Wednesday, December 16, 2009

20 Tahun Yang Sia-sia. Ye ke?



 
Hidup di dunia ini memang sekejap sahaja..Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun bersilih tahun. Ramai manusia yang bergembira apabila tibanya hari lahir mereka. Meraikan dengan penuh kemeriahan, tapi mereka lupa usia mereka semakin hari semakin suntuk untuk menemui Allah s.w.t.  20 tahun yang diisi dengan sia-sia, dengan dosa dan maksiat. Ibadah wajib dilakukan dgn tidak bersungguh. malah ada yg tertinggal. nauzubillah.. Islah yang dilakukan untuk diri hanyalah teramat sedikit. Dakwah yang dilakukan hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. malah, di buat tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w. Waktu dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah.


“ Mati itu pasti, sejauh manapun kamu lari, ia tetap akan dapat mengejar kamu…”

“ Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. ”

Namun yang hidup itu harus berbakti
 
Menilai kembali 20 tahun aku hidup di dunia, tiada apa jasa untuk Islam yang besar. Sultan Muhammad Al-Fateh ketika umurnya 20 tahun sudah berjaya menakluk Constantinople bersama para angkatan tenteranya. Empayar Rom Timur yang ampuh itu berjaya ditembusi berbekalkan iman kepada Allah yang amiq dan strategi yang tersusun. Semua itu tidak akan terhasil tanpa bantuan Allah s.w.t. Dalam usia semuda itu beliau sudah mencipta sejarah yang menggegarkan dunia hingga sampai sekarang ia dikenang.

Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Okhtar, seorang pemikir dan penulis yang terkenal dengan penentangannya terhadap teori evolusi ciptaan Charles Darwin, mula membuat kajian dan menyebarkan pemikiran bermula semenjak beliau memasuki Universiti Mimar Sinan lagi. Atau dalam kata lain sekitar umurnya 20-an. Hasil pemikiran dan keyakinan bahawa Allahlah yang berkuasa atas segala sesuatu dan Allahlah yang menciptakan, beliau berjaya mempengaruhi ramai anak muda ketika itu. Walaupun pelbagai dugaan dan halangan terpaksa diterima contohnya tentangan dari gerakan Freemason yang merasakan kegiatan mereka selama ini diancam dengan pembongkaran kegiatan mereka, beliau tetap tekad dan meneruskan misi menyebarkan Islam melalui penulisan, perdebatan saintifik dan pelabagai cara lagi. Akhirnya beliau berjaya menubuhkan Science Research Foundation untuk meneruskan kajian mengenai sains dan Islam.

Dan hasilnya, hari ini ramai saintis bukan Islam yang menentang teori evolusi… Hebat. Itulah wajah-wajah mereka yang telah berjaya mencipta kejayaan untuk Islam pada usia yang muda. Sesungguhnya kemuliaan seseorang itu terletak hanya pada Allah, seperti mana firman Allah dalam surah Al-Munafiqun:8;

“ Dan kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang beriman.”

Bagi yang masih muda, teruskan berusaha dengan sehabis mungkin kerana inilah matlamat hidup kita. Sama-sama kita mengislah diri dan berusaha kea rah yang lebih baik.

So, cuti yg ada ni gunakanlah sebaik mungkin. Manfaatkan sebaik mungkin. Kerja sambilan, keje jugak. Islam jgn dilupakan. hehe...peringatan utk diri sendiri dan pembaca yg dikasihi sekalian.

Wassalam..







Forward 2: Asma' Binti Abu Bakar As Siddiq; Dzatun Nithaqain

Kali ini ak ingin berkongsi sebuah kisah berkenaan seorg wanita, yg mungkin kita lupa akan sumbangan nye dalam perjuangan menegakkan Islam suatu ketika dahulu. Wahai wanita2 di luar sana ambillah iktibar dari kisah ini. Bagi lelaki2 di luar sana pula, didiklah keluargamu terutama isterimu menjadi sebaik2 wanita yakni wanita solehah. (bila dah berkeluarga la ye, yg blum tu harap bersabar. hehe...) 




“Ya Allah! Kasihanilah dia kerana solat yang panjang diselangi tangisan di tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah pemeliharaanMu, aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar...!"  

[ Doa Asma' radhiallahu anha buat puteranya, Abdullah bin Zubair]

Asma' binti Abu Bakar As-siddiq; saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam); puteri kepada sahabat Rasulullah yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq; isteri Zubair bin Awwam, pejuang dan tokoh Islam yang mengutamakan redha Allah di dalam perjuangannya; Merupakan seorang wanita muhajir yang mulia dan bonda kepada Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur mempertahankan agamanya; dan sesungguhnya kedudukannya ini cukup untuk mengangkat darjat beliau ke tempat yang tinggi, mulia dan terpuji. Peribadinya dirahmati Allah dengan keistimewaan yang sangat menonjol, setanding dengan para Muslimin di ketika itu; cerdas, cerdik, lincah, pemurah dan berani.

Kedermawanan beliau dapat dilihat jelas melalui ucapan anaknya," Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok"

Kebijaksanaan Dzatun Nithaqain


Kecemerlangan berfikir Asma Radhiallahu anha terpancar dari sikapnya yang penuh prihatin dan perhitungan yang bijaksana. Peristiwa Hijrah Abu Bakar menyaksikan pengorbanan seorang sahabat demi Islam, tidak meninggalkan sesen pun harta untuk keluarganya melainkan dibelanjakan keseluruhannya untuk Allah dan rasulNya.  Ketika Abu Quhafah (ayah kepada Abu Bakar radhiallahu anhu) yang masih musyrik menemui keluarganya, beliau berkata kepada Asma', 



"Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!".  Jawab wanita yang mulia ini, "Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami" ujarnya sambil menghibur dan menenangkan datuknya. Dikumpulkannya batu-batu kerikil yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang tempat kebiasaannya menyimpan wang. Kemudian dibawakan datuknya yang buta itu ke tempat simpanan tersebut, lantas berkata, "Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!". Perkataan tersebut ternyata berjaya meyakinkan Abu Quhafah. Maksud perbuatan tersebut adalah untuk menyenangkan hati datuknya, agar tidak bersusah hati memikirkan hal tersebut. Malah, Asma'  juga tidak menginginkan bantuan dari orang musyrik meskipun datuknya sendiri. Inilah bukti yang menunjukkan besarnya perhatian beliau terhadap dakwah dan kepentingan kaum Muslimin.

Diberi julukan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah yang membawa erti "wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang tiada tolok bandingannya. Beliau bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman buat Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di saat genting seperti itu. Beliau mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak.


Tidak hanya itu pengorbanan Asma Radhiallahu anha. Peristiwa hijrah ini turut menyaksikan kekuatan berfikir dan perancangan strategi yang dimiliki oleh seorang Muslimah hasil dari aktiviti politik dan kecemerlangan berfikir yang diadun dengan ketaqwaan dan keimanan yang teguh. Asma' Radhiallahu anha bukan sekadar menjadi penghantar makanan kepada dua orang sahabat yang berperanan penting bagi umat Islam, malah beliau juga menyampaikan berita-berita penting tentang rencana-rencana pihak musuh terhadap kaum Muslimin. Dengan kehamilannya ketika itu, Asma' mengambil  peranan yang menjanjikan risiko tinggi, di mana bukan saja nyawanya menjadi taruhan, malah lebih dari itu, nyawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan ayahnya turut sama terancam. Memikirkan kemarahan musuh Islam lantaran lolosnya Rasulullah dari kepungan, kafir Quraisy pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk dibunuh kerana bencinya mereka terhadap dakwah Islam dan pejuang-pejuangnya. 


Di saat-saat genting seperti itu, Asma' mampu meramal segala kemungkinan yang bakal berlaku, dan dengan kecerdikan dan penuh perhitungan, beliau berjalan menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingnya berjalan di belakangnya. Taktik ini dilakukan untuk mengaburi mata pihak musuh kerana jejaknya terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaannya itu. Tindakan ini belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang berani sekalipun, lantaran hal tersebut bakal mengundang bahaya, kezaliman, dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy.

Permasalahan ini tidak cukup sampai di situ. Setelah kejayaan Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari tempat persembunyian dan berhasil berhijrah ke Madinah, Asma' Radhiallahu anha dan keluarganya didatangi beberapa orang Quraisy, di antaranya Abu Jahal yang telah bertindak kasar menampar pipi Asma’ Radhiallahu anha dengan sekali tamparan yang mengakibatkan subangnya terlepas!. Asma' menjawab dengan penuh diplomasi saat beliau ditanya tempat persembunyian Rasulullah dan ayahnya dengan berkata," Demi Allah, aku tidak tahu di mana ayahku berada sekarang!"

Hijrah Asma' Radhiallahu anha dan suaminya ke Madinah berlaku selang beberapa lama dari hijrah sebelumnya, di mana pada ketika itu Asma' sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya menanti detik-detik kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi jua sehinggalah angkatan para sahabat tiba di Quba'. Kelahiran anak pasangan sahabat ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Dialah bayi pertama yang dilahirkan di Madinah.

Sebaik-baik Ummu wa Rabbatul Bait

Seorang muhajirah yang agung, antara wanita yang awal memeluk Islam, sangat memuliakan suaminya meskipun Zubair hanya seorang pemuda miskin yang tidak mampu menyediakan pembantu buatnya. Hatta tidak mempunyai harta yang dapat melapangkan kehidupan keluarganya, melainkan hanya seekor kuda yang dijaganya dengan baik. Beliaulah isteri yang sentiasa sabar dan setia berkhidmat untuk suaminya, sanggup bekerja keras merawat dan menumbuk sendiri biji kurma untuk makanan kuda suaminya di saat Zubair sibuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah Rasulullah kepadanya.

Di dalam didikannya, keperibadian Abdullah bin Zubair dibentuk. Beliau adalah susuk seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam melahirkan generasi utama yang berkualiti, generasi yang menjadikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala-galanya, sama ada harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis perbendaharaan dunia. Beliau mencetak keperibadian generasi yang siap berjuang membela bendera Islam dan kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Keperibadian seperti ini terpancar jelas di dalam diri puteranya, Abdullah bin Zubair. Hal ini dapat kita teladani melalui kisah pertemuan terakhir di antara seorang ibu dan anak yang saling menyayangi dan mencintai satu sama lain, semata-mata kerana kecintaan keduanya kepada Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya.

Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai ibunda!

Asma': Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, ya Abdullah! Mengapa engkau datang ke sini di saat-saat seperti ini? Padahal batu-batu besar yang dilontarkan Hajjaj kepada tenteramu menggetarkan seluruh Kota Mekah?

Abdullah: Aku hendak bermusyawarah dengan ibu.

Asma': Tentang masalah apa?

Abdullah: Tenteraku banyak meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh. Mungkin kerana mereka takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikannya sehingga anak-anak dan isteriku sendiri berpaling daripadaku. Sedikit sekali jumlah tentera yang tinggal bersamaku. Sementara utusan Bani Umayyah menawarkan kepadaku apa saja yang ku minta berupa kemewahan dunia asal saja aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai khalifah. Bagaimana pendapatmu wahai ibu?

Asma': Terserah kepadamu Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui tentang dirimu? Jika engkau yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran, maka teguhkanlah pendirianmu sepertimana para perajuritmu yang telah gugur dalam mengibarkan bendera agama ini! Akan tetapi, jika engkau menginginkan kemewahan dunia, sudah tentu engkau adalah seorang anak lelakiku yang pengecut! dan bererti engkau sedang mencelakakan dirimu sendiri dan menjual murah harga kepahlawananmu selama ini, anakku!

Abdullah: Akan tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu.

Asma' : Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh budak-budak Bani Umayyah  dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar untuk dipercayai!

Abdullah: Aku tidak takut mati, Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazahku dengan kejam!

Asma': Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita sesudah kita mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit lagi ketika kulitnya dikupas orang!

Abdullah: Semoga Ibu diberkati Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar apa yang telah ku dengar dari ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui, aku bukanlah orang yang lemah dan terlalu hina. Dia Maha Mengetahui bahawa aku tidak akan terpengaruh oleh dunia dan segala kemewahannya. Murka Allah bagi sesiapa yang meremehkan segala yang diharamkanNya. Inilah aku, anak Ibu! Aku selalu patuh menjalani segala nasihat Ibu. Apabila tewas, janganlah ibu menangisiku. Segala urusan dari kehidupan Ibu, serahkanlah kepada Allah!

Asma': Yang ibu khuatirkan andainya engkau tewas di jalan yang sesat.

Abdullah: Percayalah Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk berbuat keji. Anakmu ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan tidak memperdulikan orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini mengutamakan keredhaan ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu dari hatiku yang putih bersih. Semoga Allah menanamkan kesabaran di dalam sanubari Ibu.

Asma': Alhamdulillah! segala puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu dengan apa yang disukaiNya dan yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu wahai anakku, Ibu ingin mencium baumu dan menyentuhmu. Agaknya inilah saat terakhir untuk ibu memelukmu..."

Abdullah:Jangan bosan mendoakan aku Ibu!

Sebelum matahari terbenam di petang itu, Abdullah bin Zubair syahid menemui Rabbnya. Dia kembali kerana mengutamakan redha Allah dan redha ibunya yang beriman. Diriwayatkan, bahawa Al-Hajjaj berkata kepada Asma' setelah Abdullah terbunuh :"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku terhadap puteramu ?" Asma' menjawab :"Engkau telah merosak dunianya, namun dia telah merosak akhiratmu." Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100 tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya masih sempurna. [Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam].  Semoga Allah meredhai kedua hambaNya, Asma' dan puteranya.

Inilah sebuah teladan yang sangat berharga buat kita semua. Asma' Radiallahu anha bukan sahaja menunjukkan keberaniannya, kepatuhannya kepada Allah, suami dan ayahnya; juga pengorbanannya yang besar, sikap dermawannya dan kecemerlangan berfikir yang menjadi cermin keperibadiannya. Bersama suaminya, Zubair bin Awwam, terbentuklah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah; bukan kerana harta yang melimpah ruah, tetapi  limpahan barakah dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Taala kerana ahli keluarganya yang menjadikan kecintaan mereka hanya kepada Allah dan Rasul di atas kecintaan-kecintaan lainnya. Dari keluarga ini, lahirlah seorang syuhada yang gagah berani, tidak takut terhadap apapun kecuali Allah Subhanahu wa Taala  Semoga kisah Asma’ Abu Bakar ini akan sentiasa mekar di jiwa kita sebagai motivasi diri dalam menyemai kecintaan serta menjalankan kewajipan terhadap Rabbul Izzati.


Sumber :- Hizbut Tahrir Malaysia


Sunday, December 13, 2009

Korban...ape pengertiannye?



Yaaa....ade peluang, ak akan menulis. So, assalamualaikum. This time ak nk citer skit psl AidilAdha baru-baru ni. tp rasenye dh nk masuk Muharam dh (sorg kawan ak kate rr..br je td). Hmm...mcm thn2 lpas ak tidak terkecuali turun padang. tp thn ni ak turun membantu just pd hari raya pertama je. coz ari kedua dan ketiga ak ade function. Jgn salah sangka plak...bukan party but kenduri. Kenduri aqiqah sepupu dan anak buah ak. Dua2 dekat Johor.

Raya pertama, ak sbg generasi muda yg bakal mggntkan generasi tua skrg kene la turun pdg.  So, slpas ak dan kawan2 berjaya menumbgkan lembu yg hendak dikorbankan, lembu tu pun disembelih oleh Imam kampung ak. Thn2 sudah, tugas ak sbg penimbang xpun tukang cincang daging. ye la member kg ak kebanyakan nye xskolah tinggi. ramai dh keje...keje kilang je. so, diorg akan suruh ak. diorg ckp ni keje utk budk yg skolah tinggi. hoho..xtau la sejauh mana kebenarannye. nak xnak ak kene la jd penimbang. tp thn ni best skit sbb ak dpt tugas baru...iaitu tukang kapak. hoho...seram kan bunyik nye. ak saje je kasi seram. ak ditugaskan utk mengkapak tulang2 lembu utk diagihkan kpd petugas2. mase ni la kami berbual, bertanya cerita terkini, berjenaka. plg ak xlupa ade la sorg kwn ak. die suruh anak buah die amekn batu asah. last2 budk tu bwk batu bunga, tergelak sakan kitorg. ye la budak kecik. batu asah mane la diorg tau. yg diorg tau batu je. so, budak tu maen amek je batu yg die nampak. hahaha..

hmmm...begitulah suasana korban. dgn kate laen, suasana bergotong royong, hidup bermasyarakat. mmg best. tp ak rase kt kampung je kot, bandar mcm dh kurg je. xtau la kalo ak silap. so, kali ini yg ak nak ketengahkn bukan la pasal hidup bermasyarakat tp psl korban. sebenarnye ape pengertian korban tu ye?

Adakah sekadar dapat merasai daging korban percuma atau dapat jumpa kenalan2 lama?

Firman Allah swt:

{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyariatkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain. (yg mane ade bahgn dlm korban)

Tu la, yg umat pada hari ini terlepas pandang (termasuk la diri ini). berapa byk kite dh bersyukur atas nikmat2 tuhan kpd kita. Silap2 ade yg xpuas hati lg..siap mintak ape yg belum dapat lg. padahal yg sudah dpt tidak disyukuri. 

Firman Allah swt lagi :-

Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.” (Surah Al-Hajj 22:34)


Renungkanlah
Adakah sama banyak pujian kite terhadap manusia dgn pujian kita terhadapNya?
Adakah sama banyak pujian kita kepadaNya dgn nikmat2 yg kita perolehi?
Adakah menzahirkan pujian kita terhadapNya begitu berat sehingga kita xdapat melakukannya?
Adakah cukup hidup kita tanpa bersyukur kepadaNya? Bukankah orang yg tidak bersyukur itu digelar org yg sombong dan kebanyakn org yg bermegah2 dan sombong adalah neraka.
Sanggupkan kite ditempatkan di neraka? nauzubillah..


ntahla. kadang2 ak rase menzahirkan kesyukuran itu tidaklah berat. cume kite, manusia sentiasa lalai dgn nikmat. sehingga lupa akan konsep bersyukur. Kesyukuran juga boleh dilihat dgn melakukan ibadah yg wajib dgn bersungguh-sunguh. xpun sentiasa ingat kepada Allah dalam setiap pekerjaan yg kita lakukan. Bukankan org yg bersyukur itu sentiasa dekat dgn tuhanNya. marilah kita menjadi golongan itu. tidak mustahil bukan? Ayuh!! mula dari saat ini. cecece...mcm nak gi perang la plak. alamak dh ngantuk ni. laen kali ak smbung isu laen plak.

wassalam..


Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dah kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhéla lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Lagu : Frizdan
Lirik : Frizdan

Saturday, December 12, 2009

Manfaat atau Mudarat...




Assalamualaikum...kadang2 kite merasakan suatu keputusan itu adlh yg terbaik buat kite. begitu juga sebaliknya. namun, adakah perasaan itu benar atau adakah ia hanya andaian kite yg mahu menyedapkan hati kite pada waktu itu sahaja. Hmmm..persoalan ini bermain dalam fikiran ku semasa aku pulang ke kampung. tp jgn salah sangka bukan sbb ak pulang bercuti yg menyebabkan ak tertanya2 mengenai perkara ini. just tibe2 terbit persoalan itu semasa ak cuba melelapkan mataku yg xnak lelap.

Bile seseorg manusia itu terlalu yakin akan keputusan yg dipilihnya adalah betul. maka, apabila yg diharapkan tidak menjelma yakni berkemungkinan keputusan tersebut adalah salah maka akan timbul penyakit psikologi. Hmmm....seperti tekanan perasaan, gelisah, bimbang, sedih, hasad dengki serta putus asa. Bagi ak, penyakit2 ini disebabkan salah faham terhadap 4 perkara yakni hakikat Allah, hakikat insan, hakikat dunia dan hakikat akhirat.

Salah Faham terhadap hakikat Allah...
Beberapa contoh salah faham terhadap Allah, a) seseorg yg berusaha keras dan pasti bahawa apa yg diusahakannya membawa dirinya kpd apa yg diharapkannya. Namun, apabila gagal, dia berasa sedih dan tertekan. b) seseorg yg berasa marah apabila usaha yg dilakukannya tidak diiktiraf oleh org lain. c) seseorg yg putus kasih/cinta, menyebabkan dia putus harap. Akhirnya, menyalahkan org lain, kadang2 mereka sanggup menyalahkan Tuhan mereka sendiri. Apa yg ak pasti adalah semua contoh2 ini disebabkan jahilnya kita dgn hakikat Allah atau jauhnya kita terhadap kebergantungan kepada Allah dalam kehidupan kita.

Harus kita ingat bahawa Allah lah menentukan segala keputusan. Kita hanya sekadar merancang dan melakukan yang terbaik. Selebihnya kita perlu serahkan kpd Allah. Pada pendapat ak, dengan meyakini bahawa kita mesti dapat apa yg kita usahakan secara terus adalah sesuatu tidak rasional yg boleh menyebabkan kita tertekan serta merana.

Disinilah konsep tawakal dan kpercayaan kepada qada' dan qadar perlu diingatkan.

Bukankah Allah makbulkan doa umatnya dalam 3 bentuk. Pertama, dimakbulkan serta merta. Kedua, diberikanNya lebih baik dari apa yg kita pinta. Ketiga, dimakbulkan tetapi bukan serta merta.

Allah juga berfirman, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah: Ayat 216).

Sebab itulah kita sewajarnya bersikap ikhlas dalam setiap pekerjaan yg kita lakukan. Tanpa mengharap sesuatu balasan.

Salah Faham terhadap hakikat insan...
Contohnya, seseorg yg berikiran bahawa harta dapat menjamin kebahagiaan tetapi apabila harta sudah banyak, bukannya hati bertambah senang malah semakin tertekan. Malah, ada yg berebut kerana harta. Malah sehingga sanggup berbunuhan. Harta tidak boleh menjaga kita tetapi sebaliknya.

Jika kita mengenali siapa diri kita sebenarnya, iaitu ruh dan jasad. Kita akan mengetahui hakikat diri yg sebenarnya adalah ruh bukannya jasad. Jasad hanya kenderaan bagi ruh dan harta pula hanya sekadar memenuhi kehendak jasad. Apabila mati, jasad kita tinggalkan akan hancur tetapi roh (yg kita rujuk sbg 'ak') akan meneruskan perjalanan ke alam berikutnya.

So, faktor utama yg membahagiakan roh adalah kenal dan dekatnya ia dgn Tuhannya. Faktor ini yg ramai manusia malah umat Islam pada hari ini juga ramai yg terlupa akan ia. Sebab itu, lagi dekat kita dengan Allah, lagi bahagia kita rasakan, tetapi jika sebaliknya, bertambah sengsara kita rasakan. Segala perbuatan kita serba tak kena.

Orang kaya raya, berkedudukan tapi tidak mengamalkan ajaran Allah, rohnya sakit dan tidak akan bahagia. Hati penuh dgn tamak haloba, hasad dengki dan segala macam penyakit hati. Namun, jika rohnya sihat, hatta hidup dalam kekurangan dari segi aspek jasadiah, dia masih mampu tersenyum bahagia. Indah kan jika kita dapat tergolong dalam kelompok ini?

Salah Faham terhadap hakikat dunia...
Salah faham terhadap dunia berlaku apabila kite mengharapkan sesuatu yg bersikap duniawi akan kekal selamanya. Kasih suami isteri, kasih ibu kepada anak, kasih teruna dara, walau seutuh mana sekalipun pastinya akan berkesudahan dgn perpisahan.

Cintakan dunia akan menyeksa jiwa kita. Inilah penyakit yg ramai manusia pada hari ini alami. Samada sedar atau pun tidak. Ak tidak terkecuali. Dunia dikejar seolah2 itulah segala2 nya.  sedangkan akhirat dilupakan walhal itulah yg kekal selamanya. Hmm... berjiwa muda la katakan. so, ak lebih suka menulis berkaitan cinta. Hoho... dalam hadith Rasulullah SAW ada menyebut, dalam memilih pasangan hidup, baginda menyuruh kita memilih pasangan beragama, kerana agama adalah sesuatu yg kekal. Rumah tangga yg dibina atas agama pasti lebih utuh berbanding rumah tangga yg dibina atas kecantikan dan harta yg bersifat sementara.

Salah Faham terhadap hakikat akhirat...
Salah faham ini terbit mungkin disebabkan kita menganggapnya tidak penting dek kerana leka dengan hal2 duniawi tambahan pula, akhirat seolah2 terasa jauh dari kita dan tidak nampak. Namun, sebaliknya akhirat penting kerana ia adalah destinasi terakhir dan abadi.


Memahami hakikat ini, kita sewajarnya menangis dan berasa sedih akan kealpaan kita terhadap kepentingan akhirat. Kita seharusnya tahu menyusun keutamaan dgn mendahulukan apa yg dapat menjamin kebahagiaan kita di sana. Ada 3 perkara yg perlu kita usahakan sebagai bekala di akhirat nanti. Seperti mana yg disaran Rasulullah SAW, iaitu anak soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya, ilmu yg brmanfaat dan sedekah jariah. Hmmm....buat masa sekrg berusahalah menjadi anak2 yg soleh.solehah (sesiapa yg seangkatan ak la).

Mungkin semua salah faham ini berpunca dari kejahilan kita terhadap agama. So, tuntut lah ia sementara masih berkesempatan. Dan jgn bimbang kerana sifat jahil itu bukanlah sesuatu yg kekal selamanya. Sebaliknya ilmu itu yg bersifat kekal selamanya.

wassalam..

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...