Sunday, March 20, 2011

Paling besar!! Betul ke?

Guru: "Apa yang paling besar di dunia ini ?"  
Murid 1: "Gunung" 
Murid 2: "Matahari"
Murid 3: "Bumi" 
Guru: "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU"  
Benarkah perbualan guru dan murid-muridnya itu? BESAR, satu perkataan yang mudah untuk diterangkan namun hakikatnya amat sukar untuk ditentukan. Saiz pula adalah perkataan paling kerap dikaitkan dengan BESAR. Kali ini, ingin ak luahkan sejauh mana saiz hawa nafsu itu.
1. Betul ke? Jika engkau menjadi orang kaya, maka syukurilah. Jika dirimu berkedudukan, manfaatkanlah kekuasaan dan kedudukanmu untuk memakmurkan orang lain. Jangan sekali-kali memanfaatkan kuasa untuk mengumpul harta benda sampai tak habis dimakan tujuh keturunan. Jika kita lihat orang kaya yang dicontrol oleh nafsunya, hidupnya akan digunakan utk mengumpul harta benda sampai tak habis dimakan keturunannya. So, nafsunya begitu besar lah jika digambarkan pada harta benda itu. Contoh, lain, kalau seseorang itu makan 5 pinggan sekali maknanya besarlah nafsu makan dia.

So, kalau tak mahu diri terjerumus dalam kalangan orang yang tidak tahu bersyukur dek kerana dicontrol oleh nafsu sendiri maka perbanyakkan bersedekah. Dengan kata lain selalulah memberi daripada meminta. Tahu tak? Kalau kita memberi pinjam pada orang yang memerlukan (tak kesah la duit ke, barang ke), itu lebih besar pahalanya daripada bersedekah. So, jangan kedekut la utk memberi pinjam jika kita ada kemampuan. Lebih baik kalau buat kedua-duanya. Bersedekah n beri pinjam. 

2. Betapa pentingnya menahan rasa dendam dan amarah. MARAH itu adalah nafsu. Oleh karena itu, jika ketika engkau menjumpai seseorang dan marah dengan zalim, maka janganlah engkau balas dengan kemarahan pula. Api tak boleh dilawan dengan api. Jika engkau lawan dengan kemarahan pula, maka  kemudaratan yang  akan terjadi, ibarat menambahkan minyak RON 95 ke dalam api.

RON 95 murah..melambangkn kepada sifat amarah yang begitu meudah tercetus. hehe..

Mengendalikan nafsu amarah yang ada dalam diri sendiri juga sangat pentingnya. Namun, yang lebih penting adalah menghadapi amarah dan kezaliman orang lain. Oleh sebab itu, berusaha sabar dalam menghadapi kemarahan dan kezaliman orang lain. Cara yang paling baik dalam hal ini ialah berusaha sabar dan berlapang dada, suka memaafkan dan bermurah hati. Sesungguhnya ada tiga akhlak yang sangat terpuji dan harus kita miliki. Iaitu, memaafkan kezaliman orang lain, bermurah hati terhadap orang yang bakhil dan menolong orang yang menyalahi peribadimu.

3. Paling besar pulangannya...NAFSU. Percaya tak? Atau kita tak perasan. Syaitan selalu menggoda setiap manusia setiap masa dan ketika. Ini sesuai dengan janjinya di hadapan Allah, ketika Iblis keluar dari Surga. Syaitan itu pandai, diwarnainya dunia ini dengan harta, kuasa dan wanita. Dengan cara apa pun dilakukan orang mengejar kuasa. Orang berlumba mengejar kuasa, tanpa memeperdulikan kaedah yang di ajarkan agama, apalagi norma-norma pekerjaan yang sebenarnya. Dengan kata lain, andai hidup di dunia ini nafsu yang kita laburkan maka harta, kuasa dan wanita yang kita akan perolehi. Besarkan pulangan tu! (labur 1 dapat 3). Namun, pulangan di akhirat? Nauzubillah..

Imam Al-Gazhali mengingatkan bahwa syaitan menggoda manusia di dunia ini melalui seribu cara. Dan yang paling berbahaya ialah harta dan wanita. Syaitan telah memasang perangkap godaannya melalui harta dan wanita. Tidak sedikit manusia yang hancur kehidupannya hanya karena memburu pangkat, harta dan wanita . Banyak orang yang rosak hidupnya hanya kerana mencari kesenangan dan memburu wanita.

Monday, March 7, 2011

Mengapa Berkerut?

Lanjutan dari Mengapa Menangis? (Edisi 2010, April).

Ada seorang anak wanita bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut dan badannya yang membongkok.

Anak wanita itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah mu kian berkerut dan badan ayah kian hari kian membongkok?"

Ayahnya menjawab : “Sebab ayah lelaki, nak.” jawab ayahnya bersahaja.

Namun anak wanita itu tidak mengerti.

Dengan kerut-kening disebabkan jawapan itu. Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak wanita itu, terus menepuk-nepuk bahunya, lalu ayahnya mengatakan: “Anakku, kamu belum mengerti tentang lelaki.”

Demikian bisik ayahnya, membuat anak wanita itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, anak wanita itu menghampiri ibunya lalu bertanya: “Ibu mengapa wajah ayah menjadi berkerut dan badannya kian hari kian terbongkok?

Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya, dia memang akan demikian.”

Hanya itu jawapan si ibu. Ringkas dan bersahaja. Namun, anak wanita itu masih tidak mengerti.

Kini, anak wanita itupun membesar menjadi dewasa, tapi masih dengan tanda tanya.

Hinggalah pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimat jawapan kepada pertanyaannya ketika kecil itu tadi.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga utk syurga dunia (keluarganya), dia senantiasa akan menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman teduh dan terlindung. “

“Ku-ciptakan bahunya yang ampuh dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya; kegagahannya pula cukup kuat untuk melindungi seluruh keluarganya. “

“Ku-berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapatkan cercaan dari anak-anaknya. “

“Ku-berikan keperkasaan mental, baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah; demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari; demi keluarganya, dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan dek siraman air hujan dan hembusan angin; demi keluarganya, dia relakan tenaga perkasanya terhakis; yang selalu diingatinya adalah disaat anak-anak menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.”

“Ku-berikan kesabaran, ketekunan serta ketabahan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat, membimbing dan memimpin keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun pada setiap perjalanan hidupnya sentiasa keletihan dan kesakitan menunggunya. “

“Ku-berikan perasaan keras dan gigih untuk terus berusaha berjuang demi keluarganya tercinta; di dalam apa jua situasi pun, hatta di saat anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan yakni rasa aman pada saat anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itu jugalah yang memberikan kenyamanan pada saat dia  menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan mengasihi sesama saudara.”

“Ku-berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan malah menyedarkan bahawa isteri \terbaik adalah isteri yang setia terhadap suaminya; isteri terbaik adalah isteri yang senantiasa menemani suaminya pada  detik suka mahupun duka. Walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan diuji agar tetap bertahan teguh, sejajar berdiri.”

“Ku-berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti bahwa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari, menemukan cara agar keluarganya boleh hidup sebagai keluarga bahagia. Dan Ku-berikan badannya yang membongkok sebagai bukti, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, keringatnya demi kelangsungan hidup keluarganya.”

“Ku-berikan kepada lelaki itu tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan ketahuilah inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki. Akan tetapi, sebenarnya tanggungjawab ini jugalah merupakan amanah berat yang perlu dipikul oleh si Adam di Dunia sehingga ke Akhirat.”

Terbangun anak wanita itu, dan segera dia berlari ke bilik ayahnya. ,Ketika menghampiri bilik itu, ayahnya sudah selesai berdoa di atas tikar sejadahnya. Pada saat ayahnya berdiri, anak wanita itu merengkuh dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Kini, aku mengerti mengapa wajahmu berkerut dan badanmu membongkok, wahai ayahku…"

Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan ayah serta kasih sayang bonda…
"With love to all father and mother”

Berbahagialah yang masih memiliki ayah.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya…
Berbahagialah yang merasa sebagai ayah.
Dan lakukanlah yang terbaik untuk keluargamu…

p/s: Ikuti cebisan renungan utk kaum Adam dan Hawa. "Mengapa Menangis? - 2010, April" dan "Mengapa Berkerut? - 2011, Mac". Lama menyepi kini kembali!!!

Hak Sesama Muslim

Ada 6 Hak Sesama Muslim: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: 1. Jika ka...