Sunday, May 1, 2011

Orang Bertaqwa...


Orang bertaqwa itu dalam keadaan hati mereka rindu dan takut kepada Allah, mereka bertaburan di tengah-tengah manusia di seluruh dunia untuk mengubah dunia dari jahiliah kepada Islam. Dari undang-undang taghut kepada kalimah Allah. Dari kekotoran najis dosa kepada kemurnian hati yang bertaqwa. Dari peperangan dan kezaliman kepada keamanan, keadilan dan kemakmuran supaya manusia semua mahu sujud kepada Allah, Tuhan yang menciptakannya dan yang akan mematikannya.

Orang bertaqwa itu pada waktu malam yang sunyi sepi, mereka menyembah, memuja dan memuji ALLAH. Mereka mengadu, merintih dan meminta ampun dari ALLAH. Mereka memohon petunjuk, pimpinan dan bantuan ALLAH. Pada siangnya pula mereka berbakti kepada sesama manusia dan berbuat sebanyak-banyak kebajikan dan amalan taqwa.

Orang bertaqwa itu, hiburannya adalah iman, ibadah, zikrullah atau apa sahaja pekerjaan yang akan membawa kepada keredhaan dan kasih sayang ALLAH. Hatinya tenang dan tenteram. Jiwanya sentiasa hidup dan segar. Zikrullah itu luas pengertiannya. Ia bukan setakat menyebut puji-pujian, istighfar, selawat, takbir, tasbih dan tahmid di lidah. Zikrullah adalah kerja-kerja hati iaitu mengenal ALLAH dengan hati, rasa bertuhan, rasa cinta dan takut ALLAH, rasa kehambaan yang mendalam, rintihan dan munajat, syukur, sabar, redha dan sebagainya.

Orang bertaqwa itu, jiwanya hidup. Dia terlalu sensitif dengan Tuhan. Takut melakukan dosa, malah sentiasa merasakan dia berdosa. Dia merasakan bahawa dirinyalah yang paling jahat, berdosa, hina, tidak berguna, rasa serba-serbi dhaif, lemah, lalai dan leka di sisi Allah. Justeru itu, dia tidak putus-putus meminta ampun dan bertaubat dengan Tuhan.

Orang bertaqwa itu, kalau dia pemimpin dan berkuasa, dia tidak rasa bahawa kuasa itu adalah kekuasaan dirinya tetapi kekuasaan ALLAH. Orang bertaqwa, semakin tinggi taqwanya, semakin dia rasa berdosa. Walaupun dia kaya, dia merasa tidak punya apa-apa. Orang bertaqwa merasakan dirinya hamba walaupun dia berpangkat besar. Kalau dia dihina, dia mudah menerimanya kerana hakikatnya dia memang hina. Yang mulia itu ALLAH.

Orang bertaqwa, walau bagaimana pun hebatnya, dia tenggelam dalam kehebatan ALLAH. Dialah orang yang paling bebas kerana dia paling kuat terikat dengan Allah. Orang bertaqwa tidak takut dengan makhluk bahkan makhluk takut kepadanya.

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...