Beruntungkah kita dilahirkan dlm zaman dimana digelar umat akhir zaman. Di mana maksiat berleluasa...yg lemah ditindas...yg kaya semakin kaya...yg miskin semakin miskin. Di mana kesalahan menjadi satu kebenaran...kebenaran menjadi satu kejanggalan. Beruntungkah kita? Kali ini ak tergerak utk menceritakan satu perbualan antara nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat2 baginda.
Nabi berkata "Wahai Abu Bakar, ak rindu hendak bertemu dgn saudara2 ku"
"Wahai rasulullah, bukankah kami ini teman2 mu?" jawab Saidinia Abu Bakar.
"Bukan" jawab Nabi.
"Kamu adalah sahabat2ku" lalu baginda menerangkan, "Ikhwan adalah saudara2ku. Mereka belum pernah melihat ku, tp mereka beriman dgnku sbg rasulullah dan mereka mencintaiku lebih dr keluarga mereka sndiri."
Bertambah hairan sahabat menyebabkan timbul pertanyaan "Bukankah kami ini ikhwan mu, wahai rasulullah?"
"Kamu adalah sahabat2 ku" jawab nabi sekali lg.
Lalu, baginda menjelaskan lg, "Ikhwan adalah mereka yg lahir sesudah wafatnya ak. Mereka beriman dgn Allah dan Rasul2nya walaupun mereka tidak pernah ketemu. Mereka membaca Quran dan hadith dan mengamalkannya kerana cinta mereka kpd Allah dan ak sbg nabi penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat2 ku yg berjuang mengakkan Islam."
Nabi juga pernah bersabda "Makhluk yg paling ajaib imannya adalah mereka yg hidup sesudahku. Mereka membaca Quran dan beriman dgn isinya."
Nabi juga pernah bersabda "" Berbahagialah org2 yg dapat berjumpa dan beriman dgnkku. Dan berbahagialah tujuh kali org2 yg beriman dgnku tp tidak pernah berjumpa dgnku."
Tanpa kita sedari, kitalah umat yg paling beruntung. Cuma keberuntungan itu tidak akan kita kecapi jika kita lalai dan leka dgn nikmat dunia. Di sini, ingin ak tegaskan bahawa keyakinan merupakan perkara terpenting dlm satu kepercayaan. Bukanlah fikiran rasional...kerana pada waktu skrg, ak dapati ramai org lbih menggunakan logik utk menerima sesuatu kebenaran. Hmmm...tidak salah tetapi jika perkara tersebut dtg dr Quran dan Nabi sudah tentu kebenarannya terbukti. Tidak perlu bukti atau kajian2 saintifik utk membenarkannya. Namun, semua ini hanyalah sbg penambah kpd keyakinan kita. Semoga keimanan kita tidak goyah. keran dugaan dajjal sgt sukar ditepis tanpa iman yg cukup kuat. Sampai ade yg mengatakan baragsiapa dilahirkan pada zaman dajjal berkuasa, dan berjumpa denga dajjal maka akan terpedayalah org itu dgn tipu daya dajjal. Nauzubillah...semoga kita dijauhkan..
Lakukanlah kebaikan walaupun semua org disekelilingmu membencinya.
Tinggalkanlah kemungkaran walaupun org disekelilingmu melakukannya. Kerana belum tentu hari esok ada bg kita utk kita bertaubat.