Monday, August 12, 2013

Perjalanan Tanpa Henti

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?

Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Sejak akhir-akhir ini, ada musibah berlaku kepada saya, ditimpa musibah dan masalah yang dirasakan cukup berat di dalam kehidupan. Musibah, musibah, musibah... inilah antara keluhan yang sering di ungkapkan oleh manusia apabila di timpa ujian, mengapa umat islam sentiasa bersangka buruk kepada Allah s.w.t apabila di timpa satu kesusahan atau musibah, adakah ini satu penyeksaan atau ujian dari Allah? Perkara sebegini pasti bermain dalam fikiran kita termasuk diri ini.

Saat di timpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan, kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi, fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di tengah lautan tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Nauzubillah.. Namun, selepas itulah kita terduduk, mengeluh kepada Allah s.w.t., memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah s.w.t. pada masa itu.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah s.w.t. kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya. Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia. Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita, Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t. Kita ingatlah bahawa nikmat hidup diatas dunia ini adalah satu nikmat yang hanya bersifat sementara, pinjaman kepada kita. Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya.

Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman darinya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu. Bukan untuk menzalimi kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sampai bila-bila, dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas dosa-dosa kita yang lalu.

Sedangkan Allah telah berfirman:“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”

Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. 

Sabda Rasulullah SAW : “Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita. Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [ (13) : 11].

Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya,”Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?”. Lalu Umar menjawab,”Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.”

Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya. Nabi SAW bersabda, “Tidak boleh menimbulkan bahaya bagi diri sendiri dan bahaya bagi orang lain.” [HR Ibnu Majah]

Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat. Allah SWT berfirman :

“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu).” [TMQ asy-Syuura (42) : 30]

Sabda Nabi SAW: “Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat.” [HR at-Tirmidzi].

Terdapat 3 rukun dalam melakukan taubat nasuha. Pertama, menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kedua, berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. Ketiga, berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Allah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim.” [TMQ Ali ‘Imraan [3] : 102]

“Apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala ‘ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah”

Sekadar utk renungan diri sendiri dan pembaca...

No comments:

Post a Comment

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...