Thursday, October 21, 2010

To: Anonymous [Azab Kubur, No.15]

Sebenarnya, hadith tersebut menjawab kekeliruan para sahabat berkenaan azab kubur bagi mereka yg meninggal dunia yg ditangisi pemergiannya.

"Bukankah kalian mendengar? Bahawa Allah s.w.t. tidak mengazab air mata yg mengalir dan tidak juga hati yang bersedih, tetapi Allah s.w.t. mengazab sebab ini (sambil menunjukkan lidah baginda) atau dikasihi sebab lisan" (Hadith riwayat Bukhari)

Ada beberapa sahabat berpendapat bahawa menangisi pemergian org yg kita kasihi boleh menjadi asbab mayat itu terseksa di kubur. Namun, Rasulullah s.a.w. menjelaskan melalui hadith ini bahawa tidak salah berasa sedih atas kematiannya sehinggakan mengalirkan air mata (mengikut pendapat ahli hadith). Namun, bukan sehingga meraung, meronta2 seolah2 menyalahkan takdir Allah s.w.t.

Malah ketika ini, Rasulullah s.a.w. juga bersedih atas pemergian  jenazah (xsure siapa) dengan berkata, "Tidakkah kalian mendengar suara tangisku?" So, tidak salah untuk berasa sedih sehingga mengalirkan air mata atau hati bersedih atas kematian insan yg kita sayangi. Persoalannya, Allah s.w.t. akan murka andai kematian kita ditangisi or diratapi oleh org yg kita tinggalkan. Bukankah tangisan yg disetai suara (sedu sedan or dialog: kenapa kau pergi dulu, kenapa bukan aku yg mati dulu), menunjukkan org yg kita tinggalkan itu tidak redha dgn ketentuan Allah s.w.t. Maka, hal inilah yg dimaksudkan "mengazab ia akan mayat dgn sebab lidah". Ini akan memberatkan/menyulitkan mayat dgn kemurkaan Allah s.w.t., kerana Allah s.w.t. akan menuntutnya,  mengapa tidak mengajar mereka (org yg meratapi kematian kamu) tentang redha or kesabaran.  

Sebaliknya, Allah s.w.t. akan mengasihaninya atas asbab yg sama (lidah) andai org yg ditinggalkannya sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Bukankah doa anak2 yg soleh merupakan salah satu amal yg berterusan walaupun setelah seseorg Islam itu meninggal dunia. Masya'allah, indahnya Islam ini. Betapa dalamnya Islam menitik beratkan tentang kasih sayang. Seorg anak yg sayang akan ibu bapanya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka walaupun setelah mereka meninggal dunia. Begitu juga seorg rakan kepada rakanya.

Hadith ini juga menjadi dalil kepada mereka yg percaya bahawa tahlil, doa selamat boleh disampaikan kasih sayang Allah kepadanya (pahala saya xsure sebab ada hadith menyebut pahala/dosa itu tangungan masing2. Tidak boleh dipinjam or diberikan kpd org lain). Namun, berkumpul utk mendoakan si jenazah spt tahlil dn sebagainya dapat menjadi asbab Allah s.w.t. akan mengasihaninya. Dalam konteks apa, wallahu'alam. Maybe, dikurangkan azab siksa kubur (Hanya Allah s.w.t. yg berhak ke atasnya).

Tapi, dalam konteks ini (terkeluar topik sikit: not azab kubur). Ada hadith meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkurban dan mengirimkan pahala kurban itu kepada umat beliau yg masih hidup, sudah wafat, even yg belum lahir. Subhanallah!! Betapa dalamnya kasih nabi kepada kita. Just kita je yg tidak cinta akan baginda. Ramai yg mengaku je (termasuklah diri ini, namun mintak2 dijauhkan).

Hadtih riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. berkurban seraya berkata "Wahai Allah, terimalah kurban ini dari Muhammad, dari keluarga Muhammad dan dari seluruh umat Muhammad". But, dalam ibadah kurban ada waktu2 tertentu yg dibolehkan diwakilkan kurban seperti ibadah haji juga (andai sudah mati). Dalam konteks ini, saya memang tidak arif. So, sebab itu saya katakan yg saya xsure kalau pahala tu boleh diberikan kepada org yg sudah meninggal dunia. Yg saya pasti, apabila kita menyebut ayat2 suci al-Quran or berzikir, pahala sudah pasti milik kita bagi setiap huruf yg keluar dari mulut kita. Masya'allah...tak terhitung tu. So, jgn bulat2 menyalahkan tahlil or seangkatanya. Salahkanlah yg salah sahaja. Opppss...sory dh terkeluar topik ni.

p/s: Saya rasa saya dah menjawab soalan saudara/saudari. Sory la, dh xbg link email n hp lg. Dulu ada bg. tp saya terpaksa hentikan sbb email tu dah sarat dgn email promotion n urusan rasmi. Hp plak kena curi. Btw, apa2 kemusykilan post je kat blog ni. Nt saya dapat notification melalui email. Cume amek mase la nk jwb sbb sekarg sibuk dgn benda lain. Blog ni pun dh jrg update...sgt jrg. Insya'allah, ada kesempatan saya update. Thanks la bertanya. Pertanyaan itu boleh mencambahkan lagi ilmu yg kita ada. Mudah2an...salam.

Sunday, October 10, 2010

Mengenali Ayam Kampung Ori, Ayam Hutan dan Ayam Sabung

Ayam...bermacam ayam. Ada ayam hutan, ayam kampung, ayam daging, ayam goreng. Oooppss, lupe lirik ar. Jangan marah ar.

Ramai daripada kita masih keliru untuk menentukan mana satu ayam kampung ori dan tak ori sebab banyak ayam yang dah ada kat negara kita ni telah pun bercampur-campur keturunannya dan bakanya hingga sukar untuk menentukan keasliannya…so…kat bawah ni saya tampilkan beberapa gambar yang sedikit sebanyak dapat menerangkan serba sedikit tentang perbezaan antara jenis-jenis ayam di atas.


ayam kampung ori

Lihatlah gambar di atas. Antara ciri-ciri utama pada ayam kampung ori ialah:
  • balung bersisir
  • tubuh badan yang sedang
  • kaki yang sederhana
  • bentuk badan macam motosikal TZM
Ayam ni banyak terdapat di Malaysia dan asalnya pun memang dari nusantara ini.
lihat pula gambar di bawah:

jalak lenteng


ayam sabung / ayam laga / ayam siam / ayam bangkok

Antara ciri-ciri utama yang kita perhatikan ialah:
  • leher jinjang
  • kaki panjang dan bersisik kemas
  • berbalung batu
  • kacak dan hensem
  • bentuk badan macam motosikal VIRAGO
Ayam ni berasal dari Siam, tengoklah pada namanya.

Sekarang kita tengok pulak ayam ni:

ayam hutan


ayam hutan telinga putih
Apa yang anda nampak pada ayam hutan di atas?
  • telinga putih
  • badan bersaiz kecil macam motor kapcai
  • balung lebih besar daripada ayam jenis lain
Ayam ni berasal dari hutan rimba. Tengok nama la beb!

Apa akan jadi jika ayam kampung dikacukkan dengan ayam hutan?

ayam hutan kacuk ayam kampung...beginilah jadinya..

p/s: pergh..lame nyer tak jenguk blog. minta maaf byk2 kpd sesiapa yg ade bertanye soalan (yg tak dijwb). Jwb yg mane tau n sempat je. check email msg2. insya'allah lepas ni aktif la balik menulis ni. hmmm....senyap sbulan ni sbb menumpukn perhatian pd assign + ayam + business sampingan. hehe..br nk mencuba.

Friday, August 20, 2010

Aku terkesima....

Mengapa ya, ramai manusia hari ini mengejar dunia? Bukankah akhirat itu yg kekal selamanya? Adakah kita lupa? Mengapa? Kekayaan itu boleh menjadi penyebab kepada kekufuran. Begitu juga kemiskinan. Tapi, bukankah seorg mukmin itu semuanya baik baginya? Tidak kira betapa susah keadaannya atau betapa senangnya dia, tidak akan hilang Tuhan dari hatinya. Mungkinkah hati kita sudah tiada rasa bertuhan? Mengapa? Adakah  ruang di hati kita sudah diisi dgn idola2 masa kini? David Beckham, Cristiano Ronaldo, Brad Pitt, Justin Bieber, Rafael Nadal, Katty Perry. Dan siapa lagi, ya? Adakah mereka ini yg tersemat di hati kita. Bukankah Rasulullah itu contoh terbaik bagi kita? Kenapa tidak diikut dan dicontohi? Mungkin kita tidak dapat merasakan betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Tidak mengetahui betapa susahnya Rasulullah menyebarkan Islam sehingga hari ini kita dapat menikmatinya. Tidak tahu betapa beruntungnya bergelar umat Muhammad s.a.w. sehingga dicemburui nabi2 yg lain. 

"Wahai Allah, jadikanlah aku tergolong dalam golongan yg sedikit. Golongan yg sentiasa ingat kepadaMu walau di mana ak berpijak, golongan yg bersyukur kepadaMu hatta pada ketika  ak terlena, golongan yg sentiasa bertaubat kepadaMu pada setiap saat yg berlalu dan golongan yg suka mendampingi hamba2mu yg di hati mereka ada rasa bertuhan, ada rasa syukur atas nikmatMu, ada rasa bersalah atas dosa2 yg mereka lakukan walaupun sebesar zarah. Wahai Allah, makbulkanlah permintaanku."

Sunday, August 15, 2010

Beruntung Beroleh Kunci Kebaikan....

Alhamdulillah...betapa pantas masa berlalu. Kini, umat Islam di Malaysia dan seangkatan dgnnya telah memasuki malam Ramadhan ke-6. Selamat menjalani ibadah puasa yg ke-5.

Ak juga diberi ruang dan digerakan hati serta tangan utk menulis di ruangan Ilustrasi Pengembara ini. Ingin ak kongsikan sebuah hadith yg br ak dengar baru-baru ini. Moga dapat dijadikan iktibar dan pembakar semangat utk kita meningkatkan amal ibadah kita pada bulan Ramadhan ini. Insya'allah...

Daripada Sahal bin Saad r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kebaikan itu laksana beberapa gudang dan bg gudang -gudang itu ada anak kuncinya. Maka untung sekali bg seorg hamba yg telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai anak kunci kepada kebaikan. Dan celaka bagi seorg hamba yg menjadi anak kunci kepada kejahatan, penutup kepada kebaikan.

Dengan hikmah dan bijaksana, Allah s.w.t. telah mecncipta segala kebaikan dan kejahatan. Dengan itu, Allah s.w.t. menguji siapa dikalangan hambanya yg benar-benar taat kepadanya. Sebagai ganjaran Allah menciptakan syurga dan neraka. Allah s.w.t. membalas hambanya yg membuat kebaikan dengan pahala dan syurga manakala Dia membalas hambanya yg melakukan kejahatan dgn dosa dan neraka. Oleh itu, berpandukan hadith di atas, sesiapa yg menjadikan dirinya kunci kepada kebaikan, mengajak orang lain berbuat kebaika, berusaha sekuat, sedaya mampu untuk menjadi ketua dalam melaksanakan kebaikan. Maka org itu adalah org yg paling beruntung kerana ia akan mendapat pahala dari kebaikan yg dikerjakannya sendiri dan juga akan mendapat pahala seperti semua pahala orang mengikut jejak langkahnya. Maka kebaikannya bersambunug2. Subhanallah...betapa pemurahnya Allah s.w.t.

Namun, sebaliknya. Barangsiapa yg menjadikan dirinya kunci kepada kejahatan, mengajak org lain berbuat kejahatan, menjadi ketua kepada kemungkaran. Maka ia adalah org malang kerana mendapat dosa dari kejahatan yg dilakukan oleh org2 yg mengikutinya di belakang. Nauzubillah...

Wahai Allah, jadikanlah aku, ahli keluargaku serta sahabat2ku tergolong dlm org2 yg mengerjakan kebaikan dan sentiasa mengajak org lain melaksanakan kebaikan. Dan jauhkanlah kami dari tergolong dlm org2 yg melakukan kejahatan dan mengajak org lain melakukan kejahatan..Aminn.

Sunday, August 1, 2010

Secebis Ingatan Buat Adam

Dihantar Oleh: Epid


Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

AdamMaha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.



Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam…
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam…
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…Adam…
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…


Ikhlas dari Hawa…
Abad ini…

Saturday, July 31, 2010

Forward: Ramadhan

Ramadhan kembali akan menyapa kita, masih ada waktu untuk kita memperbaiki diri. Mudah-mudahan saat kealpaan dan dosa-dosa kita selama ini diampunkan dengan kehadiran bulan maghfirah ini. Betapa banyak keberkatan dan kebaikan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan beramal soleh, semoga kita termasuk orang-orang yang beruntung dan diterima amalannya.

Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian orang mungkin berpuasa tetapi tidak solat atau hanya solat pada bulan Ramadhan sahaja. Orang seperti ini puasanya tidak bernilai sedikit pun kerana solat adalah sendi agama yang ia tidak dapat ditegakkan melainkan dengannya. Rasulullah bersabda,maksudnya : Jibril datang kepadaku dan berkata "Wahai Muhammad, siapa yang menemui bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat keampunan, maka jika ia mati ia akan masuk neraka".

Maka sewajarnya setiap detik yang berlalu pada bulan Ramadhan digunakan untuk melakukan amal kebaikan seperti solat, sedekah, membaca al-Quran, zikir, doa, dan istighfar. Ramadhan adalah kesempatan untuk kita menanam rasa kehambaan pada Allah dan membersihkan hati dari kerosakan. Justeru kita wajib menjaga anggota badan daripada melakukan dosa seperti mengumpat, berdusta atau melihat perkara yang haram, mendengar yang haram, meminum dan memakan makanan yang haram agar puasa kita menjadi bersih dan diterima olehNya.

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira dengan ketibaan bulan Ramadhan kerana seperti yang dikatakan bahawa bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain. Hanya orang yang mengenali kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia apabila menjelangnya bulan yang mulia ini. Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim menyebut :" apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan".

Bulan puasa merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu dan bulan bercucuk tanam untuk bekalan di akhirat, bulan membersihkan dan menyucikan diri dari dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi pekerti yang tinggi dan luhur.

Oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan yang baik dengan sepenuh hati, jujur, dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
 
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 
 
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaq

Persiapan Yang Perlu Dari Segi Rohani Dan Jasmani....

1) Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani ibadah puasa dengan pengetahuan dan yang diperbaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran samada yang berhubung dengan rukun, syarat sah, sebab-sebab yang membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, adab berpuasa, dan hikmah-hikmahnya.

2) Membuat persiapan dari segi rohani iaitu merasai ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda.

3) Membanyakkan doa semoga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufiq dan hidayah-Nya supaya dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas, dan dijauhi daripada sifat riya', ujub dan segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4) Menguatkan semangat untuk melaksanakan latihan yang akan dijalani sepanjang bulan Ramadhan agar memperoleh kesan peningkatan ketakwaan kita.

Source: http://badlihisham.blogspot.com/2009_07_26_archive.html

Khusyu'

Bagaimana solat yang khusyu’ mendatangkan kejayaan?

Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah apa itu khusyu’. Beberapa pandangan ulama’ muktabar telah memberikan ulasan mereka tersendiri berkaitan dengan khusyu’ ini. Antara yang biasa kita dengar ialah serendah-rendah khusyuk ialah kita mengetahui apa yang sedang kita baca dan mengetahui berapa rakaat dia sedang solat.

Khusyu’ yang lebih mudah dimengertikan ialah kita mestilah menjaga segala perkara yang membatalkan solat, menyempurnakan solat dengan sebaiknya dan hati mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap solat itu sendiri.

Apabila kita menjaga solat dengan baik termasuk khusyu’, maka natijahnya terkesan dalam kehidupan kita seharian. Di masa solat kita telah melatih diri kita untuk mengingati Allah SWT. Kita akan melaksanakan kewajipan dalam solat dan meninggalkan segala yang membatalkan solat.

Khusyu’ dalam solat pastinya akan membawa khusyu’ dalam kehidupan seharian. Allah SWT bukanlah Maha Melihat ketika kita berada dalam solat sahaja, bahkan Allah Maha Melihat tidak terbatas dengan waktu dan tempat.

Orang mu’min yang benar-benar beriman, maka mereka tidak akan melakukan maksiat kepada Allah SWT di masa bensendirian ataupun di dalam masyarakat. Kerana mereka khusyu’ dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah SWT sebagaimana dalam solat.

Inilah yang kita boleh sebut sebagai kejayaan. Sebenar-benar kejayaan ialah apabila kita metaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Jika tersilap langkah, maka sewajibnya kita terus bertaubat kepada Allah SWT.

Di sebalik perintah Allah SWT dan laranganNya sudah tentu terkandung hikmah yang tidak mampu kita capai dengan aqal fikiran kita semata-mata. Allah SWT yang menjadikan kita, Allah SWT yang Maha Tahu tentang makhlukNya. Sesiapa yang tidak melaksanakan segala perintahnya dan membuat laranganNya maka pincanglah kehidupan, rosaklah perjalanan dan hinalah pengakhirannya.

Wednesday, July 28, 2010

Forward: Renungkanlah

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

Subhanallah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…\
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Source: iluvislam

Forward: Persediaan menyambut Ramadhan

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.


Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”

“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:
1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:

1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.

4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.
Source: Cahaya Mukmin

Monday, June 21, 2010

Menggadaikan Agama Kerana Dunia


Hadith Akhir Zaman
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendiakawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
H.R. Tirmizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak, mereka berani mengubah hukum Allah s.w.t. dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang lain yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Tuesday, June 15, 2010

Soal Puasa Bulan Rejab (Bhg. 4)

(sambungan dari entry sebelum ini..) 
Seterusnya Al Allamah Ibnu Hajar menambah::
Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni sunat) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM (yakni bulan-bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab). Padahal Rejab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram.

Riwayat dari Abi Daud dan lain-lainnya, dari Urwah, bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar (رضى الله عنها) ::
“Adakah Rasululah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa dibulan Rejab?
Beliau menjawab:
“Ya dan baginda melebihkannya.”
Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali.
Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan::
“Sesungguhnya dalam Syurga ada sebuah mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab”.

Imam Al Baihaqi mengulas “Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang Penyampai (Sahabat).” Maka tsabitlah sunat berpuasa di bulan Rejab, bukan makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan ianya makruh juga adalah fasid (yakni batal) bahkan salah (yakni tidak betul) sebagaimana yang telah engkau ketahui kelebihan/fadhilat puasa Sya’ban, padahal puasa Rejab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam, kemudian baki-baki bulan Haram, akhirnya barulah Sya’ban.

Ulasan:
Sebahagian manusia mengatakan Nabi (صلى الله عليه وسلم) tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada nash berpuasa Rejab. Lantaran itu (menurut mereka) haram dan bid’ah puasa Rejab, atau segolongan yang lain mengatakannya makruh. Menurut mereka, kalau kita berkepercayaan Nabi (صلى الله عليه وسلم) ada berpuasa di bulan Rejab, maka haram sebab dusta kepada Nabi (صلى الله عليه وسلم). Ataupun menurut segolongan lagi dari mereka, kalau hendak buat juga tapi mengkhususkan niat puasa bulan Rejab maka makruh sebab (kununnya) tak ada dalil hadits yang terang.

Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah. Jikalau pihak berkenaan menafikan Nabi (صلى الله عليه وسلم) pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilan pihak berkenaan, maka hendaklah mereka bertaubat. Kalau sengaja-sengaja berbuat dusta dan kacau-bilau dalam soal kefahaman agama, maka pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan.

Cuba kita lihat satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di bawah perenggan ini nanti, iaitu satu lagi hadits yang mana tidak disangsikan lagi akan keshahihannya. Yang sangsi adalah mereka yang di dalam hati berpenyakit seperti seolah-olah mereka ini gila dunia dan kemasyhuran, sedangkan diri mereka nampaknya bukanlah orang yang layak memperkatakan soal agama yang sedemikian rupa. Seperti juga keadaannya penyakit yang sudah ditimpakan kepada:

- golongan yang anti-ulama’ (seperti menafikan autoriti dan keilmuan ulama’ dengan mengatakan tiada ”priest” dalam Islam, yang mana di sini mereka jelas menyamakan agama ini dengan agama sesat seperti Kristian dan Yahudi yang mempunyai “priest” ataupun “Rabbi” mereka), ataupun

- golongan anti Ahli Sunnah, dan juga

- golongan anti Mazhab (yang menyatakan siapapun layak bercakap soal agama khususnya dalam hal ehwal fundamental TANPA ilmu yang mencukupi di mana cakapan mereka disebarluaskan kepada orang ramai, bukannya terhad untuk kegunaan diri mereka sendiri yang bermasalah itu).

Mudah-mudahan dijauhkan kiranya oleh Allah Ta’ala akan kita semua daripada tipudaya dan kerosakan serta kesesatan kefahaman Islam yang timbul pada golongan-golongan ini. [نعوذ بالله من ذلك].

Usman bin Hakam Al Ansori berkata::
”Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab.”

Beliau (Sa’id ) menjawab:
”Saya telah mendengar Ibnu Abbas (رضى الله عنها) berkata: Adalah Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berpuasa“. – Riwayat Muslim.
Terang dan jelas dalam hadits ini yang mana menunjukan bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) berpuasa Rejab, dan mereka yang mengatakan bahawa Nabi tidak pernah berbuatnya adalah dusta.

Kalau mereka berkata:
”Aah itu hadits yang menunjukan harus puasa di bulan Rejab, bukannya sunat. Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab. Sebab dalilnya hanya bersandarkan dalil yang umum akan hadits Shahih riwayat Muslim tersebut.”

Jawabnya:
Lihatlah bagaimana mereka cuba berpusing-pusing. Mula–mula mereka mengatakan tidak sunat puasa Rejab sebab tak ada dalil Nabi (صلى الله عليه وسلم) puasa padanya. Kemudian berdalih pula mengatakan hadits Muslim tersebut menunjukkan hanya hukum harus bukan hukum sunat sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama kaum Muslimin.

Lihatlah akan Syarah/Keterangan hadits tersebut dalam Kitab Syarah Muslim 8, ms 38-39, cetakan Daarul Syaqafah:

Bab: “Berpuasa Nabi (صلى الله عليه وسلم) di bulan yang selain bulan Ramadhan”.

Maksudnya::
“Yang dzahir, bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadits ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadits ini untuk ain (yakni diri atau perkara) puasa Rejab itu.

Bahkan sebaliknya bagi puasa Rejab (iaitu) sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum puasa di bulan-bulan haram). Tidak tsabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak “tidak sabit” nadab (sunat ) bagi diri Rejab , tetapi asal hukum berpuasa Rejab adalah disunatkan.

Di dalam Sunan Abi Daud (disebutkan) bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) men-sunat-kan berpuasa di bulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”.

Maksud sebenar keterangan Imam Nawawi sebagaimana yang ditulis beliau dalam kitab Syarah Muslim karangannya itu adalah hanya sanya dalil ”Kesunatan Rejab” tidak berdalilkan dengan ain/diri hadits tersebut. Bukan menafikan ”Kesunatan berpuasa di bulan Rejab”. Perhatikan baik-baik perkara ini.

Memang, berdasarkan hadits tersebut kita dapat fahamkan:
1) Nabi (صلى الله عليه وسلم) pernah berpuasa di bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa di bulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa di bulan Rejab adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.

2) Hadits tersebut dilalahnya menunjukan harus berpuasa di bulan Rejab. Bukan sunat, bukan juga makruh, dan barang dijauhi akan ke-haram-annya.

3) Sekalipun hadits tersebut tidak menjadi ain/diri dalil kesunatan berpuasa Rejab, tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga hukum nya sunat berdasarkan Hadits-hadits Shahih yang mentsabitkan puasa di bulan Haram. Misalnya adalah hadits riwayat Imam Ibnu Khuzaimah yang disebutkan sebelum ini dan hadits riwayat Imam Abu Daud yang juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah puasa di bulan-bulan Haram”.

Sebagai penjelasan, Imam Nawawi menyebut “Ashlu Shaum mandubun ilaih” yang mana maksudnya ” asal hukum berpuasa adalah mandub, iaitu disunatkan”. Ditahqiqkan dengan kenyataan “bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun kepada makna ‘Asyh harul Haram”.

Tidak ada satu hadits sama ada yang bertahap Shahih mahupun Hasan yang boleh dijadikan dalil pentakhisan untuk hadits “Asyharul Haram” yang umum maknanya itu. Bahkan hadits tersebut akan menunjukkan Rejab adalah sebahagian afradnya (yakni satu bulan daripada bulan-bulan haram).

Hadits yang khusus berkenaan puasa Sya’ban dan bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadits “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan puasa di bulan Rajab. Sebabnya Muharram, Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram. Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad daripada “bulan-bulan Haram”. Hadits khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab. Maka bulan Rejab tepat di atas hukum asalnya iaitu sunat sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut, iaitulah dengan catatannya “Ashlul Shaumi Mandhubun ilaih”.

4) Juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram, misalnya bulan Safar. Bulan Safar tidak termasuk bulan-bulan Haram. Bulan Rejab adalah bulan di mana sunat berpuasa di dalamnya berdalilkan hadits-hadits yang telah lalu. Sementara bulan Safar pula misalnya tidak disunatkan berpuasa sebab tidak ada dalilnya.

Oleh yang demikian, jika ada orang yang berkata:
“Tidak ada langsung bezanya bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain, sebab semua hadits-haditsnya adalah maudhu’ dan dhaif. Tidak ada fadhilat, tidak ada pahala, dan kalau puasa pun tidak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya: ”Sahaja aku puasa esok, di bulan Rejab….”;

maka satu lagi perkara bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan bulan selain bulan-bulan Haram seperti bulan Safar tersebut, menunjukan ada fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab.

Maka kita ulangi lagi, “Adalah mereka yang menafikan secara mutlak fadhilat bulan Rejab adalah melakukan kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran perbuatan menyalahfahamkan keterangan yang hak yang menjejaskan kepentingan awam”.

5) Maka sebenarnya hendaklah difahami, bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan hadits Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil berpuasa Rejab sahaja. Bukan kerana berpuasa Rejab tidak ada dalilnya. Kedua-duanya adalah berbeza.

Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan, tidak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata secara khusus berpuasa di bulan Rejab, sehingga boleh ditentukan niat berpuasa Rejab secara khusus.

Jawabnya:
Kenapa Imam Nawawi mengatakan ” Ashlu Shawumi Mandubun ilaih”? Cuba pula awak jelaskan?.

Sila lihat pula kitab Majmu’ Syarh Al-Muhazzab juzuk 6 ms 386:

“Sebahagian dari puasa yang disunatkan, ialah puasa dibulan-bulan Haram, iaitu Zul Qa’edah , Zul Hujjah, Muharram dan Rejab”.

Di sini menunjukkan sunat puasa Rejab dan adanya pengkhususan puasa Rejab serta niat-niatnya.

Oleh yang demikian, setiap Muslim semestinya faham untuk membezakan di antara terdapatnya hadits-hadits maudhu’ dan dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang berlainan.

Jangan terkeliru dan terpedaya dengan kata-kata atau tulisan mereka yang tidak bertanggung jawab ini, yang mungkin kononnya terlalu asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadits-hadits yang dusta terhadap Rasulullah (صلى الله عليه وسلم). Nampaknya mereka langsung terlajak menolak terus sunat berpuasa di bulan Rejab.

Sebenarnya kaedah atau metod mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa para ulama’ Muktabar mengikut kaedah mereka yang kebanyakannya adalah mengelirukan. Bahkan mereka sehingga ke tahap berhempas pulas mencanangkan di segala majlis dan tempat dan media akan cogan kata “Hendaklah menilai semula fatwa-fatwa ulama’, jangan ikut sahaja membuta tuli”. Padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan maksud kata-kata dari para ulama’ muktabar berkenaan.

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...