"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Ingatlah wahai kaum wanita, dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga andai seorang wanita itu bertudung masih belum cukup untuk menutup auratnya. Dan pada kaum lelaki, jagalah matamu, jangan curi-curi melihat wanita muslimah yang bukan mahram bagimu, kerana ia dilarang.
Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur
Rajin pasangannya malas, lelaki pasangannya perempuan
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki
Maka ALLAH telah menciptakan wanita itu dapat memikat lelaki
Bila berkata tentang terpikat
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu
Jika ada hubungkait dengan nafsu, maka
Ada hubungan pula dengan bisikan syaitan
Nafsu dan bisikan syaitan mestilah dikawal dengan iman
Iman, mestilah menurut perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya
Mata lelaki selalu menjalar
Apabila terlihat seorang perempuan
Setiap bentuk badan seorang perempuan
Ketahuilah, boleh dihayati oleh seorang lelaki
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan
Pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan
Maka akan ditafsirlah akan rambut wanita berkenaan
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
Mata lelaki akan turun ke bawah
Melihat bentuk lehernya
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
Melihat bentuk payu daranya
Maka wanita itu wajiblah menutupnya
Dengan melabuhkan tudungnya
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi
Melihat betapa ramping pinggangnya
Maka labuhkanlah pakaian supaya
Tidak ternampak bentuk pinggang kamu
Namun mata lelaki itu akan tetap turun
Melihat bentuk punggung wanita itu
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
Agar bentuk punggung tidak kelihatan
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai seluar
Seluar yang ketat sehingga terlihat bentuk peha
Namun bersederhanalah dalam pemakaian kamu
Mata lelaki ini nakal, maka akan dilihatlah pula akan kakinya
Maka wajiblah wanita itu untuk menjauhkan lelaki itu dari dosa
Menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stoking
Yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas
Akan melihat pula bentuk tangan wanita itu
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung
Menutupi bentuk tanganmu yang indah pada pandangan lelaki
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya
Kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
Kamu wahai lelaki, ingin meminangnya
Jika wanita itu cukup soleh, berpurdahlah
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat!
Sekilau-kilau berlian adalah paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Wanita! Kamu dikurniakan Ilahi dengan seribu satu kelebihan
Sama ada kamu sedar atau tidak, syukurilah ia
Dengan meletakkan sesuatu itu di tempatnya…wassalam.