“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan
kematianku adalah kerana Allah SWT, Tuhan sekalian alam.”
(Al-An'am:
162)
Ayat
di atas merupakan ayat yang selalu kita ulang dan ulang di dalam 5 kali solat
fardhu yang kita tunaikan. Jelas sekali bahawa kehidupan ini sememangnya perlu
dikhususkan hanya kerana Allah. Bahkan juga kematian kita selepas kehidupan
yang fana ini adalah bermatlamatkan Allah.
Kita
sebagai insan sering lalai akan apakah matlamat hidup kita. Walaupun sebenarnya
sebagai muslim kita mempunyai matlamat hidup yang sangat jelas. Cuma
penghayatan diri terhadap matlamat ini yang menjadikan diri kita leka dan lalai.
Antara
perkara penting yang perlu kita utamakan dalam ibadah kita ialah adakah kita
laksanakan ibadah kerana Allah atau sebaliknya. Satu kekeliruan yang berlaku
dalam masyarakat kita ialah skop ibadah hanya terfokus pada aktiviti-aktiviti
yang berbentuk spiritual.
Sedangkan
ibadah meliputi segala aspek kehidupan termasuk bekerja, bermuamalat sesama manusia,
berbuat baik kepada haiwan bahkan melihat alam ciptaan Allah SWT juga dikira
sebagai ibadah sekiranya melihat dengan cara merenung kebesaran yang Allah
ciptakan.
Seeloknya
cubalah mencari keberkatan ibadah dalam kehidupan seharian dengan menyandarkan
segala amalan harian kita kepada Allah sambil meningkatkan amalan-amalan ibadah
yang am. Mudah-mudah seluruh kehidupan kita hanya kerana-Nya.
No comments:
Post a Comment