Saturday, July 31, 2010

Khusyu'

Bagaimana solat yang khusyu’ mendatangkan kejayaan?

Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah apa itu khusyu’. Beberapa pandangan ulama’ muktabar telah memberikan ulasan mereka tersendiri berkaitan dengan khusyu’ ini. Antara yang biasa kita dengar ialah serendah-rendah khusyuk ialah kita mengetahui apa yang sedang kita baca dan mengetahui berapa rakaat dia sedang solat.

Khusyu’ yang lebih mudah dimengertikan ialah kita mestilah menjaga segala perkara yang membatalkan solat, menyempurnakan solat dengan sebaiknya dan hati mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap solat itu sendiri.

Apabila kita menjaga solat dengan baik termasuk khusyu’, maka natijahnya terkesan dalam kehidupan kita seharian. Di masa solat kita telah melatih diri kita untuk mengingati Allah SWT. Kita akan melaksanakan kewajipan dalam solat dan meninggalkan segala yang membatalkan solat.

Khusyu’ dalam solat pastinya akan membawa khusyu’ dalam kehidupan seharian. Allah SWT bukanlah Maha Melihat ketika kita berada dalam solat sahaja, bahkan Allah Maha Melihat tidak terbatas dengan waktu dan tempat.

Orang mu’min yang benar-benar beriman, maka mereka tidak akan melakukan maksiat kepada Allah SWT di masa bensendirian ataupun di dalam masyarakat. Kerana mereka khusyu’ dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah SWT sebagaimana dalam solat.

Inilah yang kita boleh sebut sebagai kejayaan. Sebenar-benar kejayaan ialah apabila kita metaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Jika tersilap langkah, maka sewajibnya kita terus bertaubat kepada Allah SWT.

Di sebalik perintah Allah SWT dan laranganNya sudah tentu terkandung hikmah yang tidak mampu kita capai dengan aqal fikiran kita semata-mata. Allah SWT yang menjadikan kita, Allah SWT yang Maha Tahu tentang makhlukNya. Sesiapa yang tidak melaksanakan segala perintahnya dan membuat laranganNya maka pincanglah kehidupan, rosaklah perjalanan dan hinalah pengakhirannya.

No comments:

Post a Comment

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...