thobrani)

Takdir

Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya!

Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok.

Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang.

Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Dia Maha Mendengar. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Sabar dan Solat

Allah SWT menjelaskan ini dengan firmanNya dalam surah Al Baqarah: Mintalah bantuan dalam urusan mu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu adalah sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa kepada-Nyalah mereka akan kembali (Al Baqarah : 45)

Allah SWT mengatakan untuk menjadi orang yang sabar itu susah dan untuk menjadi orang-orang yang tetap bersembahyang itu juga susah. Maknanya kedua-dua amalan lahir dan batin itu memang susah untuk diamalkan. Tetapi ianya jadi mudah dan senang bila kita dapat memiliki sesuatu yang lebih penting dari keduanya iaitu rasa khusyuk dengan Allah (rasa diawasi Allah setiap masa), yakni yakin akan pertemuan dan pengembalian diri ke hadrat Allah SWT di akhirat nanti. Dari situ fahamlah kita bahawa antara kedua-dua amalan lahir dan batin, yang mesti diberatkan dan didahulukan pada diri kita ialah amalan batin.

Bila Hati Ada DIA

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah, tersiram rahmat dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya

Monday, August 12, 2013

Perjalanan Tanpa Henti

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?

Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Sejak akhir-akhir ini, ada musibah berlaku kepada saya, ditimpa musibah dan masalah yang dirasakan cukup berat di dalam kehidupan. Musibah, musibah, musibah... inilah antara keluhan yang sering di ungkapkan oleh manusia apabila di timpa ujian, mengapa umat islam sentiasa bersangka buruk kepada Allah s.w.t apabila di timpa satu kesusahan atau musibah, adakah ini satu penyeksaan atau ujian dari Allah? Perkara sebegini pasti bermain dalam fikiran kita termasuk diri ini.

Saat di timpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan, kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi, fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di tengah lautan tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Nauzubillah.. Namun, selepas itulah kita terduduk, mengeluh kepada Allah s.w.t., memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah s.w.t. pada masa itu.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah s.w.t. kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya. Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia. Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita, Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t. Kita ingatlah bahawa nikmat hidup diatas dunia ini adalah satu nikmat yang hanya bersifat sementara, pinjaman kepada kita. Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya.

Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman darinya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu. Bukan untuk menzalimi kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sampai bila-bila, dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas dosa-dosa kita yang lalu.

Sedangkan Allah telah berfirman:“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”

Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. 

Sabda Rasulullah SAW : “Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita. Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [ (13) : 11].

Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya,”Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?”. Lalu Umar menjawab,”Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.”

Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya. Nabi SAW bersabda, “Tidak boleh menimbulkan bahaya bagi diri sendiri dan bahaya bagi orang lain.” [HR Ibnu Majah]

Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat. Allah SWT berfirman :

“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu).” [TMQ asy-Syuura (42) : 30]

Sabda Nabi SAW: “Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat.” [HR at-Tirmidzi].

Terdapat 3 rukun dalam melakukan taubat nasuha. Pertama, menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kedua, berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. Ketiga, berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim.” [TMQ Ali ‘Imraan [3] : 102]

“Apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala ‘ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah”

Sekadar utk renungan diri sendiri dan pembaca...

Monday, April 8, 2013

Cara Mudah Bersyukur [dari Ahmad Yani]



“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Nahl, 16:18)

Bersyukur merupakan salah satu kewajipan seorang Muslim kepada Allah. Begitu pentingnya bersyukur, Rasulullah s.a.w. yang sudah dijamin masuk syurga, tetap menyempurnakan tuntutan bersyukur kepada Allah. Dalam satu hadith disebutkan, Nabi selalu menunaikan sembahyang tahajud, memohon maghfirah (keampunan) dan bermunajat kepadaNya. Selesai menunaikan sembahyang, Nabi berdoa kepada Allah sehingga masuknya waktu Subuh.

Bersyukur merupakan antara ibadah mulia yang mudah dilaksanakan. Amalan ini tidak memerlukan banyak tenaga fizikal atau fikiran. Bersyukur atas nikmat Allah bererti berterima kasih kepada Allah kerana kemurahan Nya. Dengan kata lain, bersyukur bererti mengingati Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun.

Para ulama’ mengemukakan tiga cara bersyukur kepada Allah. Pertama, bersyukur dengan hati nurani. Bisikan hati atau nurani selalu benar dan jujur. Untuk itu, orang yang bersyukur dengan hati nuraninya sebenarnya tidak akan pernah mengingkari begitu banyaknya nikmat Allah. Mendengarkan bisikan hati yang paling dalam, kita sebenarnya mampu menyedari seluruh nikmat yang kita perolehi pada setiap detik hidup kita yang kesemuanya hasil pemberian Allah. Hanya Allahlah yang mampu menganugerahkan nikmat yang begitu banyak kepada hambanya.

Kedua, bersyukur dengan ucapan. Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada Allah melalui lidah adalah ucapan hamdalah. Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa mengucapkan subhana Allah, maka baginya 10 kebaikan. Barangsiapa membaca la ilaha illa Allah, maka baginya 20 kebaikan. Dan, barangsiapa membaca alhamdu li Allah, maka baginya 30 kebaikan.”

Ketiga, bersyukur dengan perbuatan, yang biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif. Menurut Imam Al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimumkan untuk  bersyukur. Anggota itu adalah mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan Allah sebagai nikmatNya untuk kita. Lidah, misalnya, diciptakan adalah untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir, dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan. 

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).”
(Surah ad-Dhuha, 93:11)

Thursday, February 14, 2013

Apa Matlamat Hidup Kita?


“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah kerana Allah SWT, Tuhan sekalian alam.”
(Al-An'am: 162)
Ayat di atas merupakan ayat yang selalu kita ulang dan ulang di dalam 5 kali solat fardhu yang kita tunaikan. Jelas sekali bahawa kehidupan ini sememangnya perlu dikhususkan hanya kerana Allah. Bahkan juga kematian kita selepas kehidupan yang fana ini adalah bermatlamatkan Allah.

Kita sebagai insan sering lalai akan apakah matlamat hidup kita. Walaupun sebenarnya sebagai muslim kita mempunyai matlamat hidup yang sangat jelas. Cuma penghayatan diri terhadap matlamat ini yang menjadikan diri kita leka dan lalai. 

Antara perkara penting yang perlu kita utamakan dalam ibadah kita ialah adakah kita laksanakan ibadah kerana Allah atau sebaliknya. Satu kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat kita ialah skop ibadah hanya terfokus pada aktiviti-aktiviti yang berbentuk spiritual.

Sedangkan ibadah meliputi segala aspek kehidupan termasuk bekerja, bermuamalat sesama manusia, berbuat baik kepada haiwan bahkan melihat alam ciptaan Allah SWT juga dikira sebagai ibadah sekiranya melihat dengan cara merenung kebesaran yang Allah ciptakan.
 
Seeloknya cubalah mencari keberkatan ibadah dalam kehidupan seharian dengan menyandarkan segala amalan harian kita kepada Allah sambil meningkatkan amalan-amalan ibadah yang am. Mudah-mudah seluruh kehidupan kita hanya kerana-Nya.

Monday, February 4, 2013

Pesanan Wali Allah


Tiga wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Royam:
·         Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
·         Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
·         Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:
·         Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
·         Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
·         Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

Pesanan Hasan:
·         Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.
·         Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
·         Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...