Cuti. hmm...byk program yg ak rncg. just terdayakah ak lakukan semuanya. hoho...jgn jd hangat2 tahi ayam sudah. cuti ni la ak nk meluaskan lag pmhaman ak mengenai islam. moga ditunjukan olehNya. n lagi satu ak xdpt update slalu blog ak coz umah xde intrnt n cc mmbazir plak rasenye. so cuti ni ak nk merasai kehidupan kg semula sepuas2 nye b4 jd student blk. hoho.. ntkan kisah2 ak bile ak start blaja blk. nt ak kongsi kan pengalaman ak semsa cuti summer break ni. hoho...
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan gambarkanlah akhirat itu di dalam hatimu, jadikanlah mati itu di hadapan matamu, janganlah kamu lupa kedudukanmu di sisi Allah. Jadikanlah diammu itu fikir, kata-katamu itu zikir, pandanganmu mengambil peringatan.” -Imam Syafie-
Sunday, November 29, 2009
Thursday, November 12, 2009
Soalan 6: Benarkah wanita lebih ramai masuk neraka? Kalau betul apa punca2 nye?
Hmm...soalan yg menarik. rase2 nye saya tahu mengapa saudari bertanyakan hal ini. mungkin terdengar hadith kan. Dulu saya pun paham mcm tu jugak but dr seorg ustaz, sy dh phm dh makna sebenar hadith tu. Hadith tu menyebut wanita plg bnyk masuk neraka berbanding lelaki. yup..memang benar but bukan bermakna jd wanita ni susah. byk perkara yg boleh membawa wanita ke neraka. tp disebabkan bilangan wanita ramai berbanding lelaki. akhir zaman nanti nisbah wanita kpd lelaki je disebut sbnyk 1 lelaki : 50 wanita. sebab tu la ramai wanita dalam neraka coz bilangan wanita jika dihimpunkan dr zaman Adam hingga tiupan sangkakala lebih ramai dr lelaki. so, sebab nak masuk neraka sama berat je dgn kaum lelaki xde yg special. maksud saye..tinggalkan solat (cth), dan dosa2 lain. tp ade gak yg special utk wanita je yakni suami. hoho.. isteri kena taat suami. n ni juga slh satu sebab kenapa wanita mudah masuk syurga.
p/s: so, soalan ni sy rase xperlu la nk bg dalil or hadith coz sekadar salah faham je. dulu sy pun tertanya2 gak di mana keadilan Allah s.w.t. tp disebabkan kejahilan sy je. tu yg xnmpk keadilan Allah s.w.t. haha...tanpa ilmu manusia ni mudah menyalahtafsirkan satu kebenaran. Alhamdulillah..skrg bnyk yg sy dh phm. skrg sy takut plak kalau2 sy salah sangka dgn tuhan lg. ade org dpt dugaan kecil je dh salah sangka dgn tuhan. mintak2 la kite xtermasuk dlm golongan tu. moga2 Allah buka hati kita utk melihat kebenaran yg biasa nye manusia ni xnampak. insya'allah..
Wednesday, November 11, 2009
Kembali
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Kisah Sahabat 3: Iman dan Islam
Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali): "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau bergembira, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiamana keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".
Imam al-Ghazali pula berkata, "Jangan terpesona, terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran, karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan. Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan, lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat
terakhir hayatnya".
Nampaknye hari ni, byk yg akan ak post. hehe...ingat nk kuar but sakit kepala plak. rase mcm nk demam je. maybe..kene ujan kot lpas exam chem ari tu. hmmm..post kali ni ak nk ceritakan mengenai kisah seorg wali Allah yg memg terkenal. rasenye kalian lebih mengeatahui drpd ak. wali Allah tersebut adalah Rabi'atul Adawiyah. Kenal kan?
Rabiatul Adawiyah, seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada
Allah sepanjang hayatnya. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini.
Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati
Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Pada zaman di mana kejahilan menyelebungi masyarakat
arab kebanyakan sekolah agama ditutup, ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru
agama (pd asalnya) tapi terpaksa menjadi pendayung
sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya, dia akan mendendangkan lagu
yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping
ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia, dia menggantikan
tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu.
Mendengarkan suaranya yang merdu itu, seorang lelaki membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk
raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya, beliau insaf dengan segala
perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru
agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang
arak. Beliau sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Beliau juga diseksa
oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh
melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja
tidak senang melihat beliau sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut
menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun tidak
diberi makan beliau tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah.
Dipendekkan cerita, Rabi'atul Adawiyah dilepaskan setelah tempoh berkhidmat dgn raja tamat. Beliau berterima kasih
kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi
peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang
ke kampungnya, rumah telah roboh. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.
Pada
suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin
pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak
menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah.
Lalu dia merasa kecewa. Diceritakan ketika si pencuri mahu meninggalkan rumah, Rabiatul mengatakan
pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan
bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu
bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia
tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Dengan kuasa Allah, pada waktu itu, Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta
yang banyak sbg balasan berkhidmat utknya. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin
menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta
harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi
berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana
mendapat harta.
Suatu kisah yg ak kagumi, diceritakan satu hari beliau didatangi beberapa org lelaki. Lelaki2 itu mahu berhujah dgn Rabia'tul Adawiyah. Salah seorg dr mereka berkata bahawa darjat kaum lelaki itu lebih mulia dari wanita kerana semua nabi dan rasul dijadikan drpd kaum lelaki. Bangsawan2 juga drpd kaum lelaki (pd masa itu). Adilkah tuhanmu? Jawab Rabi'atul Adawiyah senang sahaja, jika begitu kaum lelaki jugalah paling hina kerana berasa bangga dgn kejayaan org lain dan Qarun, Namrud itu juga adalah lelaki. Maka, kalah lah kumpulan lelaki itu.
Rabi'atul
Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal
dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana
beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Berdasarkan kisah2 beliaulah, ak lebih
mempercayai bahawa pertolongan Allah utk hamba2 yg taat dan bersyukur sgt besar
sehinggakan mereka yg menerimanya begitu rendah diri dan lebih taat kpdNya.
Marilah kite tingkatkan kesyukuran kerana kita terpilih utk menerima nikmat
Islam dan Iman. Sedarlah bukan semua makhluk mendapat peluang seperti kita. Kita
amat amat BERTUAH!! peiharalah ia kerana bila2 masa ia boleh ditarik atas sebab kufur nikmat. nauzubillah..
Soalan 5: Ape hukumnya menyapu muka selepas memberi salam ketika solat, adakah ianya suatu sunnah? Adakah wajib menjawab salam org yg memberi salam selesai solat (rukun solat)?
Kali ni, saya gabungkan 2 soalan yg hampir sama (dari pengaju berbeza) bg memudahkan saya. Harap maklum... Bagi soalan yg pertama, ada beberapa hadith yg berkaitan dgnnya:
Dari Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku dari kedukaan dan kesedihan. (HR al-Thabrani)
Dari Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku dari kedukaan dan kesedihan. (HR al-Thabrani)
Namun ada yg mengatakan hadith ini merupakan hadith dhaif...
Dari
Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya baginda
menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian melalukannya atas
mukanya sampai ke janggutnya. (HR Abu Nu'im)
Namun, ada yg mengatakan hadith ini merupakan hadith maudhu'...
So, jika benar dakwaan itu, maka, kedua2 hadith ini tidak boleh diamalkan.
Petikan
daripada
kitab Mustika Hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Jilid
ke-2, terbitan JAKIM, edisi Jawi mukasurat 187-188 , manakala edisi
Rumi
mukasurat 185 – 186.
.….. perkara pertama yang disunatkan melakukan sesudah memberi salam ialah menyapu kepala dengan tangan kanan sambil membaca:
اللهم اذهب عني الهم والحزن بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku, kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.” (HR Tabarani)
.….. perkara pertama yang disunatkan melakukan sesudah memberi salam ialah menyapu kepala dengan tangan kanan sambil membaca:
اللهم اذهب عني الهم والحزن بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku, kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.” (HR Tabarani)
Menurut
hadith riwayat ibn al-Sunni dari Anas radiyallahu ‘anhu lafaz doa itu seperti
berikut:
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
Maksudnya: “Aku naik saksi (menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa
sesungguhnya tiada Tihan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Ya Tuhanku, hapuslah daripadaku,
kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.”
Menurut
hadith yang pertama (riwayat Tabarani), Baginda, “Menyapu kepalanya” dengan
tangan kananya sambil membaca doa yang pertama itu. Menurut hadith yang kedua
(riwayat Ibn Sunni), baginda “Menyapu dahinya” dengan tangan kanannya sambil
membaca doa yang kedua. Kita boleh memilih salah satunya, iaitu: “Menyapu kepala” sambil membaca doa
yang pertama, atau “Menyapu dahi” sambil membaca doa kedua, kerana kedua-dua
cara itu pernah dilakukan oleh Baginda.
Selain itu,
sepertimana yang tersebut pula dalam kitab Bughayatul Murtasyidin fi talkhishi
fatawa ba’dil aimmati minal ulama’il muta’akhirrin, himpunan Sayyid Abdurrahman
bin Muhammad bin Hussin bin Umar al Masyhur Ba’alawi, Mufti Hadralmaut [hal:49]
sebagai berikut:
“Telah diriwayatkan oleh Ibnu Munshur, bahawasanya Nabi saw adalah beliau apabila telah selesai solatnya, menyapulah ia akan dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian dilalukannya diatas wajahnya, sehingga menyampaikannya atas janggutnya, seraya diucapkannya :
بسم الله الذي لا إله إلا هوعالم الغيب والشهادةالرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن والغم . اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت اعوذبك من شرما افترفت واعوذبك من جهد بلاء الدنيا وعذاب الاخرة
Dan diriwayatkan dalam kitab Ibn Sunni, dari Anas radiyallahu ’anhu katanya: Apabila Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah selesai daripada solatnya, ia sapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian ia membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
“Telah diriwayatkan oleh Ibnu Munshur, bahawasanya Nabi saw adalah beliau apabila telah selesai solatnya, menyapulah ia akan dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian dilalukannya diatas wajahnya, sehingga menyampaikannya atas janggutnya, seraya diucapkannya :
بسم الله الذي لا إله إلا هوعالم الغيب والشهادةالرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن والغم . اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت اعوذبك من شرما افترفت واعوذبك من جهد بلاء الدنيا وعذاب الاخرة
Dan diriwayatkan dalam kitab Ibn Sunni, dari Anas radiyallahu ’anhu katanya: Apabila Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah selesai daripada solatnya, ia sapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian ia membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
Maka,
berdasarkan pengetahuan saya, ia merupakan sunnah. Namun, pastikan anda
tidak terikut2 dgn org lain. Nasihat saya, beramallah dgn ilmu yg ada
dan lebih elok kite menekankan kesempurnaan rukun solat kite berbanding
hal ini. Memandangkan belum tentu bacaan2 dalam solat kite sudah 100%
perfect.
Hmmm...soalan
kedua pula, apa yg saya tahu, memang benar wajib bg kite menjawab salam
namun ianya jatuh wajib jika salam itu khas ditujukan kpd kite sama ada
secara org perseorangan atau berkumpulan. Berbalik kpd soalan kedua,
memberi salam (rukun solat) itu jika xsilap saya ia ditujukan kpd
penjaga kite yakni malaikat yg mencatit dosa pahala (atid dan rakib).
So, hukumnya tidak wajib.
p/s:
saya baru perasan yg doa di ats terbalik. maybe disebabkan sy 'copy
paste' semasa sy menaip. so, minta maaf. harap maklum... thanks 4 da
questions. aneway dulu sy pun tertanya2 gak psl menyapu muka tu.
Monday, November 9, 2009
Perihal Hati
Hati merupakan tempat permulaan setiap perkara
yang kite lakukan. Tak kire la ape2 perkare sekalipun. Perbuatan itu mesti
dimulakan dgn niat. Tanpa niat kite tak akan dapat melakukan sesuatu. Sebab
itulah kalau dalam Islam setiap rukun ibadat yang ada mesti didahulukan dengan
niat. Begitulah jugak dalam menjalani kehidupan seharian manusia, niatlah yg
menentukan setiap kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupan...dari mana
datangnya niat tue? Mestilah hati kan..
Oleh yg demikian, kesucian hati perlulah dijaga utk berjaya dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat. Suci hati...insya'allah, berjayalah kite dalam melayari bahtera kehidupan ini dan begitu juga ketika kembali ke sisiNya. Jika kotor hati...nauzubillah, semoga kalian yg singgah di blog yg tidak seberapa ini dijauhkan dari penyakit hati yg kotor. Semoga kite memperoleh kejayaan dalam setiap bidang yg kite ceburi kerana Islam memerlukan cendiakawan, mujahidin dan muslimah2 yg unggul dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Bawalah kesucian Islam ke mana anda pergi dan perlihatkanlah ia. Sesungguhnya ia juga salah satu dakwah.
Oleh yg demikian, kesucian hati perlulah dijaga utk berjaya dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat. Suci hati...insya'allah, berjayalah kite dalam melayari bahtera kehidupan ini dan begitu juga ketika kembali ke sisiNya. Jika kotor hati...nauzubillah, semoga kalian yg singgah di blog yg tidak seberapa ini dijauhkan dari penyakit hati yg kotor. Semoga kite memperoleh kejayaan dalam setiap bidang yg kite ceburi kerana Islam memerlukan cendiakawan, mujahidin dan muslimah2 yg unggul dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Bawalah kesucian Islam ke mana anda pergi dan perlihatkanlah ia. Sesungguhnya ia juga salah satu dakwah.
Berbalik kpd perihal hati. Pesan Nabi Muhammad
s.a.w. kepada kite, "Ketahuilah dlm stiap tubuh (jasad) terdapat seketul
daging, jika elok daging itu, maka eloklah keseluruhan tubuhnya dan jika rosak
daging itu maka rosaklah keseluruhan tubuhnya, maka ketahuilah bahawa itu
adalah hati". Kadang2 kite terlepas pandang...hati juga boleh sakit,
walaupun zahirnya sihat. Hati juga boleh mati walaupun pada zahirnya masih
berfungsi.
Allah berfirman, "Dan apakah org yg sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yg terang, yang dgn cahaya itu dia dapat berjalan di tengah2 masyarakat manusia, serupa dgn org yg berada dlm gelap gelita yg sekali2 tidak dpt keluar daripadanya". (Al-An'am:122)
Allah berfirman, "Dan apakah org yg sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yg terang, yang dgn cahaya itu dia dapat berjalan di tengah2 masyarakat manusia, serupa dgn org yg berada dlm gelap gelita yg sekali2 tidak dpt keluar daripadanya". (Al-An'am:122)
Maksud ayat di atas, manusia itu mati kerana kekufuran.
Lalu Allah hidupkan kembali hatinya dgn keimanan. Hati yg sehat dan hidup, pada
batinnya adalah apabila didatangi kebatilan dan hal2 yg buruk, hati itu dapat
menghindarinya. Namun, jika hati itu telah mati/sakit, ia tidak dapat
membezakan antara yg batil dan yg hak...nauzubillah...
Memang umum kite megetahui bahawa hati manusia itu berubah2 umpama lalang ditiup angin (cecece...berfalsafah plak), namun, sebagai umat Islam kite digalakkan utk memohon kpd Allah agar kite sentiasa diberi keteguhan hati dan iman dgn melazimi membaca doa...antaranya,
Memang umum kite megetahui bahawa hati manusia itu berubah2 umpama lalang ditiup angin (cecece...berfalsafah plak), namun, sebagai umat Islam kite digalakkan utk memohon kpd Allah agar kite sentiasa diberi keteguhan hati dan iman dgn melazimi membaca doa...antaranya,
"Wahai Tuhan yg sentiasa membalik2kan hati, tetapkanlah hati ku atas
agamaMu dan ketaatanMu"
(Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Quluubana 'ala Deenika Wa' 'ala Thoo 'atik)
lebih baik lihat arabic nyer version, lg
betul sebutannya...
Semoga Allah menyingkap hijab di hati kita, sehingga nyatalah Allah dihati
kita dan kita menemukan Allah dalam setiap apapun yg terjadi...insya'allah...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Islam
ada cara untuk mengubati hati seperti apa yang pernah dikatakan oleh Imam
Al-Ghazali iaitu:
- Apabila bersua dengan KANAK-KANAK,
anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai
dosa berbanding diri kita.
- Apabila bersua dengan ORANG
TUA, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama
beribadah kepada Allah.
- Apabila bersua dengan ORANG
ALIM, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana mempunyai
banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
- Apabila bersua dengan ORANG
JAHIL, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia
melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita melakukan dosa
tetapi mempunyai ilmu.
- Apabila bersua dengan ORANG
KAFIR, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf
dan memeluk agama Islam. Maka semua dosa yang telah dilakukan sebelum
beragama Islam akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Sedangkan kita yang telah
Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa.
Sememangnya
riya' dan takbur itu adalah perasaan yang buruk. Ingatlah bahawa ikhlas
merupakan syarat utama supaya amalan diterima oleh Allah.
p/s:
hoho..sebenarnya tuan blog ni tengah hepy bcoz br abes exam. yeah..cuti!! tu yg
cerita pasal hati tu. Jangan jeles (kpd sesiapa yg blum abes exam). Saya doakan
yg TERBAIK utk kalian..gud luck!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hak Sesama Muslim
Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...
-
Ayam...bermacam ayam. Ada ayam hutan, ayam kampung, ayam daging, ayam goreng. Oooppss, lupe lirik ar. Jangan marah ar. R amai daripada kita ...
-
Hadith Akhir Zaman Daripada Anas r.a. berkata: “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadith yang tidak ada orang lain yang akan mencerit...