Saturday, January 9, 2010

Tentang Kita

Saat demi saat berlalu, setitis demi setitis darah saudara kita yang berada di Palestin, Iraq, dan Afghanistan ditumpahkan. Segolongan besar tidak sedar akan hal ini, dan apa kurangnya bagi yang sedar, hanya mampu menangis dan berdoa untuk mereka. Kita tidak mampu bangkit mengangkat pedang menentang golongan kafir sepertimana Mus’ab bin Umair melindungi panji Islam. Kita lalai dengan zon selesa yang diberikan dan tidak sedar bahawa zon selesa boleh bertukar menjadi zon ‘merah’ secara tiba-tiba.

Perang saraf yang dirancang berjalan dengan lancar sehingga mereka mampu menyebabkan kita mengubah huruf alif ‘ا’ kepada huruf ‘A’ dan penindasan terhadap orang islam dikatakan perkara rutin. Mata ini hanya mampu melihat anak-anak kita disepak-sepak, gadis-gadis kita diratah-ratah dan pemuda-pemuda kita di’anjing-anjing’kan oleh golongan yang dahulunya pernah menuntut ilmu dari kita, menjadikan kita sebagai ikutan dan contoh pada zaman Abbasiyah. Saksikanlah! Bagaimana keadaan kita pada zaman ini! Sungguh! Apabila dikatakan perkataan Islam pada mereka, ‘Cis! Ajaran pengganas!’

Persoalannya, bukan “Mengapa terjadinya perkara ini?”, tetapi “Bagaimana terjadinya perkara ini?”.

Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya umat akhir zaman umpama buih-buih di lautan, banyak, tetapi hancur apabila dihempas ombak.”
Rentetan kewafatan Nabi Muhammad, bermulalah era umat akhir zaman. Islam berkembang pesat melalui pentadbiran berlandaskan syariah oleh Khulafa Ar-Rasyidin hingga ke Empayar Turki Uthmaniah. Langit tidak selalu cerah, pembai’ahan Kamal Attartuk iaitu seorang sekularisme, membezakan antara dunia dan akhirat, sebagai pemimpin Turki, menamatkan kegemilangan umat Islam dengan pemansuhan sistem khalifah, pengubahan bahasa Arab dan pengharaman pemakaian hijab. Maka, bermulalah era penderitaan umat islam.

Tetapi, tidak lama selepas itu, cahayaNya tidak pernah padam, datangnya dari Mesir, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul-Muslimin, menyimpulkan kembali hati-hati yang sudah terlerai. Perjuangan beliau terhenti setelah beliau dibunuh oleh askar Raja Farouk. Beliau menggariskan 7 faktor-faktor kejatuhan umat Islam, antaranya, percakaran politik, semangat assabiah, perebutan kuasa, perselisihan soal agama, bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama dikalangan pemerintah. Hati insan yang dahulunya menyintai Maha Pengasih melebihi kekasih sudah berubah. Arak, perempuan dan judi mula digilai. Mengapa?
Kerana Al-Quran bukan lagi perlembagaan hidup kita! Nilailah diri kita sendiri, di manakah letaknya kita? ‘Assignment’, ‘chatting’, ‘couple’ dan sebagainya menyebabkan kita lupa pada Sang Pemberi, kita lupa apa tujuan kita hidup, kita lupa bahawa semua ini adalah pinjaman sementara.

Dulunya, dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, kita dihormati, disegani dan ditakuti, sehinggakan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abu Talib, apabila berlakunya konflik dengan Muawiyyah dan ketika itu tentera Kristian cuba mengambil kesempatan, Muawiyyah mengutuskan surat kepada Maharaja Kristian tersebut; “Jangan kau tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, nescaya kau akan lihat orang yang menghukummu itu adalah Muawiyyah.” Akhirnya, tentera Kristian berundur kerana ketakutan. Nah! Kafir yang berundur kerana ketakutan inilah yang sudah memijak-mijak kita sekarang.

Mungkin atas kenikmatan, kesenangan yang kita miliki ini, mungkin menjadi hijab bagi kita untuk merasakan bahaya yang sebenar disebaliknya. Apakah kita masih ingin duduk, meminum kopi, dan bergoyang kaki sambil bergelak ketawa. ‘Enjoy when you are still young, Nevermind!’

Adakah mustahil bagi kita untuk menegakkan kembali syiar Islam di dunia ini? Ini semua bukan ditentukan oleh kita sebaliknya Allah S.W.T. Bukankah ini satu kewajipan bagi kita? Dirikanlah khemahmu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung didalam khemah itu.”

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

5 comments:

  1. ak setuju dgn ap y bani ckp.kdg meratapinya xcukup menentukan betapa kesalnye terhdp akhlak umat islam sekarang.kita perlu kembali kpd tarbiyah.mcm nabi kita wat dlu mse zman d mekah.sbb itulah kita skrg.sme spt zaman jahiliyah.malah lbh dahsyat.dakwah itu pntg.tp,ak sndri mmg trse begitu sukar nk dakwah.kekuatan blum cukup agaknya.he.namun ak cukup ske menyokong bnda baek nie.walau dlm ati...andai ak ketemukn jdoh pn,bior la Allah kasi pejuang agama die.ak gmbira menjd tulang belakang org spt ini.hehe.

    ReplyDelete
  2. bani,ak ad pengalaman menarik nk kongsi.ak nie ant kwn2 jnis y byk ckp la.peramah kata org.he.umah ak dgn tmpt blaja ak skrg agk jauh.bas express la pengangkutn popular ak nk blik kg.suatu hari, dlm bas ak smpt berborak dgn sorg laki nie.kira adik la.sbb muda dr ak.mndgr cite y kuar dr mulut dier membuatkn bulu roma ak mengeramang skali-skala.nk tau knape?sbb cite die berkisar hidupnye d ibu kota sbg pelajar.bgaimana rkan2 nye y rmai bergelar gay @ lesbian.rkn satu coz termsuk la housamate sndri.dia jgk slalu berkunjung ke klab mlm.sosial hdupnye.kdg2 hati ak smpati utk die.biarpn die berkata xkn mnjd gay spt rkn2 baeknye,namun ak bmbg andai satu hari die trpengaruh.d sni,ak nmpak btapa dahsyatnye bumi msia y kita cintai.maksiat begitu truk skali..smga Allah bg hidayah utk die.itu saja ak mampu lakukn.doa....

    ReplyDelete
  3. yup..itulah dunia remaja skrg. jgn terkejut. dulu mase ak dpt tau pun ak terkejut gak. tp alhamdulillah..terbukak minda ak betapa ptgnye usaha dakwah ni. ade yg lg teruk. cth, surau dijadikan tmpt bermadu kasih. ak sendiri pernah jumpe. dakwah ade 3 bentuk, dgn tangan(kuasa), dgn kata2(ucapan), dgn hati. lakukanlah yg mana terdaya. bukankah Allah sentiasa mmbantu hambanya yg membantu menegakkan agamaNya di muka bumi ini. Pertolongan Allah tidak dapat kita bayangkan dan tidak terduga oleh kita. Selangkah kite dekat padaNya, 10 langkah die berada di sisi kite. Subhanallah..

    ReplyDelete
  4. hati itu sentiasa berbolak-balik.....

    ReplyDelete
  5. yup...hati memang berbolak balik, nak jaga hati kena jaga mata. Dan aku rasa pada zaman ni bagi aku mata pun dah susah nak jaga. Inikan hati.. moga kita ditetapkan hati di saat hati-hati manusia berbolak balik. Aminn...

    ReplyDelete

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...