Tuesday, March 23, 2010

Sekapur Sirih (Intro)

Orang mukmin yang baik sama seperti sebatang pokok kalau pokoknya subur, itu adalah kesan dari akar tunjang yang kuat. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga yang cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak lagi sedap rasanya sehingga menjadikan semua makhluk terutama manusia mendekati dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulah bagi mereka yang aqidahnya baik, syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik hingga dia mencorak hidup individu dan masyarakat. Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini kerana ia boleh mencorakkan hati seseorang. Sehingga yang lahir dalam tindakan, adalah gambaran hatinya itu.

Dalam hadith Rasulullah s.a.w. ada menyebutkan yang bermaksud:

“Awal-awal agama ialah mengenal Allah”

Mengenal Tuhan itu pula tidak cukup sekadar tahu tentang Tuhan atau tahu tentang sifat-sifat Tuhan secara ilmunya, tetapi hendaklah merasakannya di hati. Akal mengetahui dan hati merasakan betapa Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Hebat, Maha Baik, Maha Pemaaf, Maha Pembela dan lain-lain.

Setelah hati ada rasa bertuhan, secara automatik hati akan dipenuhi rasa kehambaan iaitu rasa lemah, rasa berdosa, rasa bergantung harap kepadaNya, rasa cinta da takut dengan Tuhan sepertimana yang dirasakan oleh para sahabat yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu.

Apabila sudah ramai manusia yang mempunyai akal dan hati seperti itu, maka lahirlah kehidupan dunia yang aman makmur seperti syurga sebelum syurga yang kita impikan. Kerana hati yang cinta dan takut Tuhan itu mendorong manusia bersyariat dan berakhlak sesame manusia seluruh makhluk Tuhan. Iaitu menjadi orang yang bertakwa.

Sekiranya kita tidak  mengenali Tuhan, bagaimana kita nak persembahkan hadiah seperti sembahyang, puasa, zakat, mengaji, dan ibadah-ibadah yang lain kepada Tuhan. Sedangkan kita belum cukup kenal denganNya.

Sunday, March 21, 2010

Nilai Sabar

Kehidupan kita didunia ini penuh dengan ujian. Allah sengaja mengadakan ujian itu semata-mata. Kenapa? 

Dialah yang menjadikan mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha kuasa (membalas amal kamu), lagi maha pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat) " (Surah al-Mulk Ayat : 2)

Segala yang ada di dunia ini hanyalah ujian semata-mata. Tiada manusia yang akan terlepas dari melaluinya. Tidak kira apapun pangkatnya, selagi dia bernama manusia, maka dia akan merasai ujian dari Allah. Bermula dari Nabi Adam hinggalah kepada pemimpin-pemimpin, raja-raja, saudara mara kita dan juga termasuk diri kita sendiri. Sebagai seorang yang beriman kepada qada' dan qadar dari Allah, kita wajib percaya bahawa ujian itu datangnya dari Allah.

Ada orang menganggap bahawa apabila mereka ditimpa kesusahan maka itu adalah bala atau kemurkaan dari Allah. Dan apabila mereka mendapat kemewahan dan kesenangan maka pada mereka itulah rahmat yang dikurniakan. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Kemewahan itu juga adalah ujian dan bukan hanya ujian itu apabila kita mendapat kesusahan.

Saidina Abu Bakar pernah berkata bahawa, “Ketika orang-orang Islam menerima ujian kesusahan, kami semua dapat mengharunginya. Tetapi apabila datang ujian kemewahan, hampir-hampir kami tewas.” Kenyataan Saidina Abu Bakar ini sebenarnya menunjukkan bahawa ujian kemewahan adalah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan ujian kesusahan kerana apabila ditimpa susah, kita sentiasa akan mengingati Allah. Tetapi apabila kita diuji dengan kesenangan, maka kita teramat mudah untuk menjadi lupa diri, sombong, bakhil, takbur dan sebagainya.

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi." Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan." Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah." Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.” "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring." Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya ketika dimarahi itu kita telah didatangi ketenangan yang kita sendiri tidak dapat lihat kerana salah satu tanda orang yang tenang adalah dia dapat membendung api kemarahannya.

Ada pula diantara manusia cepat merasa kecewa, marah serta putus harap apabila kita ditimpa kesusahan. Itu bukanlah sifat seorang muslim kerana orang muslim tiada erti putus asa atau kecewa baginya. Mereka yang kecewa ini lekas hilang kesabaran terutamanya apabila kehilangan sesuatu yang paling bermakna dalam kehidupan mereka. Sehinggakan ada juga yang menjadi lebih teruk dengan sanggup untuk menyalahkan takdir Allah.

Kita sebagai umat Islam dilarang daripada berkeluh kesah diatas ujian yang menimpa kita. Dalam menghadapi ujian samada susah atau senang kita mestilah bersabar. Ya benar, bukan perkara yang senang bagi orang yang terkena ujian menterjemahkan perkataan SABAR itu dalam bentuk praktikal tetapi percayalah, itulah perkara yang paling mulia apabila ditimpa ujian. Dengan kesabaranlah Allah akan mengangkat darjat kemuliaan kita. Dengan sabar juga hati menjadi tenang kerana mengingatkan kita bahawa ini adalah ujian dari Allah.

Sebuah hadith daripada Abu Yahya Shuhaib bin Sinan.Nabi s.a.w bersabda "Sungguh unik urusan orang yang beriman itu. Semua urusannya baik baginya. Hal ini hanya dimiliki oleh orang yang beriman. Jika dia memperolehi kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Jika dia dirimpa kesulitan, dia bersabar dan itu baik baginya. " Riwayat Muslim.

Hadis ini menunjukkan bahawa senang atau susah bagi seorang muslim, adalah kebaikan dan bernilai pahala di sisi Allah jika dia bersabar dan redho menerimanya. Seorang mukmin sejati akan sentiasa bersabar dan bersyukur kepada Allah samada diwaktu senang ataupun susah. Dan pastinyalah atas kesabaran itu,maka mereka akan merasai ketenangan hidup.

Lihatlah kesabaran para nabi-nabi apabila datangnya ujian dari Allah. Lihatlah ujian yang ditimpakan keatas Nabi Ayyub. Baginda menghadapi ujian kesakitan, kematian anak-anaknya dan juga kehilangan harta benda. Begitu juga Nabi Nuh dengan tohmahan kaumnya, Nabi Musa dengan kedegilan kaumnya dan banyak lagi. Dek kerana kesabaran yang tinggi yang dimiliki oleh merekalah maka Allah mengangkat darjat mereka. 

Oleh itu haruslah kita menanamkam didalam pemikiran kita bahawa hidup ini tidak lain hanyalah ujian semata-mata. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa mengingati bahawa semua kejadian adalah datang dari Allah. Setiap kejadian Allah itu pula ada hikmahnya. Cepat atau lambat, pasti kita akan dapat melihat hikmah itu. Mungkin hikmah itu akan kita lihat didunia ini, atau mungkin juga hikmah itu hanya dapat diketahui diakhirat nanti.

Semoga Allah akan sentiasa meletakkan diri kita semua dalam golongan orang yang sentiasa mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah.

Rasa Bertuhan


 Kalau manusia mengenali tuhannya…
Hancur luluh hatinya…
Lembutlah jiwanya…
Tak sempat mengingati perkara yang lain…
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku dengan tuhannya…

Jika manusia mengenali tuhannya…
Keagungan tuhannya kecutlah perutnya…
Kalau manusia sentiasa sedar…
Pendengaran, penglihatan dan pengetahuan Nya…

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia…
Nescaya manusia itu tawadhuk…
Merendah diri di bumi tuhannya…

Jika manusia rasa bertuhan dihatinya…
Matilah angan-angan…
Takut pun datang menerpa di hatinya…
Manusia akan sibuk dengan dirinya…
Tak sempat memikirkan diri orang lain…
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat…

Aduh kalau tuhan sentiasa di hati…
Perasaan bertuhan mencengkam di hati…
Mengenang pula nikmat…
Nikmat tuhan yang banyak…
Bertambah perasaan cinta dan takut…
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya…
Takut kalau nikmat ditarik semula…
Kalau terbuat dosa akan diazabNya…

Begitulah kalau seseorang hamba…
Mengingati tuhannya…
Hatinya sangat sibuk dengan tuhannya…
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya…
Sekalipun dunia ditangannya…

dipetik dari 'Kenali Tuhan'...

Forward 5: Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

petikan dari

Saturday, March 20, 2010

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang


Hadith Akhir Zaman
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama’. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini bilangan alim ulama’ sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama’. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah diganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong tanpa alim ulama’. Maka pada hari itu, sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini lagi. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah hilang pegangan hidup dan bergelumang dengan dosa (kemungkaran). Sebenarnya, alim ulama’ lah yang memberikan erti pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Maka apabila mereka telah pupus, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di akhir-akhir ini, telah banyak peristiwa-peristiwa yang menunjukkan hampirnya zaman yang dimaksudkan Nabi s.a.w. tadi. Di mana bilangan alim ulama’ hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Malah mungkin nisbah nya kepada manusia biasa lebih kecil berbanding nisbah doktor kepada manusia biasa. Sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian golongan cerdik pandai malah anak-anak muda. Mereka mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang meraih keuntungan harta benda dunia semata-mata. Tidak menitikberatkan ilmu akhirat (agama). Inilah realiti kehidupan masyarakat kita pada hari ini.
Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke liang lahad. Ilmu agama dan dunia sama-sama dituntut. Jangan hanya mementingkan ilmu dunia. Dan jangan mengharapkan orang lain untuk memenuhkan kuota alim ulama’ di muka bumi ini. Mulakanlah dengan diri anda!!

Thursday, March 18, 2010

Sujud terakhirku...



Dalam sujud terakhirku Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku ini...
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

petikan :  http://imannurbalqis.blogspot.com/

Wednesday, March 17, 2010

Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam


Hadith Akhir Zaman
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan'”. Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit ‘wahan’ itu wahai Rasulullah s.a.w.?”. Nabi menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut pada mati?”.
H.R. Abu Daud
Keterangan
Subhanallah!!! Memang benar apa yang disabdakan oleh Raulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan Nabi s.a.w. Umat Islam walaupun mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1/5 (xsilap aku) dari penduduk dunia tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Saudara kita ada yang ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam.
Sebenarnya segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu penyakit ‘wahan’ yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam kembar dua iaitu ‘cinta dunia’ dan ‘takut mati’. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. ‘Cinta dunia’ bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. ‘Takut mati’ pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan nusrahNya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada kita kejayaan di dunia dan di akhirat.

Forward 4: Berapa ramai?

Berapa ramai yang sanggup mencontohi perniagaannya namun tetap qana'ah & zuhud kepada dunia.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi kepimpinannya namun tetap tawadhu dihadapan pimpinannya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi kekeluargaannya namun tetap menjaga jiran tetangganya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi pemakaiannya namun tetap menajaga pergaulan manusia lainnya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi dalam pemerintahan namun tetap mantap ibadah pada-Nya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi cara pergaulan namun tetap tiada dendam dipendam.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi dalam ketegasan namun tetap pemaaf, santun dan lembut hatinya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi dalam keberanian namun tetap ada rasa malunya.
petikan : http: sabahanmuslim.blogspot.com


Kadang-kadang kita tidak sedar dalam kita menjalani kehidupan seharian kita, kita telah jauh dari nilai-nilai Islam, cara hidup seorang muslim sebenar. Jika kita sedar adakah kita mampu untuk membetulkannya? Atau kita terus mengikut arus perjalanan kehidupan itu. Mungkinkan sudah hilang rasa takutkan tuhan di hati kita atau kita leka dengan nikmat-nikmat di syurga dunia. Dunia boleh dijadikan tempat kita untuk mempraktikan apa yang kita faham, tahu, rasa, mengenai Islam. Bukan tempat kita lalai dengan nikmat yang ada seperti syurga dunia. Sungguh sedih bagi mereka yang telah tersasar dari jalan yang terang. Sungguh berdukacita kelak bagi mereka yang telah sedar dari lamunan mimpi tapi tidak berusaha untuk kembali. Sedarlah saudara saudari, masa kita semakin suntuk, umur kita makin tua, umur dunia juga makin sampai ke penghujungnya. Ingat!! hanya amalan menjadi penyelamat kita di SANA nanti. Bukan kekasih, bukan ahli keluarga mahupun saudara. Apatah lagi kawan-kawan walaupun kawan karib. Masing-masing dengan hal masing-masing. Jawapannya, kembali kepada ajaran Islam sebenar, sebagaimana yang dipraktikkan oleh nabi semua umat, junjungan besar kita, Muhammad ya Rasulullah... Percayalah... inilah kebenaranya, bukan cubaan mahupun mimpi. Nasihat dari yang kurang arif kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang berminat untuk berhijrah!!!

Tuesday, March 16, 2010

Mengapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Kemusnahan?


Hadith Akhir Zaman
Daripada Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah s.a.w), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hamper menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah ! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?”. Lalu Nabi s.a.w. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan. Maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang yang soleh juga akan dibinasakan. Walaupun begitu, masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan masing-masing.
Oleh itu, segala bentuk kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadith di atas, walaupun disebut secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi s.a.w. sendiri adalah bangsa Arab dan menerima Islam pada masa permulaannya adalah kebanyakkannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa lain.
Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah 2 bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s.) yang dahulunya banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini, lalu daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar. Sehinggalah hampir tibanya hari qiamat, maka pada hari itu, dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah mereka dari kediaman mereka lalu kembali melakukan kerosakan di muka bumi ini. Apabila ini terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya. Masya’allah..

Monday, March 15, 2010

Jgn Suka Menyalahkan Org Lain


Hadith Akhir Zaman
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ada seorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”.
H.R. Muslim
Keterangan
Imam Nawawi ketika menulis hadith ini dalam kitab Riyadhus-Solihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut:
“Larangan seperti di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram”.
“Namun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaaan cintakan agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.
“Demikian yang dijelaskan oleh para alim ulama’ dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama’ yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-thabi, dan al-Humaidi”.
Hadith ini memjadi peringatan kepada kita bahawa apabila mendengar hadith-hadith yang banyak menghuraikan tentang kemunduran umat Islam dan kemerosotan akhlak mereka, janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita sentiasa muhasabah diri kita dan jangan suka menuding jari akan kesalahan orang lain. Perbaikilah diri sendiri di samping mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Walaupun hal kerosakan akhlak umat Islam sering diketengahkan ketika ini, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat iaitu dengan perasaan penuh belas kasihan dan rasa cintakan agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah akan orang lain.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah Nya. Amiiin…

Kembali...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menulis kembali dalam ruangan blog aku ini. Hampir 2 bulan aku tak dapat menulis memandangkan aku bercuti, tambahan pula aku kini sudah berpindah ke rumah baru. Baru malam ni, dapat online. So, sepanjang 2 bulan ini banyak komen2 dan cadangan2 yang aku terima dari pembaca/pengunjung blog aku. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana saudara/saudari sudi berkongsi pengalaman, pandangan dan pendapat dalam blog aku ini. Harapan aku untuk blog ini bukanlah sekadar untuk meluahkan luahan hati aku tapi untuk kita bersama-sama berfikir, bermuhasabah dan berhijrah ke arah keadaan yang lebih baik. Insya'allah...

Ada antara komen kalian yang aku rasakan menarik, dan insya'allah andai tiada kekangan aku akan cuba laksanakan. Antaranya cadangan yang aku fikirkan sesuai untuk dimuatkan dalam ruangan blog aku ini adalah potongan hadith, perbincangan isu semasa dan perkongsian ilmu antara kita. Untuk potongan hadith, aku telah cuba mencari beberapa hadith yang bersangkut paut dengan akhir zaman. Insya'allah... mungkin selepas ini aku sudah 'post' kan. Bagi perkongsian ilmu, aku amat tertarik untuk memulakan dengan berbincang mengenai tuhan-apa sifat2 tuhan. Bagi yang terakhir sekali mengenai isu semasa, insya'allah..ada beberapa isu yang aku rasakan boleh kita bincangkan di alam maya ini.

Di sini, aku pun nak cerita sedikit apa yang aku buat masa cuti lepas. Hmm...banyak projek aku tapi yang paling best bagi aku adalah menternak ayam. Sekarang, di belakang rumah aku dah ada bermacam2 ayam, ada ayam belanda (hitam, putih, coklat), ayam selasih, ayam burung, ayam bulu terbalik, ayam kepala botak. ayam denak dan ayam kampung. Menternak ni kan pekerjaan rasulullah s.a.w. awal-awal lagi. Penat lelah bekerja di bawak matahari, memang penat tapi bila dapat tengok ayam2 ni makan, aku rasa terhibur. Rasa bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran. Saat paling penat masa nak jaga anak2 ayam yang baru menetas. Ada yang mati, kadang2 takut juga aku sebab takut anak2 ayam ni mati sebab kecuaian aku. Nanti tak pasal2 diorang balas masa kita semua dibangkitkan semula nanti. Mintak2 dijauhkan...

So, kepada sesiapa yang nak menceburi bidang penternakan ni memang aku galakkan. Memang best... Ni ada beberapa potong gambar ayam2  aku. Hmm...ntah macam mana la ayam2 ni skrg. hmmm....


Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...