Sunday, February 3, 2013

Jangan Mudah Menilai


Dalam kehidupan seharian yang kita lalui, kita mudah sekali menilai orang lain, dengan sekali pertemuan kita mudah sekali melabel orang itu dan ini, sedangkan tidakkah ketika kita bertemu orang yang kita labelkan sombong itu sebenarnya tidak begitu, orang yang kita labelkan pendiam adalah sebaliknya. Kita harus memahami dengan umur yang Allah s.w.t berikan ini kita sebenarnya masih belum mengenali diri kita sendiri, justeru itu bagaimana pula dengan waktu yang singkat kita boleh menilai orang lain.
Penilaian kita terkadang hanyalah sebuah refleksi dari paradigma kita sendiri dan bukanlah satu realiti!Maka yang paling layak membuat penilaian ialah Allah s.w.t, Dia bukan sahaja mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh manusia malah apa yang difikirkan termasuk segalanya yang ada dalam naluri manusia yang kadangkala tidak kita sedari.

Ini dapat kita fahami melalui firmanNya:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
( Surah Qaf : 16 )

Maka dalam ajaran Islam kita tidak dianjur untuk menilai seseorang, berprasangka dan membuat tohmahan dan sebagainya tetapi diajar kepada untuk membuat muhasabah terhadap diri sendiri supaya kita dapat mengenali sebenarnya potensi fitrah kita.

Peace no war!!

Saturday, February 2, 2013

Pesanan Rasulullah s.a.w.

Pesanan Rasulullah saw yang mengajarkan kita untuk mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus ke dalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita. Mari kita memperhatikan pesanan tersebut dalam bentuk dialog antara manusia dan setan:

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati”. Katakan kepadanya: “Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira”.

2. Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Hartamu musnah”. Katakan kepadanya: “Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat”.

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun”. Maka, katakan kepadanya: ”Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)”.

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: ”Betapa banyak kebaikanmu”, dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya: ”Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku”.

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata:” Alangkah banyaknya shalatmu”. Maka katakan: ”Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku”.

6. Dan jika ia datang dan berkata: ”Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang”. Maka katakan kepadanya: ”Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan”.

7. Dan jika ia berkata kepadamu: ”Betapa banyak orang yang menzalimimu”. Maka katakan kepadanya: ”Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak”.

8. Dan jika ia berkata kepadamu: ”Betapa banyak amalmu”. Maka katakan: ”Betapa seringnya aku bermaksiat”.

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: ”Minumlah minum-minuman keras!” Maka katakan: ”Saya tidak akan mengerjakan maksiat”.

Wednesday, July 25, 2012

Sambungkan aku ke cinta itu...

Waktu yang berlalu terasa begitu singkat sekali, perginya terasa begitu cepat. Sedar atau tidak, Ramadhan sudah memasuki hari ke-6. Terbukti, waktu itu sebuah perjalanan tanpa perhentian. Dan kitalah yang sepatutnya mengisi setiap detik itu dengan sesuatu, kerana hanya itulah yang memberi erti pada 'waktu' itu. Apa yang kita lakukan, setiap apa yang kita lakukan, biarlah menjadi tanda syukur kita padaNya atas nikmat waktu yang dikurniakan itu. Alhamdulillah...kita diberi kesempatan untuk menyapa Ramadhan pada tahun ini. 

Gunakanlah peluang yang sangat mahal ini untuk menambah kekuatan jiwa. Kembali bangkit menguatkan azam dan semangat dalam menambah bekal agar sisa hidup kita tepat atas landasan yang menuju redha Allah s.w.t. Bukan terperangkap oleh  tipu helah syaitan dan jerat-jerat dunia. Marilah berazam untuk memiliki Ramdhan dan segala isinya pada tahun ini. Sepertimana kita mencintai Syawal yang memiliki Hari Raya Aidilfitri. Nauzubillah...semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang ghairah menanti kehadiran lebaran 1 Syawal tanpa menghiraukan kedatangan suatu malam yang mana keutamaannya lebih baik dari 1000 bulan. Beruntung dan berbahagialah sesiapa yang berjaya memiliki malam itu.

Wahai Allah, sesungguhnya aku ini apa sahaja kebaikan yang engkau turunkan amatlah fakir. Hadith nabi ada menyebut, bagi setiap amalan itu ada masa kuat dan ada masa lemah. Baik perbuatan jahat ataupun baik. Sesiapa pada masa lemahnya kembali pada sunnah Nabi, akan mendapat petunjuk. Maka, tidak hairan dan janganlah berputus asa bila kita rasa lemah untuk beramal. Amal yang paling disukai Allah s.w.t. ialah yang tetap dilakukan walaupun ianya sedikit. Subhanallah...teruskanlah dengan amalan masing-masing di bulan Ramadhan ini. Semoga semua amalan itu diterima dan dapat diteruskan di bulan-bulan berikutnya.

Sedikit perkongsian hadith. Hadith yang biasa dibaca atau didengar tapi kurang dihayati. Allahuakbar... Daripada Abu Hurairah r.a. telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w., "Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah.  Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya atau mengangkat barang2nya ke atas tunggangannya adalah sedekah. Kata-kata manis juga sedekah. Setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembayang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas orang ramai juga merupakan sedekah" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sedekah juga satu amalan yang dituntut di bulan mulia ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: Menulis sambil dengar lagu baru Najwa Latiff - AdaMu. Lirik lagu ni penuh bermakna. Thumbs up!!

Sunday, April 15, 2012



Menurut Imam Abu Bakr al-warraq (guru al-Ghazali): "Apabila engkau dengar perihal kaum kafir akan berkekalan di dalam neraka, maka jangan engkau, kerana engkau orang Islam, berasa aman dan terselamat atau terlepas daripada pembalasan seperti orang-orang kafir itu. Sebabnya, urusanmu dan dirimu itu masih di dalam ancaman bahaya. Engkau belum tahu bagaiaman keadaanmu di hujung hayatmu nanti dan betapa nasib dirimu dalan suratan di Lauhul-Mahfudz. Sebab itu, janganlah berasa sedap hati dengan masa gemilangmu sekarang. Di sebalik kegemilangan itu berkemungkinan besar tersembunyi kecelakaan".


Friday, December 30, 2011

Muhasabah iman kita!

Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa. Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain. Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang. Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan. Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya. Berhadapan dengan ujian dia tenang. Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur. Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah. Walau di dalam keadaan susah dan senang. Bermesra dengan orang. Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya. Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan. Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya. Merendah diri adalah budaya hidupnya. Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya. Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya. Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan. Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya. Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian. Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukany.a Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya. Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya. Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah. Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya. Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa berhadapan dengan kesusahannya. Tawakal, sabar dan redha adalah menjadi budaya hidupnya.

Beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik ciri Islam itu wujud. Namum, kalau ciri Islam wujud pada seseorang, belum tentu ciri mukmin juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Iman itulah taqwa. Tidak cukup jadi orang Islam sahaja tetapi mesti menjadi orang mukmin (bertaqwa).

Iman adalah hakikat dan Islam adalah syariat. Iman bersifat rohaniah dan Islam bersifat lahiriah. Yang Tuhan akan nilai di Akhirat nanti ialah iman. Yang Tuhan akan nilai adalah hakikatnya. Hakikat bertapak pada roh atau hati. Hatilah yang Tuhan akan nilai, bukan soal-soal lahir. Namum, kedua-duanya mesti  dibuat. Tetapi keutamaannya adalah pada hati. Orang mukmin dijamin masuk Syurga sedangkan orang Islam tidak dijamin sedemikian.

Ada satu cerita di zaman Rasulullah SAW. Seorang Arab Badwi masuk Islam. Apabila bertemu dengan Rasulullah, dia berkata kepada baginda,”Wahai Rasulullah, saya sudah beriman.” Terus Rasulullah menegur,” Jangan katakan kamu sudah beriman. Katakanlah sahaja kamu sudah Islam.”

Ertinya untuk dapat iman adalah susah. Untuk menjadi Islam, itu mudah. Syahadah sahaja, sudah Islam. Di sinilah kita lihat mengapa umat Islam masih jahat walaupun ibadah banyak. Ibadah banyak menggambarkan kulit atau syariat Islam. Ibadah tidak semestinya menggambarkan iman dan taqwa.

Katalah seseorang itu sembahyangnya banyak, puasa sunatnya banyak, rajin mengaji dan berjuang tetapi dalam masa yang sama dia berbohong, rasuah, hasad dengki, tidak ada kasih sayang dan tidak pedulikan orang. Islamnya hebat. Syariatnya pun hebat. Tetapi cacatnya terlalu banyak. Itu petanda hatinya belum benar-benar beriman dan bertaqwa.

Perasaan bersalah perlu ada dalam hati tatkala begitu banyak dosa kita lakukan. Tatkala begitu banyak maksiat berlaku di sekeliling kita tanpa kita usaha mencegahnya. Beruntunglah insan bilamana sekadar hatinya benci akan perkara itu. Tulisan ini sekadar renungan bersama setelah lama mendiamkan diri. Jangan mengeluh bila begitu banyak dugaan menghimpit diri. Jadikan ia peluang untuk kita dekat padaNya. Yakinlah selangkah kita dekat padaNya, seribu langkah Dia dekat pada kita. Apabila kita merasai perasaan itu, percayalah segala dugaan itu seolah-olah tidak menggambarkan apa-apa kesusahan pun. Kembalilah, berpalinglah kepadaNya pada ketika ramai umat manusia sudah lupa akan Dia. Hanya itulah ketenangan, kebahagiaan yang abadi.

Wassalam..

Tuesday, September 6, 2011

Saat Cinta Berbuah Syurga


“Said anakku, sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Seorang teman baik yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang mampu kau ajak bercinta untuk syurga.”

Di tanah Kurdistan ada seorang raja yang adil dan soleh. Dia memiliki seorang anak lelaki yang tampan, cerdas dan pemberani. Saat-saat paling menyenangkan bagi sang raja adalah ketika dia mengajari anaknya itu membaca Al-Qur’an. Sang raja menceritakan kepadanya kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tentaranya di medan pertempuran. Anak raja yang bernama Said itu, sangat gembira mendengar kisah yang diceritakan oleh ayahnya. Si kecil Said akan merasa jengkel jika di tengah-tengah ayahnya bercerita, tiba-tiba ada yang memutuskannya.

Terkadang, ketika sedang asyik mendengarkan cerita ayahnya, tiba-tiba pengawal masuk dan memberitahukan bahawa ada tamu penting yang harus ditemui oleh raja. Sang raja tahu apa yang di rasakan anaknya.

Maka, dia memberi nasihat kepada anaknya, “Said, Anakku, sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Seorang teman baik yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang mampu kau ajak bercinta untuk syurga.”
Said tersentak mendengar perkataan ayahnya.

“Apa maksud Ayah dengan teman yang bisa diajak bercinta untuk syurga?” tanyanya dengan nada penasaran.
“Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu berteman denganmu, bukan karena darjatmu, tapi karena kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu karena Allah. Dengan dasar itu, kaupun mencintainya dengan penuh keikhlasan karena Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kalian masuk ke syurga.”

"Bagaimana cara mencari teman seperti itu, Ayah?” tanya said.

Sang raja menjawab, “Kamu harus menguji orang yang hendak kau jadikan teman. Ada satu cara menarik untuk menguji mereka. Undanglah siapapun yang kau anggap sepadan untuk menjadi temanmu saat makan pagi disini, di rumah kita. Jika sudah sampai di sini, panjangkanlah waktu penyajian makanan. Biarkan mereka semakin lapar. Lihatlah apa yang kemudian mereka perbuat. Saat itu, rebuslah tiga butir telur. Jika dia tetap bersabar, hidangkanlah tiga telur itu kepadanya. Lihatlah, apa yang kemudian mereka perbuat! Itu cara yang paling mudah bagimu. Syukur, jika kau dapat mengetahui perilakunya lebih dari itu.”

Said sangat gembira mendengar nasihat ayahnya. Dia pun mempraktikan cara mencari teman sejati yang cukup aneh itu. Mula-mula, dia mengundang anak-anak para pembesar kerajaan satu persatu. Sebagian besar dari mereka marah-marah karena hidangannya tidak keluar keluar. Bahkan, ada yang pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal dengan hati kesal, ada yang memukul-mukul meja, ada yang mleontarkan kata-kata keji dan memaki hamun karena terlalu lama menunggu hidangan.

Diantara teman anak raja itu, ada yang bernama Adil.

Dia anak seorang menteri. Said melihat, sepertinya Adil anak yang baik hati dan setia. Maka, dia ingin mengujinya. Diundanglah Adil untuk makan pagi. Adil memang lebih sabar dibandingkan anak-anak sebelumnya. Dia menunggu hidangan dengan setia, setelah dirasa cukup, Said mengeluarkan sebuah piring berisi telur rebus. Melihat itu Adil berkata keras, “Hanya ini sarapan kita? Ini tidak cukup mengisi perutku?”
Adil tidak mahu menyentuh telur itu. Dia pergi dan meninggalkan Said sendirian. Said diam. Dia tidak perlu meminta maaf kepada Adil karena meremehkan makanan yang telah dia rebus dengan kedua tanggannya. Dia mengerti bahwa Adil tidak lapang dada dan tidak cocok untuk menjadi teman sejatinya.

Hari berikutnya, dia mengundang anak saudagar terkaya. Tentu saja, anak saudagar itu sangat senang mendapat undangan makan pagi anak raja. Malam harinya, sengaja dia tidak makan dan melaparkan perutnya agar paginya dia dapat makan sebanyak mungkin. Dia membayangkan, makanan anak raja pasti enak dan lezat.

Pagi-pagi sekali, anak saudagar kaya itu telah datang menemui Said. Seperti anak-anak sebelumnya, dia harus menunggu waktu lama sampai makanan keluar. Akhirnya, Said membawa piring dengan tiga biji telur rebus di atasnya.

“Ini makanannya, saya ke dalam dulu mengambil air minum,” kata Said sambila meletakan piring itu di atas meja.

Lalu, Said masuk ke dalam. Tanpa menunggu lagi, anak saudagar kaya itu langsung melahap satu persatu telur itu. Tidak lama kemudian, Said keluar membawa dua gelas air masak. Dia melihat ke meja, ternyata tiga telur itu telah lenyap. Dia kaget.

“Mana telurnya?” tanya Said pada anak saudagar.

“Aku makan.”

“Semuanya?”

“Ya, aku lapar sekali.”

Melihat hal itu Said langsung tahu bahawa anak saudagar itu juga tidak boleh dijadikan teman setia. Dia tidak setia. Tidak dapat merasakan suka dan duka bersama. Sesungguhnya, Said juga belum makan apa-apa.

Said merasa jengkel kepada anak-anak sekitar istana. Mereka semua mementingkan diri sendiri. Tidak setia kawan. Mereka tida layak dijadikan teman sejatinya. Akhirnya, dia meminta izin kepada ayahnya untuk pergi mencari teman sejati. Akhirnya, said berfikir untuk mencari teman di luar istana. Kemudian, mulailah Said berpetualang melewati hutan, ladang, sawah, dan kampung-kampung untuk mencari teman yang baik.

Sampai akhirnya, di suatu hari yang cerah, dia bertemu dengan anak pencari kayu bakar. Said mengikutinya diam-diam sampai anak itu tiba di pondoknya. Rumah dan pakaian anak itu menunjukan bahawa dia sangat miskin. Namun, wajah dan sinar matanya memancarkan kecerdasan dan kebaikan hati. Anak itu mengambil air wudhu, lalu solat 2 roka’at. Said memerhatikannya dari balik rumpun pepohonan.

Selesai solat, Said datang dan menyapa, “Kawan, kenalkan namaku Said. Kalau boleh tahu, siapa namamu? Kau tadi solat apa?"


“Namaku Abdullah, tadi aku solat Dhuha.”

Lalu, Said meminta anak itu agar bersedia bermain dengannya dan menjadi temannya.

Namun, Abdullah menjawab, “Kukira kita tidak sesuai menjadi teman. Kau anak seorang kaya, malah mungkin anak bangsawan. Sedangkan aku, anak miskin. Anak seorang pencari kayu bakar.”

Said menyahut, “Tidak baik kau mengatakan begitu. Mengapa kau membeza-bezakan orang? Kita semua adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya taqwa yang membuat orang mulia di sisi Allah. Apa aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga kau tidak mahu berteman denganku? Mengapa tidak kita cuba beberapa waktu dulu? Kau nanti mampu menilai, apakah aku sesuai atau tidak menjadi temanmu.”

“Baiklah, kalau begitu, kita berteman. Akan tetapi, dengan syarat, hak dan kewajiban kita sama. Sebagai teman yang seia-sekata.”

Said menyepakati syarat yang diajukan oleh anak pencari kayu itu. Sejak hari itu, mereka bermain bersama, pergi ke hutan bersama, memancing bersama, dan berburu arnab bersama. Anak tukang kayu itu mengajarinya berenang di sungai, menggunakan panah dan memanjat pohon di hutan. Said sangat gembira sekali berteman dengan anak yang cerdas, rendah hati, lapang dada, dan setia. Akhirnya, dia kembali ke istana dengan hati gembira.

Hari berikutnya, anak raja itu berjumpa lagi dengan teman barunya. Anak pencari kayu itu langsung mengajaknya makan di pondoknya. Dalam hati, Said merasa kalah, sebab sebelum dia mengundang makan, dia telah diundang makan.Di dalam pondok itu, mereka makan seadanya. Sepotong roti, garam dan air putih. Namun, Said makan dengan sangat lahap. Ingin sekali rasanya dia minta tambah kalau tidak mengingat, siapa tahu anak pencari kayu ini sedang mengujinya. Oleh karena itu, Said merasa cukup dengan apa yang diberikan kepadanya.

Selesai makan, Said mengucapkan hamdalah dan tersenyum. Setelah itu, mereka kembali bermain. Said banyak menemukan hal-hal baru di hutan, yang tidak dia dapatkan di dalam istana. Dia diajari untuk mengenali dan membezakan jenis dedaunan dan buah-buahan di hutan, antara daun dan buah yang boleh dimakan, yang boleh di jadikan ubat, serta yang beracun.

“Dengan mengenal jenis buah dan dedaunan di hutan secara baik, kita tidak akan cemas jika  tersesat. Persediaan makanan ada disekitar kita. Inilah keagungan Allah!” kata anak pencari kayu bakar.

Seketika itu, Said tahu bahwa ilmu tidak hanya dia dapat dari madrasah seperti yang ada di ibukota kerajaan. Ilmu ada di mana-mana. Bahkan, di hutan sekalipun. Hari itu, Said banyak mendapatkan pengalaman berharga.

Ketika matahari sudah condong ke barat, Said bersalaman kepada sahabatnya itu untuk pulang. Tidak lupa, Said mengundangnya makan di rumahnya besok pagi. Lalu, dia memberikan secarik kertas pada temannya itu. “Pergilah ke ibu kota, berikan kertas ini kepada tentara yang kau temui disana. Dia akan mengantarkanmu ke rumahku,” kata said sambil senyum.

Insya Allah aku akan datang,” jawab anak pencari kayu itu.

Pagi harinya, anak pencari kayu itu sampai juga ke istana. Dia sama sekali tidak menyangka kalau Said adalah anak raja. Mulanya, dia ragu untuk masuk istana. Akan tetapi, jika mengingat kebaikan dan kerendahan hati Said selama ini, dia berani masuk juga.

Said menyambutnya dengan hangat dan senyum gembira. Seperti anak-anak sebelumnya yang telah hadir di ruang makan itu, Said pun menguji temannya ini. Dia membiarkannya menunggu lama sekali. Namun, anak pencari kayu bakar itu sudah terbiasa lapar. Bahkan dia pernah tidak makan selama tiga hari atau terkadang makan daun-daun mentah saja. Selama menunggu, dia tidak memikirkan makanan sama sekali. Dia hanya berfikir, seandainya semua anak bangsawan adalah sebaik anak raja ini, tentu dunia akan tenteram.

Selama ini, dia mendengar bahwa anak-anak pembesar kerajaan, senang membuat huru-hara. Namun, dia menemukan seorang anak raja yang santun dan soleh.


Akhirnya, tiga biji telur rebus pun dihidangkan. Said mempersilakan temannya untuk memulai makan. Anak pencari kayu bakar itu mengambil sebiji telur. Lalu, dia mengupas kulitnya pelan-pelan. Sementara itu, Said mengupas dengan cepat dan menyantapnya. Kemudian, dengan sengaja Said mengambil telur yang ketiga. Dia mengupasanya dengan cepat dan melahapnya. Temannya selesai mengupas telur. Said ingin melihat apa yang akan dilakukan temannya dengan sebutir telur itu, apakah akan dimakannya sendiri atau…?

Anak miskin itu mengambil pisau yang ada di situ. Lalu, dia membelah telur itu menjadi dua; yang satu dia pegang dan yang satunya lagi, dia berikan kepada Said. Said menangis terharu.

Lalu, Said pun memeluk anak pencari kayu bakar itu erat-erat seraya berkata, “Engkau teman sejatiku! Engkau teman sejatiku! Engkau temanku masuk syurga.”

Sejak itu, keduanya berteman dan bersahabat dengan sangat akrab. Persahabatan mereka melebihi saudara kandung. Mereka saling mencintai dan saling menghormati karena Allah Swt.

Karena kekuatan cinta itu, mereka bahkan sempat bertahun-tahun mengembara bersama untuk belajar dan berguru kepada para ulama yang tersebar di Turki, Syiria, Irak, Mesir dan Yaman.

Setelah berganti bulan dan tahun, akhirnya keduanya tumbuh dewasa. Raja yang adil, ayah Said, meninggal dunia. Akhirnya, Said diangkat menjadi raja untuk menggantikan ayahnya. Menteri yang pertama kali dia pilih adalah Abdullah, anak pencari kayu itu. Abdullah pun benar-benar menjadi teman seperjuangan dan penasihat raja yang tiada duanya.

Meskipun telah menjadi raja dan menteri, keduanya masih sering melakukan solat tahajud dan membaca Al-quran bersama. Kecerdasan dan kematangan jiwa keduanya mampu membawa kerajaan itu maju, makmur dan jaya, baldatun thayyibatun wa Rabbun Ghafur

http://aqmerpatiputih.blogspot.com/

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...