Tuesday, August 2, 2011

Setinta Harapan

Hari berganti hari. Waktu berlalu terasa singkat. Akhirnya Ramadhan yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Ramadhan memasuki hari ketiganya. 

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi seribu satu hikmah kepada kita. Semoga beroleh rahmatNya, dapat kita mengharungi Ramadhan kali ini hingga ke akhirnya. 

Manfaatkanlah setiap saat di bulan ini agar dapat kita memperbaiki diri kita dari segala aspek. Baik dari segi kesihatan mahupun dari segi ibadah kita.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang bulan ini. Setelah sekian lama ruangan ini sunyi, akhirnya dapat saya menulis kembali. SALAM RAMADHAN dari saya. 


2 comments:

  1. Salam Ramadhan. walau di mana jua anda berada :)

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan juga. Semoga segala amalan kita pada bulan ini diterimanya. n hopefully dapat ketemu malam lailatu qadar.

    ReplyDelete

Syeikh Muhammad al-Ghazali

"Seandainya kamu beribadat pada malam Lailatulqadar di hadapan Kaabah tapi kamu tak pernah mengenang nasib umat dan memperjuangkannya, maka doa dan ibadat itu tidak ada nilaian di hadapan Allah (petikan dalam buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Oleh Mohd Rumaizuddin)"

Umar Abdul Aziz

"Andai kamu mampu, jadilah seorang ilmuwan. Jika tidak mampu, maka jadilah seorang murid. Jika tidak mampu, jadilah orang yang mencintai ilmu. Jika tidak mampu juga, maka janganlah kamu membenci orang yang berilmu."

Pemimpin

Pemimpin yang adil umpama pengembala yang mengasihi haiwannya. Pengembala itu membawa binatang gembalaannya ke padang rumput luas dan subur. Dia menjaga binatang gembalaannya agar tidak diterkam binatang buas. Dia selalu mengawasinya agar tidak kelaparan atau kehausan. Tidak mengharap berjumpa dengan harta 'Ahmad al-Bab'. Fikir-fikirkanlah! Hari ini kita mungkin bergelar pengikut. Esok lusa mungkin kita pula bergelar pemimpin.

Iktibar Palestin

Anak Palestin gugur syahid...
Anak Melayu gugur janin...
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga...
Anak Melayu hilang 'mahkota' sebelum berkeluarga...
Anak Palestin maut di tembak zionis...
Anak Melayu maut atas jalanraya dek rempit...
Anak Palestin menangis pertahan agama, harta, keluarga, tempat tinggal...
Anak Melayu menangis pertahan teman lelaki/wanita dirampas orang lain...