Wednesday, April 15, 2015

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim:

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam:

1. Jika kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam

2. Jika ia mengundangmu maka penuhilah undangannya

3. Jika ia meminta nasihat kepadamu maka berilah ia nasihat

4. Jika ia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka do‘akanlah ia dengan Yarhamukallah

5. Jika ia sakit maka jenguklah

6. Dan jika ia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya.”

(HR. Muslim)

Friday, January 2, 2015

Maksiat Sunyi

Tsauban radhiaallahu'anhu meriwayatkan sebuah hadits yang dapat membuat orang-orang soleh susah tidur dan selalu mengkhawatirkan amal-amal mereka. Tsauban radhiaallahu'anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Aku benar-benar melihat diantara umatku pada hari Kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti kapas berterbangan, Tsauban bertanya, Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami siapa mereka itu agar kami tidak seperti mereka sementara kami tidak mengetahui!, Beliau bersabda, Mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam seperti kalian, akan tetapi apabila mereka bersendirian dan mendapat kesempatan untuk melakukan perkara yang diharamkan Allah, mereka melakukannya."

(HR. Ibnu Majah,)

Ya Allah selamatkan lah kami dari maksiat sunyi diri ini.

Wednesday, December 31, 2014

"Sembunyikanlah"

"Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkn kesan negatif dlm diri kita kian hari..

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan fb dan laman2 sosial lain sbg medan perkongsian ilmu..
Jadikan fb dan laman2 sosial lain sbg medan tazkirah..
Jadikan fb dan laman2 sosial lain sbg medan maklumat..
Jadikan fb dan laman2 sosial lain sbg medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kite...bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjarannya.."

SMS Sumbangan Banjir

Hulurkan sumbangan, ringankan beban.

Taip < BANJIR hantar ke 13999. 

 Contoh < BANJIR 10 > hantar ke 13999.


Bantuan yang diperlukan saat ini:
1) Makanan (siap masak. cth biskut, roti, makanan dalam tin)
2) Pakaian
3) Dapur gas
4) Pakaian solat (cth: telekung)
5) Peralatan utk membersihkan kawasan banjir (cth: penyapu, getah paip)
6) Apa2 yang ikhlas. =)

Wednesday, August 20, 2014

Tawakal

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya...
Bila tangisan berpanjangan dan hatimu duka,, ALLAH telah mengira titisan air matamu...
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggal kanmu ALLAH tetap bersamamu...
Bila engkau kebuntuan akal,, maka ALLAH adalah petunjuk jalan...
Apabila engkau berazam maka bertawakallah kepadaNYA.

Monday, December 23, 2013

Bangkit bersama hidayahNya

Ujian dalam kehidupan itu bukanlah untuk menguji kekuatan zahir dan batin semata-mata, tetapi ia juga menguji kekuatan kebergantungan seorg hamba pada Allah swt serta sejauh mana kesungguhan seorg hamba meminta pertolongan daripada Allah swt. Allahuakbar...

Tuturkatanya berubah. Tingkah lakunya tidak semacam dulu. Cakap tingginya telah merendah. Dia berubah. Begitu ajaib kuasa Allah swt – Tuhan yang pernah merubah Umar, Hamzah dan Ikrimah. Mampukah kita menjadi ‘org yg beruntung’ itu? Kita juga mampu, asalkan kena sentuhannya, cara dan hidayahnya. Umar yang asalnya penumpah darah, Hamzah yang pemarah, Ikrimah yang ego segalanya ‘lebur’ dan ‘luntur’ di persada hidayah. Subhanallah...

Andai sudah berhijrah, ingatlah kita beribadah bukan untuk mengejar fadilat (walaupun itu tidak salah), tetapi yang lebih penting ialah untuk membina sifat ubudiyah (kehambaan) kepada Allah swt. Jika tidak, semakin banyak kita beribadah, kita akan jadi semakin angkuh dan jauh daripada Allah swt. Atas sifat kehambaan itu kita akan merasakan banyak hutang kita dengan Allah. Banyaknya nikmat Allah swt yg kita dustakan. Masya'allah...

Insya'allah, di hujung nanti org beruntung itu akan tersenyum bahagia. Alhamdulillah!

p/s: jari jemari menari buat terakhir kalinya

Saturday, December 21, 2013

Frwd: Pemuda pemudi

Kalau dulu,
tatkala kau mula melihat dunia,
kau cuma mampu menangis dan ketawa,
kau hanya tahu lapar dan dahaga,
kerna kau hanya bayi tak berdosa.

tapi kini,
segalanya berbeza..

Kalau dulu,
tatkala kau mula pandai mengira,
kau sudah tahu menilai perkara,
kau merasa segalanya mudah belaka,
kerna kau hanya kanak-kanak mentah sahaja.

tapi kini,
segalanya berbeza..

Kalau dulu,
tatkala kau mula meningkat remaja,
kau mula berazam untuk berjaya,
kau hanya fikir, belajar capai cita-cita,
kerna kau masih orang muda.

tapi kini,
segalanya berbeza..

kerna, kini..
kau sudah meningkat dewasa,
kau mula berfikir tentang kerjaya,
kau mula mencari harta,
beban di bahu semakin berat terasa.

Kerna, kini..
kau kan punyai keluarga,
dalam masyarakat kau kan menyumbang jasa,
buat agama kau kan mengerah segala tenaga,
juga peranan untuk negara tercinta.

Kerna inilah episod kehidupan,
tempuhlah dengan jiwa seorang pemuda,
berfikir secara dewasa,
kelak, tua mu kan bahagia.

Sepertiga kehidupan ku telah pergi,
pergi ditelan masa dan waktu,
amal dakwi ku masih belum mengisi,
sedang maut ku semakin menghampiri.

Wednesday, December 18, 2013

Ada apa dengan cinta?

Untuk apa kita bercinta? Untuk menjawabnya, mari kita fikirkan satu analogi, analogi cinta. Fikirkan tentang sebatang pena. Pena dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah pena itu berada dalam keadaan selamat dan berguna. Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak. Mengapa?

Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. Ia diciptakan untuk menulis, bukan mengetuk atau mencucuk. Pena yang disalahgunakan akan rosak. Apabila rosak, ia akan dibuang ke dalam tong sampah. Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi. Ia dinamakan sampah!

Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.

Ketika itu hiduplah kedua-duanya (suami dan isteri) dengan perasaan yang hambar dan tawar. Tanpa cinta, manusia akan “bertukar” sama ada menjadi haiwan ataupun robot yang tidak punya rasa kemanisan lagi – bukan sifat-sifat luarannya, tetapi sifat-sifat dalamannya. Hidup berumah tangga tanpa cinta umpama kapal yang belayar tanpa angin. Keserasiannya mudah retak. Hanya kerana kesalahan yang sedikit, perbalahan dan krisis mudah berlaku. Keadaan rumah tangga pada waktu itu boleh diumpamakan sebagai “hidup segan, mati tak mahu”.

Monday, December 9, 2013

Kita adalah kita...

Rumah, pejabat bahkan hotel sekalipun menjadi musolla bagi kita. Tempat kita berpijak, meja kerja, hamparan sejadah bagi kita....kalau kita bicara,biarlah bicara dakwah...kalau kita berdiam, diam kita zikir...nafas kita adalah tasbih, mata kita penuh rahmat Allah penuh kasih sayang...telinga kita terjaga, fikiran kita baik sangka..tidak sinis,tidak pesimis dan tidak suka membonis...hati kita ..diam-diam berdoa..tangan kita bersedekah, kaki kita berjihad ia tidak mahu melangkah dengan sia-sia. Kekuatan kita silaturrahim, kerinduan kita tegaknya syariat Allah kalau memang hak tujuan, sabar dan kasih sayang strategi kita...asma amanina cita-cita tertinggi, syahid dijalannya...dan yang paling menarik kita hanya asyik memperbaiki diri sendiri tidak tertarik mencari aib orang lain..semoga 'kita' adalah kita...

Mudahkan jangan susahkan...sebaik-baik manusia adalah orang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang berjaya bukan orang yang hanya mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat kepada orang lain.Kebahagiaannya bukan hanya mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga tetapi mampu juga memberikan kebahagiannya kepada orang lain.Ini adalah muslim yang baik.Ingatlah kejayaan yang kita perolehi bukan usaha kita semata-mata.Kejayaan kita adalah kerana bantuan orang lain.Guru contohnya,Ibu Bapa,rakan sekuliah atau rakan sekerja yang selalu bersama-sama kita . Dan kejayaan itu hakikatnya adalah pertolongan daripada Allah.

Sekiranya kini kita mempunyai rezeki dan ilmu yang cukup, rancanglah sesuatu bagi menggabungkan keduanya bagi membantu orang lain. Bermula dengan adik-beradik dan saudara terdekat atau rakan kita. Kemudian membuat perancangan membantu masyarakat @ orang lain.

Saturday, December 7, 2013

:. Dunia Baru Islam .:

masih basah kenangan indah
zaman cemerlang era gemilang
ketika Rasul ada di sisi
para sahabat mentadbir bumi

zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
menerangi teman dan juga sahabat
bahang panas yang membakar lawan

di celah itulah kami mengatur langkah
membina sebuah thoifah
di sini bahang tak pernah padam
digenggam kukuh sebuah azam

ayuhlah para mujahid
ayuhlah para mujahidah
kita tinggalkan zaman fitnah
agar tertegak kalimah Allah

agar terbangun dunia baru Islam..

Thursday, November 21, 2013

Lelaki yang ditarik ke Neraka

EMPAT Lelaki yang ditarik ke Neraka;

Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar, tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri.. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas. Wallahualam ~

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...