Monday, May 31, 2010

Masa Akan Menjadi Singkat


Hadith Akhir Zaman
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan, dan sebulan dirasakan seperti seminggu, dan seminggu dirasakan seperti sehari, dan sehari dirasakan seperti satu jam, dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R. Tirmizi
Keterangan
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah berlalu sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu adalah ia dicabut keberkatan. Dahulu kita rasakan sehari banyak perkara yang dapat kita lakukan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikti perkara yang dapat kita lakukan. Ini adalah suatu petanda hampirnya hari qiamat.

Tuesday, May 25, 2010

Forward 7: Antara Dunia dan Akhirat

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.


I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab. However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.


Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:


Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:


Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”


–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.


note:


Dear readers,


The article above is not written by me. what i did is just copy and paste from my email, someone sent this to me. So I guess many people don't know about this hadith right... then i make a move to share this article with u, for your all concern. Like people say... yes... sharing is caring.


pesanan Rasullah SAW... sampaikan lah hadithku walaupun dengan hanya sebaris ayat....


sincerely


linda

Lelaki Gentleman Hari Ini

“Katakalah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah An Nuur: 30)

*Inilah lelaki gentle yang sebenar!, menahan pandangan mereka daripada melihat perkara mungkar, khususnya melihat golongan wanita. Malangnya, kebanyakan orang lelaki pada hari ini tidak taat dengan perintah Allah. Pantang saja melihat wanita lalu, pasti akan kedengaran bunyi tikus untuk mengorat. Melihat wanita daripada atas ke bawah. (Perempuan pun sama gak, pakailah elok2 sikit :P).

*Dan memelihara kemaluannya; hurmm. Apa yang terjadi?. Berapa banyak anak haram a.k.a anak luar nikah dilahirkan?. Berapa banyak bayi-bayi yang dibuang?. Ini kerana mereka tidak memelihara kemaluan mereka!. Inikah yang dikatakan lelaki gentle? berzina?. Merosakkan golongan wanita?.Bukan hendak salahkan,tp anda ada 9 akal..come on la..buat malu je 9 akal mcm xda akal nk rosakkan hiasan dunia..dan pd pmpuan2, jgnlah serahkn dri bulat2 je..

*Subhanallah. Cuba kita pergi ke masjid, cuba lihat di dalamnya ada siapa?. Kebanyakannya golongan tua yang hanya menunggu masa Allah menjemput. Di mana kaum muda lelaki?. Kemanakah mereka pergi?. Berapa ramai pula yang pergi solat berjemaah?. Yang hadir. boleh dikira dengan jari sahaja!. Inikah yang disebutkan gentle??.

*Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengigati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.

*Bukan sahaja dilalaikan oleh perniagaan. Bahkan mereka dilalaikan dengan teman wanita mereka. Dilalaikan dengan hiburan dunia. Dilalaikan dengan perkara-perkara mungkar. Ternyata hebatlah lelaki-lelaki yang dapat menahan gejolak nafsu dan kesempitan waktu untuk sentiasa mengigati Allah dan bertakwa kepada Allah!.

*Bertasbih kepada Allah di rumah-rumah Allah yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.

*Maka marilah kita hayati erti gentle yang sebenar, hayatilah kehebatan2 golongan terawal, golongan soleh...hayatilah perjuangan dan amalan mereka. Contohilah mereka dalam semua kehidupan. Insyaallah kita akan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Dapatkanlah kerdhaan Allah SWT.

Sambungan ayat di atas, Surah An-Nuur (24) berkenaan zina…

Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan hamba-hamba yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu membuat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu. (Surah An Nuur: 33)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An Nuur: 31)

Suka saya kongsikan satu kata-kata perangsang utk lelaki muslim yg gentle..kita mengaku dri kita umat Muhammad saw, kita tahu betapa perit Rasulullah saw berjuang nk tgakkaan islam..bginda dibaling tahi,di pulaukan,dicaci dan bermacam-macam lg hinaan ke atas bginda..ble org lukis gmbar Nabi, pndai lak kte mngamuk, tp kte sndri yg sbbkn bnd2 mcm 2 blaku..kalo kita sbgai pmuda2 yg gentle,branikah org2 kurg kefahaman mengenai Islam itu utk menghina agama kita??..so,marilah kita bgkit..biarlah org nk kte ape pon..jgn segan nk brubah..ni nk pergi msjd bila dikatakn hipokrit, kita dh down..ape ni??..x gentle beb..rasulullah lg teruk dihina drpd ape yg kita hdapi hari ini..renung2kanlah..wallahua'alam..

p/s: diforward drpd facebook…juga telah diedit dan ditambah baikan. Looking forward for any comment or correction.

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. 

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia". 

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah". 

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat".

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun".

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini".

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?".

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!".

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. 

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu".

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". 

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu".

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". 

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". 

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka".

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! 

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Kiriman: Abang Kamaluddin Zakaria (Kamal)

Sunday, May 23, 2010

Orang Yang Berpegang Dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api


Hadith Akhir Zaman
Daripada Anas r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi
Keterangan
Yang dimaksudkan di sini adalah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesudahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah kerana suasana di sekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya bahkan apa yang ada mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan.
Jagalah iman kita baik-baik agar ia tidak terlepas dari genggaman kita. Berwaspadalah!!

Friday, May 21, 2010

Milik Siapa Hati Ini


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
( Al-A’raf [7:179] )

Allah s.w.t. telah memberikan petunjuk kpd hamba2 nya yg beriman..iaitu al-Quran. Namun sejauh manakah kita memanfaatkannya. Tapi persoalan yg ingin ak ketengahkan kali ini adalah mengapa al-Quran itu tidak dihayati sepenuhnya? Adakah kita lupa? Atau kita disibukkan dgn buku2 lain yg lebih tebal? Atau kita leka dgn dunia tanpa sempadan? Hmmm...tiada jawapan yg tepat namun bagi diri ini yg serba jahil, mungkinkah ini petanda menunjukkan iman kita pada hari ini begitu lemah...begitu ampuh. Manusia begitu mudah lalai, terpesona dan leka dgn dunia. Atau mungkinkah kita tidak menghayati nikmat iman itu sebenarnya.

Hari ini ak diajukan satu persoalan yg sgt menarik. Yg hampir2 ak terkaku, terdiam tanpa jawapan yg pasti. Soalan itu berbunyi "Apakah perbezaan org yg mendapat nikmat iman dgn org biasa?" Mudahkan jawapannya bagi kalian.... tapi bagiku agak sukar utk dijelaskan. Sebab kali ini, persoalan itu diajukan oleh org yg lebih ilmunya dr ak. Ada makna tersirat dr soalan itu. Hmm...belum sempat ak mnjwb. Ak sudah dihidangkan jawapannya. Nikmat iman itu adalah jaminan utk kehidupan kita di kehidupan akan dtg. Namun, mengapa kita? Boleh saja nikmat itu diberikan kpd manusia lain yg berada di atas muka bumi ini. Adilkah Tuhan? Layakkah kita? Jawapanku: Sesungguhnya semua itu adalah hak mutlak Allah. Dan yg pasti, keputusan Allah adalah sebaik2 keputusan. Tak boleh disangkal lg.

Nikmat iman yg diberikan jika tidak dipelihara dan dijaga dgn sebaik2nya, ia boleh lari dari kita. Ingatlah godaan syaitan tetap hadir walaupun di saat nyawa dipenghujung badan. Maka, org yg beruntung adalah org yg mana matinya dalam beriman. Bukan org yg hanya hidupnya saja beriman namun mati dalam kekufuran. Bagi mereka yg tidak dikurniakan nikmat iman pada ketika ini, disaat ini, ingatlah mungkin merekalah yg akan diberikan hidayah oleh Allah kelak. Dan sesungguhnya beruntunglah org yg beroleh hidayah Allah dalam hidupnya. Di sinilah keadilan Allah, tidak perlu dipertikaikan lg. Mungkin yg boleh dipertikaikan adalah...layakkah kita? Kerana semakin hari kita semakin jauh dari agama. Hanya tingal nama sahaja (actually not us but me). Hmmm...tidak cukup dgn mengeluh, merenung jika tidak disertakan dgn usah utk berubah, berhijrah, meningkatkn iman.

Berapa banyak air mata kita mengalir kerana takutkan Tuhan...kerana rindukan Nabi saw....kerana atas dosa2 yg telah kita lakukan. Adakah sebanyak gelak tawa kita. Atau sebanyak wang simpanan kita di bank. Atau sebanyak buih2 di lautan. Mungkin tidak boleh dibandingkan dua benda yg berbeza namun kita boleh mengetahui diri kita masing2. Persoalannya, beranikah kita utk mengakui nya. Beranikah kita? Berani di sini merujuk kepada kesediaan kita utk berhijrah. Mungkin ada yg tewas di permulaan langkah, atau di pertengahan langkahan...atau di penghujung langkahan itu. Beruntunglah org yg berjaya. Namun mesti diingat, Allah memandang seseorang pada takwa, tapi pada usaha utk berhijrah,  usaha mengajak ke arah kebaikan mencegah kemungkaran...bukan pada kejayaan semata2. Jika tidak sudah ramai para nabi tewas di pertengahan jalan mereka. Wahai Allah, golongkanlah kami dalam golongan org yg sentiasa memanjatkan kesyukuran atas nikmatmu, atas sifat pemurahmu, atas sifat penyayangmu. Engkaulah satu2nya tuhan yg layak disembah.

Tips: Umat Islam diberikan senjata yg tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia iaitu doa. Manfaatkan lah ia, hubungan umat Islam  dgn Allah (agama) membolehkan kita meminta padaNya pada bila2 masa. Tidak seperti manusia yg tidak berpegang pada tali Allah, boleh meminta tapi sudah pasti tidak dipedulikanNya melainkan mereka yg dianiaya. Manfatkan ia, jangan jadi manusia yg sombong dgn Tuhannya sendiri. SedangkanTuhan nya itulah yg menjadikan ia, Tuhan nya itulah yg tahu apa kesukaannya, Tuhan nya itulah yg tahu apa yg terbaik utk nya...

Peringatan ini ditujukan kepada semua lapisan masyarakat tidak ada sesiapa yg terkecuali lebih lebih lagi...diri sendiri. Alhamdulillah...dapat menghirup oksigen sehingga ke masa ini. Jika tak keberatan silalah jenguk website ini: http://abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/  (Ilmu utk dikongsikan bersama)

Wednesday, May 19, 2010

Tanda Qiamat


Hadith Akhir Zaman
Daripada Anas r.a. berkata: “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadith yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan, dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan”.
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Nabi s.a.w. menerangkan bahawa di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki, dan ramai kaum perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai daripada jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara, nisbah bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:15). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana banyak yang terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan. Allah s.w.t. juga mengkehendaki yang lahir ke dunia pada hari ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.

Tuesday, May 18, 2010

Ancora Imparo

Stress: we all have some stress in our lives, some of us have more, some of us have less stress. But if stress is allowed to overtake our lives then serious implications can result.

Manusia tidak lari dari tanggungjawab...bahkan sentiasa dikejar oleh tanggungjawab. Suatu 'ciptaan' yg mmg wujud namun tidak mampu dilihat dgn mata kasar. Berapa beratkah tanggungjawab itu? Soalan yg mampu dijawab namun tanpa bukti yg kukuh. Seringkali aku lihat tanggungjawab dtg bersama 'stress'. Hmm...satu package. Tak boleh nak elak. Sbg student pun, stress tak dpt nk elak sebab byk tanggungjawab yg perlu ditunaikan. This time ak bukan nk cerita mengenai student life tp ttg perkara lain. Hmm..berkaitan dgn tanggungjawab jugak.  Tanggungjawab yg semakin ramai manusia lupa.

Beberapa hari lepas, ak terlihat 2 ekor burung terbang dari pohon ke pohon. Tiba-tiba aku terfikir, adakah tugas burung itu hanya sekadar terbang dari pohon ke pohon. Sudah tentu jawapannya 'tidak'. Soalan yg hampir semua manusia normal mampu jawab. Burung pun ada kerja lain...misalnya cari makan. Tapi, apa yg membezakan burung dgn kita? Manusia telah diberikan tanggungjawab khas dari Yang Esa. Tp tidak kepada burung....mengapa? Sebab manusia itu istimewa, sebaik2 kejadian. Tapi, adakah manusia sudah lupa akan tanggungjawab itu. Tanggungjawab yg ak maksudkan adlh  tggunngjawab sbg khalifah di muka bumi ini. Mentadbir alam ini sebaik-baiknya. Mengimarahkan dunia ini dgn amal soleh. Hampir semua org mengerti tugas ini. tp berapa ramai kah yg memandang serius perkara ini seserius mrk menjalankan tanggungjawab mrk yg lain. Misalnya, ak sbg student...selalu diamanahkan assignmnt yg ak sendiri pun xminta. Assignmnt2 tu akn ak sempurnakan sedaya yg mampu. Begitulah manusia yg ak lihat skrg (termasuk ak) terlupa akan tanggungjwb utama ini. Mungkinkah keberkatan dlm kehidupan kita sudah ditarik oleh Allah, sedikit demi sedikit menyebabkan kita dibebani dgn urusan dunia semata-mata. Akhirat kita akn ke mana? 

Seseorang pernah berkata kpd ak, skrg ni agak susah nak mencari yg halal disebabkan suasana sekitar kita. Maksud dia, manusia sekarang terutama muslim...sudah tidak mengamalkan ajaran Islam yg sebenarnya. Hanya bergelar muslim pada title sahaja. Menyebabkan lebih bnyk yg haram dapat diperhatikan di sekeliling kita pada hari ini. Paling mudah, sbg lelaki...hmmm....dalam seminit entah berapa puluh kali mata ak terdedah kpd aurat wanita.  Minta maaf para wanita. Namun, masih ramai muslimah yg taat pada perintah Allah, menutup aurat mereka. Kagum ak dgn mereka ini. Nk ucap terima kasih (rasanya tak pernah ada org berterima kasih pada kalian sebab kalian menutup aurat bukan?). Sebabnya, kuranglah dosa kaum lelaki seperti ak. nauzubillah...dosa yg sedia ada pun dah banyak. Tak sanggup nak tambah lagi. Terima kasih sekali lagi (mewakili kaum Adam sedunia)...Selain itu, perbualan seharian kita pun dipenuhi dgn kebesaran makhluk. Hmpir mustahil utk mendengar kebesaran Allah dlm percakapn seharian kita. Sebab itu ak lebih suka mendiamkan diri jika tiada perkara mustahak utk dibincangkan dgn rakanku...sory!!!


Tapi sampai bila? Ada beberapa blog yg ak lawati...mereka berbincang mengenai apa usaha yang boleh kita sbg student lakukan utk mengubah keadaan ini. Maksud ak keadaan yg salah...soal aurat, soal pergaulan, soal pendidikan, soal halal haram. Keputusan yg mereka capai.............nothing. Tak mampu utk ubah melalui perbuatan. Ini menunjukkan perkara ini sudah sampai tahap kronic...amat serius. tapi berapa ramai yg mempunyai pemikiran seperti mereka ini. Ak berbangga dgn mereka kerana pada zaman Nabi saw., Nabi dan para sahabat mempunyai pemikiran seperti ini. Mereka sentiasa memikirkan bagaimana hendak menyampaikan Islam kepada setiap manusia di atas muka bumi ini pada zaman itu. Kerana merekalah (asbab), hidayah Allah turun. Namun, tindakan or kesedaran ini penting dalam melahirkan generasi/zaman sepertimana zaman Nabi dan para sahabat. Berapa ramai yg inginkan zaman seperti ini? Honestly, ak pun xsure ak tahu 100% pasal zaman Nabi dan para sahabat. So, xboleh kate ak rindukan 100% zaman itu sebab ak pun xdpt nak gambarkan 100% suasana manusia pada zaman itu. Kekurangan ilmu...tidak didedahkan secara formal. Misalnya soal undang2. Ini di luar pengetahuan ak sama sekali. Mungkin sebab ini lah manusia terutama umat Islam sendiri merasakan Islam itu agama yg susah, memaksa, tiada kebebasan. Jika kita paham apa itu Islam, ini tidak akan menjadi persoalannya. Tapi, bagi ak yg serba kekurangan ini, persoalan utamanya ialah layakkah kita untk bergelar seorang Islam pada masa itu. Jika ini kita sedar, maka, usaha kita utk menegakkan kembali agama Islam (dalam diri sendiri dan org lain) akan menjadi hebat malah lebih hebat sama seperti usaha kita utk urusan dunia kita (future kita di dunia). Malah mungkin lebih hebat lagi...

Hmmm....ak harap kalian dapat mesej yg ak cuba sampaikan kali ini. Hmm...berkenaan kesedaran. Maklumlah ak br sedar dari 'lena'. Sebab ak ni selalu terlena...leka, cuai. semua sifat yg buruk itu memang lengkaplah ada dalam diri ini. Tp ak selalu berusaha dan berdoa agar Allah pelihara setiap nafas ak agar sentiasa berada dlm redhaNya. Itu yg ak terdaya lakukan. Sebab belum tentu 'esok' ada untuk kita. Dan belum terjamin 'syurga' utk kita di 'sana'. Dan paling penting, tiada siapa dapat tolong diri kita semasa kita dibicarakan. Tiada talian hayat mahupun rakan yg dapat membantu sepertimana kita (ak) dibantu ketika menyiapkan assignment. Hmmm....pedih tu. Gerun pun ada.

p/s: Luahan hati semata2. Tidak ada kaitan dgn makhluk yg hidup mahupun yg telah 'pergi'. Sebarang komen or cadangan amat2 dialukan....

Monday, May 17, 2010

Orang Meminum Khamar Dan Menamakannya Bukan Khamar


Hadith Akhir Zaman
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka minum) sambil dialunkan dengan muzik dan suara artis-artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t. akan meroboh mereka menjadi kera atau babi”.
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah bukan khamar, tetapi sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’.
Kemudian, menjadi kelaziman pula suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.
Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh mereka diubah menjadi kepada bentuk kera atau babi.
Sangat benar sabdaan Nabi s.a.w. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah s.w.t. dan jikalau golongan ini belum sampai ke peringkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera atau babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.
Janganlah kita tergolong dalam golongan di atas. Sesungguhnya azab Allah s.w.t. adalah suatu kepastian dan ianya sangat pedih dan keras. Tidak tertanggung akan kita seksanya. Nauzubillah…

Sunday, May 16, 2010


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Zaman Di Mana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapatkan Harta


Hadith Akhir Zaman
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba’. Kalau ia tidak makan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.
H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Hadith sabdaan Nabi s.a.w.ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

Forward 6: Antara Dunia dan Akhirat

Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih.

Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.
Siapa saja yang beroleh seperti itu, ia diberi tiga kenikmatan oleh Allah Ta’ala. Nikmat yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang menyiapkan jiwa mereka hanya untuk ALLAH Ta’ala dan tidak ada selain DIA yang masuk ke hati mereka, baik berupa berhala-berhala dunia, atau perhiasan, atau pesonanya.


Nikmat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Seluruh urusan hidupnya lancar
Allah SWT memberinya ketenteraman dan kedamaian, mengumpulkan semua ideanya, meminimakan sifat lupanya, mengharmonikan keluarganya, menambah jalinan kasih sayang antara dirinya dan pasangannya, merukunkan anak-anaknya, mendekatkan anak-anak padanya, menyatukan kaum kerabat, menjauhkan konflik dari mereka, mengumpulkan hartanya, ia tidak bimbang memikirkan perniagaannya yg tidak begitu baik, tidak bertindak seperti orang bodoh, membuat hati manusia terarah padanya, siapapun mencintainya dan melancarkan urusan-urusan yang lain.

2. Kaya hati
Nikmat yang paling agung adalah kaya hati, sebab Rasulullah SAW bersabda dalam hadith sahih, yang ertinya;

“ Kekayaan hakiki bukan bererti harta melimpah. Tapi, kekayaan ialah kekayaan hati” (HR. Muslim)

Imam Al Manawi berkata; maksudnya, kekayaan terpuji itu bukan banyak harta dan kebendaan. Ini kerana banyak sekali manusia dijadikan kaya oleh Allah, namun kekayaannya yang banyak itu tidak bermanfaat baginya dan ia bercita-cita menambah kekayaannya, tanpa peduli dari mana sumbernya.

Ia seperti orang miskin, kerana begitu kuat keinginannya. Orang seperti itu miskin selama-lamanya. Tapi, kekayaan terpuji dan ideal menurut orang-orang sempurna adalah kekayaan hati.

Di riwayat lain disebutkan kekayaan jiwa. Maksudnya, orang yang punya kekayaan jiwa merasa tidak bimbang akan rezekinya, menerimanya dengan lapang dada, dan redha dengannya, tanpa memburu dan memintanya dengan menekan.

Barangsiapa di jaga jiwanya dari kerakusan, maka jiwanya tenteram, agung, mendapatkan kebersihan, kemuliaan, dan pujian. Itu semua jauh lebih baik dari kekayaan yang diterima orang yang miskin hatinya. Kekayaan membuat orang yang miskin hati terperosok dalam hal-hal hina dan perbuatan-perbuatan murahan, kerana kecilnya obsesi yang ia miliki. Akibatnya, ia menjadi orang kerdil di mata orang, hina di jiwa mereka, dan menjadi orang paling hina.

Jika seseorang punya harta yang berlimpah, namun ia tidak qana’ah (merasa cukup) dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya, maka ia hidup terengah-engah seperti binatang buas dan menjadikan hartanya sebagai tuhan baru. Sungguh, ia orang miskin sejati, kerana orang miskin ialah orang yang selalu tidak punya harta dan senantiasa merasa tidak cukup.

Dikisahkan, seseorang berkata kepada orang zuhud, Ibrahim bin Adham, lalu berkata,

“Saya ingin anda menerima jubah ini dariku.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau Anda kaya, saya mahu menerima hadiah ini. Jika anda miskin, saya tidak mahu menerimanya.” Orang itu berkata, ”saya orang kaya.”

Ibrahim bin Adham berkata, ”Anda punya jubah berapa?” Orang itu menjawab,”Dua ribu jubah.” Ibrahim bin Adham berkata,”Apakah Anda ingin punya empat ribu jubah?” Orang itu menjawab, “Ya.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau begitu anda miskin (kerana masih memerlukan jubah lebih banyak lagi). Saya tidak mahu menerima hadiah jubah ini darimu.”

3. Dunia datang kepadanya
Saat ia lari dari dunia, justru dunia mengejarnya dalam keadaan tunduk. Seperti yang dikatakan Ibnu Al-jauzi,

” Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekorimu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindar darimu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedang orang (rakus tidak melihat bayangan setiapkali ia menoleh kepadanya.”

Sedang orang yang dunia menjadi obsesinya, ia hanya memikirkan dunia, bekerja kerananya, peduli kepadanya, tidak bahagia kecuali kerananya, tidak berteman dan memusuhi orang kerananya. Akibatnya, ia dihukum Allah dengan tiga hukuman;

1. Urusannya kacau
Allah SWT mengacaukan semua urusannya. Hatinya menjadi gundah tidak tenang, fikirannya kacau, jiwanya goncang dan kalut dalam pelbagai hal. Allah SWT mengacaukan hartanya, mengacaukan anak-anak dan pasangannya. Allah SWT membuat manusia antipati kepadanya. Tidak ada seorangpun yang mencintainya sebab Allah SWT menentukannya dibenci orang di bumi.

2. Selalu miskin

Hukuman ini membuatnya selalu tidak puas, padahal memiliki harta banyak. Ia senantiasa merasa miskin. Dan itu menjadikannya lari hingga terengah-engah di belakang harta.

3. Dunia lari darinya

Dunia selalu lari darinya. Ia memburu dunia namun dijauhi dan ia berlari dibelakangnya, persis seperti orang yang mengira fatamorgana itu air. Ketika ia tiba di fatamorgana, ia tidak mendapatkan apa-apa.

Inilah yang membuat Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu berkata, “Obsesi dunia itu kegelapan di hati, sedang obsesi kepada akhirat itu cahaya di hati.”

Bagaimana karakteristik dari orang-orang yang terobsesi pada akhirat?


Kita dapat mengukur dengan membandingkannya pada diri kita.
Sebelumnya mengenai hal ini, ada tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan:

1. Orang yang lebih sibuk dengan akhirat daripada dunia.

Mereka mebuat hidupnya didominasi oleh akhirat. Dunia hanya diletakkan digenggaman tangannya bukan di hatinya. Ini adalah kelompok orang yang beruntung.

2. Orang yang lebih sibuk dengan dunia daripada dengan akhirat

Mereka begitu cinta dunia hingga dunia menguasainya dan membuatnya lupa kepada akhirat dan mereka juga tidak tahu bahawa dunia itu jambatan menuju akhirat. Ini adalah kelompok orang yang celaka

3. Orang yang sibuk dengan keduanya sekaligus.

Mereka tidak ingin masuk pada kelompok pertama atau kedua, namun ingin mendapatkan sebahagian karakteristik kelompok pertama dan sebahagian kelompok kedua. Mereka ini adalah kelompok yang berada dalam situasi krisis.

Tentunya kita tidak ingin masuk ke dalam kelompok kedua dan ketiga, kerananya kita perlu mengetahui karakteristik kelompok pertama iaitu orang-orang yang berjaya.
Karakteristik dari kelompok pertama antara lain:

1. Sedih kerana akhirat
Sedih kerana akhirat membuatkan seseorang memiliki perasaan takut kepada Allah Ta’ala menghisab dirinya pada Hari Kiamat, lalu ia menghisab dirinya sebelum ia dihisab kelak di akhirat.

2. Selalu mengadakan Muhasabah (evaluasi diri)

Umar bin Khattab ra berkata “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab. Timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Dan, bersiap-siaplah menghadapi Hari Kiamat.”

3. Selalu beramal untuk akhirat
Amal soleh bukan hanya solat, puasa, membaca Al-qur’an dan dzikir, tapi amal soleh adalah apa saja yang dicintai Allah Ta’ala.

4. Tersentuh dan sensitif melihat pemandangan kematian
Seorang tabi’in Ibrahim An Nakhai berkata, “Jika kami datang ke rumah orang yang meninggal dunia atau mendengar ada orang yang meninggal dunia, hal itu membekas pada kami hingga berhari-hari, kerana kami tahu ada sesuatu (ajal) datang pada orang tersebut, lalu membawanya ke syurga atau neraka”

Itulah pengingat bagi kita semua, bahawa sesungguhnya kehidupan ini adalah jalan untuk kembali kepada Allah, sekolah yang laporannya nanti akan diserahkan di akhirat. Mari kita sama-sama mengevaluasi diri kita, selalu meluruskan niat kita hanya kepada Allah dan berdoa kepada-Nya memohon ketetapan iman di hati sampai pada hari penutup kita nanti.

“Yaa muqollibalquluub tsabbit qolbiy alaa diinika” Wahai Dzat yang membolak-balik hati, kukuhkan hatiku tetap berada di atas agamamu.

Saturday, May 15, 2010

Ramai tertanya2 kenapa tiada post baru dlm 2-3 minggu ni...
Kesibukan...
itulah yg aku alami dalam 2-3 minggu ini...
hinggakan blog aku ini sepi dari post baru...
assignment, report and futsal...
membusykan hidupku...
oops! futsal tu xdapat nak elak..


Nak kata masa tu singkat...
tak patut, sebab banyak juga masa aku bazirkan...
Hmmm, itulah manusia...
ouch, aku lah tu.

So, bercakap mengenai masa...
Konsep masa...
Apa tu?
Adakah sekadar sedar...
masa lampau, masa sekarang dan akan datang...
atau sekadar sedar masa itu berjalan...
atau sekadar merancang...
entahlah, tiada jawapan khusus utk soalan tu.

tapi, Nabi saw kan dah berpesan...

Hargai masa muda mu sebelum masa tuamu datang...
Di alam kubur pun kita akan ditanya...
Apa yg telah kita lakukan...
Masa muda kita...
Masa tua kita...
Masa lapang kita...
Bahkan tidak akan terlepas sesaat pun...
Semuanya akan disoal...

Mungkin sebab itu...
Islam menitik beratkan muhasabah...
Merenung kembali...
Menghitung diri...
Berapa banyak amal kita lakukan,
Berapa banyak keterlanjuran kita,
Berapa kali kita sia-siakan masa,

Masa itu kan nikmat,
Andai nikmat itu ditarik balik...
Andai itu terjadi...
selamat tinggal dunia...
Menyesalkah kita?



tulisan ini utk diri penulis sendiri...
sebab dh banyak kali terleka...
lalai dgn urusan dunia...
bangkitlah dari lamunan!!

Friday, May 14, 2010

Kenali Tuhan Kita : Mukhalafatuhulilhawadis


Mukhalafatuhulilhawadis ertinya Allah tidak sama dengan segala yang baharu
Tidak samanya dengan segala yang baharu itu bukan sahaja dari segi zatNya, bahkan dari segi sifat dan perbuatanNya.

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al Hadiid: 57)
Yang dimaksud dengan: Yang Awal ialah, yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, Yang Akhir ialah yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah, Yang Zhahir ialah, Yang nyata adanya karena banyak bukti- buktinya dan Yang Bathin ialah yang tak dapat digambarkan hikmat zat-Nya oleh akal.

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...