Monday, December 23, 2013

Bangkit bersama hidayahNya

Ujian dalam kehidupan itu bukanlah untuk menguji kekuatan zahir dan batin semata-mata, tetapi ia juga menguji kekuatan kebergantungan seorg hamba pada Allah swt serta sejauh mana kesungguhan seorg hamba meminta pertolongan daripada Allah swt. Allahuakbar...

Tuturkatanya berubah. Tingkah lakunya tidak semacam dulu. Cakap tingginya telah merendah. Dia berubah. Begitu ajaib kuasa Allah swt – Tuhan yang pernah merubah Umar, Hamzah dan Ikrimah. Mampukah kita menjadi ‘org yg beruntung’ itu? Kita juga mampu, asalkan kena sentuhannya, cara dan hidayahnya. Umar yang asalnya penumpah darah, Hamzah yang pemarah, Ikrimah yang ego segalanya ‘lebur’ dan ‘luntur’ di persada hidayah. Subhanallah...

Andai sudah berhijrah, ingatlah kita beribadah bukan untuk mengejar fadilat (walaupun itu tidak salah), tetapi yang lebih penting ialah untuk membina sifat ubudiyah (kehambaan) kepada Allah swt. Jika tidak, semakin banyak kita beribadah, kita akan jadi semakin angkuh dan jauh daripada Allah swt. Atas sifat kehambaan itu kita akan merasakan banyak hutang kita dengan Allah. Banyaknya nikmat Allah swt yg kita dustakan. Masya'allah...

Insya'allah, di hujung nanti org beruntung itu akan tersenyum bahagia. Alhamdulillah!

p/s: jari jemari menari buat terakhir kalinya

Saturday, December 21, 2013

Frwd: Pemuda pemudi

Kalau dulu,
tatkala kau mula melihat dunia,
kau cuma mampu menangis dan ketawa,
kau hanya tahu lapar dan dahaga,
kerna kau hanya bayi tak berdosa.

tapi kini,
segalanya berbeza..

Kalau dulu,
tatkala kau mula pandai mengira,
kau sudah tahu menilai perkara,
kau merasa segalanya mudah belaka,
kerna kau hanya kanak-kanak mentah sahaja.

tapi kini,
segalanya berbeza..

Kalau dulu,
tatkala kau mula meningkat remaja,
kau mula berazam untuk berjaya,
kau hanya fikir, belajar capai cita-cita,
kerna kau masih orang muda.

tapi kini,
segalanya berbeza..

kerna, kini..
kau sudah meningkat dewasa,
kau mula berfikir tentang kerjaya,
kau mula mencari harta,
beban di bahu semakin berat terasa.

Kerna, kini..
kau kan punyai keluarga,
dalam masyarakat kau kan menyumbang jasa,
buat agama kau kan mengerah segala tenaga,
juga peranan untuk negara tercinta.

Kerna inilah episod kehidupan,
tempuhlah dengan jiwa seorang pemuda,
berfikir secara dewasa,
kelak, tua mu kan bahagia.

Sepertiga kehidupan ku telah pergi,
pergi ditelan masa dan waktu,
amal dakwi ku masih belum mengisi,
sedang maut ku semakin menghampiri.

Wednesday, December 18, 2013

Ada apa dengan cinta?

Untuk apa kita bercinta? Untuk menjawabnya, mari kita fikirkan satu analogi, analogi cinta. Fikirkan tentang sebatang pena. Pena dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah pena itu berada dalam keadaan selamat dan berguna. Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak. Mengapa?

Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. Ia diciptakan untuk menulis, bukan mengetuk atau mencucuk. Pena yang disalahgunakan akan rosak. Apabila rosak, ia akan dibuang ke dalam tong sampah. Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi. Ia dinamakan sampah!

Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.

Ketika itu hiduplah kedua-duanya (suami dan isteri) dengan perasaan yang hambar dan tawar. Tanpa cinta, manusia akan “bertukar” sama ada menjadi haiwan ataupun robot yang tidak punya rasa kemanisan lagi – bukan sifat-sifat luarannya, tetapi sifat-sifat dalamannya. Hidup berumah tangga tanpa cinta umpama kapal yang belayar tanpa angin. Keserasiannya mudah retak. Hanya kerana kesalahan yang sedikit, perbalahan dan krisis mudah berlaku. Keadaan rumah tangga pada waktu itu boleh diumpamakan sebagai “hidup segan, mati tak mahu”.

Monday, December 9, 2013

Kita adalah kita...

Rumah, pejabat bahkan hotel sekalipun menjadi musolla bagi kita. Tempat kita berpijak, meja kerja, hamparan sejadah bagi kita....kalau kita bicara,biarlah bicara dakwah...kalau kita berdiam, diam kita zikir...nafas kita adalah tasbih, mata kita penuh rahmat Allah penuh kasih sayang...telinga kita terjaga, fikiran kita baik sangka..tidak sinis,tidak pesimis dan tidak suka membonis...hati kita ..diam-diam berdoa..tangan kita bersedekah, kaki kita berjihad ia tidak mahu melangkah dengan sia-sia. Kekuatan kita silaturrahim, kerinduan kita tegaknya syariat Allah kalau memang hak tujuan, sabar dan kasih sayang strategi kita...asma amanina cita-cita tertinggi, syahid dijalannya...dan yang paling menarik kita hanya asyik memperbaiki diri sendiri tidak tertarik mencari aib orang lain..semoga 'kita' adalah kita...

Mudahkan jangan susahkan...sebaik-baik manusia adalah orang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang berjaya bukan orang yang hanya mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat kepada orang lain.Kebahagiaannya bukan hanya mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga tetapi mampu juga memberikan kebahagiannya kepada orang lain.Ini adalah muslim yang baik.Ingatlah kejayaan yang kita perolehi bukan usaha kita semata-mata.Kejayaan kita adalah kerana bantuan orang lain.Guru contohnya,Ibu Bapa,rakan sekuliah atau rakan sekerja yang selalu bersama-sama kita . Dan kejayaan itu hakikatnya adalah pertolongan daripada Allah.

Sekiranya kini kita mempunyai rezeki dan ilmu yang cukup, rancanglah sesuatu bagi menggabungkan keduanya bagi membantu orang lain. Bermula dengan adik-beradik dan saudara terdekat atau rakan kita. Kemudian membuat perancangan membantu masyarakat @ orang lain.

Saturday, December 7, 2013

:. Dunia Baru Islam .:

masih basah kenangan indah
zaman cemerlang era gemilang
ketika Rasul ada di sisi
para sahabat mentadbir bumi

zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
menerangi teman dan juga sahabat
bahang panas yang membakar lawan

di celah itulah kami mengatur langkah
membina sebuah thoifah
di sini bahang tak pernah padam
digenggam kukuh sebuah azam

ayuhlah para mujahid
ayuhlah para mujahidah
kita tinggalkan zaman fitnah
agar tertegak kalimah Allah

agar terbangun dunia baru Islam..

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...