Kalau dulu,
tatkala kau mula melihat dunia,
kau cuma mampu menangis dan ketawa,
kau hanya tahu lapar dan dahaga,
kerna kau hanya bayi tak berdosa.
tapi kini,
segalanya berbeza..
Kalau dulu,
tatkala kau mula pandai mengira,
kau sudah tahu menilai perkara,
kau merasa segalanya mudah belaka,
kerna kau hanya kanak-kanak mentah sahaja.
tapi kini,
segalanya berbeza..
Kalau dulu,
tatkala kau mula meningkat remaja,
kau mula berazam untuk berjaya,
kau hanya fikir, belajar capai cita-cita,
kerna kau masih orang muda.
tapi kini,
segalanya berbeza..
kerna, kini..
kau sudah meningkat dewasa,
kau mula berfikir tentang kerjaya,
kau mula mencari harta,
beban di bahu semakin berat terasa.
Kerna, kini..
kau kan punyai keluarga,
dalam masyarakat kau kan menyumbang jasa,
buat agama kau kan mengerah segala tenaga,
juga peranan untuk negara tercinta.
Kerna inilah episod kehidupan,
tempuhlah dengan jiwa seorang pemuda,
berfikir secara dewasa,
kelak, tua mu kan bahagia.
Sepertiga kehidupan ku telah pergi,
pergi ditelan masa dan waktu,
amal dakwi ku masih belum mengisi,
sedang maut ku semakin menghampiri.
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan gambarkanlah akhirat itu di dalam hatimu, jadikanlah mati itu di hadapan matamu, janganlah kamu lupa kedudukanmu di sisi Allah. Jadikanlah diammu itu fikir, kata-katamu itu zikir, pandanganmu mengambil peringatan.” -Imam Syafie-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak Sesama Muslim
Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...
-
Ayam...bermacam ayam. Ada ayam hutan, ayam kampung, ayam daging, ayam goreng. Oooppss, lupe lirik ar. Jangan marah ar. R amai daripada kita ...
-
Hadith Akhir Zaman Daripada Anas r.a. berkata: “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadith yang tidak ada orang lain yang akan mencerit...
No comments:
Post a Comment