Cuti. hmm...byk program yg ak rncg. just terdayakah ak lakukan semuanya. hoho...jgn jd hangat2 tahi ayam sudah. cuti ni la ak nk meluaskan lag pmhaman ak mengenai islam. moga ditunjukan olehNya. n lagi satu ak xdpt update slalu blog ak coz umah xde intrnt n cc mmbazir plak rasenye. so cuti ni ak nk merasai kehidupan kg semula sepuas2 nye b4 jd student blk. hoho.. ntkan kisah2 ak bile ak start blaja blk. nt ak kongsi kan pengalaman ak semsa cuti summer break ni. hoho...
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan gambarkanlah akhirat itu di dalam hatimu, jadikanlah mati itu di hadapan matamu, janganlah kamu lupa kedudukanmu di sisi Allah. Jadikanlah diammu itu fikir, kata-katamu itu zikir, pandanganmu mengambil peringatan.” -Imam Syafie-
Sunday, November 29, 2009
Thursday, November 12, 2009
Soalan 6: Benarkah wanita lebih ramai masuk neraka? Kalau betul apa punca2 nye?
Hmm...soalan yg menarik. rase2 nye saya tahu mengapa saudari bertanyakan hal ini. mungkin terdengar hadith kan. Dulu saya pun paham mcm tu jugak but dr seorg ustaz, sy dh phm dh makna sebenar hadith tu. Hadith tu menyebut wanita plg bnyk masuk neraka berbanding lelaki. yup..memang benar but bukan bermakna jd wanita ni susah. byk perkara yg boleh membawa wanita ke neraka. tp disebabkan bilangan wanita ramai berbanding lelaki. akhir zaman nanti nisbah wanita kpd lelaki je disebut sbnyk 1 lelaki : 50 wanita. sebab tu la ramai wanita dalam neraka coz bilangan wanita jika dihimpunkan dr zaman Adam hingga tiupan sangkakala lebih ramai dr lelaki. so, sebab nak masuk neraka sama berat je dgn kaum lelaki xde yg special. maksud saye..tinggalkan solat (cth), dan dosa2 lain. tp ade gak yg special utk wanita je yakni suami. hoho.. isteri kena taat suami. n ni juga slh satu sebab kenapa wanita mudah masuk syurga.
p/s: so, soalan ni sy rase xperlu la nk bg dalil or hadith coz sekadar salah faham je. dulu sy pun tertanya2 gak di mana keadilan Allah s.w.t. tp disebabkan kejahilan sy je. tu yg xnmpk keadilan Allah s.w.t. haha...tanpa ilmu manusia ni mudah menyalahtafsirkan satu kebenaran. Alhamdulillah..skrg bnyk yg sy dh phm. skrg sy takut plak kalau2 sy salah sangka dgn tuhan lg. ade org dpt dugaan kecil je dh salah sangka dgn tuhan. mintak2 la kite xtermasuk dlm golongan tu. moga2 Allah buka hati kita utk melihat kebenaran yg biasa nye manusia ni xnampak. insya'allah..
Wednesday, November 11, 2009
Kembali
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Kisah Sahabat 3: Iman dan Islam
Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali): "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau bergembira, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiamana keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".
Imam al-Ghazali pula berkata, "Jangan terpesona, terpedaya dan berasa terlalu sedap hati dan aman dengan ni'mat Islam dan ni'mat terlepas daripada kemungkaran, karena kelurusan di pangkal jalan tidak semestinya lurus juga di hujung jalan. Ambillah iktibar daipada kisah-kisah di kalangan golongan 'abidin dahulu yang dengan tak semena-mena menjadi sesat di hujung jalan, lalu ditimpa 'kecelakaan' pada saat
terakhir hayatnya".
Nampaknye hari ni, byk yg akan ak post. hehe...ingat nk kuar but sakit kepala plak. rase mcm nk demam je. maybe..kene ujan kot lpas exam chem ari tu. hmmm..post kali ni ak nk ceritakan mengenai kisah seorg wali Allah yg memg terkenal. rasenye kalian lebih mengeatahui drpd ak. wali Allah tersebut adalah Rabi'atul Adawiyah. Kenal kan?
Rabiatul Adawiyah, seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada
Allah sepanjang hayatnya. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini.
Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati
Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Pada zaman di mana kejahilan menyelebungi masyarakat
arab kebanyakan sekolah agama ditutup, ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru
agama (pd asalnya) tapi terpaksa menjadi pendayung
sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya, dia akan mendendangkan lagu
yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping
ayahnya hinggalah dia dewasa. Apabila ayahnya meninggal dunia, dia menggantikan
tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu.
Mendengarkan suaranya yang merdu itu, seorang lelaki membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk
raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya, beliau insaf dengan segala
perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru
agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang
arak. Beliau sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Beliau juga diseksa
oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh
melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja
tidak senang melihat beliau sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut
menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun tidak
diberi makan beliau tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah.
Dipendekkan cerita, Rabi'atul Adawiyah dilepaskan setelah tempoh berkhidmat dgn raja tamat. Beliau berterima kasih
kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi
peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang
ke kampungnya, rumah telah roboh. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.
Pada
suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin
pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak
menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah.
Lalu dia merasa kecewa. Diceritakan ketika si pencuri mahu meninggalkan rumah, Rabiatul mengatakan
pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan
bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu
bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia
tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Dengan kuasa Allah, pada waktu itu, Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta
yang banyak sbg balasan berkhidmat utknya. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin
menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta
harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi
berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana
mendapat harta.
Suatu kisah yg ak kagumi, diceritakan satu hari beliau didatangi beberapa org lelaki. Lelaki2 itu mahu berhujah dgn Rabia'tul Adawiyah. Salah seorg dr mereka berkata bahawa darjat kaum lelaki itu lebih mulia dari wanita kerana semua nabi dan rasul dijadikan drpd kaum lelaki. Bangsawan2 juga drpd kaum lelaki (pd masa itu). Adilkah tuhanmu? Jawab Rabi'atul Adawiyah senang sahaja, jika begitu kaum lelaki jugalah paling hina kerana berasa bangga dgn kejayaan org lain dan Qarun, Namrud itu juga adalah lelaki. Maka, kalah lah kumpulan lelaki itu.
Rabi'atul
Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal
dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana
beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Berdasarkan kisah2 beliaulah, ak lebih
mempercayai bahawa pertolongan Allah utk hamba2 yg taat dan bersyukur sgt besar
sehinggakan mereka yg menerimanya begitu rendah diri dan lebih taat kpdNya.
Marilah kite tingkatkan kesyukuran kerana kita terpilih utk menerima nikmat
Islam dan Iman. Sedarlah bukan semua makhluk mendapat peluang seperti kita. Kita
amat amat BERTUAH!! peiharalah ia kerana bila2 masa ia boleh ditarik atas sebab kufur nikmat. nauzubillah..
Soalan 5: Ape hukumnya menyapu muka selepas memberi salam ketika solat, adakah ianya suatu sunnah? Adakah wajib menjawab salam org yg memberi salam selesai solat (rukun solat)?
Kali ni, saya gabungkan 2 soalan yg hampir sama (dari pengaju berbeza) bg memudahkan saya. Harap maklum... Bagi soalan yg pertama, ada beberapa hadith yg berkaitan dgnnya:
Dari Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku dari kedukaan dan kesedihan. (HR al-Thabrani)
Dari Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, hindarkan daripadaku dari kedukaan dan kesedihan. (HR al-Thabrani)
Namun ada yg mengatakan hadith ini merupakan hadith dhaif...
Dari
Anas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya baginda
menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian melalukannya atas
mukanya sampai ke janggutnya. (HR Abu Nu'im)
Namun, ada yg mengatakan hadith ini merupakan hadith maudhu'...
So, jika benar dakwaan itu, maka, kedua2 hadith ini tidak boleh diamalkan.
Petikan
daripada
kitab Mustika Hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Jilid
ke-2, terbitan JAKIM, edisi Jawi mukasurat 187-188 , manakala edisi
Rumi
mukasurat 185 – 186.
.….. perkara pertama yang disunatkan melakukan sesudah memberi salam ialah menyapu kepala dengan tangan kanan sambil membaca:
اللهم اذهب عني الهم والحزن بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku, kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.” (HR Tabarani)
.….. perkara pertama yang disunatkan melakukan sesudah memberi salam ialah menyapu kepala dengan tangan kanan sambil membaca:
اللهم اذهب عني الهم والحزن بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku, kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.” (HR Tabarani)
Menurut
hadith riwayat ibn al-Sunni dari Anas radiyallahu ‘anhu lafaz doa itu seperti
berikut:
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
Maksudnya: “Aku naik saksi (menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa
sesungguhnya tiada Tihan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Ya Tuhanku, hapuslah daripadaku,
kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan) dukacita.”
Menurut
hadith yang pertama (riwayat Tabarani), Baginda, “Menyapu kepalanya” dengan
tangan kananya sambil membaca doa yang pertama itu. Menurut hadith yang kedua
(riwayat Ibn Sunni), baginda “Menyapu dahinya” dengan tangan kanannya sambil
membaca doa yang kedua. Kita boleh memilih salah satunya, iaitu: “Menyapu kepala” sambil membaca doa
yang pertama, atau “Menyapu dahi” sambil membaca doa kedua, kerana kedua-dua
cara itu pernah dilakukan oleh Baginda.
Selain itu,
sepertimana yang tersebut pula dalam kitab Bughayatul Murtasyidin fi talkhishi
fatawa ba’dil aimmati minal ulama’il muta’akhirrin, himpunan Sayyid Abdurrahman
bin Muhammad bin Hussin bin Umar al Masyhur Ba’alawi, Mufti Hadralmaut [hal:49]
sebagai berikut:
“Telah diriwayatkan oleh Ibnu Munshur, bahawasanya Nabi saw adalah beliau apabila telah selesai solatnya, menyapulah ia akan dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian dilalukannya diatas wajahnya, sehingga menyampaikannya atas janggutnya, seraya diucapkannya :
بسم الله الذي لا إله إلا هوعالم الغيب والشهادةالرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن والغم . اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت اعوذبك من شرما افترفت واعوذبك من جهد بلاء الدنيا وعذاب الاخرة
Dan diriwayatkan dalam kitab Ibn Sunni, dari Anas radiyallahu ’anhu katanya: Apabila Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah selesai daripada solatnya, ia sapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian ia membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
“Telah diriwayatkan oleh Ibnu Munshur, bahawasanya Nabi saw adalah beliau apabila telah selesai solatnya, menyapulah ia akan dahinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian dilalukannya diatas wajahnya, sehingga menyampaikannya atas janggutnya, seraya diucapkannya :
بسم الله الذي لا إله إلا هوعالم الغيب والشهادةالرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن والغم . اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت اعوذبك من شرما افترفت واعوذبك من جهد بلاء الدنيا وعذاب الاخرة
Dan diriwayatkan dalam kitab Ibn Sunni, dari Anas radiyallahu ’anhu katanya: Apabila Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah selesai daripada solatnya, ia sapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian ia membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم اللهم اذهب عني الهم والحزن
Maka,
berdasarkan pengetahuan saya, ia merupakan sunnah. Namun, pastikan anda
tidak terikut2 dgn org lain. Nasihat saya, beramallah dgn ilmu yg ada
dan lebih elok kite menekankan kesempurnaan rukun solat kite berbanding
hal ini. Memandangkan belum tentu bacaan2 dalam solat kite sudah 100%
perfect.
Hmmm...soalan
kedua pula, apa yg saya tahu, memang benar wajib bg kite menjawab salam
namun ianya jatuh wajib jika salam itu khas ditujukan kpd kite sama ada
secara org perseorangan atau berkumpulan. Berbalik kpd soalan kedua,
memberi salam (rukun solat) itu jika xsilap saya ia ditujukan kpd
penjaga kite yakni malaikat yg mencatit dosa pahala (atid dan rakib).
So, hukumnya tidak wajib.
p/s:
saya baru perasan yg doa di ats terbalik. maybe disebabkan sy 'copy
paste' semasa sy menaip. so, minta maaf. harap maklum... thanks 4 da
questions. aneway dulu sy pun tertanya2 gak psl menyapu muka tu.
Monday, November 9, 2009
Perihal Hati
Hati merupakan tempat permulaan setiap perkara
yang kite lakukan. Tak kire la ape2 perkare sekalipun. Perbuatan itu mesti
dimulakan dgn niat. Tanpa niat kite tak akan dapat melakukan sesuatu. Sebab
itulah kalau dalam Islam setiap rukun ibadat yang ada mesti didahulukan dengan
niat. Begitulah jugak dalam menjalani kehidupan seharian manusia, niatlah yg
menentukan setiap kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupan...dari mana
datangnya niat tue? Mestilah hati kan..
Oleh yg demikian, kesucian hati perlulah dijaga utk berjaya dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat. Suci hati...insya'allah, berjayalah kite dalam melayari bahtera kehidupan ini dan begitu juga ketika kembali ke sisiNya. Jika kotor hati...nauzubillah, semoga kalian yg singgah di blog yg tidak seberapa ini dijauhkan dari penyakit hati yg kotor. Semoga kite memperoleh kejayaan dalam setiap bidang yg kite ceburi kerana Islam memerlukan cendiakawan, mujahidin dan muslimah2 yg unggul dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Bawalah kesucian Islam ke mana anda pergi dan perlihatkanlah ia. Sesungguhnya ia juga salah satu dakwah.
Oleh yg demikian, kesucian hati perlulah dijaga utk berjaya dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat. Suci hati...insya'allah, berjayalah kite dalam melayari bahtera kehidupan ini dan begitu juga ketika kembali ke sisiNya. Jika kotor hati...nauzubillah, semoga kalian yg singgah di blog yg tidak seberapa ini dijauhkan dari penyakit hati yg kotor. Semoga kite memperoleh kejayaan dalam setiap bidang yg kite ceburi kerana Islam memerlukan cendiakawan, mujahidin dan muslimah2 yg unggul dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Bawalah kesucian Islam ke mana anda pergi dan perlihatkanlah ia. Sesungguhnya ia juga salah satu dakwah.
Berbalik kpd perihal hati. Pesan Nabi Muhammad
s.a.w. kepada kite, "Ketahuilah dlm stiap tubuh (jasad) terdapat seketul
daging, jika elok daging itu, maka eloklah keseluruhan tubuhnya dan jika rosak
daging itu maka rosaklah keseluruhan tubuhnya, maka ketahuilah bahawa itu
adalah hati". Kadang2 kite terlepas pandang...hati juga boleh sakit,
walaupun zahirnya sihat. Hati juga boleh mati walaupun pada zahirnya masih
berfungsi.
Allah berfirman, "Dan apakah org yg sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yg terang, yang dgn cahaya itu dia dapat berjalan di tengah2 masyarakat manusia, serupa dgn org yg berada dlm gelap gelita yg sekali2 tidak dpt keluar daripadanya". (Al-An'am:122)
Allah berfirman, "Dan apakah org yg sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yg terang, yang dgn cahaya itu dia dapat berjalan di tengah2 masyarakat manusia, serupa dgn org yg berada dlm gelap gelita yg sekali2 tidak dpt keluar daripadanya". (Al-An'am:122)
Maksud ayat di atas, manusia itu mati kerana kekufuran.
Lalu Allah hidupkan kembali hatinya dgn keimanan. Hati yg sehat dan hidup, pada
batinnya adalah apabila didatangi kebatilan dan hal2 yg buruk, hati itu dapat
menghindarinya. Namun, jika hati itu telah mati/sakit, ia tidak dapat
membezakan antara yg batil dan yg hak...nauzubillah...
Memang umum kite megetahui bahawa hati manusia itu berubah2 umpama lalang ditiup angin (cecece...berfalsafah plak), namun, sebagai umat Islam kite digalakkan utk memohon kpd Allah agar kite sentiasa diberi keteguhan hati dan iman dgn melazimi membaca doa...antaranya,
Memang umum kite megetahui bahawa hati manusia itu berubah2 umpama lalang ditiup angin (cecece...berfalsafah plak), namun, sebagai umat Islam kite digalakkan utk memohon kpd Allah agar kite sentiasa diberi keteguhan hati dan iman dgn melazimi membaca doa...antaranya,
"Wahai Tuhan yg sentiasa membalik2kan hati, tetapkanlah hati ku atas
agamaMu dan ketaatanMu"
(Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Quluubana 'ala Deenika Wa' 'ala Thoo 'atik)
lebih baik lihat arabic nyer version, lg
betul sebutannya...
Semoga Allah menyingkap hijab di hati kita, sehingga nyatalah Allah dihati
kita dan kita menemukan Allah dalam setiap apapun yg terjadi...insya'allah...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Islam
ada cara untuk mengubati hati seperti apa yang pernah dikatakan oleh Imam
Al-Ghazali iaitu:
- Apabila bersua dengan KANAK-KANAK,
anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai
dosa berbanding diri kita.
- Apabila bersua dengan ORANG
TUA, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama
beribadah kepada Allah.
- Apabila bersua dengan ORANG
ALIM, anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana mempunyai
banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
- Apabila bersua dengan ORANG
JAHIL, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia
melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita melakukan dosa
tetapi mempunyai ilmu.
- Apabila bersua dengan ORANG
KAFIR, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf
dan memeluk agama Islam. Maka semua dosa yang telah dilakukan sebelum
beragama Islam akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Sedangkan kita yang telah
Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa.
Sememangnya
riya' dan takbur itu adalah perasaan yang buruk. Ingatlah bahawa ikhlas
merupakan syarat utama supaya amalan diterima oleh Allah.
p/s:
hoho..sebenarnya tuan blog ni tengah hepy bcoz br abes exam. yeah..cuti!! tu yg
cerita pasal hati tu. Jangan jeles (kpd sesiapa yg blum abes exam). Saya doakan
yg TERBAIK utk kalian..gud luck!!
Saturday, October 24, 2009
Jom perang...
Lebih kurg beberapa hari lg dr skrg ak akan berperang. Ak percaya ada di antara kalian juga begitu. Hehe...berperang dgn soalan bukan dgn org. Peperangan yg sudh lali ataupun cuba2 dilalikan oleh kite semua. OMG exam dh dekat. Kejap nye..
Em..kalo nak berbicara psl belajar, rasanya setiap hari kita ada teknik tersendiri utk mengepalai kejayaan. Namun, sering kali ada antara kita yg membandingkan diri sendiri dgn org lain. Kalau x pun pasti ada yg berkata2,
"Eh, rajinnya dia..hari2 belajar. Study mautt..xpandang kiri kanan. Pandang depan je (ceh over la plak). patut la gempak result die. xmcm ak asyik tido je."
or
"Wei, sedey arr...asal ak xlepas. Ak rase dh abes da bace buku soalan, soalan yg ak dpt pun senang2 tapi apsal nasib ak malang sgt arrr? tgk die tu, kelas slalu ponteng tp dpt result gempaq. Ape..ak kene slalu ponteng klas ke br dpt result gempaq?"
Kadang2 tu kita selalu kecewa apabila usaha yg dicurahkan tak memberi hasil yg didambakan selama ini...maka bermurunglah...berhibalah berminggu-minggu...but remember my dear friends...
"Allah answers our doa in 3 ways. He says YES and gives you what you want. He says NO and gives you something better. He says WAIT and gives you the BEST in His own time.."
Sahabat2 jgnlah terlalu meniru gaya belajar org lain kerana keadaan itu tak ubah seperti penyeksaan yg tidak hentinya terhadap diri sendiri. Namun, jika berhasil teruskanlah. Tapi ingatlah sejak zaman Adam as lg tidak pernah ditemukan 2 org yg terlalu sama dalam satu bentuk. Kalau kembar tu xtau arr ak. Dan ingatlah anda adalah insan lain...yg belum pernah dijumpai dalam sejarah manusia. Bayangkanlah kalau ada...xke nahas. Ada Einstein ke-2 (cth). Yakinilah kekuatan dan bakat yg telah Allah berikan kpd anda.
Hiduplah kita semua sebagaimana kita diciptakan dan seperti mana adanya...jgn sesekali kita menggantikan gaya hidup kita dgn cara yg baru yg mungkin membuat jalan hidup kita jauh lebih negatif dari sebelumnya. Kalau ia dapat membaiki diri kita maka teruskanlah. Didiklah jiwa dan diri kita dgn wahyu dan as-sunnah.
Sabda Rasulullah: "Janganlah salah seorg antara kalian itu menjadi ikut-ikutan dan tiru-meniru antara satu sama lain" (hadith ini merujuk terutama sekali dalam menunaikan ibadah. tunaikan ibadah dgn ilmu bukan dgn mengikut org. INGAT!!)
Memanglah tiada salahnya kita ingin mencontohi sesuatu yg baik. Cuma kita perlu ingat kemampuan kita adalah satu bukti kekuasaan Allah swt. Sesungguhnya umat manusia diciptakan dgn pelbagai tabiat. Melainkan tabiat itu buruk maka perlulah kita perbaikinya. Jangan berputus asa dgn usaha. Ingatlah bahawa setiap dari kita ada keistimewaan yang tersendiri. Carilah dan semailah ia agar dapat berbuah dgn lebatnya. Sehingga tahap kita tak sangka diri itu diri kita.
p/s: ok gud luck evibody those who'll siting exam this coming weeks!!! :D
Soalan 4: Apakah hukum mengucapkan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu dan menghadiri rumah terbuka perayaan berkenaan ?
Salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi
:
ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم :
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين
Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi)
berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini
(ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan
mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan
dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan
musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah
dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah
yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu
penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau
balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisa' : 86). Ini tidaklah bermakna kita
menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan
tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama
agama ini (Islam).”
Berdasarkan kenyataan ini (mengandungi ayat Quran juga), yang hanya dibenarkan adalah
ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Menghadiri rumah terbuka mereka termasuk sebahagian
daripada merayakan perayaan mereka (pandangan saya).
p/s: sy pun ade wish kwn2 gak. kite boleh berkwn dgn sesiapa sahaja. kerana bukankah nabi menyuruh kita berkenalan antara satu sama lain, ia adalah sebahagian dr dakwah. dan jika xsilap saya, salah satu tujuan Allah menciptakan manusia dari kalangan berbagai2 puak/kaum adalah utk berkenalan antara satu dan lain. Sory kpd pegemuka2 soalan yg masih belum sy jwb soalan2 anda. sebabnye sy masih mencari jwpn dan meringkaskan seberapa boleh. hehe..lgpun skrg sy nk exam, so nampak gayanya lg lambatlah. sory lg skali. :(
Kisah Sahabat 2: Nama Terindah
Sebenarnya kali ini kisah yg ak nk ceritakan bukanlah benar2 mengenai sahabat. Namun, ada pengajaran yg ak rasakan penting utk diceritakan pd post ak kali ini. Manusia yg ingin ak ceritakan pd kali ini adalah Halimah sa'diah. Tentu kalian sudah mengetahui cerita wanita ini. Yg merupakan ibu susuan nabi muhammad saw. Tp ramai yg melupakan pengajaran disebalik kisah ini. Sebenarnya byk pengajrannya. Just kali ini ak nk kaitkan cerita ini dgn 'nama'.
Pada zaman jahiliah, sudah menjd tradisi sesiapa yg melahirkan anak akan diserahkan anak itu kpd ibu angkat utk utk disusukan. Tradisi ini sudah berpuluh thn diamalkan. Tidak terkecuali nabi kita, nabi muhammad saw. Dlm thn gajah, terdapat 41 org bayi telah dilahirkan termasuk nabi muhammad saw. Ada yg mengatakan bhw inilah isyarat bahawa 40 org itu bakal menjd sahabat rasulullah saw. wallahualam..
Kerana keluarga rasulullah saw miskin, maka rasulullah saw hanya dibungkus dgn kain biasa sahaja sedangkan anak2 org lain yg jumlahnya 40 org dibungkus dgn kain2 sutera yg baik. Ketika rombongan bani Sa'ad dtg, kesemua anak2 ini diletkkan dikeliling Ka'bah dn diperlihatkan. Yg mana kelihatan 'cantik' akan diambil terlebih dahulu. Disebabkan dibungkus dgn kain ala kadar, tiada yg berminat utk mengambilnya. Diceritakan hingga kesemua 40 org bayi telah diambil kecuali nabi sahaja.
Namun, masih ada bani Sa'ad yg tertinggal iaitu, Halimah sa'diah. Halimah dan suaminya tertinggal dr rombongan bani Sa'ad kerana unta mereka telah tua. Mereka pergi bersama-sama namun tiba di Ka'bah tidak sama. Ketika itu, telah terlintas di fikiran Halimah bahawa beliau tidak akan mendapat anak susuan. Kalau ada pun anak2 org miskin yg tertinggal. Benarlah firasatnya, dia menemukan nabi terbungkus sederhana, tp ketika melihat wajah nabi, seolah2 bercahaya. Sejuk mata memandang. Dia gembira.
Sudah mnjd tradisi org yg mendapt anak susuan akan pergi ke Hajar Aswad terlebih dahulu bersama anak susuan sebelum kembali ke rumah. Di Hajar Aswad, batu Hajar Aswad tiba2 terangkat dr tempatnya dan pergi ke rasulullah saw (mencium rasulullah). Hasratnya utk membawa Muhammad cium Hajar Aswad namun sebaliknya yg berlaku. Hajar Aswad yg mencium nabi. subhanallah..
Setelah itu, dia pulang bersama suaminya dgn menunggang unta tua mereka. Rombongan bani Sa'ad telah lama meninggalkan mereka. Namun, satu lg keajaiban telah berlaku, unta tua itu tiba2 menjadi gagah. Unta tua itu dapat memotong semua rombongan bani sa'ad yg terlebih dahulu pulang berbanding mereka. Halimah percaya ini ada kaitan dgn anak susuan yg baru diperolehinya iaitu Muhammad.
Sepanjang dijaga Halimah, rasulullah saw tidak pernah meminta makanan mahupun meminta tambah makanan. Baginda makan apa yg diberi dan tidak meminta jika tidak diberi. Padahal anak2 Halimah yg lain berebutkan makanan. Namun, bhgn nabi tetap ada. Selain itu, susu Halimah juga bertambah byk sedangkan selama ini tidak sebegitu. Ada satu kisah bahawa nabi sudah susu sebelah dan ketika Halimah hendak memberikan sebelah lg, nabi tidak mahu dgn menutup mulutnya serapat-rapatnya. Halimah faham kerana rasulullah mengajar dia bahawa yg sebelah itu adalah utk abang susuan nya iaitu Damrah. Peristiwa ini berlaku berulangkali. masya'allah...sejak kecil Tuhan sudah masukkan keadilan pada rasullullah saw. Tidak seperti manusia skrg yg mementingkan hak diri sendiri berbanding menunaikan hak org lain.
Berbalik kpd cerita Halimah. Nabi tidak pernah menangis jika dibandingkan kanak2 seusianya. Inilah bukti kekuasaan Allah bahawa kelebihan Muhammad sbgai rasul yg terakhir iaitu penghulu segala nabi. subhanallah.. Namun, terjadi satu kisah di mana nabi tiba2 terlentang ketika bermain bersama2 abgnya, Damrah. Ketika itulah, berlakunya peristiwa dada nabi dibelah oleh malaikat jibril dan dicuci. Nabi menceritakan kesemua peristiwa itu kpd Halimah. Sehinggakan Halimah sukar mempercayainya. Tp sepanjang menjaga nabi, banyak peristiwa2 ajaib yg berlaku menyebabkan Halimah percaya akan Muhammad. Dia juga percaya bahawa Muhammad akan menjadi org yg penting pabila dewasa kelak. Bukan sebarangan manusia.
Setelah 4 thn dibwh jagaan Halimah, Muhammad diserahkan kembali kpd ibunya. Selepas itu, Halimah tidak tahu apa yg terjadi kepada Muhammad kerana pada zaman itu maklumat amat sukar utk diperolehi. (mane ade pejabat pos kan). Namun, ketika nabi berumur 40 thn, terdengarlah berita bahawa Muhammad menjadi rasul. Kerana ia menjadi perbualan hangat masyarakat arab ketika itu. Bayangkanlah perasaan Halimah apabila mengetahui anak susuan yg dijaga olehnya ketika kecil menjadi rasul. Tp utk berjumpa rasulullah sgt sukar kerana pada waktu itu, Islam bukanlah di tangan rasulullah (baru nak berkembang). Cuma satu hari pd waktu Halimah sudah tua, nabi menziarahinya. Beruntung Halimah kerana nabi akhir zaman sendiri menziarahinya. Tidak tergambar perasaan Halimah. Itulah kali terakhir Halimah berjumpa nabi.
So, apa pengajaran kisah ini?. Hmmm...byk rasenya. just ak nak kongsikan adalah "HALIMAH SA'DIAH" itu adlh nama yg sesuai dgn pengalaman hidupnya. Kenapa? sebab nama Halimah itu bermaksud lemah lembut, berkasih sayang ataupun org baik. Halimah sa'diah bererti Halimah yg bahagia, Halimah yg lemah lembut yg bahagia. Maka terbuktilah, Allah telah menetapkan bahawa Halimahlah yg menjadi ibu susuan nabi akhir zaman, nabi kita, Muhammad saw bersesuaian dgn makna namanya. Sungguh besar pahala itu. masya'allah..
Sebab itu, Islam menganjurkan memberi nama kepada anak dgn nama yg baik, itukan DOA. Moga2 anak itu membesar bersesuaian dgn makna namanya. Kpd wanita2 di luar sana, jadilah seperti Halimah sa'diah yg kasih kpd anaknya walaupun hidup dalam serba kemiskinan. Mendahulukan keluarganya berbanding diri sendiri. Yg redha dan rasa cukup dgn apa yg ada. Sudah tentu lemah lembut itu menghiasi dirinya. Akhir kalam dari empunya blog, "Susu ibu lah yg terbaik sekali". hehe...ak xsure la apsal ak tulis slogan tu. tp jgn marah bcoz itulah kebenarannya.
Thursday, October 22, 2009
Pabila Iman Di Dada
Pabila iman di dada
Kita tahu bahawa solat itu satu kewajiban utk semua umat. Yg perlu ditunaikan sebaik mungkin.
Namun
Semakin lama kita di dunia ini semakin ramailah yg mengambil mudah ttg solat. Solat umpama tidak lagi menjadi satu tanggungjawab tapi satu bebanan. Solat dilengah2 kan. Ada juga yg melupakan. nauzubillah..
Pabila iman di dada
Kita tahu ibu bapa adalah manusia yg perlu kita hormati. Keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah, kemurkaan ibu bapa adalah kemurkaan Allah.
Namun
Sekarang ramai anak2 lupa akan kasih sayang ibu bapa mereka. Kesusahan mereka membesarkan kita. Rumah org tua jd jalan penyelesaian. Tidak tahukah mereka bahawa melihat wajah ibu bapa beroleh pahala. Doa mereka mudah dimakbulkan. sedarlah..
Pabila iman di dada
Mengumpat, menghina dan seangkatan dengannya adalah satu dosa. Umpama memakan daging saudara sendiri. Dosanya lebih berat dr membunuh.
Namun
Pada hari ini, inilah satu budaya, keterbiasaan manusia. Tidak janggal utk bercerita keburukan org. Rahsia disebarkan, fitnah bertaburan. Inilah juga tanda akhir zaman. Janganlah kita yg menjadi golongan yang merealisasikan tanda akhir zaman ini. mudah-mudahan..
Pabila iman di dada
Kita akan mengerti kasih antara umat itu besar ertinya. Yg susah dibantu yg senang memberi. Mungkin terjadi nye bencana alam secara kerap adalah utk menyedarkan kita mengenai tanggungjawab ini.
Namun
Zaman moden ini, erti kasih sayang lah menjadi punca keruntuhan akhlak generasi muda. Salah mendefinisikan erti kasih dan sayang. Salah memberi kasih dan sayang. Mudah menerima kasih dan sayang. Batas2 pergaulan dilupakan. Yg susah dibiarkan yg senang mendiam diri. kembalilah kpd erti sebenar..
p/s: inilah sebab ak merasakan kita sudah jauh dari nlai2 islam sebenar. sedih sekali. kalaulah manusia itu tahu..nabi muhammad saw sangat cinta dan kasih kepada kita.
Thursday, October 15, 2009
Forward: Iman semut VS Iman manusia
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.
Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut !!!
Iman manusia ?
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
p/s: sejauh mana kebenaran cerita ini, anda sendirilah yg tentukan. Fikir2 kanlah dan Renung2 kanlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hak Sesama Muslim
Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...
-
Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...
-
Ayam...bermacam ayam. Ada ayam hutan, ayam kampung, ayam daging, ayam goreng. Oooppss, lupe lirik ar. Jangan marah ar. R amai daripada kita ...


